ThinkExist.com Quotes

 

 
 



 

MRR2 Kepong akan di tutup - Rakyat di gesa PECAT SAMY VELLU
Mohd Din

Bernama melaporkan bahawa atas arahan Perdana Menteri Malaysia - jambatan MRR2 Kepong akan di tutup mulai 10.30 am esok. Namun rakyat seharusnya tetap dengan pendirian untuk menggesa Samy Vellu untuk meletak jawatan. Ini adalah kerana perbuatan biadapnya meletakkan rakyat dalam risiko apabila menyembunyikan laporan BAHAWA jejambat itu tidak selamat untuk digunakan.

Saya amat bersetuju dengan gelaran yang di beri oleh laman ini - Samy Vellu Menteri Mesra Kontraktor kerana beliau seolah - olah lebih cenderung menyebelahi kontraktor dari rakyat. Saya syorkan kepada rakyat Malaysia sekiranya Pak Lah tidak menggugurkan beliau - sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan maka rakyat harus memulakan kempen memecat beliau. Bukankah suara rakyat itu adalah suara mutlak. Saya gesa - Rakyat pecat Samy Vellu dan jangan lagi mengikhtiraf Samy Vellu sebagai Menteri Kerja Raya. 
 

 


Bukan Islam boikot barangan Isreal
Rozmal bin Malakan

http://www.islamonline.net/English/News/2006-01/05/article05.shtml
 

Laporan Islam On Line 5 Januari 2006. Menteri Norway Boikot Barangan Israel. Menteri Kewangan Norway Kristin Halvorsen menyatakan . Sejak sekian lama saya tidak membeli barangan Israel dan saya menyokong kempen parti saya yang memboikot barangan dan perkhidmatan daripada Israel. Tujuan menteri tersebut memboikot barangan Israel ialah sebagai sokongan ke atas kebebasan hak rakyat Palestin, dan menentang polisi Israel yang melanggar hak asasi manusia.

Nah, seorang menteri bukan Islam dari negara barat memboikot barangan Israel. Bagaimana kita rakyat Malaysia atas perjuangan hak asasi manusia dan lebih-lebih lagi umat Islam di Malaysia ini atas nama saudara dalam Islam ?

Mungkin tindakan kita tidak membeli barangan Israel yang harganya RM 1 - RM 1000 atau lebih tidak akan melemahkan negara Israel. Tapi ingat kepada kisah seekor burung kecil ketika Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Maka apa jawapan kita pada Allah kelak apabila ditanya . Apa yang kita telah buat untuk saudara kita di Palestin ?  sterusnya klik sini
 


Petikan dari Mail Mail

Syed Shahir Syed Mohamud dalam komen beliau  mengenai hasrat Syabas untuk mengambil tindakan undang - undang berkata : MTUC sedia untuk mendengar penjelasan SYABAS mengenai isu air tersebut, tetapi kalau mereka mahu membawa perkara ini ke mahkamah, silakan. Kita boleh selesaikan di sana. Lagipun kalau kita tidak bertindak siapa lagi akan melakukannya.
 

 

Emel di terima

 

Kiriman SMS

Apakah Majlis Agama Islam terus dayus bila berdepan dengan Sisters In Islam. Sehingga hari ini saya belum mendengar mereka mengutuk Amina Wadud ( pengasas mereka) dalam isu mengimamkan sembahyang. Saya setuju di bubarkan Sister In Islam dan mendesak jangan sekali - kali mencari sebab untuk orang - orang Islam di MALAYSIA
bangkit menentang.

 

 

Penswataan Air - ( Memorandum) Bantahan Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Perikatan menentang Penswastaan Air (CAWP)
Anuar Mohd Nor
012-6544762 email editor1@umno-reform.com

