Laman ini telah menerima melebihi 150,000
pelayarsehari . www.umno-reform.com
menjemput semua pelayar untuk menyatakan dengan berani pendapat demi
kecemerlangan Melayu dan Malaysia.
Ahmad
Zahid Hamidi Tim. Menteri Pelancongan - DI
SEBALIK JANJI REFORMASI adalah himpunan koleksi dan
temubual kami mengenai Ahmad Zahid Hamidi - Bekas Ketua
Pemuda UMNO Malaysia. Akan terbit dengan ulasan khas
oleh Ghazali Mat Dom editor1 umno-reform.com. Nantikan
minggu depan.
untuk menjawab dan mengirim pendapat klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Rafidah Aziz - kian lusuh
komen mengenai artikel Dato Azalina
fikir -fikir
Sumber
juga mengatakan bahawa Dato Paduka Rafidah Aziz juga
menanti saat - saat penurunan beliau dan semakin lusuh
dalam pesada politik tanah air. Di tambah pula kehadiran
beliau hanya untuk membulatkan air ibarat pembetung
untuk sokongan politik terhadap kabinet Pak Lah. Rafidah
harus pergi untuk membuka jalan kepada Azalina. Selagi
Rafidah Aziz wujud maka tiada tempat untuk Azalina dalam
Wanita Umno.
Komen di terima untuk artikel Dato
Azalina dikatakan tertekan dalam Kementerian Belia dan
Sukan? baca artikel tersebut klik
sini
untuk menjawab dan mengirim pendapat klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur - pengagihan
tawaran rumah kos rendah mencurigakan
Ghazali Mat Dom
Kini bagi mereka memohon pertolongan Ketua Bahagian UMNO kawasan tersebut untuk turut membela nasib mereka se akan memohon untuk terus di tindas dan di biarkan. Alasan Ketua Bahagian tidak tahu mengenai projek perumahan amat mendukacitakan kerana sebelum ini beliau turut di maklumkan bukan sahaja oleh kami malah dalam perbincangan dengan DBKL.
untuk menjawab dan mengirim pendapat klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
12-01-2005
- Sedang kita sebok membicarakan mengenai mesin
pembersih air ( Artikel Naib Ketua Pemuda UMNO di
agendadaily.com - bertajuk Pemuda
Umno turut tumpu penyediaan mesin pembersih air,
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat mungkin sedang
memasang atau sedang memberi air bersih dengan mesin
penyulingan air di Aceh bernilai 7 juta ringgit)
Tahiniah UMNO - ingat sehari kelewatan memberi bantuan
di Kuala Muda adalah umpama setahun kesengsaraan mereka.
email
ringkas ini di terima dari Mohd Ridzuan ( UMNO Cawangan
Kg Manjoi Perak)
Mesej utama - duit bukan persoalan
menjelang pilihan raya akan datang warga www.umno-reform.com
Kita harus lebih realistik dalam isu ini.
Hubungan Anwar Ibrahim lebih hebat dari hubungan Pak Lah
dan Datuk Seri Najib dengan negara - negara luar. Tanpa
jawatan dalam negara sebagai pemberat, kehadiran beliau
masih di sambut sebagai kehadiran kepimpinan besar
negara yang pasti akan memberi tamparan hebat kepada
kepimpinan tertinggi negara ini.
Antara
isu yang di hujah adalah supaya semua wang bantuan
Tsunami di audit dan disiarkan penyata akaun mereka
melalui akhbar tempatan. Bola sepak
- Pemain Malaysia kurang angin dan dedikasi dan Jangan
politikan isu Tsunami
untuk menjawab dan mengirim pendapat klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Mangsa Tsunami -Siasat laporan
Malaysia Today mengenai - penarikan balik bantuan kerana
belajar di sekolah agama
Kami tidak dapat pakaian sekolah, dua pasang stoking yang telah diterima pun kena diserahkan semula kerana kami pelajar sekolah agama.” Demikian keluhan adik Nurul bt Mahmud, pelajar tingkatan lima dari Sekolah Maktab Mahmud, yang sebelum itu dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat Anashiin, di sini.
www.umno-reform.com
meminta Jawatankuasa Bencana Alam di bawah Datuk
Najib Tun Abdul Razak menyiasat kesahihan berita ini.
