ThinkExist.com Quotes

 

 
 



 

MTUC kepada SYABAS - Bawa kami ke mahkamah

Syed Shahir Syed Mohamud, Presiden MTUC ( Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia ) berkata , "bawa kami ke mahkamah" dalam menyambut cabaran SYABAS yang akan membawa perkara ini ke mahkamah. Menurut Malay Mail, Syed Shahir berkata, dengan membawa kami ke mahkamah ini akan membuka perkara ini ke pengetahuan umum, kami tidak ada apa - apa yang mahu disorokkan.

MTUC tetap dengan pendirian mereka, menolak penswastaan air yang lebih banyak membebankan rakyat. Syabas yang mengeluarkan kenyataan, menuduh fakta dalam memorandum MTUC dan CAWP salah dan akan mengemukakan saman terhadap MTUC.

Malay Mail juga melaporkan bahawa  memorandum yang dihantar Kesatuan Sekerja Perbadanan Urus Air Berhad tidak di terima oleh MTUC kerana mereka bukan gabungan MTUC. Syed Shahir juga berkata, beliau hairan kenapa KPPPUAS bertindak sedemikian kerana usaha MTUC adalah untuk menjaga kebajikan pengguna dari terus dibebankan dengan kenaikan harga air. MTUC membantah penswastaan air dan kenaikan tarif air dan mereka dari kesatuan sekerja kini membantah tindakan MTUC. Sesuatu yang menghairankan kerana mereka duduk dalam MTUC dan bersetuju dalam setiap perbincangan untuk menolak penswastaan air. Hari ini mereka memainkan alunan yang berbeza.  

Apa yang sebenarnya berlaku. Apakah ini sebenarnya cara lain untuk menentang MTUC? Yang paling menyedihkan ialah mereka membenarkan majikan mereka mempergunakan mereka dalam menentang MTUC.  
 

 


Persoalan penting?

MTUC dan CAWP menentang penswastaan Air dan tindakan SYABAS yang mahu meningkatkan tarif air. Mereka menghantar  memorandum kepada Perdana Menteri menuntut agar perjanjian konsesi didedahkan. Wakil Kesatuan Syabas hadir dalam mesyuarat - mesyuarat MTUC dan bersetuju untuk menentang penswastaan air dan cadangan meningkatkan tarif air. Syabas menyelar MTUC kerana mendakwa memorandum itu mempunyai fakta yang tidak tepat dan akan mengambil tindakan menyaman MTUC. Hairan kini wakil - wakil pekerja KPPPUAS kini menolak tindakan MTUC. Ini mainan siapa dan apakah kemungkinan kekuatan kapitalis kini sudah meresap ke dalam wakil - wakli pekerja tersebut? Apakah SYABAS kini menggunakan peralatan lain untuk menetang MTUC.

www.umno-reform.com turut serta mencabar SYABAS untuk SAMAN MTUC ke mahkamah semoga semua rakyat Malaysia akan tahu kedudukan sebenarnya. www.umno-reform.com akan meyusuli isu ini dengan rapat kerana kita tidak mahu LUKA RAKYAT semakin parah.  
 

 


Lagi kes Jejambat Retak - Lebuh Raya Bertingkat Ampang - Samy Vellu masa sudah sampai masa - UNDUR SEGERA!

Lagi gambar jejambat Lebuhraya Bertingkat Ampang Gambar 1, Gambar  2 Gambar  3 Gambar  4      

 

 

CABARAN KETUANAN MELAYU DI UPM DAN IPTA

 

UMNO - antara wadah yang tinggal


Dr Shafie hilang pertimbangan nya dalam menangani issue,di mana ia lebih mementingkan ego dan emosinya,seolah olah saperti kanak kanak yang tidak mendapat perhatian dari kawan kawan disekeliling nya! Malah lebih buruk lagi dari perangai kanak kanak apabila ego dan keangkuhan nya yang dipanaskan oleh hasutan orang orang yang mengambil kesempatan,mendorong nya menyalahguna kuasa dan menindas bangsanya sendiri.Cermelang,Gemilang,Terbilang,kah orang orang saperti ini? Apakah tauladan yang ditonjolkan nya kepada anak anak nya dan pelajar pelajar kita di universiti? Klik Sini

