Pengirim email
berikut sila hubungi Ghazali Mat Dom pada talian 012-6544762 minggu
hadapan untuk sama - sama kita berusaha memperbaiki keadaan
Menteri Besar Perak, Apa sudah jadi dengan
UMNO di Kampung Sri Kantan,Tronoh,Perak.
Saya amat berbesar hati sekiranya pihak Menteri Besar
Negeri Perak sendiri turun dan mendengar pendapat penduduk kampung ini
dan bukan dari mulut ketua kampung saya sendiri iaitu En. Haji
Dahalan.Atau pun adun.
Apakata kalaulah saya mengkritik agama lain dengan menyebut perkara
yang menjadi dasar agama berkenaan dengan alasan hak asasi manusia,
adakah pihak agama berkenaan akan tersenyum sahaja dengan komen
saya itu.
Felicia Ling - Jangan halang kami untuk mengenali kamu
( umat Islam) kerana saya turut membayar cukai ( dalam forum Enforcing
Public Morality' oleh Liberal Forum Malaysia di biaya oleh Friedrich
Naumann Foundation (FNF).
Apa sebenarnya sikap Umno dalam hal ini? Sesama pemimpin Umno pun nampak
tidak bersatu pendapat sedangkan isu ini sangat kritikal terhadap nasib
dan masa depan umat Islam dalam negara ini! Jangan dipolitikkan isu ini
untuk kepentingan mana-mana pihak. Kalau memorandum dan tuntutan ini
melampau walaupun anak PM yang menjuarainya yang salah tetap salah.
Jangan dibela dan diberi muka dalam hal yang membabitkan maruah agama!
Badaruddin Amiruddin - UMNO Jerai
Datuk Pirdaus -
Sister In Islam ada yang setuju dan ada yang saya kurang setuju
Datuk Pirdaus dalam temu duga ringkas melalui telefon memaklumkan bahawa beliau belum lagi mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai Sister in Islam dan adalah tidak adil untuk kita memberi pandangan sebelum melihat dan memahami kedudukan SISTER IN ISLAM tersebut.
Akhirnya isu penggondolan selesai. Marah Pak Lah yang menyebabkan
kerajaan persekutuan mahu mengambil pengurusan Taman Pertanian kini reda
melihat mereka semua - membayar denda dan boleh beroperasi semula.
Sekali lagi semuanya OK. Ribut Khir Toyo akan reda sudah dan Menteri
Besar itu akan kembali menarik nafas panjang tanda berakhirnya isu ini.
Belajar dari sejarah
Dari penolakan statistik rasmi kepada politikus, ini nampak menggambarkan bahawa rakyat Malaysia, strata yang memerintah memang mempunyai daya pengingatan yang singkat. Jangan buat kesilapan, sejarah pasti berulang
kembali.
Oleh A. Kadir Jasin ( terjemahan mudah)
Khairy Jamaluddin Politik
Anwar tidak relevan selagi beliau di luar UMNO dan pintu UMNO tertutup untuk beliau selama -lamanya. Ini satu kepastian kata Khairy kepada IHT.
Khir memang khianat, penulis upahan merata membela
Bekas Peneroka Kota
Sebenarnya masa Khir Toyo sudah boleh di bilang. Hari ini Khir akan
berhadapan bukan sahaja dengan perbuatan yang salah dari segi undang -
undang malah akan terpalit dengan kesalahan tanggung jawab moral kepada
rakyat Selangor. Tidak payah di bela orang seperti Khir Toyo ini. Saya
tidak mahu terbabit dengan memburuk - buruk orang dengan tuduhan kaki
minum dan mencuri tetapi lebih terpandang kepada apa yang dikatakan oleh
tulisan beliau yang saya pasti tidak di tulis dalam keadaan mabuk. Yang
pasti tulisan Pena Suasa mungkin di tulis dalam keadaan khayal dengan
pengiraan wang upah yang di bayar.
Jangan burukkan peribadi penulis
buku - Khir antara amanah dan khianat
Yang ingin saya persoalkan kenapa kita
ingin mengalih perhatian daripada isu buku tersebut kepada batang tubuh
penulisnya.Sebagai cerdik pandai seharusnya buku tersebut ataupun isu
yang ditimbulkan dalam buku itu perlu dipersoalkan dan sekiranya benar
isu tersebut ada benarnya, maka tidak salah seorang penulis yang
digambarkan buruk sikapnya oleh beberapa penulis menulis buku tersebut.
