untuk SMS : 012-6544762

 

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas 2 | Permohonan Email | blog arahkita | Sang Kelembai 

 

umno-reform.com - dalam kita menuju ke pemilihan UMNO, untuk memastikan siapa yang kelak memimpin UMNO maka laman ini akan memberi tumpuan semula ruangan untuk kita menilai pemimpin mana yang tidak seharusnya diberi peluang untuk menjawat jawatan dalam UMNO. Hantarkan komen dan penilaian anda mengenai kepimpinan UMNO yang seharusnya digugurkan dalam mengemudi UMNO pada saat UMNO dalam keadaan kritikal ini. Hantarkan pada anuarmohdnor@yahoo.com atau editor1@umno-reform.com  

 
INI SUMPAH KITA ORANG MELAYU
 

email dari :zamri66@yahoo.com

APA YANG TAK KENA DENGAN POLITIK & EKONOMI NEGARA

Sedih melihat masalah demi masalah melanda negara ini.

Dari Segi Politik

Masalah UMNO dan Masalah Mukhris! Mukhris seolah-olah penjuang bangsa  dan kebenaran. Maaf Datuk, datuk akan sudah menunjukkan belang. Yang merisaukan saya, Datuk akan menjadi pemimpin sebelum ini, PEMERINTAHAN KUKU BESI - siapa tentang, kita buang! Buat masa ini, Datuk boleh komen seolah-olah Datuk parti pembangkang! Suara kelantangan Datuk membuat orang melayu melihat kuasa politik mereka goyong. Ingat bagaimana dua mantan PM menentang Dr M! Apa tindakan Dr M keatas mereka dan sesiapa yang menentang beliau.

Dari Segi Ekonomi

Ini memeningkan kepala saya. Apa jentera pemerintah sekarang. Nak naikkan minyak, diumumkan lewat petang sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk. Tidak boleh ke, berikan tempoh seperti larangan kepada kenderaan asing membeli minyak kita! Yang itu boleh diberikan tempoh!

Kenaikan 78sen, apa alasan yang diberikan! Subsidi 30sen oleh kerajaan! Tak logik sangat alasan kerajaan. Yang saya lihat Second Minister kita ini ada problem le, samada nak menghancurkan negara.

(Macam kerugian Bank Negara semasa beliau menguruskan pertukaran wang asing)

Kita kena buang dua orang dalam pemerintahan kita, iaitu Menteri kewangan kedua dan juga pakar penasihat Petronas (Ooops siapa agaknya)

Zamri Mohd Noor

 

Rahim Zain

KETUANAN MELAYU


Sebenarnya istilah ‘ketuanan’ Melayu atau kembarnya ‘pertuanan’ Melayu yang mulai diguna selepas Merdeka tidak pernah membawa apa-apa implikasi buruk dan tidak juga pernah menimbul reaksi yang keras semata-mata kerana istilah itu tidak bertujuan bermusuhan. Dalam zaman sebelum Merdeka ketuanan Melayu tidak ada erti. Dan selama ini pun ia tidak membawa erti dominance atau supremacy seperti yang diberi oleh mereka yang mahu kusutkan hubungan kaum. Sebagai istilah yang mula dipakai selepas Merdeka ia diguna untuk menyatakan bahawa sifat dan budaya Tanah Melayu yang Merdeka perlu kepada ciri keMelayuan.

Kata-kata seperti kebudayaan Negara berteraskan kepada budaya Melayu dan pelantikan tokoh-tokoh budaya dan pegawai-pegawai Melayu untuk memimpin badan-badan bercorak budaya seperti pelajaran, bahasa, muzium, dan lain-lain institusi bagi mengekalkan ciri keMelayuan adalah kegiatan bagi tujuan melahirkan ketuanan Melayu. Walaupun dalam perkara itu kaum bukan-Melayu tidak dilibatkan mereka tidak memberi masalah kecuali sekali sekala yang datang dari persatuan-persatuan tertentu yang mahu supaya bahasa dan budaya Cina tidak dihakis. Yang anehnya budaya Melayu dengan ciri-ciri pentingnya bukan saja terhakis tetapi lenyap.

Istilah Ketuanan yang kegunaannya pada masa dulu tidak menjadi masalah sekarang menjadi masalah kerana hubungan kaum tidak diurus dengan baik. Benteng toleransi telah dirobohkan oleh orang-orang bukan-Melayu  yang in a hurry. Mereka memeranjatkan  kaum Melayu.

Klik sini untuk membaca selanjutnya

 