Editor laman ini se akan tidak percaya perkara ini boleh
berlaku.
artikel ini dipetik
dari www.malaysia-today.net
untuk menjawab dan mengirim pendapat klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
PROWARIS MEMBENTAK MENGENAI CADANGAN UMNO UNTUK ORANG MALAYSIA BUKAN HANYA UNTUK ORANG MELAYU
Malah oleh kerana telah terhutang budilah kita terikat, seperti yang berlaku kepada Jepun yang menerima bantuan "Marshal Plan" dulu. Sekarang negara itu terpaksa ikut telunjuk dan rentak negara yang membantunya, sehinggakan tidak boleh menubuhkan pasukan tenteranya sendiri. dan terlibat dengan apa jua jenis peperangan. Inilah yang dinamakan negara yang "independent but dependent" (at least politically, especially when the mind is
"colonialised").
untuk menjawab dan mengirim pendapat klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Tsunami - modal politik murahan putra baling
Mengenai dakwaan perlu
isi borang Umno untuk dapatkan bantuan adalah satu
perkara yang pelik dan tak masuk akal kerana Umno kini
ahlinya cukup ramai dan masih banyak orang melayu yang
begitu berminat untuk menjadi ahli hingga dalam masa
terdekat ini pun ada ahli Pas lambong kain pacak ekor
lalu masuk Umno beramai ramai.Maka pendek cakap tak
perlu bagi Umno mencari ahli dengan cara begitu lagipun
dengan hanya menjadi ahli tidak akan menjanjikan apa
dalam pilihanraya.
untuk menjawab dan mengirim pendapat klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Dato
Azalina dikatakan tertekan dalam Kementerian Belia dan
Sukan?
Perkara
ini nampak remeh tetapi bagi www.umno-reform.com
ianya adalah satu pintasan autoriti yang bakal memberi
kesan negatif kepada pentadbiran Kementerian beliau. Ini
akan menyukarkan kepimpinan Azalina dan akan
membantutkan perancangan Menteri tersebut.
untuk menjawab dan mengirim pendapat klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Malaysia masih dijajah? Anak Peneroka Felda,
Sungkai
Sebagai perbandingan: kadar faedah
simpanan adalah dalam lingkungan 2 ke 3 peratus, kadar
pertumbuhan ekonomi negara sekitar 6 ke 7 peratus,
kadar inflasi mencecah dua digit, dan purata peratus
kenaikan gaji sekitar 5 peratus setahun.
Dengan kadar kenaikan hampir 4 peratus setahun (10
peratus bagi setiap 3 tahun), satu istilah yang sesuai
diberikan kepada rakyat Malaysia adalah `Penjajahan
Ekonomi Malaysia`.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Kini
kami telah menerima kesemua data base berjumlah 3.54 ahli update
8/1/2005 jam 1.17 am
Pangkalan Data Ahli UMNO - Sirkulasi
UMNO, laman baru ( untuk ahli UMNO sahaja) yang memerlukan kata laluan
(password - nombor ahli) untuk melayari.
www.umno-reform.com
Matlamat asas penubuhan adalah bagi memberi peluang ahli - ahli UMNO
membicarakan mengenai UMNO antara sesama ahli. Sekiranya kita memohon pelayar
mendaftar maka sesiapa pun boleh mendaftar tidak kira fahaman politik mereka.
Justeru itu kami telah mendapatkan semua maklumat ahli dan akan menyiapkan
pangkalan data untuk membolehkan mereka HANYA menaip nombor ahli untuk melayari
laman tersebut.
Kami jugamengalu - alukan mereka yang mahu membantu dalam
menerbitkan laman SIRKULASI UMNO kelak. Hubungi 012-6544762 untuk maklumat
tambahan.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Episod MTUC - iktibar buat kita dalam UMNO warga umno-reform.com
Pendeknya,
tuntutan perubahan,
reformasi itu akan hadir sama ada dilakukan oleh Zainal Rampak atau orang lain.
