www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Disebalik
Tabir Perlantikan Dato' Najib Sebagai Timbalan Perdana
Menteri !!
08-01-2004
CUCU MAT KILAU Pahang Darul Makmur
cucumatkilau@yahoo.co.uk
Asslammualaikum
WBT dan Salam Perjuangan...
Berita
perlantikan Dato' Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri
telah tersebar luas. Seantero dunia kini mengetahui bahawa
Najib adalah TPM Malaysia yang baru, mengisi kekosongan yang
ditinggalkan oleh Pak Lah. Melihat komen-komen yang
dikeluarkan di dada akhbar dan di kaca TV , seolah-olah UMNO
dilihat semakin kukuh dan teguh akibat daripada perlantikan
Najib itu. Kononnya Pak Lah menyatakan bahawa perlantikan
Najib tepat pada masanya dalam menghadapi Pilihanraya Umum
yang akan datang.
Apakah
benar UMNO kukuh dengan perlantikan Dato' Najib sebagai
Timbalan Perdana Menteri ini ? Persoalan ini sebenarnya
bukan semata-mata harus dijawab oleh pihak pembangkang,
malahan juga oleh penyokong-penyokong kuat Tan Sri Mahyuddin
Yassin selaku pesaing utama Najib untuk merebut jawatan
nombor dua dalam parti karat itu. Benarkah ada rahsia besar
disebalik perlantikan Najib.
Melihat
kepada raut muka Pak Lah dan Mahyuddin sebelum dan semasa
Najib diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, seakan ada
sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Mungkinkah Najib
diangkat menjadi TPM kerana arahan pihak-pihak tertentu ?
Kita harus ingat sebelum Tun Mahathir meletak jawatan
sebelum ini, beliau telah mengumumkan bahawa Najib adalah
bakal TPM. Tetapi selepas itu dinafikan oleh Pak Lah,
kononnya itu hanya kabar-kabar angin semata-mata. Hinggakan
gambar mural pada dinding di PWTC juga dikatakan tidak
menunjukkan realiti sebenar.
Melenting
Pak Lah bila diajukan persoalan adakah Najib bakal TPM.
Dimana akhirnya orang kanan dalam sebuah akhbar arus perdana
dipecat kerana sering mencanagkan berita Najib adalah orang
yang paling layak untuk mengisi jawatan tersebut. Bahkah
dikalangan ahli UMNO sendiri menyaksikan kerusi empuk TPM
bakal diduduki oleh Muhyiddin Yassin. Tambahan pula
Muhyiddin dilihat lebih layak mendudukinya kerana
menunjukkan prestasi cemerlang dalam kementeriannya mutakhir
ini. Kekuatan Muhyiddin di Johor juga mempengaruhi faktor
beliau harus dilantik menjadi TPM, kerana Johor adalah kubu
kuat UMNO maka hadiah yang paling berharga untuk UMNO Johor
ialah seorang anak Johor dilantik ke jawatan nombor dua itu.
Namun,
teka-teki yang wujud sekian lama akhirnya terjawab secara
tiba-tiba selepas majlis perpisahan Tun Mahathir yang
diadakan oleh kabinet di Putrajaya baru-baru ini. Apakah
Mahathir masih berperanan dalam menentukan perkara ini ?
Kalau dilihat kepada prestasi , Najib dilihat semakin kurang
popular..kemenangan tipis yang diterimanya dalam Pilihanraya
Umum ke-10 lalu jelas menunjukkan yang rakyat Pekan telah
menolak kepimpinan anak Bekas Perdana Menteri ke-2 itu.
Reputasi Najib semakin buruk apabila Harakah menyiarkan
laporan bergambar, rumah kongsi "pendatang haram"
atau pengundi hantu yang diimport secara borong dari utara
semenanjung di Pekan. Berita tersebut sepatut memainkan
peranan untuk menidakkan Najib menjadi TPM, tetapi apa yang
berlaku sebaliknya..Bukankah ini sesuatu yang amat
mengecewakan sesetengah pihak terutamanya para penyokong Pak
Lah dan Muhyiddin.
Apakah
benar Pak Lah adalah Perdana Menteri "Robocop".
Munkin juga bayangan Tun Mahathir masih menghantui Pak Lah
..lantaran terpaksa akur dengan kehendak bekas Perdana
Menteri itu. Bayangkan setelah bersara , Tun Mahathir masih
dibenarkan menjadi Penasihat Petronas dan Lembaga
Pembangunan Pulau Tioman. Umum telah mengetahui Petronas
mengalami kerugian besar akibat campur tangan Mahathir.
Langkah Mahathir menggunakan wang Petronas untuk
"Bail-Out" agensi dan syarikat yang bermasalah
amatlah dikesali selama ini. Tetapi mengapakah orang seperti
beliau masih diberikan peranan dalam petronas.
Kita juga
harus sedar dalam pembentangan Belanjawan terakhir yang di
buat oleh Mahathir sebelum bersara beliau telah menggariskan
jumlah wang yang besar iaitu hampir enam billion untuk
pembangunan Pulau Tioman , sedangkan wang sebanyak itu
sepatutnya boleh digunakan untuk membangunkan prasarana di
seluruh negeri Pahang ? Bukankah sesuatu yang mengejutkan
apabila Mahathir dilantik sebagai penasihat Perbadanan
Pembangunan Pulau Tioman. Berapa banyak billion lagikah wang
yang akan dipunggah oleh Mahathir dari Pulau Tioman agaknya.