Orang Melayu hari ini dan hari muka
Rahim Zain

Mungkin orang UMNO tidak merasainya dan mungkin pemimpin-pemimpin UMNO juga tidak merasainya; tetapi rakyat Melayu termasuk yang selesa dengan PAS dan PKR yang sentiasa mengharap kepada UMNO untuk membawa orang Melayu ke pantai idaman sekarang merasai kepahitan politik. Kebelakangan ini semenjak pengunduran Tun Dr Mahathir dari kepimpinan UMNO orang Melayu sangat merasai bahawa rakyat bukan-Melayu sudah tidak lagi menghormati Bangsa Melayu; apa lagi setelah PRU 12. Orang Melayu yang selama ini cinta damai dan telah memberi laluan kepada perubahan-perubahan yang dibuat di atas prinsip membina negara walaupun menjejas idaman mereka tiba-tiba berdepan dengan kesedaran bahawa mereka tidak boleh lagi  mengharap kepada kebijaksanaan pemimpin UMNO untuk mengisi janji kemerdekaan kepada orang Melayu. UMNO mahu orang Melayu menerima bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO; dan ramai orang Melayu walaupun tidak menjadi ahli berpegang kepada harapan dari kepimpinan UMNO kerana UMNO menjadi tulang belakang pentadbiran Negara, dan semenjak dulu UMNO berjanji kepada orang Melayu untuk mengisi atau memberi erti kepada kemerdekaan; apalagi dalam menghidupkan hak-hak istimewa orang Melayu sebagai tenaga bagi menolong orang Melayu maju. Bahkan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO pun mengharap kepada UMNO menjaga kepentingan Melayu kerana UMNO menerajui pemerintahan negara.  klik sini

 
Minyak naik

Minyak naik dan harga barangan dijangka akan turut naik. Minyak naik dan kos kehidupan dijangka akan naik. Minyak naik, Petronas untung berlipat kali ganda. Minyak naik tidak mungkin tambang kekal harganya.

Semua kekalutan untuk mendapat sedikit keuntungan disaat-saat terakhir menanti harga minyak naik. Semua ini kerana harga minyak dunia. Harga elektrik pasti akan naik dan semuanya akan naik. Namun sesuatu pasti akan turun! Kerajaan Barisan Nasional hampir pasti akan mengalami kemerosotan. Pak Lah hampir pasti seakan menanti sesuatu yang bakal berlaku pada pemilihan yang akan datang. Minyak naik dan rakyat naik minyak. Kehidupan pasti kurang selesa. Mungkin kali ini bila minyak turun harap-harap Malaysia pun turun harga minyak dan yang lain pun turut turun. Baru betul - komen Mohd Izafahim (email)

 
 

To: member Jelutung

Md Farok Mohd Fakarudin <mhdfkrdn@yahoo.com>

Tahu tak topik apa yang saya tulis . Faham dahulu dan komen .Ini ikut perasaan . Jadi lucu.Saya tak tulis pasal UMNO Jelutong . Saya tulis pasal kemelut UMNO Malaysia . Kalau nak komen pun biarlah politik peringkat nasional . Saya pun kenal siapa member Jelutong ni dari tulisan dan ejaan yang tak betul . Cermin diri kita dahulu dan perhati puas puas keadaan diri kita then baru kita komen orang lain . Jangan berpolitik demi agenda kepentingan peribadi member Jelutong . Fikir2 kanlah .

Mohamad Fakarudin Md Farok

email dari : member Jelutung

Pesanan: Saya terbaca komen fakarudin jelutong tadi. Apa yang penting  hari ini umno itu perlu mempunyai ahli yang sayangkan parti dan ahli  yang sangup berjuang demi agama, bangsa,dan negara. Kita tidak perlu ahli  yang menjadi duri dalam daging seperti apa yang berlaku pada pilihan  raya baru ini. Di Jelutong sendiri saudara tahu ada bekas bekas pemimpin  yang gilakan kuasa telah sabotaj parti mereka cara terang terang  berkempen untuk pembangkang. Cuba saudara nilai siapa lebih terok orang  yang jadi diri dalam daging atau kita tahu di dgn parti lain tetapi telah insaf dn mahu berjuang dgn umno.Jangan persoalkan kesetiaan ezam  tapi persoalkan juga keiklasan tuan dan serpihan UMNO Jelutong yang  hanya mementingkan dri sendiri sahaja.Kepimpinan bhg yang ada telah  terbukti dapat menbanu org melayu dijelutong.aApa lagi yang menjadi  masalah di Jelutong lagi. Orang macam awak apa peranan yang di buat untuk  membantu kepimpinan umno Bhg Jelutong.Tak ubah seperti meludah kelangit  terkena muka awak sendiri. Sudahlah pergi bantu kepimpinan awak dan  tanamkan keiklasan dalam diri awak jangan jadi macam kacang lupa  kulit.Solongan terhadap pimpinan pak lah haru diberi oleh seluruh rakyat  demi kebaikan semua rakyat malaysia.

member Jelutung

 

Mohamad Fakarudin Bin Md Farok
UMNO Bahagian Jelutong

 

Dalam kita melayari setiap hari2 mendatang , suasana politik UMNO pada hari ini agak kelihatan tegang dan mula goyah . Tindakan berani TDM yang keluar UMNO sehingga YAB Pak Lah bersara , amat mengejutkan semua pihak termasuk semua rakyat Malaysia . Impak ini amat memberi kesan yang mendalam kepada keteguhan UMNO sendiri . Selang beberapa hari , UMNO sekali lagi dikejutkan pula dengan kemasukan Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Kadilan Rakyat (PKR) , Sdra Ezam Mohd Noor .Secara terus terang , kemasukan Ezam Mohd Noor kedalam UMNO hari ini tidak memberi sebarang kekuatan kepada UMNO sendiri tetapi terus dikritik oleh pemimpin pemimpin atasan UMNO yang menyoalkan keikhlasan Ezam terhadap UMNO . Tidak cukup dengan itu , keistimewaan juga diberi kepada Ezam untuk menyerahkan sendiri borang keahlian seumur hidup kepada Presiden Parti YAB Pak Lah . Rata rata ahli UMNO tertanya tanya , kenapa seorang pengkhianat seperti Ezam hari ini diberi penghormatan sebegini rupa?