Nampaknya orang lain yang diharapkan oleh Kesatuan Sekerja dan orang itu hari ini adalah Syed Shahir. Iktibar yang saya maksudkan juga adalah dalam kepimpinan negara kita ini khususnya UMNO. Perubahan dan desakan reformasi berkumandang. Sama ada kita lakukan atau rakyat kelak akan memilih parti lain melakukan adalah di tangan kita khususnya kepimpinan kita sekarang ini.
Pesanan
: Apa pun kelak rakyat seperti mana ahli MTUC akan bersuara - dan biarlah suara itu juga suara kita - senada
dan seirama.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
KRISIS TOL : PROWARIS MEMBERI PENERANGAN YANG MATANG
Mereka
sebulat suara menyatakan bahawa pihak yang sebenarnya
meraih keuntungan daripada krisis ini adalah
pemegang-pemegang saham PLUS Expressways Berhad
terutamanya UEM. Namun demikian, UEM juga mempunyai
obligasi pinjaman jangka panjang yang bergantung kepada
dividen yang diperolehi daripada PLUS.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Malam
yang memalukan Stadium gemilang,sukan tidak cemerlang dan kekalahan tidak terbilang Rais Yassin
Semua sentiasa kita tukar. Jurulatih dan pemain sering dikritik dan diubah bagi
memantapkan lagi sukan bola sepak. Infrastruktur kemudahan dipertingkatkan demi
sukan. Jutaan wang dibelanjakan namun kita bukan sahaja tidak konsisten malah
menyorot ke belakang. Siapa lagi yang sepatutnya diubah - kalau tidak bagi saya
kepimpinan FAM
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Bicara
Ghazali Mat Dom dengan Hamdan Taha
Keadilan
adalah parti hak mutlak individu - katanya dalam
membicarakan mengenai Parti Keadilan Rakyat. Pembangkang
gagal memahami geo-politik negara ini. PAS
bukan ekstremis agama - kata Hamdan Taha - mereka
adalah parti radikal yang menggunakan agama sebagai
instrumen pertaruhan.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Wajarkah
Kerajaan mengambil semula PLUS warga umno-reform.com
Kenaikan ini memberi
kesan kepada kos perniagaan yang mana pengguna juga yang
akhirnya terpaksa menanggung kos. Dengan yang demikian
pengguna akan menanggung dua kos iaitu kos langsung
kerana menggunakan PLUS dan membayar tol, dan kos tidak
langsung kerana terpaksa membayar kos harga barangan
yang tinggi akibat kenaikan tol.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Masalah pendatang haram - selesaikah selepas pengampunan
warga www.umno-reform.com
Apa yang sebenarnya
mahu disimpulkan ialah - kita mencari ruang untuk
memperolehi keuntungan dari kehadiran mereka dan bukan
hanya melihat dari satu sudut kecil yang hanya merugikan
kita dan membebankan rakyat Malaysia kelak.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Jangan jadi
nelayan, Syabas edisi siasat NTV7 warga umno-reform.com
www.umno-reform.com pernah menyuarakan bahawa, hasil usaha
nelayan, petani dan pengiat ekonomi selalunya tidak setimpal dengan pendapatan dari peraih dan orang
tengah. Hatta kritikan ini harus ditujukan kepada pusat - pusat pendaratan ikan yang mengaut titik peluh nelayan dengan pembelian harga yang tidak
setimpal. Siapa yang lebih mengaut keuntungan?
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Pemuda
UMNO Malaysia - akhirnya bersuara " naikkan TOL"
Ghazali Mat Dom
Ini membelakangi apa
yang pernah dikatakan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO
Malaysia Sdr Azimi Daim mengenai Pemuda UMNO - sebagai
penyambung lidah bicara rakyat. Saya percaya sekiranya
Pemuda UMNO memegang asas yang dikatakan penyambung
bicara rakyat maka langkah yang paling awal ialah
mendapatkan penjelasan dari PLUS dan seterusnya mengukur
reaksi rakyat setelah penjelasan dibuat.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Tol: Kenapa perlu bayar lebih...?
sumber ini adalah dari www.agendadaily.com
Sementara itu
PUTRAJAYA, dalam majlis taklimat bagi Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamad,Pengarah Urusan
PLUS Expressways Berhad Datuk Idrose Mohamed memberitahu
kadar tol perlu dinaikkan.
