ThinkExist.com Quotes

 

 
 



 

Surat terbuka kepada Tun Dr Mahathir
oleh sabu_jr2@yahoo.com

Sebenarnya ini adalah kali pertama editor1@umno-reform.com menerima surat terbuka seperti ini. Saya yakin surat ini di tulis oleh ahli UMNO atau mereka yang bukan ahli kerana bagi saya pembangkang tidak akan menulis surat seumpama ini  Namun apa yang menyebabkan saya mempamerkan surat terbuka ini adalah kerana penulis surat ini seakan kesal dengan apa yang sedang berlaku dibawah pemerintahan Pak Lah. Penulis surat terbuka diminta menghubungi saya Anuar Mohd Nor talian 012-6544762 untuk kami membuat temubual khas dengan beliau.

Jelas apa yang ditulis oleh beliau, seakan ikhlas dan yang paling sayu adalah kegusaran penulis surat terbuka ini melihat keadaan negara di bawah kepimpinan Pak Lah. Apakah Pak Lah benar - benar gagal dalam pemerintahannya? Bagi yang mempunyai ruang untuk bertemu dengan Dr Mahathir sila serahkan email ini kepada beliau.  Baca surat terbuka ini Klik Sini

 
Pak Lah "GUGURKAN" Samy Vellu sekarang

Desakan dari laman ini, www.umno-reform.com, desakan dari pembangkang dan beberapa hari lalu desakan dari www.prowaris.org sepatutnya sudah memberi satu indikasi pada Pak Lah untuk menggugurkan Dato Seri Samy Vellu dari kabinet yang sedia ada. Tindakan ini wajar bukan kerana keretakkan MRR2 tetapi kerana sikapnya yang lebih membelahi kontraktor dari kepentingan awam. JELAS - kenyataan Samy , dalam media - media tempatan menunjukkan bahaya MRR2 sengaja dirahsiakan oleh Samy Vellu dan ini bukan sikap pemimpin rakyat

Rakyat sebenarnya terkejut dengan kenyataan beliau dan mempersoalkan hak Samy Vellu untuk merahsiakan ancaman  terhadap keselamatan rakyat.  Pak Lah tidak perlu lagi menunggu atau melakarkan strategi supaya Samy kalah dalam pilihan MIC atau pilihan raya umum akan datang tetapi bertindak segara mengugurkan beliau. Dengan itu saya memohon agar editor laman ini, Presiden Pro Waris dan pembangkang mendesak agar Samy Vellu meletak jawatan dan Pak Lah untuk menggugurkan Samy Vellu.

 

Posting berikut di terima : Persoalan : Apakah maksud kebebasan Agama sekiranya saya gagal memohon untuk menukar status agama?

Saya ingin mendapat pandangan umum mengenai perkataan 'murtad' dan 'convert' ini. Saya dilahirkan bukan beragama Islam tetapi setelah berusia 5 tahun keluarga kami di"islam"kan secara beramai-ramai di Sabah dan mendapat berbagai-bagai habuan seperti pangkat dan pekerjaan semasa era kerajaan USNO/BERJAYA. tetapi ramai golongan seperti kami ini yang membesar tidak mempraktikkan agama tersebut dan kini hidup sebagai bukan Islam, seperti saya.

Jadi..bagaimana dan dimanakah hak beragama saya di dalam perlembagaan Malaysia yang memberi KEBEBASAN untuk rakyatnya menganut agama pilihannya jika golongan seperti saya apabila memohon untuk menukar status KP saya yg berstatus "muslim" tidak dilayan oleh MUIS kerana menanggap saya masih seorang muslim walhal saya sendiri tidak mengenali agama tersebut. kes Moorthy dan Nyonya Tahir telah membuka lembaran baru bagi golongan kami utk menuntut keadilan dan kebebasan beragama di negara ini.