Apakah ahli ahli UMNO yang telah bersama sama berjuang dan setia kepada UMNO dikala pengkhianat seperti Ezam memaki hamun serta menghina kepimpinan UMNO pada masa lalu tidak pernah diberi ruang dan peluang untuk bertemu YAB Pak Lah.Apakah hari ini Ezam dianggap asset kepada UMNO? Saya tidak menyatakan bahawa tidak bagus untuk Ezam bersama sama kita berjuang dalam UMNO dan saya bersyukur kerana pemimpin muda seperti Ezam suatu hari nanti mampu menjadi pemimpin negara kerana semangat dan perjuangannya disukai ramai anak muda hari ini . Tetapi kewajaran kepimpinan UMNO hari ini seolah olah tidak menghargai pengorbanan ahli ahli UMNO yang setia berjuang bersama sama dikala UMNO mengharungi pahit maung dalam kelibat politik Malaysia

Sebagai seorang ahli politik , jangan kita jadikan politik sebagai pentas kepentingan individu , tetapi kita harus pertimbangkan landasan berpolitik itu untuk merencanakan serta merancang masa depan anak cucu kita melalui perjuangan UMNO . Seharusnya hari ini , ahli ahli politik UMNO sudah sibuk dengan tugas tugas dalam isu kebajikan rakyat  dan kembali kepada rakyat , tetapi lainnya pada kali ini memandangkan pemilihan parti pun sudah dekat dan ramai yang sudah mengumumkan untuk bertanding itu dan ini .Walaupun dalam pilihanraya umum baru baru ini , BN tewas kepada 5 negeri , jangan kita jadikan alasan untuk tidak memberi perhatian kepada masalah rakyat di 5 negeri ini . Perkhidmatan berlipat ganda harus diberikan bagi memastikan BN kembali berkuasa pada pilihanraya yang akan datang . Sekiranya UMNO dan BN masih dalam mimpi lagi seperti ini , saya percaya kerajaan Pusat juga akan tumbang dalam masa terdekat ini . Seperti mana kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri yang mengingatkan ahli ahli UMNO supaya kita jangan jadikan UMNO seperti Parti GOLKAR di Indonesia ataupun Parti LDP di Jepun . Kekalahan ini adalah gara gara kerana dalaman Parti itu sendiri dan membuatkan rakyat tidak yakin dengan kepimpinan atasan . Kesimpulannya , ahli ahli politik termasuk kepimpinan atasan haruslah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat pada masa sekarang dan tidak berpolitik tanpa mengira siang dan malam tanpa mengira waktu .

Wassalam

Mohamad Fakarudin Bin Md Farok

UMNO Bahagian Jelutong

    

 

 

Klik sini


Akhirnya reformis Nora bersuara
di petik dari blog Nora

Ini kenyataan Nora. Untuk makluman semua, Nora tidak menyertai UMNO. Nora masih berdiri sebagai seorang pejuang yang mahu memastikan nasib rakyat marhaen terbela dan tidak di tindas oleh mana-mana kerajaan memerintah. Sungguh pun banyak spekulasi tentang Nora menyertai Ezam untuk pergi kepada UMNO, itu sama sekali tidak benar. Sungguh pun begitu Nora hormat keputusan Ezam untuk menyertai UMNO. itu hak beliau. Ezam pasti mempunyai alasan sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.

Dalam isu ini Nora agak kesal dengan kritikan-kritikan yang tidak beretika,melampau,sumpah seranah termasuk maki hamun yang di lemparkan terhadap beliau. Ingat! sewaktu Anwar terpenjara Ezam lah yang turut bersama pejuang-pejuang reformasi untuk berkorban demi keadilan dan menentang kezaliman rejim Mahathir.

Anehnya,tidak siapa pun bertanya kenapa Ezam beralih pandangan terhadap Anwar Ibrahim. Lebih menyayat hati, setelah Anwar di bebaskan, Ezam yang sebelum ini menjadi tunggak reformasi tiba-tiba senyap. Hairan kan, kenapa ini boleh berlaku? Ezam juga adalah seorang manusia.

Nora juga rasa terkilan menerima ratusan sms dan email yang penuh dengan kata-kata nista terhadap Ezam dan UMNO. Nora setakat ini Insyallah tidak pernah terlintas untuk menyertai UMNO, tetapi untuk mengeji UMNO dan ahli-ahli nya dengan kata-kata sedemikian bukan “style” Nora.

Salah satu SMS yang paling Nora terkilan adalah seperti berikut :

Salam, Allah dah pilih Nora untuk bersama-sama dalam parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS. Nora jangan sekali-kali terpengaruh dengan Ezam yang Allah campakkan balik dalam lubang yang penuh najis iaitu UMNO.

Untuk mengelar UMNO lubang najis dan ahli-ahlinya terpalit dengan najis, Nora ada sesuatu yang mahu dikongsi bersama:

Dalam hidup Nora sebagai peniaga kecil, Nora berdepan dengan pelbagai masalah. Kesempitan hidup, perniagaan yang semakin merosot,penindasan dari pihak DBKL dan persaingan warga asing, menambah kepada penderitaan kehidupan.

