Keputusan MT menutup pintu UMNO kepada Anwar-apa pendapat anda- hantar SMS pada 012-6544762
  Forum umno-reform | Tag surat pembaca| Tag tulisan warga umno-reform|      


Ini adalah satu keputusan yang terburu-buru, kata Datuk Aziz Sheikh Fadzir. Menurut maklumat yang kami terima, Datuk Aziz menyatakan bahawa tindakan MT bertentangan dengan prinsip keterbukaan UMNO yang telah menjadi amalan parti selama ini. Kita dalam UMNO sanggup menerima PAS atau mana-mana parti politik lain atas dasar perpaduan selagi mereka menerima secara menyeluruh wadah perjuangan UMNO. Sikap terbuka ini lah yang menjadikan UMNO sebuah parti yang kukuh dan di terima rakyat.

Klik Sini


Komen - komen yang di terima melalui SMS mengenai kenyataan Pak Lah menolak Anwar Ibrahim dari menyertai UMNO

umno-reform.com telah menerima banyak sekali komen SMS yang hampir keseluruhannya agak terkejut dengan kenyataan tersebut.Di ulas esok 16-09-2004

Klik sini


Anwar percaya UMNO di bawah Pak Lah mampu di reformasikan
Rais Yassin

Jawapan yang menyarankan agar ahli UMNO melantik mereka yang tidak akan membenarkan Anwar Ibrahim menyertai UMNO jelas menunjukkan kerisauan mereka sekiranya Anwar di beri tempat dalam hierarki politik UMNO. Mereka juga gusar sekiranya percaturan pemilihan akan datang akan meresapi agenda Anwar melalui kepimpinan yang di katakan rapat dengan beliau.

KLIK SINI

Pesanan kepada
 
Brig Jeneral (B) Datuk Paduka Hussainay Hashim
UMNO bukan satu badan ketenteraan. Fahami dahulu semangat dalam UMNO dan jangan mudah melabel perwakilan dengan tuduhan yang bukan-bukan. Isu politik wang harus di kupas dengan lebih mendalam bukan setakat mahu menjatuhkan hukum sahaja. Tarbiyah juga mereka yang terdahulu,kini duduk di atas menjerit -jerit mengenai politik wang sedangkan kami yang di bawah ini tahu budi bicara mereka - pesanan salah seorang perwakilan yang sempat berjumpa dengan editor1 umno-reform.com  


Politik Wang - tepuk dada tanya siapa?
wartawan umno-reform.com 

Politik wang bukan lagi persoalan moral semata - mata. Ini sebenarnya melibatkan banyak aspek pengiraan maka garis panduan asas yang jitu perlu di terbitkan dan penyelarasan perlu ada. Sesungguhnya selagi belum jelas bukti bahawa wang yang di beri itu adalah yang untuk membeli undi maka selagi itu lah tuduhan politik wang belum dapat di buat.

KLIK SINI

Apakah pembebasan Anwar memberi impak pada UMNO 
Ghazali Mat Dom

Satu lagi SMS yang agak panjang mengatakan bahawa senario pemilihan kali ini pasti berubah dengan pembebasan Anwar. Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menang besar dalam jawatan Naib Presiden dan ketegangan antara puak Mahathir dan Pak Lah akan kelihatan.

klik sini


Terima Kasih Pak Lah, tidak ada campur tangan dalam keputusan mahkamah Ghazali Mat Dom
012-6544762

Apa pun dalam era Pak Lah, kontroversi seperti kes Anwar Ibrahim ini di tamatkan. Dalam era Pak Lah juga lah penyokong Anwar Ibrahim mengukir senyuman serta melinangkan air mata menerima Anwar Ibrahim di pangkuan mereka. Dalam era Pak Lah jugalah Eric Chia buat pertama kali muncul di hadapan mahkamah menjawab pertuduhan rasuah Perwaja Steel yang telah menelan berbillion keringat rakyat Malaysia.

Klik Sini


Anwar bebas - Pak Lah bebas. 
Mungkinkah saya akan menunggu beliau dalam UMNO - satu persoalan lain?
Ghazali Mat Dom

Kenapa saya kata begitu adalah kerana - penahanan politik ke atas Anwar Ibrahim adalah satu bebanan pada UMNO dan bebanan ini memberi kesan kuat kepada penyatuan orang - orang Melayu hari ini. Namun suatu yang jelas bagi saya adalah pembebasan Anwar Ibrahim adalah pembebasan juga pada Pak Lah yang kini menerajui UMNO. Setakat nama pembebasan Anwar memberi impak dalam UMNO pasti akan kelihatan sebaik sahaja beliau pulang dari rawatan beliau di German.