  • Dan kenyataan Jay yang mengatakan oang Islam tidak perlu takut jika hendak tukar agama kerana itu hak individu perlu kita jawab, klik Sini

Sila bantu untuk menjawabnya klik Sini
 

 

Mahkamah Syariah telah berjaya menunjukkan keadilan bukan sahaja kepada mereka yang beragama Islam malah kepada mereka yang bukan beragama Islam. Itulah antara komen yang diberikan oleh kepimpinan kita dalam isu nyonya Tahir. Kritikan isu Mohamad Abdullah @ Moorthy mungkin reda setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan untuk kes Nyonya Tahir. Alasan menyeluruh keputusan kes beliau belum kami terima lagi tetapi antara yang terkandung dalam media adalah surat wasiat beliau, pernah memohon untuk menukar nama dalam Kad Pengenalan dan sejak kecil tidak mengenali Islam. Alasan ini seolah membawa kemenangan. Pak Lah jturut mengatakan keputusan itu menunjukkan Mahkamah Syariah tidak prajudis dan telah mengambil kira fakta - fakta yang ada. Apakah keputusan mahkamah bagi isu Nyonya Tahir memungkinkan - pembukaan pintu untuk permohonan murtad dalam negara ini.

Baca dan bagi mereka yang arif sila beri pendapat anda klik Sini

Komen perosalan ini 1. Era Hadhari Pak Lah tercabar? | Bangsa lain bebas kurang ajar |

 

 

Berita Terkini

Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob secara terbuka mencabar sesiapa yang ada bukti atas tuduhan bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa, menipu kerajaan Pahang dan membuat kenyataan berbohong dalam akhbar seperti yang didakwa dalam edaran surat layang yang ditaburkan di Kuantan dan Kuala Lumpur, untuk tampil membuat laporan polis atau ke Badan Pencegah Rasuah.

Surat yang kononnya di tulis oleh Lee Sin dan Ramli Sulaiman menuduh Menteri Besar terlibat dalam skandal balak yang dikaitkan dengan nama seperti Shamsuddin Ibrahim, Dato Zaini Salleh dan Dato Faisal Abdullah

 


 

PROWARIS MENCABAR SAMY VELLU DEDAHKAN LAPORAN PENUH HALCROW - KERUNTUHAN MRR2 BOLEH MENGANCAM RIBUAN NYAWA

Prowaris sebuah badan Professional Melayu & Pewaris Bangsa dalam kenyataan medianya melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku dalam Kementerian Kerja Raya. Prowaris dalam kenyataan mereka juga mendesak agar :

Feriz Omar Prowaris1. Apa jua persoalan dan perbahasan mengenai status Jambatan MRR2 Kepong yang timbul, ia akan hanya menjadi perbahasan kosong semata-mata, selagi laporan penuh hasil kajian Halcrow tidak didedahkan kepada umum.

2. Kementerian Kerja Raya sebagai badan berwajib yang mewakili Kerajaan Malaysia harus bertanggung jawab ke atas mengumumkan hasil kajian laporan penuh tersebut kerana ini melibatkan keselamatan serta nyawa para pengguna.

3. Apa-apa keputusan yang bakal diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia terhadap jambatan tesebut hendaklah mengambil kira pendapat dari golongan professional yang berkelayakan di bidang tersebut serta meletakkan keselamatan dan nyawa para pengguna diutamakan. Kenyataan penuh Prowaris Klik Sini

   Menarik dalam Tag Board

Pendeta Melayu: Saya merasakan tindakan Prowaris Untuk Mencabar adalah untuk memulang paku buah keras kepada Samy Vellu .... yang menggugat kesucian agama Islam

Pendeta Melayu: Dengan desakan untuk mendedahkan Laporan Penuh Halcrow, rahsia Samy akan terbongkar ....