Ini adalah apa yang kami sebagai reformis lalui. Kemelaratan ini berlarutan sehingga ke hari ini bagi sesetengah mereka yang bergelar reformis. Sungguh pun perkara ini tidak asing dari pengetahuan kepimpinan PKR, namun tidak ada satu tindakkan kemanusiaan di ambil untuk membantu kami.

Namun, Allah itu Maha Kuasa. Yang terbuka pintu hati untuk membantu adalah orang yang kita kata terpalit dengan najis dan berada dalam lubang najis. Entah mengapa, orang yang di katakan terpalit dengan najis dan berada dalam lubang najis mempunyai nilai kemanusiaan lebih tinggi daripada tempat yang pernah Nora perjuangkan agenda mereka.

Orang yang di katakan berselubung dengan najis menghulur tangan-tangan bantuan kepada Nora. Nora telah diberi peluang untuk bekerja. Lebih mengejutkan lagi,orang yang di katakan terpalit dengan najis turut membela beberapa orang teman-teman yang semuanya terbabit dengan reformasi dan berlainan parti, termasuk PKR dan PAS.

Aneh sekali,orang yang dikatakan terpalit dengan najis tadi tidak pernah mempersoalkan wadah dan penglibatan kami secara berterusan sehingga kini. Malah bagi orang yang terpalit dengan najis tadi membenarkan prinsip masing-masing dan tidak menghalang kami untuk menyertai mana-mana perhimpunan demonstrasi mahupun perhimpunan-perhimpunan bagi memperjuangkan hak rakyat.

Mungkin benar kata orang, tidak hilang nilai intan biar di salut debu dan lumpur serta dalam konteks ini dalam lubang najis sekali pun.

Mana dia pemimpin-pemimpin PKR yang gah melaungkan perjuangan membela nasib rakyat sedangkan nasib ahli pun di pandang remeh dan ada kalanya dihina.

Nora ingin menyarankan agar janganlah kita prejudis kepada sesetengah ahli UMNO yang kita katakan terpalit busuk akibat najis yang kemungkinannya kita terlupa mempersoalkan diri kita tentang kemanusiaan. Jangan ambil serong komen Nora ini,apa yang Nora cuba sampaikan adalah apa yang Nora dan rakan-rakan reformasi lain rasakan. Nora hanya berharap agar kita semua berpijak pada realiti kehidupan. Sekali lagi Nora ingin tegaskan Nora tidak menyertai UMNO tetapi janganlah kita menjadi hipokrit dalam perjuangan.

Salam


 
Ezam seberang sudah !

Spekulasi Ezam menyeberang masuk ke UMNO kini sudah terjawab. Laman www.arahkita.blogspot dalam isu tahun 2006 lagi sudah membuat antisipasi bahawa Ezam Mohd Nor akan menyeberang masuk ke UMNO. Hari ini setelah 2 tahun maka telah menjadi satu hakikat Ezam Mohd Nor kembali ke UMNO.

Sebelum ini dalam memberi sedikit komen mengenai spekulasi Ezam Mohd Nor menyertai UMNO, www.umno-reform.com mengatakan bahawa kemasukan Ezam adalah sebagai senjata untuk menentang kebangkitan Anwar Ibrahim. Inilah tujuan Ezam dibawa masuk oleh Pak Lah. Ezam Mohd Nor yang terkenal menentang Dr Mahathir kini mempunyai misi yang agak besar – menjadi senjata untuk menghalang Anwar Ibrahim dari terus meniti takhta populariti dan di samping menjadi suara tegas untuk membelasah Dr Mahathir. Ini mungkin misi Ezam Mohd Nor.

Namun dalam menyerahkan dokumen kemasukan semula ke UMNO – Badrul Hisham Shaharin yang dikatakan musuh ketat Khairy Jamaluddin tidak kelihatan menyertai rombongan Ezam Mohd Nor bertemu Pak Lah. Badrul Hisham, Ahli Kepimpinan Tertinggi Keadilan tetap menyatakan sokongan beliau kepada Parti Keadilan rakyat dan telah membuat kenyataan terbuka beliau menjawab desas-desus bahawa beliau akan bersama-sama Ezam Mohd Nor menyertai UMNO. Ini mungkin menjadi kelegaan Parti Keadilan Rakyat kerana Badrul dilihat sebagai kepimpinan akar umbi dan antara penggerak reformasi.

  • Nora antara reformis yang telah ditangkap sebanyak 11 kali masih belum memberi kenyataan mengenai spekulasi akan menyertai Ezam Mohd Nor Blog Norazimah Mohd Nor

Sungguhpun begitu, satu lagi tokoh reformasi Norazimah Mohd Nor yang dikatakan turut akan menyertai Ezam Mohd Nor gagal kelihatan untuk bersama-sama Ezam dalam bertemu dan menyerahkan borang UMNO. Sungguhpun begitu tidak ada kenyataan dari aktivis reformasi yang telah di tangkap sebanyak 11 kali sepanjang perjuangan reformasi.

Namun persoalan utama ialah – kenapa Ezam menyertai UMNO. Adakah beliau mempercayai langkah-langkah reformasi yang sedang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional atau sebagai satu wadah untuk memulakan serangan terhadap Anwar Ibrahim yang dikatakan membelakangi perjuangan Melayu. Apa kata anda  

Gambar dari agendaily.com

 

 

ARTIKEL PENULISAN DALAM www.arahkita.blogspot.com
 

 

 

 

DBKL tindas penduduk Pasar Minggu, Kampung Baru
Posted on Mei 25, 2008 by blog aminiskandar

Kampung Baru yang terletak ditengah-tengah ibukota Kuala Lumpur adalah satu-satunya perkampungan orang Melayu yang tinggal di kota metropolitan ini. Keunikan Kampung Baru telah menyebabkan ianya menjadi salah satu destinasi wajib bagi pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia.

Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak biadap dan kurang ajar apabila mereka mengistiharkan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru sebagai setinggan.



Pada 24 Mei 2008, lebih kurang pada pukul 11.20 pagi sekumpulan pasukan Penguatkuasa DBKL datang ke Pasar Minggu dan menampal notis supaya pendudukberpindah. Klik disini untuk membaca tindakan kurang ajar DBKL yang selanjutnya.

Jumaat lalu, DBKL telah berhadapan dengan tiga demonstrasi sekaligus:

KES 1: Penduduk Pasar Minggu, Kampung Baru membantah tindakan DBKL yang mendakwa kampung mereka sebagai kawasan setinggan.

KES 2: Penduduk Kampung Abdullah Hukum mendakwa mereka ditindas oleh DBKL dan tidak diberi pampasan yang sewajarnya.

KES 3: Penduduk dan peniaga Taman Desa Setapak membantah tindakan DBKL meroboh gerai mereka.

\

DBKL harus menyelesaikan isu penduduk Pasar Minggu Kampung Baru secepat mungkin sebelum mereka berhadapan dengan demonstrasi yang lebih besar. Ingat, sekarang rakyat semakin bijak dan berani. Walaupun saya bukan penduduk Pasar Minggu Kampung Baru, saya amat bersimpati dan menyokong perjuangan mereka.

Diharap anda juga akan bersama.

Bangun Melawan Pemerintah Yang Zalim!!!

Gambar ehsan dari blog Belia Pasar Minggu Kampung Baru
 

 

Ezam – senjata baru UMNO

Ezam telah dipanggil menyertai UMNO?  Ezam dikatakan bersetuju mengambil misi baru untuk bagi menyanggah kebangkitan Anwar Ibrahim dalam membawa Pakatan Rakyat menuju puncak. Adakah benar spekulasi – spekulasi yang di terbitkan oleh STAR?

Turut dimaklumkan dalam langkah Ezam menyertai UMNO, NGO yang tertakluk di bawahnya GERAK telah diserahkan kepada Nazree Mohd Yunus. Nazree Yunus yang sebelum ini bernaung di bawah Institut Kajian Asas Kemasyarakatan kini dilantik menjadi Pengerusi Gerak.

Ezam dijangka akan menjadi saingan kepada Anwar Ibrahim dan akan menjadi senjata baru UMNO dalam melumpuhkan agenda Pakatan Rakyat khususnya yang tidak menunjukkan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu.

Adakah Ezam Mohd Nor mampu  bertindak untuk menghalang perkembangan Anwar Ibrahim  dan mampu menjadi senjata baru UMNO. Dan satu persoalan lain – dalam UMNO siapa penaung Ezam Mohd Nor

 

 

Isyarat  kuat – UMNO bergolak

Adakah ini tanda-tanda besar kiamat buat UMNO? Adakah UMNO sudah sampai pada waktunya lantas akan turun dari takhta politik tanah air? Dr Mahathir pengasas UMNO Baru sudah melepaskan keahliannya dan akan hanya kembali pada UMNO setelah Pak Lah meletakkan jawatannya.

Kenapa dan apakah sebab langkah itu di buat oleh Dr Mahathir? Persoalan ini akan menimbulkan seribu satu persoalan lain tanpa ada satu jawapan yang konklusif. Apa yang boleh diulas mengenai perlepasan keahlian itu adalah tindakan drastik Dr Mahathir untuk Pak Lah melepaskan jawatan. Spekulasi akan timbul dan mungkin inilah yang Dr Mahathir mahukan. Spekulasi mengenai kestabilan UMNO kala ini.

Kalau dengan melepaskan keahlian maka Dr Mahathir berharap kedudukan Pak Lah akan tergugat sehingga dia mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri maka umno-reform.com percaya Mahathir lebih mengetahui. Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya sekarang dan tidak akan tunduk pada desakan biar UMNO diletakan dalam amaran Tsunami peringkat tertinggi. Namun sekiranya berduyun ahli UMNO bertindak untuk melepaskan keahlian dan jawatan maka keadaan itu membungakan kedudukan  kritikal buat UMNO.

UMNO akan bergolak. Itu adalah impak perlepasan keahlian oleh Dr Mahathir. Keadaan itu akan meletakkan UMNO dalam keadaan yang terdesak dan ini akan memberi peluang untuk barisan pembangkang muncul untuk menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional yang semakin lemah.  Adakah ini impak yang dimahukan?

UMNO semakin parah

UMNO akan menjadi semakin parah dan sekiranya reformasi dalam UMNO gagal dijalankan maka UMNO akan hanya tinggal kenangan. Persoalannya apa kah bentuk perubahan dan reformasi ini yang mampu dijalankan untuk mengembalikan kedudukan UMNO? Mungkin hanya ada satu cara – yakni kemunculan kepimpinan yang berani untuk mengubah dan mendesak Pak Lah untuk melepaskan jawatan atas kepentingan UMNO. Tapi siapa? Siapakah yang berani bangkit memaklumkan kepada Pak Lah bahawa sekiranya Pak Lah tidak melepaskan jawatan maka UMNO akan merudum dan terus terkubur.