KLIK SINI

Pesanan kepada perwakilan ; laksanakan dengan wibawa
Dr Ambri Yahya

Amat malang sekali kalau kepimpinan yang hadir hanya mahu menonjolkan keperibadian kepimpinan melalui ikatan material dan tidak menyandarkan rekod perjuangan dan pengorbanan sebagai asas pemilihan. Amat malang sekali kalau jiwa UMNO yang bersandarkan roh Melayu di gadai kerana matlamat diri dan bukan bercita-cita secara kolektif untuk memartabatkan Melayu dan menjayakan agenda Melayu dalam dunia yang kian mencabar. 

KLIK SINI


Soalan cepu emas minggu ini " kemana hilangnya Zaharin Mat Jassin ( kempen manager untuk semua calon) Yusof Chebeng juga hilang dalam dunia coffee house ketika ini - semua tempat terasa sunyi tetapi semua calon menarik nafas lega tanpa mereka"


PAK LAH SOKONG :

                   

Mahu tidak mahu perlantikan Naib Presiden di kalangan orang - orang nya akan menunjukkan kekukuhan beliau sebagai Presiden dalam UMNO. Andai yang terlantik bukan dari kalangan laman atau halaman beliau maka antisipasi kekuatannya berbanding dengan timbalan nya akan timbul dan antisipasi ini juga akan mengganggu - gugat keutuhan beliau dalam pemerintahan negara ini. Presiden yang lemah sambutan nya di kalangan ahli tidak akan kekal, lagipun perlantikan Pak Lah sebagai Presiden bukan dari pertandingan tetapi hanya lantikan.

klik sini


Persoalan yang timbul yang akan di ulas oleh www.umno-reform.com

1. Benarkah Datuk Mustapa Mohamed menggunakan kontraktor kelas A untuk memberi wang kepada para perwakilan dan apa pula habuan kontraktor kelas A tersebut?

2. Siapa Lebar Daun dengan Datuk Seri Khir Toyo?

3. Kenapa Ketua Bahagian / kempen manager berada di Sabah begitu lama? Apakah jawatankuasa pemantau tidak sedar atau hanya menutupkan sebelah mata sahaja?

4. Ali Rustam dengan penggunaan Belia 4 B dalam mencaturkan hasrat beliau untuk menjadi Naib Presiden. Kenapa ada penglibatan belia 4 b dalam politik. 

nantikan ulasan www.umno-reform.com


Datuk Mustapa Mohamed - tidak payah jadi Naib Presiden.

Politik naik mudah dan di lahir di atas sulaman emas adalah jolokan terhadap Mustapa Mohamed. Biar  kalah tetapi kekalahan beliau sebelum ini selalu menjanjikan tempat yang istimewa baik dalam UMNO mahupun dalam kabinet Menteri. Jadi tidak perlu kita pilih beliau lagi - kata suara-suara dalam UMNO.

KLIK SINI 


ISU POLITIK WANG
wartawan umno-reform.com

Komen mereka yang telah di kenakan tindakan disiplin agak mengecewakan mereka. Mereka hampir pasti tindakan ini ada motif tertentu dan bukan kerana mereka terlibat dalam politik wang. Mereka dalam UMNO pasi tahu hakikat dalam UMNO, dan tindakan ini mempunyai motif dan tujuan yang tidak baik. KLIK SINI

Tindakan disiplin dan motif tertentu
mengulas mengenai 3 orang Ketua Bahagian yang di kenakan tindakan tata tertib

Ramai kepimpinan UMNO terkejut dengan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin UMNO terhadap 3 orang Ketua Bahagian baru - baru ini. Bagi mereka kenapa ada pilih kasih? Mereka semua telah melakukan kesalahan disiplin tetapi kenapa Datuk Amir yang di gantung dan yang lain - Datuk Mahadhir Khir dan Dato Zahidi hanya di beri amaran.Apakah Datuk Naib hanya mengenakan tindakan keras kepada orang Pak Lah sahaja? Siapa yang tidak kenal Mahadhir Khir dan Zahidi. Mereka orang kuat Pak Lah. Selaku Pengerusi Pengurusan Disiplin parti, apakah sebenarnya agenda Datuk Najib. Apakah tidak kita terbau sesuatu sedang di masak dan mungkinkan ianya akan menghanguskan Pak Lah dalam politik UMNO. Bukan mereka bertiga sahaja yang terlibat dalam politik wang. Namun satu persoalan khusus ialah - kenapa Pak Lah benarkan ini semua berlaku? Apakah Zahidi di lihat sebagai agak kritikal terhadap Khairy Jamaluddin maka ianya perlu di bunuh awal dalam politik UMNO.