Beliau menjelaskan lebih 40 peratus daripada kutipan tol
di lebuhraya-lebuhraya PLUS digunakan untuk menaik taraf,
membaiki dan menyenggara lebuhraya itu.
Beliau berkata daripada kutipan itu, 25 peratus adalah
bagi penyenggaraan dan operasi, 18 peratus bagi
kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih, 34 peratus
bagi pembayaran balik hutang dan 23 peratus diperuntukan
bagi pemilik saham.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
POLI-TIKUS dipinggang Anwar
megat keramat
Hujah ketiga, lihat
sahaja penarikan diri dan ketidakmunculan Saifuddin
dalam Kongres ini menimbulkan tanda tanya bagi ahli yang
prihatin. Mungkin kecewa dengan kumpulan yang menjadi
hegemon dan menpengaruhi Anwar secara tidak
langsung..persoalan oleh mereka, benarkah Anwar sebegitu
bodoh sehingga boleh menerima pandangan kelompok "Ezam
and the gang" ini? Bagi saya tidak mustahil,
mungkin terlalu kasar hendak dikatakan bodoh,
tetapi kecenderungan boleh terjadi. 'Bias' terhadap
idea sehala menyebabkan pandangan alternatif tidak dapat
memunculkan diri dalam perdebatan politik sebegini.
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Komen seterusnya adalah -
Jangan porak peradakan Keadilan boleh di baca dalam
ruangan email dan SMS ringkas Klik
sini
Parti Keadilan ALA CHAI
adrian mahmudi
Adakah beliau tidak
akan mempertahankan ketuanan Melayu bukan atas dasar
Asabiyyah perkauman, tetapi atas dasar hak sebagai
peribumi. Ucapan ini juga boleh membawa tafsiran berliku
dalam aspek perjuangan PKR. Adakah dengan ini
menampakkan PKR kini berjuang ke arah Malaysian Malaysia
sepertimana slogan DAP?
Adakah beliau tidak
akan mempertahankan ketuanan Melayu bukan atas dasar
Asabiyyah perkauman, tetapi atas dasar hak sebagai
peribumi. Ucapan ini juga boleh membawa tafsiran berliku
dalam aspek perjuangan PKR. Adakah dengan ini
menampakkan PKR kini berjuang ke arah Malaysian Malaysia
sepertimana slogan DAP?
Komen
pelayar umno-reform.com mengenai Interbiu kami dengan
Daud Ibrahim.
Interbiu kami dengan
Daud Ibrahim telah menimbulkan pelbagai reaksi dan komen.
Berikut adalah komen - komen yang di terima termasuk
pesanan untuk Pak Lah mengenai isu Felda Sendayan,
Khairy Jamaluddin, persoalan Anwar Ibrahim menyertai
UMNO dan rasuah. Ada yang menyarankan bahawa terdapat
usaha menjatuhkan Pak Lah yang wujud tetapi di tolak
oleh Daud Ibrahim.
gambar
di atas Daud Ibrahim
Ahli Umno Cawangan Parit Unas Tengah
Muar Johor
Nota:
Saranan untuk kami mengkaji dan memberi komen isu Felda
yang melibatkan Tan Sri Isa Samad akan di buat dan kami
akan mempamerkan komen tanpa berat sebelah. Kami juga
akan cuba menyampai persoalan yang telah di kirimkan
kepada Daud Ibrahim untuk beliau mengulas semula.
membaca semula interbiu
dengan Daud Ibrahim KLIK
SINI
untuk komen klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
DEMOKRAT TOLAK DAKWAAN THAKSIN Noor Amin bin Ahmad
Ketua Umum Jawatankuasa Protem
Jaringan Anak Muda Untuk Demokrasi (DEMOKRAT)
DEMOKRAT ingin mengingatkan Thaksin agar tidak mengalihkan perhatian
masyarakat dunia terhadap kezaliman yang berlaku di Selatan Thailand
iaitu isu Tak Bai.
DEMOKRAT ingin menyatakan rasa perihatin terhadap isu di Selatan
Thailand dan menggesa Thaksin menyelesaikan isu tersebut secara adil dan telus.
