www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Pas
khianati BA dan Anwar Ibrahim
kumin kuman <siasah_2004@yahoo.com>
27-01-2004
Tuan editor:
Hari ini dalam berita tv3 23/1 jam 8 malam, kenyataan Presiden PAS, sanggup bermuzakarah dengan Umno tampa meletakan sebarang syarat di lihat sebagai mengkhianati BA, dan sekali gus membelakangan isu Anwar yang satu masa dulu menjadi modal politik PAS, kenyataan Hj. Hadi itu amat bertentangan sekali dengan apa yang pernah di lakukan oleh Presiden PAS dahulu Allahyarham Dato Fadzil Nor, beliau meletakan pembebasan Anwar Ibrahim sebagai salah satu syarat utama sekiranya Umno ingin bermuzakarah dengan PAS sedikit masa dulu, mengapakah PAS sanggup membelakangan isu Anwar, apakah PAS merasakan isu Anwar sudah tidak relevan sekarang ini, adakah PAS sudah merasakan cukup kuat untuk menghadapi pilihanraya akan datang tampa megetengahkan isu Anwar atau pun PAS mahu menengelamkan rakan mereka yaitu keADILan yang perjuangannya sinonim dengan isu Anwar, persoalan itu hanya dapat di jawap oleh pimpinan tertinggi PAS dan permerhati politik sahaja.
Di fahamkan Salahuddin Ayub Ketua Pemuda PAS Pusat mendesak pimpinannya untuk meletak isu pembebasan Anwar sebagai syarat utama untuk bermuzakarah, hasrat Salahuddin itu tidah lebih dari angan-angan kosong, kerana semua sedia maklum kuasa dan keputusan di buat dalam PAS ala diktator yang mana Presiden, Murshidul Am dan Dewan Ulama sahaja yang berkuasa, maknanya putih kata mereka putih la jadinya, kalau hijau hujau la kata penyokongnya. dah tu Salehuddin tu ingat pemimpin nak dengar sangat ke cakap dia. style PAS ni lebih kurang je macam Umno, atau pun Salehuddin cuba nak ambil hati orang keADILan supaya tidak memboikot program jelajah pemuda BA yang pada hari Sabtu 24/1/03 ini di adakan di Perak, maklum la sekarang ni dia tumpang glamour Ezam, sekiranya benar dia memperjuangakan Anwar, dia mesti menanggung risiko, sekiranya parti nya tidak mahu juga meletakkan syarat pembebasan Anwar untuk bermuzakarah dengan Umno, dia mesti meletakan jawatannya sebagai ketua pemuda, ini baru melihatkan yang beliau ikhlas untuk berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim (ini di lihat dari sudut politik) kalau dia berdiam diam diri maka apayang saya nyatakan tadi dia menumpang glamour Ezam adalah benar.
Memang benar PAS sudah tidak mengendahkan lagi Anwar, ini dilihat sewaktu mendengar keputusan rayuan ikat jamin Anwar pada 21hb yang lepas, cuma seorang sahaja pemimpinan tertinggi PAS yang hadir yaitu Dr. Hatta, mana pergi yang lain takan ada sidang parlimen kut atau sidang Dun, saya ingin memberi tabik hormat saya pada pemimpin DAP dan PRM yang boleh dikatakan kesemua pimpinannya sudi hadir pada hari itu " u are my true friend". akhir kata apa lagi yang BA khasnya keADILan nak harapkan tinggal kan jela BA tu, buat pakatan lain, nak buat apa lagi nak berkawan dengan orang yang cuma nak mempergunakan kita.
Reformis sejati.
Sekian Terima Kasih
siasah_2004@yahoo.com
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|