Disini
jelas menunjukkan kreadibiliti Pak Lah jatuh. Bukankah
beliau adalah Perdana Menteri.. dan sudah sepatutnya beliau
juga harus menjadi penasihat kepada agensi terbabit. Namun
Pak Lah sememangnya ROBOCOP..Kerana gagal menggunakan kuasa
yang beliau ada untuk menghapuskan pengaruh Mahathir. Jika
dilihat perkara yang paling jelas dalam rombakan kabinet
yang lalu, Pak Lah tidak berani memecat Hamid Othman,
Penasit Agama yang bertaraf menteri lantikan Mahathir.
Kalau dulu
Mahathir perlu ada Penasihat Agama kerana tidak pernah
menjadi Imam.. Kini anak seorang ulamak dan sering menjadi
Imam ..masih perlukan Penasihat Agama !! Bukankah ini
sesuatu yang amat memalukan sebenarnya. Tetapi apakah Pak
Lah berani menamatkan jawatan Hamid Othman. Ini jelas
menunjukkan Pak Lah bukanlah seorang manusia yang layak
menjadi Perdana Menteri kerana beliau gagal membendung
pengaruh Mahathir. Begitu juga dengan kes Landasan Keretapi
Berkembar, kabarnya Mahathir terlalu marah kepada Pak Lah
akibat pembekuan projek tersebut. Maklumat yang diterima
anak Mahathir merupakan kontraktor utama projek tersebut dan
akan menerima untuk bersih berjumlah hampir 1 billion jika
projek tersebut dilaksanakan.
Berbalik
kepada isu perlantikan Najib .. Apakah benar Najib dilantik
oleh Pak Lah ? Ataupun ada tangan lain yang lebih berkuasa ?
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai... Lantikkan
tersebut terpaksa dilakukan oleh Pak Lah, kerana arahan
Mahathir. Katanya, dalam majlis jamuan perpisahan beliau
dari kabinet ketika itu beliau diberi peluang untuk
menyampaikan ucapan terakhirnnya. Dalam ucapan tersebut
Mahathir secara tiba-tiba mengucapkan tahniah kepada Najib
kerana dipilih sebagai TPM yang baru. Sedangkan ketika itu
anggota kabinet sendiri termasuk Pak Lah belum
mengumumkannya secara terbuka.
Bayangkan
merah padam dan pucat lesinya muka Pak Lah ketika Mahathir
menggunakan kuasanya untuk menamakan Najib sebagai pembantu
beliau. Sedangkan beliau telah melakukan berbagai konspirasi
untuk menggagalkan usaha Najib itu, hinggakan ada sumber
mengatakan orang-orang Pak Lah sanggup berjumpa dengan para
pemimpin tertinggi Angkatan Muda Keadilan untuk memberikan
fail Najib dan meminta pembangkang memburuk-burukkan imej
Najib sebelum ini. Desas desus mengatakan Pak Lah lebih
berminat mengambil Muhyiddin sebagai timbalannya kerana
beliau tau Muhyiddin lebih setia padanya. sedangkan Najib
adalah seteru politiknya dalam UMNO.
Pak Lah
sendiri tau jika Najib jadi orang nombor dua dalam UMNO dan
kerajaan maka beliau mungkin tidak dapat bertahan lama
memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau
sedar pengaruh Najib lebih besar dalam UMNO dan Kerajaan.
Beliau juga tahu bahawa Najib lebih kanan dari beliau semasa
beliau diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas
pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dulu.
Kabarnya
akibat tidak berpuas hati dengan pengumuman secara terbuka
Mahathir dalam majlis jamuan kabinet yang diadakan itu, Pak
Lah , Najib dan Mahathir telah mengadakan perbincangan enam
mata di sebuah bilik rahsia. Pertelingkahan berlanjutan
berjam-jam sebelum Pak Lah terpaksa akur dengan kehendak
Mahathir.
Justeru
itulah keesokkan harinya didada-dada akhbar mengatakan
laporan perlantikkan Najib diumumkan oleh "Sumber
Kerajaan" dan bukan Pak Lah sendiri. Bukankah ini
sesuatu yang melucukan. Hinggalah beberapa ketika Pak Lah
berani membuat kenyataan kepada media massa. Itupun dalam
nada yang amat terharu dan mengecewakan. Riak air muka Pak
Lah jelas dapat dilihat beliau tidak berpuas hati dengan
keputusan ini. Dan Najib sendiri mengeluarkan kenyataan yang
beliau tidak berani memberi komen, dan sebagainya. Itulah
rahsia besar yang berlaku di sebalik tabir perlantikan Najib
sebagai TPM sebenarnya.
Tahniah
diucapkan kepada Najib dan awas untuk Pak Lah. Semoga kem
UMNO ini akan terus berkecamuk menjelang pilihanraya umum
akan datang. Ditambah pula dengan kes Ibrahim Ali di
Kelantan. Kepada barisan pembangkang gunakanlah peluang ini
untuk memantapkan jentera pilihanraya parti dan pastikan
kemenangan kita dalam pilihnaray umum akan datang. Apa yang
penting siapa saja yang menjadi Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri, mereka harus ditentang kerana
masih mengamalkan undang-undang jahiliah, masih lagi zalim
serta tidak melaksanakan keadilan untuk seluruh rakyat.
Keadilan hanya diberikan kepada mereka yang menyokong
kerajaan memerintah pusat sahaja, sedangkan keadilan
dinafikan untuk rakyat yang menyokong parti lawan. Walhal
semua rakyat membayar cukai dan mesti menikmati keadilan
yang sama rata.
Kalau
takutkan risiko usah bicara soal perjuangan !! Kalau
takutkan perjuangan usah bicara soal keadilan !!! Kalau
takutkan keadilan usah bicara soal pembangunan... Lawan
tetap lawan..Takbirrrr
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|