One: Kepentingan rakyat dan keselamatan rakyat di gadaikan oleh Samy , ini ke kerja menteri

Memanda: Kita desak Samy Vellu utk keluarkan laporan kerosakan MRR2, keluarkan dengan segara, hei Samy anak bini aku naik jejambat itu setiap hari tau! 

bukan pendapat kami di ambil dari tag - board www.umno-reform.com
 


Benarkah Suruhanjaya Antara Agama - atau badan seumpama itu akan diwujudkan sebagai ganti kepada isu pindaan 121 (1A) yang tidak akan dipinda menuruti keputusan Pak Lah?

Apakah bentuk badan ini sekiranya ditubuhkan kelak? Apakah mereka akan bersidang untuk membincangkan kewajaran hukam hukam Islam dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan masyarakat berlainan agama di Malaysia ? Apakah itu satu  kompromi,  syarat penarikan memorandum yang diserahkan kepada Pak Lah oleh menteri - menteri bukan Islam ?

Terdapat ura - ura bahawa Suruhanjaya Antara Agama atau satu badan yang agak serupa akan di bentuk bagi tujuan menentukan menyelesaikan masalah pertindihan antara Islam dan agama - agama lain di Malaysia. Apakah sekali lagi kita bertolak dan beransur terhadap desakan keagamaan?  

Klik untuk beri pendapat  komen yang diterima 

Bubarkan Sisters In Islam | Kesal dengan UMNO | Why are you afraid of IFC? | Tidak Perlu Interfaith | Helah Interfaith
 

 

Samy Vellu - masanya sudah tiba
www.umno-reform.com

Beginilah cara Samy Vellu membalas hujah Datuk M. Kayveas  " As for Kayveas, he said: "Who cares about him? Nobody bothers about him. We nine ministers, we see the Prime Minister because we are ministers. He is not a minister. Beliau kemudiannya mempersendakan Kayveas (People's Progressive Party) dengan berkata "Since we are ministers we have the avenue to meet the PM any time we want. He (Kayveas) is not a minister and that is his problem. He should ask the PM to appoint him as a minister." Klik Sini
 

Email di terima 

 

 

Mereka cabar keluhuran perlembagaan - kenapa dipersoalkan  tradisi dan budaya?
Anuar Mohd Nor
012-6544762
editor1@umno-reform.com

Perbincangan isu ini klik sini

Mungkin apa yang terjadi tahun 1999 dahulu ialah UMNO telah menandatangi Kontrak Sosial Kedua untuk mendapatkan sokongan dari kaum lain untuk memastikan mereka terus memerintah. 

Kontrak sosial kedua ini pasti ada kaitan dengan pilihan raya 1999 sewaktu UMNO tercabar kuat dan sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa perkara ini diakui oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia dahulu sewaktu program Melayu Dalam Bahaya yang dianjurkan oleh Sekretariat Melayu Muda. Sekali lagi apakah kita menjual hak - hak kita kepada bangsa lain untuk meraih undi pada masa itu?

Setakat ini kita lihat banyak keistimewaan Melayu digadai dan kita akhirnya akan merempat di sana - sani mencari jalan keluar. Kita menuruti kontrak sosial kedua dalam isu  - isu seperti meritokrasi, penubuhan Universiti UNITAR , membenarkan bangsa asing dalam Maktab Rendah Sains Mara dan sebagainya.

Ini jelas kelihatan seperti kita melunaskan satu demi satu tuntutan Suqiu untuk kepentingan diri dalam terus menggenggam kuasa. Apakah sebenarnya kita telah membuat kontrak sosial kedua ini. Kontrak sosisal kedua ini mungkin di tandatangani ( secara relatif ) bukan untuk mencapai kemerdekaan - seperti teori awalnya tetapi untuk UMNO terus memegang kuasa - dengan menggadaikan hak keistimewaan Melayu. KLIK SINI
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Setakat waktu siaran kami difahamkan  8 dari mereka yang menanda tangani memorandum telah menarik balik memorandum yang telah diserahkan kepada Perdana Menteri. Klik Sini