Penulis buku Antara Amanah dan Khianat Mohamad Rafi Awg Kechik, " sikap terbuka Dr Khir Toyo mengenai kebebasan media di puji"
Bertanyakan perkara itu kepada penulis berkenaan, beliau berkata " itu satu sikap yang harus di puji, Khir menghormati kebebasan media dan ini harus di ambil iktibar oleh semua kepimpinan negara ini. Bagi Mohamed Rafi kebebasan media adalah asas kepada prinsip - prinsip demokrasi dan menjadi landasan kepada kepimpinan berhemat dan berwibawa negara ini.
Kenyataan
Angkatan Muda Malaysia
29 April 2005 KEMPEN BARU TAK NAK TELAN LAGI RM 30 JUTA WANG RAKYAT TAHUN INI
Semalam 28 April 2005, berdasarkan Utusan Malaysia,
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dilaporkan
berkata, peruntukan bagi kempen tersebut sama seperti tahun lalu iaitu
sebanyak RM20 juta, tetapi pada tahun ini tambahan sebanyak RM10 juta
diberikan bagi membolehkan kempen gaya hidup sihat dilaksanakan.
Khianatkah kita pada pejuangan reformasi - memohon Anwar di
ampuni sedang kita tahu beliau tidak bersalah walau seinci -
begitulah kata - kata yang di terima oleh kami www.umno-reform.com
dalam membicarakan program pengampunan Anwar Ibrahim yang akan di
adakan pada 1/5/2005 di Grand Seasons Hotel jam 2 petang. Menurut
maklumat yang kami terima Konvensyen ini di buat oleh mereka yang
tidak di kenali dalam pesada perjuangan reformasi. Apa tujuan
Konvensyen ini dan siapa pula yang menjadi penaung konvensyen ini?
Parti Keadilan Rakyat Malaysia terus membisu mengenai program ini.
Tidak ada kepimpinan yang di katakan akan hadir sungguhpun di
beritakan penganjur bersungguh - sungguh memohon agar konvensyen ini
di sokong oleh Barisan Alternatif dan DAP. Apa pun menurut satu
email lagi, program ini pernah di adakan dahulu di Century Club
Paradise dan ianya tidak disokong oleh Keadilan. Menurut laporan
yang pernah di terbitkan oleh MalaysiaKini pada program yang lepas,
Tien Chua - Naib Presiden Keadilan yang hadir turut tidak mahu di
kaitkan dengan program tersebut. Habis siapa di belakang program
tersebut. Semestinya bukan kepimpinan Parti Pembangkang.
Menurut
satu email lagi - penulis menganggap itu satu program yang di
dalangi oleh orang - orang yang berkepentingan yang tidak wujud
semasa Anwar Ibrahim di penjara. Mereka kini bangkit kononnya mahu
menunjukkan solidariti bila Anwar Ibrahim di bebaskan dan
beranggapan bahawa Anwar Ibrahim akan memegang tampok kepimpinan
negara ini pada pilihan raya akan datang. Apa pun yang pasti
mereka yang selama ini berjuang untuk pembebasan Anwar Ibrahim
mengatakan bahawa ini bukan program mereka dan mereka tidak ada kena
mengena dengan program tersebut.Parti Keadilan Rakyat juga
nampaknya tidak menyokong program tersebut.
Ikuti
seterusnya email dan laporan mengenai Program Pembebasan Anwar.
Apa dia program mendesak
pengampunan Anwar Ibrahim
Siapa di belakang tabir
program tersebut
Apakah program itu mendapat
restu golongan reformasi
Apa kata Parti Keadilan Rakyat?
Akan terbit tidak lama lagi. Sila
kemukakan juga pendapat anda di
sini
Kadir sesuai di Kementerian Pelancongan amin_tandop@hotmail.com
Malangnya, kita sendiri rakyat Malaysia (Orang Melayu) lebih suka
menonton hiburan kosong dari rancangan-rancangan forum seperti Fast
Forward, 60 Minit Bersama Menteri di RTM. Seperti juga stesen Radio
RIMA yang ditukar nama kepada Klasik FM. Ramailah yang bangun
membangkang termasuk Menteri Tumpang Glamor Rais Yatim yang dari
dulu sampai sekarang hanya pandai mensensasikan isu Menteri lain (Menteri-Menteri
BN pulak tu) untuk menglamorkan diri sendiri.