 


Cina kini sudah mengenggam kekuatan ekonomi. Mereka tidak bersalah tetapi kita MELAYU - yang memecahkan sampan kerana kepentingan politik individu tertentu. Sehingga kehari ini MELAYU masih berpolimik - berdebat dan memperhambat antara satu sama lain. Bermula dari Dato Onn Jaafar  - Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak - Tun Hussein Onn - Dr Mahathir dan Pak Lah, kita sama kita bertegang leher. Klik Sini

 

Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj dalam kenangan

"One night it rained heavily and the roof leaked so badly that I had to shove my bed from one end of the room to another. It was then that I vowed that I would drive the British out" Bermulanya perjuangan Tuanku Abdul Rahman

" Saya telah memberikan dan (akan terus) memberikan 75% dari keseluruhan hidup saya dan usaha saya untuk berkhidmat kepada negara saya, Tuhan saya dan bangsa saya dan selebihnya 25% untuk diri dan keluarga saya untuk melakukan apa yang saya sukai. Sekiranya ada yang menganggap ini sebagai satu kesilapan, biarlah, kerana sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. Sebaliknya manusia itulah yang selalu mudah lupa " - Tuanku Abdul Rahman

AL~Fatiha
 

 

Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW
Pak Ali klik sini

Kenyataan Media PAS - Khairy tunggang FAM Klik sini

Kiriman SMS

Tuan Editor, sejak kebelakangi ini TV3 macam mahu hentam Khir Toyo. Benarkah? Apakah Pak Lah tahu semua ini. Betul ke sebab Khir Toyo adalah saingan utama Khairy Jamaluddin.

Kiriman SMS

Pak Lah jangan malu - malu buang Samy Vellu dari kabinet. Sudah memualkan.

 


Antara hina Nabi dan hina Mahathir
       Mohd Siful Kadir

Benarkan kenyataan tersebut? Lebih muliakan Nabi dari Mahathir dalam politik Malaysia? Bagi saya mereka bukan  peduli sangat isu menghina Mahathir tetapi mereka bangkit bagi menunjukkan kepada Mahathir bahawa mereka adalah penyokong kuat beliau. Azalina , Ketua Puteri UMNO sewaktu persidangan pertama Puteri UMNO - menunjukkan kehebatannya - menjerit dan melolong bakar bangunan Harakah, Hishammuddin pada waktu itu - sebelum beliau kenal apa itu keris terbelit - belit mulut mengutuk Zunar - penuh semangat dan penuh emosi. klik sini
 

 



Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (February 8, 1902 - December 6, 1990)

 

Bakar Bangunan Harakah

Lain pula hari ini, suatu waktu ketika dahulu

BULETIN Pagi TV3 pada pagi ini, 19 Jun 2003 yang memberi liputan tentang karikator Zunar mengenai :

"Masalah SAR - Gara-gara Mahazir! Ekoran dari itu lesen Harakah di desak supaya di gantung ada laporan lain yang menyiarkan kenyataan Ketua Puteri UMNO sewaktu itu, menyaran supaya Bangunan Harakah di bakar klik Sini

   Email dan komen terbaru
  • Macam - macam punya gila Klik Sini

    Komen Artikel Tanah Melayu Ketuanan Cina
     

  • Jangan menunding jari - Amin_Tandop   Klik Sini
     

  • Ketuanan Cina apa yang hendak di kesalkan Klik Sini
     

  • Kuasa boleh di beli dengan wang - Klik Sini 

Baca dan  beri komen anda mengenai isu ini  Klik Sini  atau SMS untuk sebarang komen pada talian 012-6544762

Kenyataan Media Mahfuz Omar

 