   



Sejarah sebenarnya berulang

Minta maaf lah, hari ini depan reporter, depan kamera tv, depan majlis, mereka meraung-raung konon memperjuangkan hak Melayu tapi besok mereka  juga akan duduk semeja dengan keturunan Ghee Hin dan Hai San itu tadi  untuk berunding bagaimana mahu merompak harta dan keistimewaan orang  Melayu atas nama bisnes, atas nama joint-venture..
Klik Sini

 



Jadikan ini pengajaran

Saya sebagai rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan  kesejahteraan mengucap syabas kepada YAB PM PAK LAH atas ketegasan  beliau dan tidak akan meminda perlembagaan artikel 121 [1a]saya berharap kepada YAB PM Agar tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak mengenai perkara kesucian agama ISLAM . Klik Sini

 



"Wajar"  kata Rafidah

Hanya Rafidah Aziz sahaja yang mengatakan bahawa penghantaran Memorandum oleh 10 Menteri bukan beragama Islam  itu wajar.

Bagi Rafidah tindakan itu adalah wajar "`Tak apa... yang pentingnya memorandum itu sampai (kepada Perdana Menteri). Pada saya tidak jadi masalah kerana menteri Kabinet itu mewakili perasaan orang bukan Islam.
Klik Sini


 

Berikut adalah imbasan dokumen tersebut. www.umno-reform.com menyiarkan kerana terdapat individu yang sahih mengakui kebenaran dokumen tersebut:

  • Akaun Tabung Kemanusian Iraq GPMS  di Maybank Bangsar Utama Klik Sini
     

  • Penutupan akaun Dana Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Affin Bank Jalan Salahuddin Kuala Lumpur Klik Sini Klik Sini
     

  • Penyataan Tuntutan Sewa Kuarters Keretapi Tanah Melayu Klik Sini
     

  • Lapuran kewangan GPMS Januari 2005 sehingga September 2005 Klik Sini
     

  • Penyataan kewangan GPMS di Bank Bumiputra Raja Chulan Klik Sini
     

  • Hutang Bil Telefon dari Telekom Klik Sini
     

  • Notis tuntutan Balik Tabung Khas Perbendaharaan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - kegagalan menjalankan program dengan dan nilai tuntutan Klik Sini
     

  • Tuntutan PWTC ke atas hutang GPMS Klik Sini
     

  • Notis pemotongan bekalan Elektrik Klik Sini
     

  • Notis tunggakan pembayaran bekalan Air dengan nilai yang tinggi Klik Sini
     

  • Penyata Kewangan peribadi Bendahari GPMS , Azan Bin Ismail di Maybank Jalan Ampang. Klik Sini

Apakah ada perkara - perkara pecah amanah yang mahu di beritahu oleh pengirim kepada www.umno-reform.com. Apakah ini adalah untuk tujuaan melobi bagi pihak Reezal Merican. leadaan semakin meruncing bagi GPMS. Apakah kemulut ini akan menyaksikan GPMS terbubar.  

Segala dokumen baru sahaja kami terima dan mengambil masa yang akan panjang untuk di imbaskan hari ini. Pihak www.umno-reform.com percaya banyak lagi pendedahan akan terbongkar dalam kita menyaksikan perebutan jawatan

Pihak www.umno-reform.com juga telah memohon penjelasan terutama mengenai kegagalan program mereka yang menerima bantuan Khas dari Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat.

Kami juga telah menghubungi Suhaimi Ibrahim untuk mengetahui kedudukan sebenar dan akan menyiarkan mengenai perbualan telefon antara editor kami dengan Suhaimi Ibrahim minggu ini.