Komen terbaru perwakilan

Perwakilan Terengganu : Alhamdulilah ada pilihan raya kecil 

Kita bersyukur ada pilihanraya kecil di Terengganu. inilah peluang untuk kita hadir dan tadah tangan kita di sini. Pasti kita tidak akan rugi kalau hadir untuk pilihanraya kecil di Terengganu ini. Siapa yang selalu datang ke pilihanraya kecil ini kita sokong. tapi mesti tahu - undi kita ada harga. Bagus juga ada wakil rakyat yang mati kali ini.

Perwakilan Pulau Pinang : Muhyiddin No 1

Kita kena pastikan Muhyiddin dapat No 1 dalam pemilihan Naib Presiden kali ini. Jika tidak - Pak Lah pasti di landa problem besar. Oleh itu saya seru semua perwakilan dari Pulau Pinang untuk memberi undi mereka kepada Muhyiddin.

Perwakilan dari Johor (Pontian) : Tidak untuk Ghani Othman dan Adnan Yaakob

Kami akan turut mandikan Ghani Othman, Adnan Yaakob. Mereka tidak layak pegang jawatan tinggi dalam UMNO. Tengok Adnan Yaakub - bukan orang tak tahu perangai samseng beliau. Kita tidak mahu samseng dalam UMNO.

Perwakilan Wilayah Persekutuan : TIDAK UNTUK ISA SAMAD
AJK Bahagian

Kita tidak akan sokong Isa Samad. Ini disebabkan beliau di lantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sedangkan beliau bukan anak Wilayah Persekutuan. Apa sudah tanduskan kepimpinan dari Wilayah Persekutuan? Kali ini kita bernekad untuk memandikan Isa Samad supaya Tengku Adnan boleh dapat tempat No 1 dalam MT. Kami mahu buktikan pada Pak Lah bahawa Wilayah Persekutuan adalah milik Tengku Adnan.

Perwakilan Kelantan :Pertandingkan jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua pada tahun 2007

Rasa sunyi bila Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda tidak ada pertandingan. Sekarang Datuk hishammuddin dan Khairy Jamaluddin tidak peduli pemilihan ini. Kita mahu bawa perwakilan tetapi tempat tinggal dan duit perbelanjaan mereka kita tidak tahu dari siapa nak minta. Hishammuddin dan Khairy lepaskan diri sendiri sahaja. ini tidak boleh jadi lagi. Tahun 2007 mesti kita adakan pertandingan.

Perwakilan SABAH : Saya rindu pada Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim

Saya sudah jadi perwakilan dari tahun 1993 - 1996 - 2000 - 2004. Tidak sama seperti tahun 1993 dan 1996. Tahun 1993 adalah tahun paling menggembirakan bagi perwakilan SABAH dan diri saya. Tahun 1993 - tidak kurang dari 1 juta saya terima dari Anwar Ibrahim melalui Salamon Selamat dan kumpulan Anwar. Saya dapat 1 juta tersebut dari kumpulan Anwar Ibrahim ia -itu Muhyiddin Yassin, Datuk Najib Tun Abdul Razak dan Muhd Taib. Tahun 1996 saya berjaya kumpul sekitar 400,000 ribu dari Muhyiddin, Muhd Taib dan Datuk Najib. Tahun 2000 saya hanya dapat 100,000 tetapi tahun ini mahu cari 2000 pun susah. Saya rindu pada Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim. 

Tahun ini tahun celaka untuk saya. Banyak calon MT dan Naib Presiden suruh saya datang ke kota Kinabalu. Saya fikir wang sudah mari. Tapi mereka semua celaka - bagi wang 50.00 sahaja. Tambang pun tak lepas.  
 

Peristiwa dalam pemilihan

Berita - berita mengenai peristiwa - peristiwa yang berlaku semasa pemilihan UMNO untuk tahun 2004. Kita akan mempamerkan insiden menarik dalam usaha calon - calon meraih sokongan untuk pada pemilihan tersebut.


