www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Anwar Tidak Boleh Harapkan KeAdilan Dan BA Untuk Bebas
07-01-2004
kiriman email

Tulisan "Adun Lunas, Saifuddin Nasution Ismail menggariskan Tiga faktor utama menjadi penantu sama ada mantan Timbalan perdana menteri Datuk seri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan atau sebaliknya. Faktor pertama BA perlu bersatu padu dan mengukukuhkan kerjasama supaya ia kelihatan lebih ampuh serta sukar untuk digugat. Tapi kalau kelihatan saja ampuh rasanya bersandiwara tak selesai lagi ni, Keuntuhan perlu lahir dari hati.

Kata Saifudin lagi sekiranya kita gagal bererti harapan untuk membebaskan Anwar dari penjara menjadi terlalu tipis dan sukar. Saya merayu pemimpin yang ada mereka perlu memantapkan lagi barisan dalam pekatan pembangkang.

Kebebasan Anwar amat bergantung pada kekuatan dan sokongan dikalangan pemimpin dan rakyat terhadap pekatan pembangkang ujarnya

Saifudin yang juga Ketua Penerangan Angkatan Pemuda KeAdilan memberitahu faktor kedua pula ialah menerusi jalan politik dan saluran pilihanraya.

Katanya jika BA berjaya memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang ia sudah tentu akan memberi tekanan kepada kerajaan yang memerintah.

Katanya kerajaan memerintah sudah tentu terpaksa berfikir panjang untuk membebaskan Anwar kerana pekatan pembangkang semakin mendapat sokongan daripada rakyat. Itu pendapat mereka, malah sekarang ini yang kita lihat rakyat semakin tidak yakin dengan mulut pembangkang kerana cakap tak serupa bikin, jangan kerana nak membebaskan seorang persalah kita kena korban kan segala nya demi kepetingan seorang banduan !!!!

Bagaimanapun Risiko yang dihadapi kemungkinan kerajaan memerintah akan cuba berusaha untuk mengurangkan pengaruh Anwar hingga ke akar umbi ujarnya. Pengaruh apa lagi yang Anwar tu ada, kan dia sedang menjalani hukuman diatas kesalahan yang telah dilakukan, habis tempuh hukuman bebaslah dia, jangan bimbang dan ragu kerajaan kita tidak sezalim pihak pembangkang.

Akar umbi Parti KeAdilan sebenarnya hampir reput, eloklah mereka memikirkan untuk kembali kepangkal jalan, Pintu sentiasa terbuka pada yang ingin kembali.

Faktor ketiga dari Saifudin beliau menjelaskan jika BA kalah teruk dalam pilihanraya akan datang bererti harapan untuk melihat Anwar dibebaskan adalah terlalu sukar dan tipis.

Jika Pakatan pembangkang kalah teruk dalam pilihanraya Anwar juga akan terus berada dalam penjara dan kerajaan berpendapat, dengancara ini Anwar akan hilang pengaruh dan sokongan rakyat sedikit demi sedikit akan hilang, ujarnya.

Saifudin berkata demikian dihadapan lebih kurang 800 orang penyokong mereka, ketika berucap pada malam perhimpunan Gerakkan bebaskan Anwar yang diadakan di Dewan Perhimpuanan Cina Selangor baru baru ini.

Perhimpunan sempena memperingati 1,920 hari Anwar berada dipenjara. Anwar yang kita tahu ditahan pada 20 September 1998 lalu kerana kes rasuah dan liwat yang disabitkan keatas Anwar.

Pada pandangan Saifudin isu Anwar tetap releven dan boleh menggugat kestabilan politik UMNO/BN.

Turut hadir pada malam itu, Datin Seri Wan Azizah, Mohd Ezam, Tuan Syed Husien, Tian Chua, Dr. Hatta Ramli, dan beberapa pemimpin parti para reformis dan penyokong.

Nampak jelas disini Parti KeAdilan semakin jauh dari pandangan dan kabur kerana sokongan pada parti semakin sepi dan sunyi, jelas juga disini parti ini semacam hampir reput dek hujan dan sinaran yang diharapkan kemungkinan hanya tinggal kemungkinan. Perjuangan meraka sebenarnya tidak releven langsung, semacam membuang masa dan menjadi kudis bernanah pada bangsa yang mana kesannya tidak seberapa kudis buta yang merata rata.

Sepatutnya penyokong Parti KeAdilan sedar akan kesilapan yang telah dilakukan selama ini dan menghormati makhamah.

Wahai sahabat bukalah mata bukalah minda demi masa depan anak anak kita bangsa kita dan tanahair kita.

Hak kita jangan disia-sia kan dengan perasaan marah dan tamak kekuasaan. Marilah kita sahut panggilan Pak Lah, BERKERJA BERSAMA SAYA JANGAN KERJA UNTUK SAYA"



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.