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan nafikan penggantungan
www.umno-reform.com
telah menerima penafian mengenai adanya penggantungan Azwanddin
Hamzah,Exco Angkatan Muda Keadilan berikutan dengan isu laporan
polis terhadap laman ini dan mengenai kenyataan bercanggah antara
beliau dengan Syed Husin Ali Timbalan Presdien PRK atas isu
Wolfowitz. En Badrul Hisham Shaharin juga Pengarah Media Angkatan
Muda memaklumkan perkara tersebut. Kami juga menerima panggilan dari
Azwanddin Hamzah mengenai penafian beliau di gantung. Menurut
beberapa EXCO lain Angkatan Muda, memang ada kritikan dan juga
perbezaan pendapat semasa mesyuarat Angkatan Muda tetapi tidak ada
perbincangan atau pun tindakan penggantungan di buat. Perbezaan
pendapat adalah lumrah dan kami terbuka dalam membincangkan perkara
- perkara tersebut. - laporan www.umno-reform.com
Azwanddin Hamzah, Exco Angkatan Muda Keadilan yang telah membuat laporan polis terhadap www.umno-reform.com yang di tuduh menggunakan unsur - unsur provokatif dalam membicarakan mengenai isu Melayu Dalam Bahaya di beritakan telah di gantung dari jawatan dan tidak di benarkan membuat sebarang kenyataan di mana - mana media.
Menurut satu email yang kami terima mesyuarat EXCO Angkatan Muda Keadilan pada 16hb April 2005, telah menggantung jawatan EXCO Azwanddin kerana tidak mendapat restu dari Ketua Pemuda beliau Ezam Mohd Nor sebelum membuat laporan polis tersebut. Beliau juga dikatakan telah melanggar prosedur parti dengan membuat kenyataan menyokong perlantikan Wolfowitz
di Utusan Malaysia sedangkan Timbalan Presiden PKR secara tidak langsung
telah menolak sokongan yang di berikan oleh Anwar Ibrahim terhadap perlantikan
Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia dalam kenyataan di
malaysiakini.com. Kami cuba menghubungi beliau untuk bertanyakan mengenai perkara ini tetapi beliau telah menolak untuk bercakap dengan editor 1 umno-reform.com.
www.umno-reform.com menyambut baik sebarang usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu dan
ternyata tindakan EXCO yang membuat laporan polis terhadap kami adalah satu pengkhianatan terhadap perjuangan Melayu.
Kemarahan Dato
Ahmad Bahri terhadap Khir Toyo - apakah kerana surat ini?
Apakah
surat ini yang menimbulkan krisis antara Ahmad Bahri dengan
Khir Toyo?
Pihak
umno-reform.com cuba sekali untuk menghubungi beliau melalui SMS
untuk mengetahui kedudukan surat ini sehingga 4b Selangor menarik
diri dan menghentam Khir Toyo? Nantikan pendedahan memorandum rasmi
Gerakan Belia 4 B Negeri Selangor dalam www.umno-reform.com.
KLIK
PADA SURAT UNTUK IMEJ LEBIH BESAR
Bukan
semua hutan milik kerajaan - Dr Khir
Oleh Pena Suasa
klik sini untuk membaca siri 1
Dalam situasi politik seperti ini, Dr. Khir boleh melihat siapa
sebenarnya kawan-kawannya dan siapa yang hanya ada sekadar melukut di
tepi gantang.
Memetik kata-kata Dr. Khir lagi; "Pihak kerajaan negeri tidak boleh
sewenang-wenangnya mewartakan mana-mana tanah individu kerana hanya
tanah milik kerajaan yang boleh diwartakan sebagai hutan simpan.
MENGAPA KEDIAMAN RASMI PM DI PUTRAJAYA MASIH
KOSONG? shahrir@huawei.com
Pagi tadi saya terbaca ulasan Blog Jeff Ooi yang memetik akhbar INTERNATIONAL HERALD TRIBUNE
bertarikh 18 April berkenaan kisah kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di
Putrajaya. Menurut akhbar tersebut sehingga kini setelah hampir 18 bulan kediaman
rasmi itu dikosongkan oleh Dr Mahathir, PM baru Pak Lah masih belum berpindah ke
sana. Tetapi yang menariknya apabila akhbar itu menyebut:
Khairy Jamaluddin, a member of the ruling party and the prime ministers son-in-law, says the house displeased the prime ministers wife, Endon Mahmood. We convinced her to move in, but it still needs renovation, he
said.