Setakat ini tidak ada ura-ura akan ada yang berani ke hadapan menasihati Pak Lah mengenai isu ini. Nampaknya semua masih diam dan hanya menunggu peralihan kuasa yang tidak akan terjadi tanpa tindakan drastik ahli parti. UMNO terus dilanda malang. Kedudukan UMNO dan Barisan Nasional semakin mengecil dalam arena politik tanah air dan sekiranya ini berterusan maka tidak mustahil UMNO dan Barisan Nasional akan lenyap pada PRU 13 nanti.

Sejujurnya tindakan Mahathir akan memberi impak kuat kepada UMNO. Sokongan terhadap beliau ada dan tindakan ini pasti akan menyulitkan kerajaan memerintah khususnya UMNO dan Barisan Nasional.   

Mungkin Pak Lah perlu menimbangkannya

Mungkin kedudukan UMNO yang ada hari ini memerlukan tindakan drastik Pak Lah untuk melepaskan jawatannya. Mungkin ini jalan terakhir atau mungkin ini penghujung karier politik Pak Lah. UMNO sendiri sebenarnya sudah banyak berbelah bagi dengan sokongan terhadap Pak Lah dan Mahathir. Malangnya kedudukan parah ini tidak dihiraukan oleh ahli UMNO secara serius. Ahli UMNO terus selesa dengan Barisan Nasional memegang kerajaan sungguhpun hilang 2/3 majoriti. Keadaan ini seakan tidak membimbangkan mereka kerana pada mereka kepimpinan UMNO akan menyelesaikannya. Mereka lupa bahawa penyelesaian sebaik-baiknya datang dari ahli dan ahli sepatutnya menentukan apa yang terbaik untuk UMNO dan menolak mereka yang akan menjadi liabiliti dalam UMNO.

Bagaimana?

Setakat ini kepimpinan UMNO adalah harapan untuk menyelesaikan masalah ini. Namun mungkin seorang kepimpinan dalam MT sepatutnya bangkit untuk menyuarakan kedudukan parti di bawah pemerintahan Pak Lah dan remedi yang perlu diambil segera.

Mungkin kepimpinan yang ada sekarang adalah Najib – untuk memulakan langkah berani bagi mengubah keadaan UMNO yang sedang semakin nazak. Mungkin ini satu langkah awalan yang perlu diambil oleh Najib.

Bagaimana pun ada yang menasihati, Pak Lah kaji semula dan kalau ramai antara kita ahli UMNO yang mula mendesak peletakan jawatan, maka timbanglah. UMNO semakin parah.   

 


 

UMNO-jangan lantik Khir Toyo

Dalam kehangatan pemilihan UMNO yang akan datang maka ramai kepimpinan UMNO akan mencadangkan supaya pertandingan diminimumkan agar pergeseran tidak timbul antara mereka yang bertanding. Bagi kepimpinan ini pertandingan melukakan UMNO dalam keadaan UMNO yang agak kritikal. Namun sebenarnya - ini hanyalah untuk menyelamatkan kedudukan kepimpinan yang sedang memegang jawatan.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah antara jawatan yang penting dan ini terbuka setelah Ketua Pemuda Dato Hishammuddin memaklumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya. Ini membuka ruangan untuk mencari pengganti Ketua Pemuda yang dapat bertindak cergas dalam menyelamatkan UMNO dari terus dilupakan pada PRU 13 akan datang.

Dalam membicarakan mengenai pertandingan Ketua Pemuda UMNO maka beberapa nama menyerlah untuk menjawat jawatan itu dan antara yang menawarkan diri adalah Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang gagal mengemudikan kemenangan UMNO di Selangor. Adakah kegagalan Khir Toyo di Selangor tidak menimbulkan persoalannya mengenai kredibiliti dirinya. Adakah ini orang yang mahu dipertanggungjawabkan untuk mengemudi Ketua Pemuda UMNO bagi menjana kemenangan dan memulihkan Pemuda UMNO.

Khir Toyo tidak layak!  

Sebenarnya Khir Toyo masih gagal lagi mencari punca kekalahannya UMNO di Selangor. Khir Toyo masih lagi beranggapan kekalahan adalah disebabkan oleh faktor luaran dan bukan pentadbirannya. Sebenarnya kekalahan UMNO Selangor dan prestasi buruk UMNO ada kaitan dengan Khir sendiri. Mengapa Khir tidak mencermini diri  sendiri dan lihat siapa yang sebenarnya menyebabkan UMNO Selangor tewas dan mungkin selamanya UMNO akan jadi pembangkang di Selangor.

 

Seandainya Khir mencermini diri sendiri dan mengimbau perbuatan sombong beliau sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor maka jawapan tumbangnya Selangor kepada Pakatan Rakyat adalah hasil dari keegoan Bekas Menteri Besar ini sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Tindakan beliau yang angkuh dalam membasmi peneroka kota, terlibat tanpa sedikit rasa perikemanusiaan dalam merobohkan rumah peneroka kota adalah punca Khir dan UMNO Selangor di tolak oleh rakyat. Justeru itu Khir memang tidak layak sekiranya diberi tanggungjawab mengemudi Pemuda UMNO Malaysia.

