www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Lagi hadiah dari kerajaan kepada rakyat. PUAS kena bayaran RM 50 kerana lewat membayar bil
Ghazali Mat Dom
12-01-2004


Hari laporan dari www.selangordaily.com memberitahu rakyat Selangor bahawa PUAS yang semakin BUAS akan mengenakan RM 50 bagi bil tertunggak. Hari ini satu lagi hadiah dari kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Selangor. Sehingga mana rakyat Selangor mahu terus berdiam mengenai PUAS yang BUAS ini saya tidak tahu. Namun apa yang perlu saya tekan kan ialah sikap PUAS - tidak mahu berkompromi dengan bayaran tertunggak dan mengenakan bayaran pula atas kelewatan se olah - olah tidak langsung perihatin terhadap masalah rakyat bawahan. 
Hari ini kita persoalkan kembali mereka yang kita lantik untuk membela rakyat. ADUN dan AHLI Parlimen Selangor yang terus berdiam - terus membisu dan terus akur kepada tindakan menekan rakyat. Apakah ini cara mereka! Saya tidak akan melabelkan mana - mana parti politik tetapi setiap mereka yang di lantik untuk mewakili rakyat harus perihatin mengenai tindakan - tindakan yang terus menekan rakyat. 

Bagi saya - satu peringatan harus di beri oleh rakyat Selangor kepada PUAS dan kerajaan Negeri - HENTIKAN TINDAKAN BUAS - PUAS.


Saya dengan itu memohon mereka dari Selangor untuk memulakan kempen membantah PUAS yang BUAS dengan menghantar sokongan kepada umno-reform.com untuk saya secara peribadi muncul di hadapan PUAS yang BUAS membantah tindakan mereka yang tidak langsung mempedulikan rakyat bawahan yang ada kala nya hidup tertekan.

Hantarkan nama anda - no telefon anda untuk saya siapkan satu salinan mendesak PUAS yang BUAS menarik balik caj RM 50.00 kerana kelewatan membayar bil.


Hantarkan kepada : email berikut : editor1@umno-reform.com atau klik sini.

Bagi yang menggunakan talian tangan SMS kepada : 017-6563505


artikel dari selangordaily.com

PUAS kenakan RM50 caj bil tertunggak 
OLEH ARMI RAMALA 


SHAH ALAM, Sabtu 10 Jan. --Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50 kepada pengguna yang tidak menjelaskan bil tertunggak dalam Ops Hasil mulai 12 Januari ini di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. 
Pengurus Kanan PUAS kawasan berkenaan, Yusof Saroji berkata, caj tambahan itu dikira sekali dengan jumlah tunggakan kepada pelanggan yang masih belum menjelaskan bil. 
``Sebagai peringatan, caj perkhidmatan sebanyak RM50 perlu dijelaskan beserta tunggakan akan dikenakan dalam Ops Hasil itu kelak,'' katanya. 
Sehubungan itu, Yusof berkata, Ops Hasil di kawasan Kuala Selangor dan Sabak Bernam selama lapan hari bermula 12 Januari ini. 
PUAS akan menjalankan operasi secara bergerak bermula dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam secara berperingkat membabitkan sembilan kumpulan berasingan. 
``Objektif utama operasi kali ini adalah untuk merealisasikan sasaran tunggakan sifar sesuai dengan misi dan visi PUAS,'' ujar kenyataan PUAS. 
Dalam Ops Hasil, pihaknya akan menumpukan tindakan kepada pelanggan yang mempunyai bil tertunggak melebihi RM100 atau tiga bil yang tidak dijelaskan tanpa mengira amaun.



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.