Anwar Ibrahim
dan hakikatnya
Naja <putrabaling@yahoo.com>
KeAdilan sudah tentunya tidak akan diterima oleh majoriti orang melayu kerana sedar parti ini berpontensi untuk gadaikan ketuanan melayu dalam politik negara.Pas mungkin dapat dijadi platform perjuangan tetapi kepimpinan Pas hari ini sudah tentunya tidak akan memberikan ruang sahingga melayakan DSAI untuk jadi PM sekiranya menang dalam PRU.
untuk memberi pendapat klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
PROWARIS
- sokong Pak Lah dalam isu Thaksin
kenyataan media Prowaris
Feriz Omar pula merasakan bahawa Thaksin seharusnya berbincang dengan Kerajaan Malaysia dengan mengemukakan bukti-bukti sahih sebelum membuat kecaman sedemikian. Sekiranya kecaman Thanksin tidak disusuli dengan bukti-bukti kukuh, Perdana Menteri Thailand itu perlu membuat kenyataan antarabangsa untuk menarik balik tuduhan ke atas Malaysia.
Gambar
diatas adalah dari laman Maxis - harap - harap Maxis
tidak ambil tindakan sepertimana Zunar ( pelukis kartun)
mahu buat keatas laman ini kerana mengambil kartun dari
malaysiakini - yang kami tidak lupa memaklumkan sumber
kartun itu pada laman ini untuk isu dan mengupas
pandangan mengenai reformasi dan Anwar Ibrahim. Apa pun
ada perkara yang ingin kami sampaikan mengenai iklan
diatas.
Kepimpinan kita harus
diingatkan, isu utama kehadiran kita adalah untuk
memastikan bahawa rakyat tidak dikhianati, dizalimi dan
terus dipinggirkan. Kita pada suatu masa dahulu pernah
bercita - cita untuk mengadakan beberapa orang jutawan
Melayu setiap tahun. Mereka ini kononnya yang akan
membantu Melayu dan akan menaikkan statistik penglibatan
Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru namun akhirnya hanya
seorang Melayu yang dibantu mereka dan Melayu itu adalah
dirinya.
Mengenai
TOL: Minta dedahkan isi kandungan perjanjian konsensi
tersebut
user@FormMail.To
azuarnar3418@yahoo.com
Pesanan: Assalamualaikum tuan editor,
Saya ada sedikit cadangan berkenaan isu tol yang akan dinaikkan, namun
saya tidak pasti samaada ianya praktikal atau tidak. Saya mencadangkan
agar kerajaan mendedahkan perjanjian konsensi ini kepada rakyat. Itulah
cara yang terbaik untuk melihat ketelusan kerajaan kita yang tersayang.
Sekian. Wassalam
Perhimpunan Agung Parti Keadilan Rakyat - pembersihan
fahaman
warga umno-reform.com
Bagi mereka kekuatan prinsip dan perjuangan tidak akan
bermakna sekiranya kita kalah. Kekuatan prinsip harus
menjana kejayaan dan kejayaan itu adalah ukuran
perjuangan. Malangnya kekuatan Syed Husin hanya ada
pada prinsip tetapi tidak pada perlaksanaan untuk
membentuk kejayaan. Selama beliau memegang jawatan
tertinggi dalam Parti Rakyat Malaysia - kejayaan seakan
jauh dari beliau. Namun seperti mana adanya dalam
kepimpinan dalam UMNO dan kerajaan - "sungguhpun
usang di usung jua" begitu juga Parti Rakyat
Malaysia.
Samy Vellu - tol tetap naik, apa kata yang lain.
Ghazali Mat Dom www.umno-reform.com
Saya amat percaya bahawa usaha ini secara kolektif -
baik dalam parlimen mahupun dilaman kerdil seperti ini
PASTI membawa perubahan. Kita harus meneliti antara
bebanan rakyat dengan keuntungan PLUS. Kita timbang
betul - betul, PLUS tidak akan tutup sekiranya kadar tol
tidak dinaikkan tetapi bebanan rakyat akan terus
meningkat dan ini akan memberi kesan bukan sahaja kepada
ekonomi tetapi juga melibatkan persekitaran sosial
dengan tekanan pengurangan wang yang di bawa balik untuk
sesabuah keluarga.
Hari ini Berita
Perdana - Ahli Parlimen selar peningkatan harga TOL-
alasan Samy bahawa ini keputusan kabinet jelas jumud.
