BALIK KE MUKA UTAMA

Kenyataan Penubuhan Gerak oleh Ezam Mohd Nor


12 November 2005 - www.umno-reform.com telah dijemput oleh Jawatankuasa Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat untuk menghadiri satu sidang akhbar tergempar oleh Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Ezam Mohd Nor. Dalam  kehebohan kabar angin Ezam Mohd Nor akan menyertai UMNO maka ramai wartawan yang hadir untuk mendengar kenyataan media Ezam Mohd Nor termasuk editor www.umno-reform.com.

Ezam Mohd Nor - panggilan media ini adalah atas kapasiti beliau sendiri dan tidak terlibat dengan parti. Sungguhpun beliau sudah merujuk perkara ini kepada kepimpinan tertinggi PKR tetapi ini adalah usaha dan gerakan sendiri kata Ezam Mohd Nor. Panggilan media ini adalah untuk melancarkan NGO baru yang pernah di tubuhkan oleh Allahyarhan Ustad Fadhil Noor ( Presiden PAS) bernama GERAK - Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi.   

Kenyataan penubuhan GERAK di bacakan oleh Ezam Mohd Nor sepenuhnya kepada media.

Berikut adalah kenyataan media Ezam Mohd Nor mengenai NGO baru beliau GERAK

 

GERAK

Kenyataan Akhbar
12 November 005

Cabaran hari ini berbeza dengan cabaran masa lalu. Faktor keutuhan dan keseimbangan suatu bangsa dan negara itu lebih terkait dengan suasana persekitaran luar negara. Persaingan rantau dan global semakin sengit dan menajdi faktor penentu kemakmuran sesebuah negara . Justeru itu kredibiliti dan intergriti pentadbiran sesebuah negara menjadi pra syarat utama di dalam menguasi persaingan ratau dan global.

Malaysia seabgai sebuah negara yang merdeka semenjak tahun 1957 telah menyaksikan perubahan sosial dan ekonomi yang hebat. Namun kelangsungan perubahan yang mampu menjamin kesejahteraan rakyatnya masa kini dan akan datang bergantung kepada keupayaannya dan pertanggungjawaban di dalam pentadbiran negara adalah unsur kritikal di dalam sebuah negara sebelum ianya boleh diakui mengamalkan urustadbir bersih ( good governance), suatu faktor penting di dalam membina keyakinan pemodal dalam dan luar negara.

Kami percaya dua elemen penting yang akan membina urustadbir bersih ini ialah pengukuhan demokrasi dan penghapusan korupsi. Malangnya hari ini, MAlaysia jauh terkebelangkang di dalam kedua - dua elemen ini. Ruang demokrasi di negara ini masih amat terbatas. Malah media yang menjadi nafas bagi setiap sistem demokrasi masih terbelenggu dengan akta kuno dan zalim seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Percetaqkan. Kesemua akhbar utama di negara ini dikuasi oleh parti - parti pemerintah yang tentunya menyekat salurat maklumat yang adil kepada rakyat. Usaha penghapusan korupsi pula masih di tahap yang lemah dan tidak bersungguh - sungguh. Pendakwaan masih bersifat selektif dan yang paling ketara BAdan Pencegah Rasuah (BPR) masih diletakkan di bawah Jabatan Perdan menteri yang tentunya membataskan kebebasan pegawai BPR untuk melaksanakan tugas tanpa rasa takut.

MAKA, atas rasa tanggung jawab untuk berjuang melakukan perubahan, khususnya di dalam menjadikan negara ini mampu berdiri sebagai sebuah negara yang berwibawa menghadapi persiangan zaman ini, maka saya dan beberapa teman  - teman saya membuat keputusan untuk menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK).

GERAK akan bergerak atas 5 asas utama:

1. Pendidikan

Program seperti GERAK ZON BEBAS KORUPSI akan dilaksanakan. Dalam suasana korupsi yang sudah mengakar di dalam masyarakat, merupakan satu keperluan untuk merubah sikap masyarakat (public attitude) terhadap korupsi. GERAK juga komited untuk membina budaya yang membenci korupsi ( a culture intolerant of korupsi). Parti politik terutama parti pemerintah harus turut terlibat aktif dalam proses pendidikan ini dan menjadikan korupsi musuh nombor satu negara.

2. Kebebasan institusi kehakiman dan kewibawaan undang - undang

Institusi kehakiman yang bebas adalah pra syarat demokrasi yang mampu menjamin penguat kuasaan (enforcement of Law). Badan kehakiman yang bebas juga kritikal di dalam usaha menguatkuaskan undang - undang korupsi. Kita telah banyak menyaksikan kes - kes korupsi tidak di hukum dengan sewajarnya dan ini mengakibatkan korupsi terus berkembang.

3. Media yang bebas

Media adalah nafas kepada demokrasi. Sebuah demokrasi tidak akan berfungsi secara adil sekiranya media dikekang. Media di MAlaysia terus dihambat dengan akta yang mencengkam. PArti politik pemerintah pula tanpa seganm silu menguasai semua akhbar utama negara melalui pegangan saham secara langsung dan tidak langsung. Ini mengakibatkan ruang demokrasi menjadi amat bebas. GERAK komited untuk mendidik rakyat betapa pentingnya mempunyai budaya media yang bebas, untuk kedua - duanya yakni memperkukuh demokrasi dan menhapus korupsi.

4. Institusi anti korupsi yang independen

Penubuhan institusi bebas untuk memantau perlakuan rasuah seperti GERAK, Petronas Watch dan lain - lain akan di tubuhkan. Banyak badan seperti ini telah ditubuhkan di negara - negara lain yang akan kita pelajari pengalaman dari mereka. Sementara itu GERAK juga akan terus berjuang agar badan pelaksana hukum pemerintah seperti Badan Pencegah rasuah menajdi sebuah institusi yang bebas dan berwibawa. BPR wajib di letakkan terus di bawah parlimen untuk menjamin kewibawaanya.

5. Membentuk jaringan kerjasama antara institusi masyarakat

Kerja sama antara institusi masyarakat sepergi golongan akedemik, NGO, media , badan agama dan politik harus dijuruskan ke arah membina undang - undang yang terbuka terutama di dalam memperkukuhkan perubahan undang -undang ( advocating legislative reform)

Pelancaran GERAK peringkat negeri akan diadakan di Kedah pada 18hb November 2005 sempena menghormati dan menyanjui perjuangan Almarhum Dati Fadzil Noor yang mengasakan GERAK, sebuah gabungan parti politik dan NGO yang bersama menuntut reformasi di negara ini sebaik selepas Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dan ditahan semasa pemerintahan Dr Mahathir.

GERAK akan dilancarkan di setiap negeri di MAlaysia dan membuka penyertaan setiap rakyat Malaysia untuk menyertainya sebagai SUKARELAWAN GERAK. GERAK akan berjuang melangkaui batasan politik, bebas dan bukan sebahagian daripada mana - mana parti politik di negara ini. Dalam masa yang sama GERAK juga bersedia bekerjasama dengan semua organisasi dan badan masyarakat termasuk parti politik di dalam dan di luar pemerintahan hari ini sekiranya mereka bersedia berkongsi aspirasi dengan GERAK yakni berjuang bersungguh - sungguh ke arah memperkukuhkan demokrasi dan menghapuskan korupsi di negara ini sehingga lahir sebuah negara yang berwibawa dan mampu menghadapi persiangan zaman.

Ezam Mohd Nor  

 

 

 

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762