UMNO Tanjung Pulau Pinang menganjurkan demostrasi - apakah ini bukti ketuanan Melayu sudah tercabar
Jo Melayu

Saya membaca artikel Sdra Anuar dengan begitu terharu sekali. Tuan mengatakan mengenai Ketuanan Melayu yang sudah tidak ada lagi. Kalau isu ketuanan Melayu sudah hapus saya tidak berapa kisah. Tetapi yang paling saya kisah adalah sekiranya ketuanan lain wujud menggantikan ketuanan Melayu. Tuan editor mungkin terlepas pandang satu isu dalam Utusan Malaysia 5-02-2006, lihat bagaimana UMNO Pulau Pinang hilang suara dan nampak terdesak memperjuangkan isu Melayu/Bumiputera di sana. Lihat sebagaimana di dakwa oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tanjong, Hamzah Ismail bagaimana kepimpinan Tan Sri Dr koh Tsu Koon tidak memberi peluang untuk berjumpa dengannya. Mereka terpaksa melakukan demonstrasi. Bukankah tuan Editor juga pernah menyiarkan isu UMNO Bahagian Jelutung yang mengeluarkan memorandum - Melayu terpinggir Pulau Pinang 

 

 

                          
Tanah Melayu, Ketuanan Cina
Anuar Mohd Nor
012-6544762
emel : editor1@umno-reform.com

Apakah salah kalau dikatakan bahawa pegangan ekonomi Melayu / Bumiputera yang tidak sampai 10% yang selainnya  dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan  Melayu? Apakah pemilikan equiti oleh bangsa lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga  menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina? Tidak sedarkah  kita bahawa pegangan majoriti perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti  menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba? Apakah salah akhirnya kita secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu -  Ketuanan Cina? Klik Sini untuk membaca dan memberi pendapat atau Klik Sini untuk membaca sahaja

 

Berakhirnya episod Utusan Melayu (Jawi)


KAMI Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS) merasakan begitu terharu dan terhina apabila sebuah akhbar yang begitu banyak berjasa dan berbakti kepada bangsa Melayu, tiba-tiba 'berkubur' lantaran orang Melayu sendiri termasuk di antaranya para pemimpin Melayu sendiri yang tidak prihatin terhadap jati diri, identiti dan maruah bangsa. Klik Sini
 

 

Penaklukan Temasek ( Singapore) ke atas syarikat utama Malaysia - dapat restu Pak Lah
umno-reform.com

Riuh dan kecuh berkenaan pengambilan / pembelian syarikat - syarikat Malaysia termasuk syarikat berkepentingan kerajaan oleh Temasek sebenarnya adalah atas restu Pak Lah.

Mungkin kerana itulah UMNO terus diam dan membisu apabila banyak laman - laman web membicarakan mengenai penaklukan ekonomi oleh Singapura ke atas Malaysia.

Pak Lah yang mengibaratkan Malaysia dan Singapura adalah rumah bunglo berkembar telah merestui pembelian saham antara Singapura - Malaysia dan sebaliknya dengan harapan Malaysia dan Singapura dalam bekerja sama untuk pelaburan luar negeri.

Apakah kita mengharapkan Singapura untuk memperkembangkan ekonomi negara kita ini? Apakah kita terlampau lurus dalam mempercayai Singapura?

Baca petikan dari Majalah Economist Jan 2005 Klik Sini

 

Emel di terima

 

Kiriman SMS

Kenapa tuan masih lagi mengatakan umno itu boleh di reformkan? Apakah tuan tidak nampak kepincangan yang sedang berlaku. , lepas kroni Mahathir kini kroni menantu Pak Lah. Sampai bila tuan mahu mempertahankan umno dan bermimpi bahawa umno tidak boleh di reform lagi.
 