Beliau sepatutnya membuat laporan kepada jemmah menteri
dan bukan hanya menyokong kenaikan semata- mata kerana
kontraktual. www.umno-reform.com
berbangga dengan sokongan wakil rakyat kedua -dua belah
pihak untuk membantah kenaikkan TOL. www.umno-reform.com
sokong Menteri yang memikirkan hanya kontraktual - tanpa
memikirkan rakyat diundurkan segera.
Tol naik- kontraktual,
satu bebanan buat rakyat www.umno-reform.com www.umno-reform.com
Saya juga menggesa agar kerajaan Pak Lah meneliti
prestasi menteri - menteri seperti Samy Vellu yang hanya
tahu meningkatkan harga tol, tanpa sedikitpun berusaha
untuk mencari alternatif yang dapat melegakan bebanan
rakyat. Mungkin sudah sampai masanya Menteri seperti
Samy Vellu digesa letak jawatan kerana lupa apa tujuan
beliau disana dan siapa yang sebenarnya meletakkan
beliau pada jawatan tesebut. Bukan trend sihat kalau
India di kaitkan dengan kemestian JKR dan Cina dengan
Pengangkutan.
Beliau jelas diterima sebagai seorang pemimpin yang
sempat di kurung oleh Dr Mahathir, kata salah satu media
di Indonesia. Beliau hadir sebagai seorang jagoan
reformasi . Ramai yang menyoal dan berbicara dengan
Anwar Ibrahim mengenai pengalaman beliau dan perjuangan
beliau.
Debat Perdana - saranan Datuk Pirdaus bertemu Datuk Dr Harun Din,
kami dapat sokongan luarbiasa.
www.umno-reform.com
Sokongan cadangan debat oleh www.umno-reform.com.
Setakat semalam kami telah menerima hampir 170 email
yang bersetuju dengan debat cadangan www.umno-reform.com
. Berikut adalah email yang mempunyai komen dan bagi
pengirim yang menghantar dengan satu perkataan - "setuju"
ianya tidak di siarkan tetapi akan di ambil untuk kami
mengemukakan cadangan formal kepada RTM.
Sekiranya anda sokong debat ini hantar email kepada kami untuk kami salurkan kepada RTM - rancangan Debat Perdana.
Debat Perdana - saranan Datuk Pirdaus bertemu Datuk Dr Harun Din - Islam faktor pengikat dan penyatu rakyat Malaysia
www.umno-reform.com
www.umno-reform.com mencadangkan agar Datuk Pirdaus dan Datuk Harun Din di temukan dalam Debat Perdana
bagi membincangkan isu Islam tanpa ada kaum lain terlibat.
Apa kata kali ini kita bincangkan isu ISLAM ini antara UMNO - yang sudah mengisytihar bahawa negara ini adalah Negara Islam dan PAS di satu pihak sedang berusaha untuk memperjuangkan negara Islam.
Sekiranya anda sokong debat ini hantar email kepada kami untuk kami salurkan kepada RTM - rancangan Debat Perdana.
Kartun yang tersiar di Malaysiakini
telah di keluarkan sungguhpun beliau kurang maklum
mengenai paparan sumber yang telah dimaklumkan oleh
editor di bawah kartun beliau. Beliau juga perlu
dimaklumkan mengenai siapa yang boleh mengambil tindakan.
Kami juga memaklumkan kepada beliau
bahawa di internat pelbagai cara boleh dilakukan seperti
menyiarkan kartun kartun di hosting percuma dan
sebaginya. Namun kami mengambil jalan untuk menghormati
beliau.
Kami juga bertanya kepada beliau tujuan
kartun tersebut dan apakah beliau sedang mengkritik
Anwar Ibrahim mengenai reformasi. Kita tunggu jawapan -
mungkin ada mungkin tiada
Anwar Ibrahim - reformasi ( will see) warga umno-reform.com
Apakah yang sebenarnya dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehingga keresahan golongan reformasi mula timbul sehinggakan laman malaysiakini.com juga kini seakan menyuarakan perkara tersebut.