Khir Toyo dan sikap Khairy Jamaluddin

Keangkuhan Khir Toyo sebenarnya tidak membezakan beliau dengan sikap angkuh Khairy bila berdepan bukan sahaja rakyat biasa malah dengan ahli UMNO sendiri. Kalau secara keseluruhan Khairy dan Pak Lah adalah penyebab kepada Tsunami politik maka Khairy adalah penyebab kejatuhan kerajaan Selangor. Umumnya Selangor pada waktu pemerintahan Khir Toyo adalah kerajaan Khir yang mampu membuat apa sahaja sehingga merobohkan rumah peneroka kota pada bulan Syawal ( bulan Hari Raya). Adakah ini yang mahu kita lantik jadi Ketua Pemuda UMNO – satu sayap kanan yang akan mempertahankan Melayu sendiri.

Maka ahli UMNO perlu memikir 120 kali untuk melantik Khir bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. ( kami akan memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kezaliman Khir dalam isu meruntuhkan tanpa simpati rumah peneroka kota, anak Melayu yang terpaksa belajar di bawah pondok dan bagaimana seksa khususnya Melayu yang terpaksa hidup dalam kedaifan akibat perbuatan Bekas Menteri Besar ini. Mungkin Khir sekarang akan melihat koleksi gambar www.umno-reform.com setelah beliau sendiri bergerak dalam alam siber dengan blognya tersendiri.
 

 

13 Mei 1969 - Satu Amaran?
di petik - www.malaysia-hariini.com

13 Mei 1969 – bukan soal tidak mahu mengingatinya tetapi persoalan adalah untuk mengambil iktibar dari nya. Persengketaan antara kaum hasil dan terbit dari percanggahan idealisme politik yang menjadi sumbu utama kepanasan dan ketegangan yang ada pada waktu itu. Kedudukan sosiopolitik negara yang tidak stabil, jarak kedudukan ekonomi antara kaum dan persengketaan politik menjadi kerancakan yang mungkin menjahanamkan negara.

13 Mei 1969 hari ini telah diterjemahkan dengan pelbagai kontroversi. “Terjemahan berniat” ini juga merupakan kekuatan Pakatan Palsu Rakyat dalam membicarakan kononnya UMNO adalah bapak segala istilah perkauman. Barisan Nasional adalah parti rasis dan mengutamakan perkauman. Hari ini kepimpinan Pakatan Rakyat memainkan isu kesamarataan dan keperluan kesamarataan sebagai asas keadilan tanpa merujuk keadaan kedudukan baik ekonomi, sosial dan politik antara kaum. Bagi Pakatan Rakyat kesamarataan itu adalah keadilan yang di tuntut oleh demokrasi. Ini mengghairahkan kaum-kaum lain di Malaysia dan ini adalah punca sokongan. Pakatan Rakyat dalam memperjudikan isu-isu sensasi ini untuk mendapat undi dari kaum lain di Malaysia tanpa menghiraukan apa akan berlaku di masa hadapan bila kemakmuran antara kaum berbeza, bila kedudukan ekonomi antara kaum meluas perbezaannya dan keadaan kekusutan sosial turut meliputi sesuatu kaum khususnya Melayu. Impak memperjudikan hak pegagan yang ada pada Melayu khususnya politik akan memberi kesan yang amat buruk kepada negara kita ini.

Menghalalkan cara – bukan sepatutnya dilihat dari sudut keagamaan. Menghalalkan cara perlu dilihat dari segi natijah politik yang menjadi cara dan metodologi Pakatan Rakyat. Mentakrif demokrasi dan hak kemanusiaan secara terbuka tanpa kerangka yang mampu memberi “orde” kepada perjalanan kemasyarakatan adalah perbuatan yang songsang dalam pengurusan pentadbiran negara. Ini mungkin membuat rakyat teruja – dalam mahukan demokrasi yang menyeluruh dan perjuangan hak-hak kemanusiaan yang total seakan memberi kesedapan hidup bermasyarakat yang menyeluruh tetapi hasilnya tidak akan memberi orde yang sesuai dan ini pasti memberi ruangan kepada pergeseran kaum. Amaran – sekiranya ini berlaku dalam zaman ini, ia pasti lebih menggerunkan dengan sikap oportunis negara luar seperti Singapura terhadap kekusutan dalam negara ini.

Kedudukan negara kita kini lebih kusut dari yang apa yang kita nampak. Perpecahan Melayu bukan satu agenda yang perlu dipandang ringan. Perpecahan Melayu akan memberi impak yang cukup kritikal di masa akan datang. Ini akan menyebabkan Melayu itu sendiri bergolak dan pergolakan itu akan mendatangkan musibah besar pada struktur sosiopolitik negara kita ini. Ini akan berlaku sekiranya keadilan yang dilaksanakan adalah melalui proses kesamarataan tanpa melihat senario kedudukan pencapaian yang ada serta pegangan sesuatu kaum itu. Jarak perbezaan ekonomi akan lebih meluas antara kaum dan ini pasti akan menerbitkan kegusaran dalam struktur masyarakat itu nanti. Penjajaan kerajaan yang ada tidak demokratik secara total adalah tidak benar dan kaum ada pun maka langkahnya bukan menjual hak untuk menyempurnakan demokrasi yang ada.

