Satu
perkara yang orang tidak ambil perhatian atau terlepas pandang ialah
cara Perdana Menteri mengumumkan kabinet "valentine" beliau. Perdana
Menteri tidak menyebut langsung bahawa beliau sudah mengadap SPB Yang
DiPertuan Agong dan telah diperkenan oleh baginda atas berapa
perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri.
Bagaimana pun kita tidak boleh menyalahkan Perdana Menteri kerana
sepatutnya pembantu-pembantu beliau menasihati beliau supaya didahulukan
sebutan bahawa beliau sudah mengadap SPB Yang DiPertuan Agong dan sudah
di perkenankan ke atas perlantikan tersebut.
Itu sebab Majlis Angkat Sumpah, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri
tidak diumumkan tarikhnya serentak dengan pengumuman tersebut seperti
mana dilakukan sebelum ini. Turut menjadi amalan sebelum ini ialah
sekiranya seseorang itu belum menjadi ahli mana-mana Dewan Dalam
Parlimen, individu tersebut akan dikatakan bakal dilantik menjadi
Menteri sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Senator.
Sekarang kecuh khasnya ahli UMNO di Selangor akan perihal tidak ada
seorang pun Menteri Kabinet "Valentine" datang dari Selangor kecuali DS
Aziz Shamsudin, Ahli Parlimen Shah Alam yang tidak boleh hadir dalam
mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor kerana beliau adalah ahli dan
Ketua UMNO Bahagian di Perak.
Untuk tempoh dua tahun ini dan sehingga pilihan raya yang akan datang,
maklumat-maklumat kerajaan Persekutuan tidak dapat diperolehi oleh Badan
Perhubungan kecuali perkara-perkara dibincangkan di Majlis Tertinggi
UMNO.
Sekiranya pengamalan dasar sekarang ini ialah parti menguasai kerajaan,
ia bukan menjadi satu masalah tetapi semua orang sudah mengetahui,
bahawa UMNO hari ini dikuasai oleh Kerajaan dan kerajaan itu dipangku
oleh seseorang yang dibantu oleh anak menantu, yang kini menjadi jutawan
ECM Libra secara "instant".
Jutawan "mee segera" ini suduh memperbagaikan minatnya dari pemain polo
yang tak mampu disertai oleh semua orang , kerana belanja makan kuda
sahaja dalam sebulan boleh menampung makan sebuah keluarga miskin di
Hulu Tembeling selama setahun, kepada bola sepak yang dipermainkan oleh
budak kampong, sebagai mahu menunjukan sikap "pemuda masuk kampung".
Berbalik kepada isu angkat sumpah tadi, jika nama-nama itu
dipersembahkan kepada SPB Yang diPertuan Agong, adalah menjadi kebiasaan
untuk tidak menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri maka akan
dicadangkan nama-nama Menteri yang datang dari negeri SPB Yang Di
Pertuan Agong, oleh kerana sekarang ini Perlis menjadi SPB Yang
DiPertuan Agong, maka bertuahlah Perlis mendapat dua orang Menteri
walaupun kedua-keduanya tidak menjadi Ketua UMNO Bahagian di Parlimen
Perlis.
Itu sebab di masa-masa lalu jumlah Menteri atau Timbalan Menteri dari
sesebuah negeri akan bertambah jumlahnya berdasarkan siapakah raja yang
menjadi Yang DiPertuan Agong.
Oleh itu jika Selangor nak kan banyak orangnya menjadi Menteri,
tunggulah giliran Selangor menjadi SPB Yang DiPertuan Agong.
Kabinet baru sudah diberi tahu hala tujunya. Kabinet sebelum ini yang
belum mencapai usia 24 bulan telah di rombak untuk menyegerakan
manifesto cemerlang, gemilang dan terbilang. Sungguhpun begitu kabinet
baru ini tidak akan menyaksikan apa - apa perubahan sekiranya semua
Menteri kabinet khasnya dari UMNO masih di jangkiti dengan penyakit.....diperingkat
Perdana Menteri penyakit "I Know" dan diperingkat Menteri penyakit " I
Dont Know.
Menteri-Menteri yang dikenali sebagai Menteri-Menteri Nato (No Action
Talk Only) dua sudah direhatkan. Tetapi masih terdapat Menteri-Menteri
lain dikekalkan seperti DS Rais Yatim, DS Azmi Khalid, Dtk. Mustapha
Mohamed, Dtk Shafie Afdal termasuk beberapa Timbalan Menteri yang
ponteng selalu seperti Dtk. Abd Rahman Bakar,yang jarang berada
dipejabat dan DS Mohd. Shariff Omar yang kita tak tahu apa tugas di
Kementerian Pertanian Dan Asas Tani.
Kesimpulannya, hari ini ahli-ahli yang ada jawatan,jangan tergila-gila
nak jadi ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak ada jaminan mereka
boleh naik pangkat atau di beri pangkat, salah hemat terbuang pangkat.
Bagi ahli UMNO-UMNO di akar bawah mereka tidak akan terasa kesan, siapa
yang di lantik dan siapa di buang kerana memang mereka tahu sebilangan
Majlis Tertinggi itu menghadapi sindrom "Yes Sir" walau pun dia pilih
oleh hampir 2500 perwakilan UMNO.
Ahli-ahli UMNO sekarang sudah sedar, bahawa mereka adalah lembu, kalau
tarafnya baik menjadi kuda lumba, matanya di tutup kecuali boleh
memandang ke garis penamat, yang jadi "jockey" dapatlah sikit tapi yang
untung besar ialah towkay kuda. Nasib kuda kalau sudah tidak boleh
berlumba lagi atau sudah cedera, towkay kuda arahkan tembak sahaja atau
jadi kuda tontonan dekat zoo.
Sang Kelambai: Barang siapa pernah dilantik jaga Kewangan, tidak
seorang pun yang selamat masa depannya dalam politik. Cuba fikir kenapa?
Kewangan ialah Baitul Mal. Tun Hussein Onn, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun
Daim Zainuddin, Tun Dr Mahathir dan berapa banyak Timbalan Menteri
Kewangan yang hanyut begitu......kaji sendirilah.