TINJAUAN - nampak gaya nya semua calon akan menggunakan pilihanraya kecil sebagai medan dan siri mereka berkempen. Di kabarkan semua hotel sedah habis di tempah dan semua calon, wakil - wakil calon akan senantiasa ada di sana.

 


Syed Hamid Albar - mereka menyampah

Ramai perwakilan menyatakan bagaimana mereka menyampah melihat  MB tersebut. Mereka melabel Syed Hamid sebagai seorang politikus yang kedukut dan tidak ada pendirian. Ramai yang agak kecewa kerana lebih kurang 19 bahagian menyatakan sokongan untuk beliau tetapi Syed Hamid Albar telah menghampakan mereka dengan penarikan beliau. 

 


Salam kosong di Pulau Pinang

Di Pulau Pinang, beberapa calon MT ia-itu YB Dato Khalih Nordin, Dato Aziz Shamsuddin dan Datuk Awang Adek telah membuat perjumpaan di Pulau Pinang. Perwakilan sekali lagi di katakan menerima SALAM.

Tinjauan - 13-08-2004 Perwakilan Pulau Pinang rugi besar kerana semua calon takut mahu bagi duit.

 


Tajol Rosli di Perak   

Beberapa Ketua Bahagian di Perak dan ramai perwakilan Perak mula mengkritik kepimpinan YAB Tajol Rosli. Ramai perwakilan Perak secara bisik - bisik mahu melia\hat MB mereka kalah dalam pemilihan MT akan datang. Dengan kesedaran itu, MB Perak akan memanggil semua perwakilan Perak untuk berkumpul di Ipoh pada 13-08-2004.


Bagi perwakilan- JANGAN TERMAKAN MODAL teruskan membaca artikel ini dan komen terhadap mereka yang akan bertanding pada tahun 2004. KLIK SINI 

 


Ghazali Mat Dom No Ahli UMNO 01870736 Tel : 012-6544762  
Sebarang maklum balas hantar sila klik pada BORANG INI

Maklumat KHAS - Program Over a cup of Kopi - satu program yang di adakan oleh Ghazali Mat Dom untuk memberi penerangan khusus kepada ahli-ahli UMNO mengenai kes liwat Anwar Ibrahim dan kenapa pendirian beliau tetap mengatakan bahawa kes liwat Anwar Ibrahim amat meragukan kini DI BATALKAN setelah Anwar sendiri di bebaskan dari tuduhan tersebut. Semua temujanji untuk penerangan tersebut DI BATALKAN    


Kempen Manager yang kini semakin aktif
17-09-2004

1. Ahmad Maslan - kempen manager Mustapa Mohamed

untuk mengetahui mengenai Ahmad Maslan klik sini

2. Abdul Wahab Din - kempen manager untuk Datuk Syed Razak 

untuk mengetahui mengenai Hj Wahab Din klik sini

3. Roslan Darus - kempen manager untuk Ali Rustam

4. Nordin Mat Noor - kempen manager untuk Mustapa Mohamed, Zahid Hamidi  dan sesiapa calon yang bersedia menerima pakej yang di bawa oleh beliau.

untuk mengetahui mengenai Nordin Mat Noor klik sini

5. Raden Mokhtar - kempen Manager untuk Datuk Seri Khir Toyo

6. Dr Sharuddin - kempen manager untuk Muhyiddin Yassin 

untuk mengetahui mengenai Dr Sharuddin klik sini


SENARAI TERBARU

Kempen Manager yang paling aktif sekarang ini 29-08-2004 (senarai baru) berserta profile mereka. terbaru

1.    Shakar Shamsuddin - kempen manager untuk - Adnan Yaakob .

untuk mengetahui mengenai Shakar Shamsuddin klik sini

2.   YB Muhaimin - kempen manager Isa Samad dan Datuk Zainal Abidin Zin. Juga berkempen untuk diri sebagai - Pengerusi tetap Pemuda