Usaha untuk mencari memorandum tersebut - Memorandum Penswastaan Air yang di hantar oleh MTUC dan Perikatan Menentang Penswastaan Air kepada Pak Lah dalam web site MTUC pada capaian www.mtuc.org.my hampa kerana artikel terakhir yang ada di sana adalah pada Ogos 2005. Usaha untuk menyedarkan rakyat mengenai penswastaan air mungkin tidak penting bagi mereka, yang penting adalah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun begitu kami dapat juga memperolehi salinan memorandum tersebut. Walau bagaimana  pun usaha untuk menaip semula agak sukar kerana waktu yang ada amat terhad sekali, lalu kami mengambil jalan untuk mengimbas salinan memorandum untuk tatapan pelayar www.umno-reform.com. Sungguhpun begitu rakyat harus tahu satu perkara yang bagi kami penting - rakyat sedang membayar gaji manusia ini - yang bagi kami hanya memntingkan pendapatan - keuntungan tetapi TIDAK mahu memikul tanggungjawab sosial  khususnya dalam menjual perkhidmatan air. Mengikut MTUC dan CAWP :

Rakyat Malaysia perlu sedar - khususnya pengguna Air Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Bayangkan gaji mereka semua merupakan kos yang kita perlu bayar dalam kita menggunakan air. Apakah ini adil dalam kita berdepan dengan kenaikan semua barangan lain. Kita tidak pernah memikirkan bagaimana mahu mengurangkan kos untuk rakyat agar rakyat makmur dan sejahtera. Malangnya mengikut MTUC dan CAWP - kita mungkin berdepan dengan peningkatan tarif air kerana membantu orang - orang seperti Tan Sri Rozali Ismail yang meminta sedekah dengan menjual air.

Bayangkan pula untuk mereka mula berkerja - rakyat perlu membayar perkara - perkara berikut :

 

Kalau inilah peruntukkan yang diperolehi oleh SYABAS untuk memulakan perniagaan menjual dan merawat air - siapa yang tidak mampu berniaga dengan mungkin sedikit bantuan dari PUNB dari segi pengurusan kewangan dan keuntungan.

Baca memorandum seterusnya - SYABAS mungkin memanipulasi fakta untuk menaikkan tarif air 1 2 3 4 5 6 7 8

 

 


Menteri Kesihatan perlu jawab
amin tandop

Hari ini terbaca lagi di dalam akhbar seorang lagi pesakit penyakit kronik tidak mendapat pembelaan dari Tabung Penyakit Kronik
yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat. Saudari Khadijah Hanim yang menderita paru-paru gagal berfungsi sempurna ditolak permohonannya dengan alasan kos rawatan adalah berlanjutan dan mahal.

Sampai bila kita akan mendengar dan membaca kes-kes seperti ini. Sampai bila kita yang berbangga dengan label Negara Islam dan Islam Hadhari, mempunyai prasarana dan kemodenanan dunia pertama tetapi masih mempunyai Menteri pemikiran dunia ketiga.



Saya ingin mengajak para pengikut laman web ini serta orang ramai untuk mendesak supaya Menteri Kesihatan menjelaskan secara bertulis apakah  syarat-syarat dan prosedur untuk memohon bantuan Tabung Penyakit Kronik.

Perlu juga dipamerkan kepada orang ramai senarai permohonan-permohonan yang telah berjaya dan apakah sebabnya permohonan tersebut berjaya. Permohonan-permohonan yang gagal juga mesti dipamerkan dan diberi sebab kenapa ianya gagal.

Saya juga ingin mencadangkan kepada Menteri dan YAB Perdana Menteri supaya wakil-wakil NGO serta badan politik dilantik sebagai ahli Mesyuarat Pengurusan Tabung Penyakit Kronik agar hak-hak rakyat yang menderita penyakit kronik boleh diperjuangkan dengan lebih efektif dan bukannya hanya mendengar alasan demi alasan Menteri Kesihatan.
 

 



 

Sisters In Islam keliru!

Sautun Nahdhah - www.mykhilafah.com menjelaskan - Sisters In Islam keliru atau sengaja menimbulkan polemik dan mahu menyemarakan penentangan dengan niat yang tidak sihat. Artikel panjang ini juga di kuatkan dengan penerangan Presiden Persatuan Pengamal Undang -Undang Syarie' mengenai tindakan SIS yang melakukan tafsiran salah mengenai Rang Undang -Undang Keluarga Islam. Penting untuk di baca klik sini

 

 

Email di terima


Pesta Kemiskinan Kuala Muda - tertarik dengan tulisan Zukri Velenteno klik sini

Pekida bukan kumpulan Mafia tetapi telah di mafiakan oleh ahlinya klik sini

 

     

Ini adalah antara gambar penghinaan terhadap junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW oleh surat kabar Denmark  Jyllands-Posten sekitar September 2005. Mereka melaporkan tidak akan memohon maaf.