 


Berita International Tergadai lagi tanah Kuala Lumpur kepada Singapura
Thursday January 19, 10:48 AM

Malaysia's Bolton, Um Land, Capitaland Team up to Develop KL Site
 

KUALA LUMPUR, Jan 19 Asia Pulse - Bolton Berhad (KLSE:1538), United Malayan Land  Bhd (UM Land) (KLSE:4561) and Acegoal Pte Limited, an indirect wholly-owned  subsidiary of Singapore's CapitaLand Limited (SGX:C31), have teamed up to  acquire, develop and market a 4.3 acre prime residential site in Kuala Lumpur.

Bounded by Jalan Yap Kwan Seng and Jalan Mayang, the site is one of the largest  plots of land zoned for residential development within the popular KLCC vicinity.
 
The area is close to the Petronas Twin Towers, the Suria KLCC Shopping Centre,  the KL Convention Centre and also the Putra Light Rail Transit.

The joint-venture company, Alpine Return Sdn Bhd, will acquire the land from  Bolton for RM112.29 million (US$29.9 million) cash, subject to the fulfillment of  certain conditions, the joint venture partners said in a statement on Jan 18.

The shareholders of Alpine Return are Bolton (35 per cent), UM Land (35 per cent)  and CapitaLand (30 per cent).

The joint venture intends to develop a condominium on the site, which is expected  to be launched in early 2007, the statement said. CapitaLand will coordinate the development of the project. Dato Azman Yahya, Group Chief Executive of Bolton said: "This project represents  another major step for Bolton as we expand our presence in developing high-end  residential properties, building on the success of our Tijani development in  Bukit Tunku."

Dato Ng Eng Tee, Joint Deputy Chairman and Executive Director of UM Land said:  "We believe that this partnership is set to create another milestone for UM Land  in the high-end condominium development segment by leveraging on the unique  strengths of each partner.

Mr Lui Chong Chee, CEO of CapitaLand Residential, said: "Our joint venture, with  strong partners like Bolton and UM Land, will help grow CapitaLand's presence in  Malaysia."
 

 

Terima kasih Samy Vellu dan menteri kabinet bukan Islam
waghih.blogspot.com

Terima kasih Samy Vellu dan menteri-menteri kabinet bukan Islam yang telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri yang meminta supaya artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan kuasa Mahkamah
Syariah.

Maklumat awal yang diterima di peringkat akar umbi umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini dari pelbagai lapisan fahaman politik telah mula menunjukkan kesatuan mereka agar kerajaan tidak melayan sebarang tuntutan pindaan perlembagaan. Rata-rata orang UMNO, PAS, Keadilan, yang atas pagar, yang tidak berparti, yang mengikut tarekat, malah yang Happy Go Lucky menunjukkan kesepakatan mereka dalam isu mempertahankan perlembagaan sedia ada.

Jarang sekali sesuatu isu mendapat kesepakatan umat Islam terutama orang Melayu. Inilah perpaduan yang jarang-jarang sekali kita temui dikalangan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini. Oleh yang demikian adalah diharapkan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Melayu dipihak atasan dapat mencontohi kesepakatan yang ditunjukkan oleh golongan akar umbi ini.

Apa yang penting ialah memberi kefahaman kepada bukan Islam mengenai perlembagaan dan hak-hak mereka bukannya meminda perlembagaan. Perpaduan kaum tidak akan tercapai hanya dengan meminda perlembagaan.

Terima kasih sekali lagi pada Samy Velu dan menteri kabinet bukan Islam yang telah menyatukan hati umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini, semuanya ini hanyalah dengan izin Allah swt.


Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 

 
 
   


Saudara Editor, sungguhpun Artikel 121 (1A) tidak di pinda apakah ada "barginning" dibuat oleh Pak Lah sehingga mereka menarik balik memorandum tersebut.

Saya percaya pasti ada yang dipersetujui oleh Pak Lah sebagai balasan untuk mereka menarik balik memorandum tersebut. Apakah ada "deal" antara Pak Lah dengan bangsa - bangsa lain supaya isu ini dibantutkan segera. Apa pandangan sdra Editor?