untuk mengetahui mengenai Muhaimin klik sini

3.   Abbas @ Yahya -  pakej Zahid Hamidi dan Awang Adek

4.   Dr Karim Mansur - berkempen manager untuk Khir Toyo

5.   Raden Mokhtar - kempen Manager untuk Datuk Seri Khir Toyo

untuk mengetahui mengenai Raden Moktar klik sini

6.   Hamdan Taha - kempen manager Isa Samad dan Tan Sri Muhyiddin

untuk mengetahui mengenai Hamdan Taha klik sini

7.   Roslan Darus - kempen manager untuk Ali Rustam

8.   Mat Yan @ Mat Gagap @ Mat Yahya - kempen manager Astaman

9.   Ku Kamal - kempen manager Zahid Hamidi.

10. Wahab Din - kempen manager MB Kedah

11. Halim Said - kempen manager MB Kedah dan Isa Samad

12. Daud Ibrahim -kempen manager Isa Samad dan Muhyiddin Yassin

13. Ahmad Maslan - kempen manager Mustapa Mohamed

untuk mengetahui mengenai Ahmad Maslan klik sini

14.   Datuk Yahya Bujang - kempen manager bagi Muhd Taib dan Isa Samad

untuk mengetahui mengenai Yahya Bujang klik sini

15.  Datuk Mat Sirat - kempen manager bagi Ali Rustam

untuk mengetahui mengenai Mat Sirat klik sini

16.   Abbas @ Yahya -  pakej Zahid Hamidi dan Awang Adek

17. YB Hashni Mohamed - kempen manager Muhyiddin Yassin

18. Nordin Mat Noor - kempen manager untuk Mustapa Mohamed, Zahid Hamidi  dan sesiapa calon yang bersedia menerima pakej yang di bawa oleh beliau.

untuk mengetahui mengenai Nordin Mat Noor klik sini

14. Dr Sharuddin - kempen manager untuk Muhyiddin Yassin 

untuk mengetahui mengenai Dr Sharuddin klik sini


Isu politik wang

Benarkah Datuk Astaman Abdul Aziz, Datuk Seri Khir Toyo dan Tan Sri Isa Samad akan di panggil menghadap jawatankuasa disiplin parti atas tuduhan politik wang? Beberapa persoalan timbul, bagaimana berita ini boleh tersebar luas? Di mana "kebocoran berita ini" dan apakah ianya benar? Andai berita ini benar, maka pelbagai persoalan lain akan terbit. Kita tunggu pengumuman lengkap mengenai mereka yang akan di hadapkan - mengenai politik wang.


BENARKAH di beritakan ada seorang calon Naib Presiden , 4 orang calon Majlis Tertinggi dan seorang Exco Pemuda akan di panggil oleh Jawatan Kuasa Pemantau dan Disiplin Parti


Kempen Manager yang paling aktif sekarang ini berserta profile mereka. terbaru

1.   Raden Mokhtar - kempen Manager untuk Datuk Seri Khir Toyo

untuk mengetahui mengenai Raden Moktar klik sini

2.   Ahmad Maslan - kempen manager Mustapa Mohamed

untuk mengetahui mengenai Ahmad Maslan klik sini

3.   Shakar Shamsuddin - kempen manager untuk - Adnan Yaakob .

untuk mengetahui mengenai Shakar Shamsuddin klik sini

4.   Datuk yahya Bujang - kempen manager bagi Muhd Taib dan Isa Samad

5.   Hamdan Taha - kempen manager Isa Samad dan Tan Seri Muhyiddin

6.   Ku Kamal - kempen manager Zahid Hamidi 

7.  Datuk Mat Sirat - kempen manager bagi Ali rustam

8.  Yb Muhaimin - kempen manager Isa Samad dan Datuk Zainal Abidin Zin. Juga berkempen untuk diri sebagai - Pengerusi tetap Pemuda

9.   Abbas @ Yahya -  pakej Zahid Hamidi dan Awang Adek

10. YB Hashni Mohamed - kempen manager Muhyiddin Yassin

11. Nordin Mat Noor - kempen manager untuk Mustapa Mohamed, Zahid Hamidi  dan sesiapa calon yang bersedia menerima pakej yang di bawa oleh beliau.

12. Daud Ibrahim - berkempen untuk Isa Samad dan Muhyiddin Yassin, tokoh yang lantang di coffee house

13. Dr Karim - berkempen manager untuk Khir Toyo

14. Dr Shaharuddin - kempen manager untuk Muhyiddin Yassin 


Mengikut para perwakilan - berikut adalah antara calon-calon Naib Presiden dan Majlis Tertinggi yang telah memberi saguhati kepada mereka. Kami menyusun nya mengikut nilai penerimaan perwakilan.

