www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Edisi cetak umno-reform.com telah berjaya di
terbitkan
Ghazali Mat Dom - SMS 017-6563505
03-01-2004
Sebanyak 20,000 naskah aspirasi politik Ghazali Mat Dom di keluarkan oleh www.umno-reform.com. Buletin berikut adalah satu lagi langkah www.umno-reform.com untuk memulakan langkah memperbaharui rangsangan politik dalam UMNO. Ini perlu agar kita sebagai ahli UMNO tidak tersasar jauh dari matlamat untuk terus berbakti kepada rakyat dan memulakan siri langkah menyelesakan kehidupan rakyat negara ini.
Sungguhpun itu konsentrasi www.umno-reform.com adalah untuk memberi peluang seluas mungkin kepada penyatuan Melayu secara kolektif dan mahukan UMNO membela masyarakat Melayu terbanyak dan tidak minoriti Melayu yang di beri segala kemudahan untuk menjadi kaya sehingga melupakan tanggungjawab sebagai pejuang Melayu dalam UMNO.
Edisi cetak akan membidas secara terbuka kepimpinan UMNO yang hadir hanya untuk diri dan hanya melakukan kerja - kerja menaikkan diri dalam parti. Kita mahu mencari formulasi yang pro aktif yang mana kepimpinan UMNO khususnya kepimpinan pelapis UMNO dari kalangan Pemuda dan Puteri terdiri dari mereka yang berprinsip dan tidak tertakluk kepada politik semata - mata.
Usaha ini hanya akan berjaya sekiranya ahli UMNO sendiri berani bangkit menampilkan diri untuk bertindak berani sekiranya ianya membela isu - isu rakyat. Usaha ini akan berjaya sekiranya ahli UMNO tidak terikat dengan budaya wang yang menjadi penentu. Ahli UMNO dan rakyat khususnya harus memilih wakil yang benar - benar berjiwa rakyat dan bukan memilih wakil yang hadir apabila tiba masa pilihan raya.
Kita mahu kedewasaan pemilih khususnya dalam Umno dan rakyat keseluruhan memilih mereka yang bertindak untuk kepentingan rakyat dan bukan buta memilih pengaruh pada nama parti dan akhirnya hadir untuk membuat jalan bagi memancing undi.
Itulah sebenarnya matlamat www.umno-reform.com yang telah berjaya mendapat hampir 60,000 pelayar sehari.
Usaha menerbitkan buletin yang lebih mantap akan di laksanakan secara berperingkat.
Akhir kata kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu www.umno-reform.com dan yang telah memberi galakan dan dorongan selama ini.
Bagi sesiapa yang tidak berjaya mendapatkan buletin tersebut - sila sms butiran penghantaran kepada nombor tertera di atas. Insya-Allah sekiranya masih ada akan kami kirimkan.
Sekian
Ghazali Mat Dom
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|