Khairy Jamaluddin seorang ahli parti pemerintah dan menantu PM mengatakan bahawa kediaman
rasmi itu sebenarnya tidak digemari oleh isteri PM Endon Mahmood. Kami telah meyakinkan
beliau agar berpindah, namun ia perlukan pengubahsuaian. Kenapa Endon tak gemari
kediaman rasmi yang menelan belanja berjuta RM itu?
Apa pentingnya rumah itu digemari atau tidak oleh Endon, kerana ianya kediaman rasmi PM
bukannya kediaman rasmi Endon, menantu atau anak-anaknya?
Dan yang paling penting atas asas apakah rumah tersebut perlu diubahsuai lagi yang sudah pasti
belanjanya kelak dipikulkan ke atas bahu rakyat Malaysia! Saya kira jika kerja-kerja pengubahsuaian
telah pun bermula bermakna ia pasti menelan belanja yang banyak oleh kerana 18 bulan telah
berlalu dan Pak Lah masih belum pindah-pindah lagi?
Rakyat Malaysia perlu tahu akan perkembangan ini, ahli-ahli Parlimen perlu bangkitkannya
dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara bagi memperolehi penjelasan dari pihak
kerajaan. Jangan telus di bibir sahaja.
Fikirkan!
www.umno-reform.com
Bagi
mengatasi pinjaman along, salahkah sekiranya bank - bank dengan kerjasama
KWSP mengeluarkan pinjaman kelulusan segera dengan bersandarkan peratus
wang caruman KWSP pencarum - satu idea
Menteri Besar Negeri Sembilan mahu pinjam KWSP? Komen ringkas warga umno-reform.com
Kami
cadangkan jika rakyat atau individu sendiri yang mempunyai wang caruman
mengalami kesempitan wang maka mereka boleh juga meminjam dari KWSP dengan
had peratus wang yang ada dalam simpanan. Bukakah itu sesuatu yang logik
dan lebih baik dari pinjaman dari along
Kami turut
terpanggil untuk memberi komen tingkas mengenai cadangan Kerajaan Negeri
Sembilan untuk meminjam wang dari KWSP untuk penyelesaian isu pampasan anak
Felda Sendayan.
Bagi kami pinjaman boleh di berikan dengan syarat mereka isu Felda Sendayan di
siasat secara menyeluruh dan di kemukakan secara terbuka terlebih dahulu.
Kegagalan jentera pelaboran N.Sembilan harus di teliti dan mereka yang
terlibat dalam cadangan pembangunan dan di sokong untuk di majukan oleh
kerajaan negeri harus bertanggung jawab terlebih dahulu.
Kami gusar bila -
kerajaan/agensi kerajaan gagal dalam menjalankan sesuatu pelaburan - maka
"bail out" wang rakyat di gunakan dan sekiranya rakyat sendiri yang
mencarum menghadapi masalah kewangan - wang caruman itu tidak boleh digunakan
untuk "bail - out" malah dalam erti pinjaman sekali pun - sungguhpun
sebenarnya wang itu adalah milik kita sendiri.
Ini hanya
menunjukkan betapa kita menolak terus isu kepentingan dan kesusahan rakyat itu
sendiri.
Abang Menteri
Besar Negeri Sembilan lebih berkuasa Oleh Zulkifli Haji Hussein
Abang MB Negeri
Sembilan, Datuk Azman juga disahkan sebagai Setiausaha Umno Bahagian
Rembau
Beliau juga
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan
Turut
dilantik menjadi Pengurus Bolasepak Negeri Sembilan
Kenapa Stesen TV
swasta bersikap biadap?
Oleh Pena Suasa
Kalau sesiapa mengenali Syed Razak, tahu kegemaran bekerja dan disiplin
dirinya, mereka akan bersimpati, langsung menyokong pendiriannya itu. Itulah
sebabnya, suatu ketika dahulu, ketika Umno lemah dan Pas kuat, bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melantik Syed Razak menggantikan Tan Sri
Sanusi Junid sebagai Menteri Besar.
From_Email: Mohd-Hatim,Mohd Mansor EPA-PM-MEIS Sarawak Shell Bhd
Pesanan: Saya berpendapat; Program atau Majlis PENGAMPUNAN DS Anwar harus atau wajar dilaksanakan dengan
segera. Ini adalah untuk kebaikan keseluruhan Bangsa Melayu dan pelbagai kaum di
Malaysia.Kalau kita mengimbas tuduhan terhadap DS Anwar...sebahagian besar nya
KONSPIRASI POLITIK..maknya TUJUAN musuh Politik DS Anwar khusus menganiaya terhadap tingginya
kepimpinan DS Anwar yang disegani...kita lihat dan ketahui sekarang kebanyakan kepimpinan
DS Anwar amat begitu dihargai diluar Negera. Saya harap DS Anwar akan masuk balik UMNO
atau menjadi Pemimpin Negara menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA ..INSYA ALLAH.