Kepada mereka yang merasakan ini tidak ada justifikasi- sila kemukakan kerana kami akan siarkannya bantahan tersebut

" kenapa pemantau tidak memantau politik wang ini " 

Artikel mengenai pemberian sagu hati oleh calon - calon Naib Presiden dan MT di gantung sementara. Artikel ini akan di buat secara konklusif dengan kenyataan-kenyataan para perwakilan di ambil secara sempurna. 


Sisipan terbaru - senario politik negeri-negeri

Senario politik tanah air khususnya dalam UMNO banyak menarik perhatian kita tambahan pula kita semakin hampir untuk sampai ke tarikh pemilihan kepimpinan UMNO.

KLIK SINI


Senarai kempen Manager paling aktif dan popular sewaktu pemilihan ini

1. Datuk Yahya Bujang 2. Datuk Dr Karim Mansor 3. Sdr Hamdan Taha 4. Yb Muhaimin Abdul Rahman 5. Datuk Mat Sirat 6. Ku Kamal 7. Nordin Mat Noor 8. Dr Shaharuddin 9. Tn Hj Salim bin Sarif 10. YB Sharkar Shamsuddin 11. Sdr Abbas Yahya 12. Azman Salleh 13. Halim Said 14. YB Mohd Bushro 15. YB Bung Raden

Tambahan kepada senarai kempen Manager paling aktif dan popular.

1. Datuk Hamid Mandelar 2. YB IR Hasdi Muhammad 3. Raden Mokhtar Muhammad.


Ulasan kenapa majoriti pegawai Pak Lah masuk mencari tempat dalam UMNO tidak seperti pegawai - pegawai Datuk Seri Najid Tun Abdul Razak dan semasa kepimpinan Tun dr Mahathir. Suara dari akar umbi telah mempersoalkan kehadiran ramai - ramai pegawai Pak Lah bertanding untuk jawatan dalam UMNO. 

Senarai pegawai Pak Lah yang terbabit dalam merebut jawatan, samada berjaya atau pun tidak.

1. Datuk Wan Farid 

2. Khairy Jamaluddin 

3. Ahmad Zaki 

4. Rizal Merican 

5. Datuk Osman Desa 

Klik sini untuk berita sepenuhnya.


Berita - berita ringkas www.umno-reform.com
Laporan perwakilan - 

calon Majlis Tertinggi yang senang di dekati.

1. Datuk Seri Khir Toyo
2. Datuk Zahid Hamidi
3. Datuk Shafei Afdal
4. Datuk Rahman Bakar
5. Datuk Zainal Abidin Zain (ABAH)
6. Datuk Astaman Abdul Aziz 

calon Majlis Tertinggi yang susah di dekati

1. Datuk Aziz Shamsuddin
2. Datuk Rais Yatim
3. Datuk Syed Hamid Albar
4. Abdul Ghani Othman
5. Datuk Seri Tajol Rusli Ghazali
6. Datuk Seri Musa Aman
7. Datuk Shafie Salleh
8. Tengku Adnan

09-08-2004 Ali Rustam kecewa !

Di beritakan Ali Rustam amat kecewa kerana Pak Lah tidak hadir pada program beliau di Melaka Sabtu lepas. Ketidak hadiran Pak Lah akan menimbulkan pelbagai persoalan termasuk, apakah Pak Lah tidak menyokong beliau dalam usaha beliau untuk memenangi pertandingan jawatan Naib Presiden. Apa pun Ali Rustam kecewa kerana sekiranya Pak Lah hadir maka medan tersebut boleh di gunakan oleh beliau untuk menggambarkan sokongan Pak Lah terhadap beliau.

09-08-2004 Datuk Abdul Ghani Othman MB JOHOR gagal raih sokongan

Protes semakin jelas di tunjukkan oleh Khalid Nordin terhadap Datuk Abdul Ghani Othman dan protes ini turut melihat Khalid Nordin mendapat sokongan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Adam Hamid. Di beritakan juga Gani gagal mendapat sokongan 14 bahagian di Johor. Keadaan ini pasti menyebabkan Datuk Abdul Ghani Othman tidak selesa dengan kedudukan politiknya di Johor.

 


Kumpulan mana - G6 atau kumpulan  G7 yang akan mempengaruhi keputusan Naib Presiden. 