Editor : Insyallah - kan saya jawab

Blog Anuar Mohd Nor


  


 

  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  

Kerajaan telah bersetuju menerima cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis supaya diwujudkan satu suruhanjaya bagi pemantauan tatatertib polis. Ini adalah yang pertama di dunia. Polis moden yang dibidankan oleh Sir Robert Peel lahir di London pada tahun 1829. Ketika itu berlakunya gangguan ketenteraman awam yang memuncak hasil perubahan sosial yang berlaku akibat tekanan kemiskinan dan proses perindustrian kota. Bagi menangani masalah itu maka " The London Metropolitan Police" di tubuhkan.
 

Tugas Polis yang dibentuk itu memperkenalkan tiga unsur ke dalam dunia polisRobert Peel founder of London Metropolitan Police moden dan juga dipakai oleh Polis Diraja Malaysia, 1: Pencegahan kejahatan, yang dianggap lebih baik daripada menghadapinya sesudah terjadi. 2: Pencegahan kejahatan atau 'deterrence' ingin dicapai melalui penyiasatan dan 3: kawalan preventif. Untuk itu anggota polis hendaklah berada ditengah masyarakat dengan cara berpatrol secara terus-menerus di semua kawasan yang ditentukan ('beats").

Dalam pada itu, pembentukkan masyarakat yang "mengerti" atau "informed society in police matter" adalah penting untuk dikembangkan, kerana hubungan antara polis dan masyarakat adalah diibaratkan seperti "ikan dan air". Masyarakat perlu tahu betapa kompleksnya urusan kepolisan dan sekiranya ini tidak difahami maka ini akan menyulitkan lagi tugas polis.


Dunia kepolisan global kini telah menerima konsep yang diperbuat oleh Dr William Tafoya seorang pakar FBI dalam permasalahan masa depan (expert on the future). Beliau telah menegaskan "High technology is irrevocably transforming the world into "a global village", The world"s police force are affected by the same economic, social and political forces that drive technological change. If this assessment, changes in traditional police function seem inevitable..." dan dengan ini PDRM yang mengamalkan konsep "berakar peraturan" dan sekaligus juga "berakar perilaku" (rule-based dan behavior-based) harus melakukan perubahan - perubahan teknologi dan bukan hanya di lihat dari sudut perubahan permukaannya sahaja.

Perlulah disedari bahawa kerja Polis adalah sebagai penguatkuasa undang-undang, sangat berbeza dengan Hakim, peguambela, doktor dan sebagainya. Pekerjaanya menuntut supaya dia berhadapan dengan masyarakat, orang dan manusia, yang baik-baik, dengan orang yang tidak baik atau jahat. Polis tidak boleh berkerja secara birokrasi yang boleh disamakan dengan bagaimana hendak meminta lesen penjaja, mohon tanah. Sekiranya selepas ini PDRM mempunyai badan pemantau tugasnya, maka dengan sendirinya Akta Polis dan Undang-Undang sudah tidak berguna lagi dan keseluruhan struktur PDRM akan bersimpang siur saperti mana traffic jam yang ada di negara kita ini. Siapakah yang hendak menyelesaikan simpang siur itu kalau dia sudah terikat mati?


Sang Kelambai: Salepas Suruhanjaya Pemantau Polis diwujudkan, PDRM mesti meletakan kelulusan minima menjadi Konstable Polis sekurangnya Lepasan Diploma kerana setiap anggota PDRM mesti memahami apa dia "Civil and Political Right (hak-hak sivil dan politik), kedua Social and Economic Right (hak-hak sosial dan ekonomi) dan ketiga Collective Right (hak-hak kolektif suatu bangsa) yang meliputi hak-hak untuk membangun, atas masyarakat, sumber asli dan warisan budaya bangsa.

 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

Isu Khas

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

  2006 - one |2006 - two | 2006 three  

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com