Beri pandangan anda mengenai isu ini sebelum usaha kami
buat untuk menemubual wakil - wakil reformasi untuk
bertanyakan kabar mereka dalam perjuangan yang dinamakan
REFORMASI
untuk menjawab klik
sini atau SMS kami di talian 012-6544762
Dari Zunar,
Saudara Editor, saudara tentu maklum penyiaran karya tanpa kebenaran pengarangnya adalah salah dari segi undang-undang dan etika pengkaryaan di Malaysia.
Oleh itu saya minta kartun saya yang disiar tanpa kebenaran di laman ini segera ditanggalkan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil oleh
saya...Zunar
Penyertaan ahli Keadilan dalam UMNO
- kenapa ? Bekas Ketua Pemuda Negeri Perak Zool Helmi Yahya
menyertai UMNO. www.umno-reform.com
Apa pun penerimaan kemasukan mereka dari Keadilan adalah bertentangan dengan ketetapan Pemuda di bawah Dato Hishammuddin. Mereka ini menurut Dato Hishammuddin adalah pengkhianat tetapi nampaknya berbeza dengan kepimpinan bahagian dan cawangan yang mengambil semula mereka dari Keadilan untuk menyertai UMNO se tidak - tidaknya contoh yang paling baru adalah kemasukan Zool Helmi.
Debat
Perdana Radio Televisyen Malaysia - perbalahan antara
umat Islam
Surat terbuka edisi umum dari Ghazali Mat Dom
kepada Menteri Penerangan Malaysia.
Pihak www.umno-reform.com
juga akan berusaha untuk menghantar surat desakan ini
yang lebih "detail" kepada Dato Menteri
kelak.
Pak Lah kini - Temu
bual antara Ghazali Mat Dom dengan Daud Ibrahim, Ahli
UMNO Cawangan Parit Unas Tengah dan juga pengurus kempen
untuk Tan Sri Isa Samad - Naib Presiden UMNO Malaysia.
Bagi Daud
Ibrahim, Pak Lah adalah dirigen yang mampu menzahirkan
melodi cemerlang, gemilang dan terbilang.
Jangan terlampau
pesimis kerana kehadiran beliau baru 365 hari dan
sebarang tindakan untuk menghentam beliau dalam jangka
masa singkat ini adalah tindakan oportunis yang hanya
mampu hidup bila wujud krisis. Dalam kondisi politik
yang semakin "conducive" dan konsesif maka
kesempatan ini harus di gunakan untuk menjana kejayaan
buat negara dan ini mampu dilakukan dengan lebih
berkesan tanpa sebarang tekanan. Kenapa perlu dikocak
keadaan, diterbitkan penentangan dan diwujudkan krisis?
Mereka yang mempunyai niat, hasrat, motif tertentu
sahaja yang mahu melihat krisis dalam UMNO.
Wan Azizah Wan
Ismail, Presiden Keadilan akan TIDAK BERTANDING
warga umno-reform.com
Keadilan tidak akan berani mempertaruhkan keadaan ini
kerana Keadilan sendiri sedar bahawa kekuatan Keadilan
bergantung kepada segelintir kuasa yang mendekap pada
isu Anwar Ibrahim. Kehadiran Anwar Ibrahim sebagai
penyatu dalam keadilan juga gagal kerana Anwar Ibrahim
sendiri dilaporkan mengusulkan Dr Syed Husin Ali sebagai
Timbalan atau sekiranya Wan Azizah meletak jawatan,
sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Kenyataan Media
Prowaris
satu lagi organisasi Melayu professional dalam
memperjuangan nasib orang - orang Melayu
Seperti pemimpin-pemimpin Melayu yang
lain, saya bersependapat dan merasakan bahawa agenda
Bangsa Melayu perlu didahulukan. Sekiranya agenda kita
membangkitkan Bangsa Melayu berjaya, agenda Malaysia
untuk Cemerlang, Gemilang dan Terbilang juga akan
tercapai. Tetapi jangan kerana terlalu mengejarkan
agenda Malaysia, anak bangsa kita hidup melarat dan
merempat di tanah air sendiri?.
Email yang di terima adalah pendapat
pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di
www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat
pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau
sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email
tersebut.
www.umno-reform.com
di selenggara oleh Rais Yassin dan Ghazali Mat Dom
hubungi kami di 012-6544762