O..I..C kata kita

Gambar ini disiarkan bagi menunjukkan betapa kurang ajar mereka kepada umat Islam dan dalam masa yang sama meminta kita menghormati mereka atas prinsip kebebasan beragama, demokrasi dan kebebasan mengeluarkan pendapat.
OIC bangun segera!


 

Surat Terbuka kepada Dr Mahathir

Surat terbuka yang telah dikirimkan oleh sabu_jr2@yahoo.com telah mendapat banyak respond.

Berikut adalah antara respond utama yang kami terima dalam membahas mengenai surat terbuka tersebut. Koleksi beberapa email ini di muatkan bagi menunjukkan reaksi berbeza mengani surat terbuka tersebut. Namun satu email yang menjadi tarikan telah dijadikan artikel dalam tajuk "Transisi Kronis"

 

Pak Lah - cara berbeza ARAH sama
Anuar Mohd Nor
012-6544762 emel : editor1@umno-reform.com

Bagi saya surat terbuka kepada Tun Dr Mahathir tidak mempunyai asas kukuh untuk membezakan pemerintahan Pak Lah dengan Tun Dr Mahathir. Sungguhpun saya bersetuju dengan iklim pemerintahan Pak Lah yang  tidak se gemilang, se cemerlang seperti yang di harapkan tetapi ini semua wujud kerana terdapatnya bagi saya  transisi pindahan kroni dari zaman Mahathir kepada zaman Pak Lah.

Transisi yang dilakukan secara mendadak menyebabkan banyak pihak yang perasan ianya berlaku. Tidak ada banyak perbezaan antara zaman Pak Lah dan Mahathir dari segi dasar pemerintahan - khususnya dalam usaha untuk terus kekal berkuasa melalui sistem ala demokrasi UMNO.

Transisi ini banyak memperlihatkan perubahan pegangan perekonomian kerana tidak salah untuk kita menganggap - pegangan kuasa politik di Malaysia adalah melalui pembelian dan bukan perjuangan dan idealisme.   Klik Sini

  PAS desak bubarkan Sister in Islam
S.Faridh

Sudah sampai masa Jabatan Agama dan cerdik pandai Islam hari ini bersatu menuntut agar Sister in Islam disiasat dan dibubarkan atas tindakan - tindakan mereka yang melampaui batasan agama.  Klik Sini untuk membaca desakan PAS

 


Reezal - jangan guna taktik kotor dan bertindak salah guna kuasa untuk rampas GPMS

Apakah dengan mempamerkan penyata kewangan perbadi Bendahari GPMS, Sdr Azan Ismail tidak menunjukkan penggunaan kuasa Reezal sebagai Pegawai dalam kementerian kewangan untuk memperolehi salinan penyata kewangan yang sepatutnya rahsia.

Tindakan Reezal mempamerkan semua hutang - piutang dalam GPMS adalah seperti meludah ke langit kerana beliau dan angkatan barisan baru beliau rata - rata terlibat sama dalam perjalanan GPMS sewaktu itu. Inilah cara orang politik bertindak dengan kerakusan untuk menentukan beliau mendapat tempat dalam GPMS. Bagi Reezal saya percaya, adanya jawatan Presiden akan membolehkan beliau bertahan dalam keadaan beliau yang semakin terpinggir dalam Pergerkan Pemuda UMNO Malaysia. klik sini
 

 

Kiriman SMS


Hari malang bagi orang-orang Melayu?