 


Datuk Shahrir Samad - kecewa dan malu atas kegagalan Kementerian Kerja Raya melaksanakan tanggungjawab dalam isu MRR2. Ini juga dalah satu "signal" kuat untuk Samy Vellu bertindak melepaskan jawatan secara terhormat. Pak Lah juga tidak ada jalan lain kecuali memecat/mengugurkan Samy Vellu. BAgi laman www.umno-reform.com - rakyat harus menuntut pemecatan Samy Vellu kerana meletakan kepentingan kontraktor mendahului keselematan rakyat. Hari ini perkara seperti ini pun memerlukan Pak Lah untuk campur tangan.
 

 


Kedutaan Denmark di bakar - Syria


Semakin memuncak isu penghinaan Nabi Muhammad SAW. Seluruh dunia - khususnya negara - negara yang majoritinya beragama Islam memandang serius mengenai isu penghinaan Nabi muhammad dan telah memulakan tindakan - tindakan aggresif dalam menunjukkan betapa mereka menentang sebarang usaha jahat untuk menghina Islam.

Indonesia juga telah bertindak ke atas kedutaan Denmark di sana. Perhimpunan telah di buat dan mereka mengecam Denmark dan media - media barat yang menyokong tindakan ini dan mengklasifikasikannya sebagai hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat.

Setakat ini kenyataan dari OIC belum lagi kedengaran . Apakah negara  - negara Islam dibawah OIC akan terus berdiam - satu tindakan serius harus diambil oleh OIC dalam memastikan perkara ini tidak berulang lagi.
 

 
 

The protest marked one of Thaksin's greatest challenges since he took office five years ago and reflected public anger at his family's sale of Shin Corp -- the telecom giant founded by the premier -- to Singapore's state-owned investment firm Temasek
 


Kehadiran syarikat pelaburan Singapura Temasek dalam pembelian Shin Corp - syarikat telekomunikasi terbesar Thailand dibantah oleh rakyat mereka.

Bagi Malaysia pula kehadiran Temasek mendapat restu Pak Lah dalam usaha kononnya untuk mengadakan usaha - sama Singapura - Malaysia dalam pelaburan antarabangsa.

 

 

Desak dedahkan siapa dapat Tabung Bantuan Perubatan Kronik
Hasli Aziz Shah

Saya bersetuju dengan pandang salah seorang pengirim email mengenai perlunya Kementerian Kewsihatan mendedahkan siapa yang memperolehi Tabung Bantuan Perubatan Kritikal, berapa banyak memohon dan berapa permohonan yang ditolak dan apa alasannya. Jawapan  Datuk Dr. Chua Soi Lek semalam bahawa mereka yang mempunyai pendapatan tetap tidak layak memohon bantuan daripada TBP adalah amat mendukacitakan. Saya mendesak agar editor laman ini terus mendesak supaya kita tidak mahu permohonan mereka di tolak atas sebab - sebab lain khususnya perkauman. Kepimpinan melayu di gesa akan perkara ini disiasat sebelum ia mengundang lebih banyak spekulasi yang akan memburukkan keadaan. Sekian

 

Kiriman SMS


umno-reform, terima kasih kerana mendedahkan isu air yang selama ini seakan di sorok untuk kepentingan orang  tertentu sahaja. Anyway apakah mereka mempunyai hubungan dengan MB Selangor Maju 2005? Khuatir kalau kepimpinan Hadhari Selangor juga adalah mereka yang mesra kontraktor.

Terukan usaha kelian dalam memperjuangkan isu rakyat.
 


Layari www.prowaris.org Isu hebat mengenai MRR2 - Bagaimana Menteri mendahulukan kontraktor dari keselamatan awam

 

Mungkin padanya Rafidah cemerlang, Kadir gemilang dan Samy terbilang.
Abang Mahmor

Samy hanya akan berhenti dari jadi Menteri Kerja Raya setelah dia dapat mengenalpasi ada orang yang betul-betul macam dia baru dia akan lepaskan MIC dan jawatan menteri.