Peristiwa 13 Mei 1969 – bukan satu ugutan politik. Peristiwa itu adalah sejarah yang perlu di kenang sebagai sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Kita perlu kepada orde masyarakat yang lebih jitu yang mungkin tidak juga dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menyokong tindakan kesamarataan yang longgar, pengertian demokrasi yang menguntungkan sesuatu pihak dan perjuangan hak kemanusiaan yang hanya mempunyai idealisme individu yang dibesarkan untuk mencuri kuasa.

Jangan biarkan tindakan kita hari ini sebagai langkah untuk memulakan api persengketaan kaum lantas merosakkan kedudukan masyarakat yang ada hari ini. Akhirnya dalam tulisan ringkas ini, jangan kita bertindak menjual hak yang ada untuk menyempurnakan pengertian demokrasi yang infinitif. Ini kelak akan menjadi dosa kita kepada rakyat negara kita. Pakatan Rakyat yang ada perlu dinilai semula dan kegusaran hari ini sudah terbit mengenai arah yang mahu dibawa.

Jangan sampai pula pada keadaan bukan Melayu hilang di dunia tetapi hamba di tanah sendiri. Klik Sini

Anuar Mohd Nor
 

 



Kita sudah tiada masa


 





Adakah tidak benar Melayu dalam Bahaya? KLIK SINI 

 

 

Ancaman Anwar - Jangan ambil mudah

Mahathir bersuara lagi – ancaman Anwar Ibrahim jangan diambil mudah. Anwar Ibrahim hari ini seakan mendabik dada mengatakan bahawa beliau hampir pasti akan menjadi Perdana Menteri dengan Pakatan Rakyat. Adakah ini perang saraf atau benar-benar akan menjadi satu realiti. Adakah kehadiran Anwar sebagai Perdana Menteri akan memacu Malaysia tanpa batasan bangsa dan kaum lantas Melayu akan hanya tinggal sisa-sisa nama dengan rujukan utama rakyat Malaysia adalah Bangsa Malaysia. Apa perlunya terma Bangsa Malaysia kalau Malaysia sudah tidak ada perbezaan kaum – semuanya rakyat Malaysia.

Bangsa Malaysia adalah satu rujukan palsu untuk semua kaum-kaum di Malaysia kerana Bangsa Malaysia adalah sebenarnya sebutan bagi menggadai hak sebenar Melayu. Bukankah ini satu realiti. Bahaslah mengenai hak keistimewaan Melayu yang mahu di pertahankan oleh Anwar Ibrahim sedangkan dalam  hakikat lain beliau mahu mencairkan pegangan Melayu secara terbuka untuk menakluki undi kaum lain.

Bangsa Malaysia – sebut sahaja rakyat Malaysia – di mana identiti Melayu dalam keluarga Bangsa Malaysia? Sekali lagi – laman ini akan dilabel oleh YB Jeff Ooi dan Malaysia Today sebagai “most dangerous site” – kerana bertanya mengenai satu persoalan  yang benar -  Bangsa Malaysia, ada atau tidak ada, wujud atau tidak wujud, benar atau palsu – atau hanya satu terminologi berpaksikan kepentingan sesuatu kaum untuk mengaburi langkah penghakisan keistimewaan kaum Melayu yang ada.

Apa yang sebenarnya mahu diperkatakan, rasis atau artikel realiti. Bangsa Malaysia tidak pasti wujud dalam keadaan masyarakat kita berbilang bangsa. Ia akan ada sebagai satu pertahanan palsu kononnya kita menolak kehadiran kaum lain dengan menggantikannya sebagai satu asimilasi kaum dan budaya. Adakah mampu itu berlaku – tidak mungkin dalam 100 tahun lagi. Dalam keadaan perjuangan Hindraf, dalam keadaan menuntut lebih sekolah Cina dan mahu lebih banyak bandar komuniti Cina dan lain-lain perjuangan kaum yang ada, kita mahu sebut Bangsa Malaysia. Karut bukan.

Kita akan tetap berlainan kaum – pokoknya harmoni. Namun dalam keadaan Dr Mahahtir membayangkan ancaman Anwar Ibrahim yang mungkin membahayakan bangsa Melayu maka satu penelitian khusus perlu dilaksanakan untuk menyedarkan kita khususnya orang Melayu – bila ketuanan Melayu mahu diganti  dengan ketuanan rakyat. Yang hilang adalah ketuanan siapa?

Anwar Ibrahim mahu meragut undi popular bangsa dan kaum lain. Melayu biar berpecah dan perpecahan ini menguntungkan Anwar Ibrahim. Itu hakikat dan itu sebenarnya. PKR bukan satu parti tetapi ada hanya satu dominan karakter -  Anwar Ibrahim.

Justeru itu – apa dia Bangsa Malaysia, mungkin sewaktu raya selepas solat Hari raya ada hiburan tarian naga dan seruling India sekali. Yang pasti apa yang Anwar Ibrahim buat hari ini – jelas membelakangkan kepentingan Melayu malah hasrat adalah untuk menjadi Perdana Menteri sahaja.Klik untuk komen

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07| minggu2july07 | minggu3july07 | minggu4july07 | minggu1ogos07 | minggu2ogos07 | minggu1sept07 | minggu2sept07 | minggu1okt07
| 10 Nov 2007 | minggu1dis07 | mingguakhirdec07 | minggu2Feb | endfeb2008 | march08 | end march2008 | 1weekapril08 |minggu1mei08

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com