63 tahun selepas akhbar Melayu pertama lahir ( Jawi Peranakan, 1876, muncullah Utusan Melayu (1939), akhbar Melayu pertama sepenuhnya dibiayai dan dikendalikan oleh orang - orang Melayu hari ini setelah 63 tahun hari ini berkubur. Utusan Melayu Mingguan hanya sempat hidup 1560 hari sahaja. Malang Melayu

 


Layari www.prowaris.org Isu hebat mengenai MRR2 - Bagaimana Menteri mendahulukan kontraktor dari keselamatan awam

 


Samy Vellu  - mesra kontraktor,undur saja

Keangkuhan Samy Vellu akan memburukkan imej MIC sekali gus mencacatkan reputasi Barisan Nasional. Kehadiran Samy Vellu, kononnya beliau amat berpengaruh dalam MIC sepatutnya bukan menjadi penghalang untuk Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia di bawah Pak Lah untuk menamatkan riwayat beliau sebagai Menteri. Desakan untuk beliau letak jawatan atau tindakan mendesak agar beliau digugurkan sebagai menteri semakin kuat kedengaran.

Samy Vellu yang sebelum ini mendapat gelaran "Mesra Kontraktor" oleh laman ini jelas kini tidak kesorangan dalam mendesak agar Samy Vellu di gugurkan atau letak jawatan secara terhormat. Barisan Nasional tidak seharusnya menunggu untuk Samy digulingkan dalam pemilihan MIC akan datang sebaliknya mengambil langkah drastik demi kepentingan rakyat.  Hari ini rakyat sudah pasti tahu bahawa Samy Vellu dalam isu MRR2 secara terbuka menyebelahi kontraktor dan tidak meletakkan kepentingan dan keselamatan rakyat sebagai agenda utama beliau.

 

Kiriman SMS


Editor, surat terbuka untuk Dr Mahathir bagi saya adalah mereka yang terpinggir dalam masa Pak Lah memerintah. Penulis itu kecewa kerana atas sebab individualistik.

Kiriman SMS

Bagi saya Pak Lah telah berjaya melakukan satu sikap keterbukaan dalam mengendali Malaysia.

Kalau zaman Mahathir mengkritik beliau adalah dosa besar - hari ini Pak Lah menerima kritikan baik dalam parlimen mahupun luar parlimen dan menerimanya tanpa ISA

 


Dimana kepimpinan yang mewakili rakyat
Zukri Velenteno

Perlu diingatkan bahawa mereka tidaklah dipaksa untuk menjadi wakil rakyat, sebaliknya ada antara mereka ini yang bermati-matian menonjolkan diri kepada pihak atasan agar dipilih menjadi calon dan seterusnya berjuang berhabis-habisan untuk memenangi hati rakyat dalam proses demokrasi yang diadakan. Dan, seperti biasa janji pilihanraya mereka yang pertama ialah meneruskan Tradisi Membela Rakyat. Ini adalah kerana disebabkan status Malaysia sebuah negara membangun, maka pembangunan hendaklah menjadi teras kemajuan, yang bermakna setiap rakyat biar di bandar, desa, ceruk dan kubang, parit, kampung dan tanah rancangan tidaklah boleh dilupai dan hendaklah menjadi sebahagian penting dalam proses pembangunan negara ini. Melupakan rakyat akan dilihat sebagai tindakan mungkir janji kepada mereka yang memilih wakil rakyat.

Membiarkan rakyat hidup dalam penderitaan di ambang negara menyambut usia ke-50 Kemerdekaan adalah suatu penderhakaan terhadap janji yang mereka buat kepada rakyat dan meneruskan hidup dalam penafian bahawa semuanya beres di kawasan adalah suatu penipuan terhadap mandat yang rakyat miskin termasuklah yang miskin tegar berikan kepada mereka semasa proses demokrasi. Kik Sini

 

 

Topik diskusi kita

 
Apakah terbuka pintu murtad di Malaysia?

klik untuk memberi pendapat

Suruhanjaya Antara Agama, adalah sebagai ganti bagi pembatalan pindaan Artikel 121(1 A)

klik untuk memberi pendapat

Mereka cabar keluhuran perlembagaan

Perbincangan isu ini klik sini


 



 

  Blog Anuar Mohd Nor


  


 

 

  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  

Bila King Ghaz (nama panggilan Tun Mohd Ghazali Shafie) bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri 1973-1981 dikritik kerana kelemahan Polis (PDRM) dalam beberapa isu di tahun 70an, beliau telah membuat pendekatan dengan cara menambah angggota PDRM, menubuhkan Unit Udara Polis, melengkapkan Polis dengan lojistik yang moden termasuk membekalkan kenderaan peronda polis jenis Alfa-Romeo dan yang terpentingkan menaikkan gaji Polis.