 Sampai dirinya kiamat, tidak akan ada pengganti kerana dia sudah menguasai pemimpin atasan dan sudah berjaya mempengaruhi menteri-menteri bukan Melayu (Cina) untuk menyuarakan undang-undang syariah melalui memorandum baru-baru ini. Itu pun Pak Lah tak sedar lagi yang Samy Vellu sudah naik tocang.  Klik Sini
 

Seluruh UMNO-REFORM mengucapkan tahniah dan syabas kepada PROWARIS kerana berjaya menggegarkan dan menyedarkan rakyat mengenai Samy Vellu. Tindakan Samy yang jelas mersa kontraktor dan membelakangi kepentingan dan keselamatan rakyat memalukan Barisan Nasional

 

Kiriman SMS


Hairan kenapa kerajaan lebih mementingkan peniaga dari rakyat. Apakah semua ini hanya menunjukkan betapa rakyat Malaysia dibohongi oleh pemimpin. 

Kiriman SMS


Akhirnya MRR2 kena tutup untuk pembaikan. Buang saja Menteri yang menipu rakyat khususnya pengguna MRR2 yang berdepan dengan risiko mala petaka. Bila pula riwayat Samy sebagai Menteri mahu di tamatkan? Rombak Pak Lah rombak !

 


Menarik dalam komen Senyum Kambing - Utusan Malaysia

Apakah ada kebenaran bahawa orang yang tidak miskin pun tidak mampu lantas memperolehi Tabung Bantuan Penyakit Kronik?

ISu yang sedang hangat diperkatakan ini perlu ketelusan dari Kementerian Kesihatan sebelum ianya mengundang perlbagai konklusi yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Email dari pelayar www.umno-reform.com mendesak satu ketelusan bagi mengetahui apakah sebab utama Tabung itu amat sukar dipohon.

 

 

Topik diskusi kita

Apakah terbuka pintu murtad di Malaysia?

klik untuk memberi pendapat

Suruhanjaya Antara Agama, adalah sebagai ganti bagi pembatalan pindaan Artikel 121(1 A)

klik untuk memberi pendapat

Mereka cabar keluhuran perlembagaan

Perbincangan isu ini klik sini


 

  Blog Anuar Mohd Nor


  


Kajang OCPD Asst Comm Mohd Noor Hakim, however, defended his men's action, saying that under Section 9a of the Lock Up Rules, the police can shave a detainee’s head bald. “So, we are just exercising whatever the law requires us to do.”

Inilah jawapan paling lurus bendul pernah kita dengar - menjalankan apa sahaja peruntukkan yang membolehkan polis mencukur botak kepada pemain - pemain mahjong. Polis harus berfikir - mengenai keperluan dari hanya bertindak tanpa menggunakan akal. Keperluan ini harus di bezakan antara jenayah berat dan jenayah ringan. Alasan mencukur botak supaya mudah dikenali adalah tidak berasas terhadap tahanan warga emas Cina yang bermain mahjong. Nasib baik mereka tidak mencukur botak tahanan wanita Melayu setelah di suruh ketuk ketampi
 

  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  

Di awal tahun ini, dua personaliti menjadi sasaran Berita dalam Media Elektronik termasuk media Siber dan Akhbar Arus Perdana. DS Mohd. Khir Toyo diserang secara berterusan oleh Berita TV3 dengan penyiaran yang memaparkan berita bergambar mengenai aduan-aduan rakyat dalam permasalahan sosial dan dengan penumpuan terhadap hal - hal yang berkaitan dengan alam sekitar.

Personaliti kedua DS S Samy Vellu, bermula dalam isu menghantar Memo bersama sembilan rakan kabinet lain kepada Perdana Menteri berhubung isu kebebasan agama dan pindaan perkara 121(1a) sehingga membawa kepada kedudukan beliau sebagai Menteri yang tidak bertanggung jawab terhadap keretakan - keretakan jejambat MRR2 dan  yang terbaharu sekarang adalah jejambat Prolintas.