Dalam Negara pun DS Anwar masih disayangi dan disanjungi Rakyat Malaysia.
Cuma Media tidak banyak memberi publisiti. Semuga cadangan atau majlis Pengampunan akan deterima
oleh DYM Agung Malaysia dan harus diterima oleh oleh Pak Lah. Pak Lah semestinya benar benar
membersih pemimpin RASUAH RASUAH yang masih dalam Kabinet dan keluarkan segera
senarai nama yang pernah dinyatakan oleh Dato Rais Yatim..barulah UMNO disegani
kembali dan DS Anwar harap akan memimpin UMNO Malaysia.....PERDANA MENTERI
MALAYSIA...
hantar
komen melalui SMS - talian 012-6544762 Layari koleksi email dan pesanan ringkas
yang di terima sebelum ini. Kirim pendapat klik
sini
Diari
blog pandangan Ghazali Mat Dom yang membicarakan pendapat dan pengalaman
beliau dalam politik tanah air. Ahli UMNO selama 12 tahun terpanggil
untuk membicarakan persoalan kemasyarakatan khususnya agenda Melayu.
Melayu
di mana silapnya
KLIKSINI
untuk memberi komen melalui
webblog atau KLIKSINI
untuk hantar pesanan
Baca
komen seruan agar perubahan dalam UMNO - reform UMNO segera dilaksanakan
oleh Suhaimi Ghafar kliksini
MALAYSIAKINI.COM - Sekretariat
Melayu Muda, Pengerusi SSM, Wan Azrain Tan Sri Wan Adnan dan editor1 www.umno-reform.com
Ghazali Mat Dom telah di temuduga oleh malaysiakini.com. Antara lain
yang di tegaskan oleh kedua - kedua mereka adalah Program Melayu
Dalam Bahaya adalah untuk kesedaran bagi orang - orang Melayu
terhadap masa depan mereka. Menurut Ghazali pula adalah tidak salah
untuk Melayu berbicara mengenai Melayu sebagaimana bangsa lain berbicara
untuk memperkasakan kaum mereka. umno-reform.com sudah lama menulis dan
membicarakan isu Melayu dan inilah kami pertama ada laporan polis
terhadap dirinya oleh orang Melayu sendiri.
GHAZALI MAT
DOM - MELAYU DALAM BAHAYA -
membidas laporan polis yang di buat oleh Angkatan
Muda PKR sebagai kekhuatiran mereka terhadap perjuangan Melayu oleh UMNO.
Hakikatnya jelas, UMNO adalah satu - satu sahaja wadah untuk orang -
orang Melayu dalam memperjuangkan harapan demi memartabatkan bangsa.
Keadilan pula masih terraba-raba mencari identiti mereka.
Ghazali Mat Dom atas permintaan akan memulakan program
a cup of KOPI bersama beliau. Sekiranya mahu membincangkan
sebarang topik atau hujah sila SMS kepada beliau untuk temu janji -
012-6544762.
Mendefinisikan Pak Lah
Siri 2 - Peningkatan nilai dan erti pembangunan
Ikuti siri pertama - klik sini
Mendefinisikan Pak Lah dalam mencari
arah pentadbiran dan arah mana yang mahu di bawa oleh beliau, apa yang
jelas adalah usaha Pak Lah meningkatkan pembangunan kerohanian untuk
mengimbangi pembangunan fizikal yang ada di Malaysia. Pengimbangan ini
bagi Pak Lah perlu agar kemodenan tidak di interpretasi sebagai manusia
yang hidup dalam kemewahan perekonomian tapi kosong kejiwaan.
Mana perginya Anwar Ibrahim yang
mengajar kami lawan tetap lawan. Mana perginya Anwar Ibrahim yang
berkata - kalau takut
dengan risiko usah bicara tentang perjuangan.hantarkan komen anda di web blog
ini
ULASAN
PERTAMA DUA KALI
KENA BOO KLIK
SINI - Komen
di terima:
Abdul Alif Ahmad
- kliksini Pemuda UMNO Kedah - kliksini
Sekiranya ingin menghantar pendapat klik
sini
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.