Hari Polis (PDRM) dikritik lagi, satu suruhanjaya telah buat dan telah mengemukakan beberapa cadangan. Cadangan yang dikemukakan pula tidak sama seperti cadangan yang yang pernah King Ghaz buat bagi mengatasi kritikan yang ada hari ini.

Kalau dulu isu anak Polis tidak dapat belajar sepenuhnya kerana keluarga berpindah selalu, maka diwujudkan MRSM khas untuk anak-anak Polis, maka warga Polis dapat merasakan bahawa mereka dibela oleh Menteri dan Kerajaan yang membayar gajinya.

Tapi Menteri yang jaga Polis pada hari ini . . lain pula halnya.

Dalam satu isu,terdapat kelainan dalam pendekatannya. Dalam isu Ladang Tabung Haji, Ahli-ahli Parlimen tidak bersetuju supaya syarikat perladangan Tabung Haji disenaraikan dalam bursa termasok BBC, tapi sampai ke tangan "DIA" , diputuskan untuk disenarikan.

Hari ini kelab BBC di ketuai oleh Dato Shahrir A. Samad semacam beri sokongan kepada kenyataan Persatuan Polis yang tidak bersetuju ditubuhkan Suruhanjaya Pemantau Kelakuan Polis. Sungguhpun pun Menteri berkenaan sudan memberi jaminan bahawa pandangan semua pihak termasuk Persatuan Polis akan di ambil kira, namun jawapan sudah diketahui, kalau cakap Ahli Parlimen yang dia menjadi Presidennya pun dia tak dengar, inikan pula cakap Persatuan kerana yang dia akan dengar hanya seorang orang punya pandangan.


Cakap-cakap kedai kopi termasuk di Lotus depan Nikko Hotel, memang benar Perdana Menteri pernah berkata bahawa "Khairy tidak bodoh nak campur urusan kerajaan" tapi mereka bercakap sebaliknya "Memang Khairy tidak bodoh, yang bodoh Pak Lah, kerana mendengar cakap Khairy, satu Malaya dah bercakap fasal Khairy dengan kerakusanya tapi dia masih diam"


Sekarang semua orang menumpukan perhatian kepada dua percakapan Perdana Menteri di awal tahun ini, ia itu "keadilan untuk semua," dan "semua pandangan diambil kira". Dalam Islam sendiri sudah dimaklumkan bahawa kerosakan satu bangsa adalah disebabkan oleh dua orang, ia itu ulamak dan pemimpin.


Hadis Rasulullah yang diriawayatkan oleh Abdullah bin Amr mengatakan , Allah tidak akan menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang - orang berpengetahuan (ulamak). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang - orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang - orang bodoh ini akan memberi fatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan. Apa pula halnya dengan kepimpinan Had Hari?


Dalam ciri kepemimpinan Islam dua perkara perlu diperhati oleh jemaah kepada pemimpin yang berugama Islam. Semua orang mukmin perlu memahami dua perkara yang sama, sama ada dia pemimpin atau tidak ia itu fasik dan munafik. Fasik bermaksud orang-orang yang berilmu termasuk ilmu agama tetapi tidak menjalankan tugas atau tanggung jawab sepertimana ilmu yang ada pada diri dia dan sorang yang dikira munafik ialah tidak bertindak mengikut ilmu, sebalik bertindak berdasarkan fikirannya.


Oleh itu yang menjadi senda gurau Islam Had Hari sekarang ini ialah cara pendekatan dan perlaksanaanya terutama sekali para pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri dan Menteri Besar, itu sebab UMNO boleh digelar sebagai Parti yang berjuang tampa Iman.


Sang Kelembai: Sepatutnya Suruhanjaya mencadangan agar diperbanyakkan Pondok Polis di kawasan perumahan dan kampung, ikut cara Polis Jepun yang dipanggil "tonarigumi" dan membenarkan Polis kunjung mengunjungi ke rumah dalam sektornya.


 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

Isu Khas

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

  Januari 2006 - one1 2006 - two2 2006 three3 | 2006 four | Febuari 2006 - Feb1

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com