Salah satu punca kelemahan kepemimpinan mereka ialah kerana mereka tidak disokong oleh pembantu atau penasihat-penasihat politiknya. Inilah yang terjadi kepada kepada kedua - dua orang pemimpin tersebut. DS Mohd Khir Toyo sepatutnya telah membuat kenyataan bercorak politik dan mengambil langkah permulaan dengan mengucapkan terima kasih kepada TV 3 atas berita-berita yang menyentuh masalah di wilayah pemerintahanya. Tindakan jawapan bercorak politik ini perlu kerana pandangan kumpulan K3P (penuntun-pendengar-pembaca) yang ada sekarang seperti mempunyai agenda tersembunyi di belakang penyiaran beberapa kisah di Selangor.

Ini terjadi kerana dikatakan DS Mohd. Khir Toyo hanya ada beberapa ekor anjing yang menyalak-nyalak berlagak sebagai penjaga tuan, tapi sebenarnya beliau tidak ada seekor pun anjing yang berpusing-pusing mengeliling beliau tanpa menyalak tetapi akan bertindak jika ada orang cuba menerkam tuannya.


DS S Samy Velllu seorang Menteri yang kurang membaca sejarah bila dia mempertahankan perbuatan menghantar memorandum tersebut dengan caranya tersendiri, ini hanya akan mengundang masalah terhadap dirinya sendiri. Seperti mana pernah dikatakan kalau dia baca sejarah, khas sejarah selepas Kemerdekaan Malaysia, beliau akan terjumpa kisah 15 tahun dahulu apabila UMNO pernah menghantar Memo kepada Raja-Raja Melayu yang menyentuh soal kuasa-kuasa atau ringkasnya kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mendesak untuk meminda Perlembagaan.

Tidak ada seorang pun Menteri-Menteri UMNO yang hendak berpihak kepada Raja-Raja Melayu. Oleh itu sewajarnya DS Samy Vellu menjawab dengan tegas bahawa apa bezanya memo dari kumpulan sembilan Menteri kabinet kepada Perdana Menteri dengan memo UMN0 kepada Raja-Raja Melayu. Kalau Raja pun boleh di hantar memo oleh UMNO, ada pula salahnya memo yang dihantar oleh DS S Samy Vellu kepada Perdana Menteri.
 

Seperti yang kita ketahui,  Institusi kerajaan Melayu beraja itu lebih memberi jaminan kepada kedudukan dan kuasa orang - orang Melayu, jika hendak dibandingkan dengan Institusi Demokrasi Berparlimen. Kesimpulanya pemimpin Melayu terutama di dalam UMNO, samalah dengan pengikut Shah Iran dulu, mengangkat Shah Iran sebegitu hebat hingga Shah Iran terlupa masalah rakyat dan akhirnya Mahkota Merak di simpan dalan Muzium.


Begitu juga orang Melayu, khasnya UMNO. Kalau mereka berterusan dengan sikapnya bagai anjing menyalak menjaga Tuan dengan tidak mengambil kira bahawa negaranya sekarang sedang diserang oleh "rasuah subversif" ia itu terdapat golongan tertentu yang merompak kekayaan negara yang dilakukan dengan secara terbuka untuk dialihkan kepada syarikat asing. (seperti dengan banyaknya kepentingan Khazanah Holding di jual kepada Singapra) itulah perbuatan yang sebetulnya perbuatan "subversif" dalam erti sebenarnya jika dibandingkan dengan isu masalah Selangor yang disiarkan oleh TV3 atau isu DS Samy Vellu.


Sang Kelembai: Adakah pemimpin UMNO sekarang, mempunyai komitmen yang tinggi kepada orang - orang Melayu? Mereka tidak semestinya berfikir elitis, meskikah kita boleh menjaring matahari kerana sekarang pemimpin UMNO sudah tidak satu nafas, satu aspirasi dan satu perasaan dengan rakyat yang  dipimpin.
 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

Isu Khas

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

  Januari 2006 - one1 2006 - two2 2006 three3 | 2006 four | Febuari 2006 - Feb1

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com