Komposisi G6

Ketua - ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita dan Puteri

Komposisi G7

Di pilih semasa Mesyuarat perlantikan perwakilan dan mereka terdiri dari kalangan ahli yang berniaga. Mereka telah mencuba berhabis - habisan untuk menjadi perwakilan dan mereka mahu mendapatkan pulangan sebanyak mungkin dengan status mereka sebagai wakildan mereka tidak mahu "TERMAKAN MODAL" satu terma UMNO.

G6 - adalah mereka yang berkepentingan untuk maju dalam politik tanah air ini. Mereka ada cita - cita dan tidak akan menjual undi semudah G7 apa lagi memperdagangkan undi. 

G7 adalah dari kalangan mereka yang di lantik untuk menjadi perwakilan. Hampir 80% kalangan mereka adalah orang yang telah melabur banyak untuk menjadi perwakilan. Mereka di lihat paling muda untuk menjual undi. Mereka terdiri dari ahli biasa/AJK Bahagian.

Mana lebih penting untuk  calon? Adakah pada G6 atau G7 

BACA KOMEN -KOMEN YANG TELAH DI BUAT OLEH PERWAKILAN UMNO

Timbalan  Ketua  Bahagian Kedah - Sokongan saya adalah pada Tan Sri Muhyddin, Tan Sri Mohamed Taib & Datuk Isa Samad

Perwakilan Johor - kita mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Sharil Samad dan Tan Sri Mohammad Muhd Taib. Apa yang di jelaskan oleh salah seorang perwakilan Negeri Johor adalah Johor adalah untuk Johor.

Perwakilan Perak - Ketua Pemuda Bahagian Perak mengulas bahawa sokongan beliau adalah pada Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Taib dan Isa Samad. Di tanyakan kenapa, maka jawabnya senang jumpa di Kuala Lumpur. Ini mungkin datang dari seorang peniaga yang mahukan kepentingan perniagaan mereka terjaga.

Perwakilan Pahang - Datuk Adnan Yaakub, Isa Samad dan Mustapha Mohamed adalah pilihan utamanya. Ini bagi umno-reform adalah sentimen negeri.

Perwakilan Selangor -  Ketua Wanita Bahagian Selangor mengatakan bahawa sokongan beliau adalah pada Tan Sri Muhammad Taib, Datuk Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin. trend nya mudah - mereka mahu mengekalkan kepimpinan tradisi. 

Perwakilan Selangor PUTERI: Mereka lebih kepada sentimen Khir Toyo untuk Majlis Tertinggi. mereka masih muda dan tidak mahu ahli - ahli nya di datangi oleh ajen calon. 


Klik pada logo untuk penerangan selanjutnya
Untuk temujanji hubungi kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

MAKLUMAN KHAS : Ghazali Mat Dom 01-08-2004

Kami menerima banyak panggilan untuk sama-sama menyertai perjuangan umno-reform dalam UMNO. Perlu di maklumkan bahawa kepada semua yang menghubungi saya - bahawa saya sedia berbicara dan berdialog dengan kumpulan kecil setiap Sabtu dan Ahad. Tujuan umno-reform.com adalah untuk menyalurkan idea - idea baru dan melakukan sedikit cubaan perubahan dalam UMNO agar kita sama - sama berjuang memperkasakan Melayu dan negara kita ini. Tentukan temu janji kerana saya terpaksa mengaturkan jadual untuk tujuan tersebut.

Sekian - Ghazali Mat Dom - Tel: 012-6544762 atau SMS tarikh dan tempat, saya akan maklumkan kembali sama ada saya mampu hadir atau tidak.

 

 

arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 | Akrib April 04
Mei 04 | Arkib Jun 04

Nota : Beberapa pembaharuan telah di lakukan ke atas laman ini dengan memuatkan satu muka surat khas mengenai SMS yang banyak 
kami terima. Setiap pesanan SMS akan kami pamerkan.

Kami juga meletakkan tag - tag pada tulisan bagi pelayar. Tujuan adalah untuk membezakan email yang kami terima dan tulisan 
atau laporan yang kami tulis. Kami tidak bertanggung jawab kepada isi dan maklumat dari email - email yang kami terima.

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 

Email Login signup
Password     

umno-reform.com
email kami : editor1@umno-reform.com
hak cipta tidak terpelihara

Pengendali Utama
Rais Yassin
Saiful Idham

No Tel: 012-6544762

borang untuk menghantar pesanan
KLIK SINI