ThinkExist.com Quotes

 

 
 


 

NST - tiada tindakan perlu di ambil, kata Pak Lah

Pak Lah tersepit dalam membuat keputusan mengenai sama ada perlu atau tidak menggantung permit akhbar NST yang menyiarkan lakaran komik yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Apakah ini tidak menunjukkan bahawa terdapat "consideration" yang berbeza dalam Pak Lah menilai untuk menghukum NST. Kenapa NST tidak dihukum? Kita perlu lihat ini bukan sebagai satu isu yang "isolated". Kita meneliti perkara ini sebagai cara Perdana menteri membuat keputusan - atas prinsip atau terdapat lain - lain perkara yang berkait rapat dengan kronis dalam mempengaruhi  keputusan beliau. Keputusan Pak Lah dalam isu ini benar - benar membuat mata kita.  


 
Keadilan dilanda masalah dalaman
adinda89

Saya rasa demo ini gagal kerana penganjuran yang secara mengejut dan  tidak tersusun... cuma yang peliknya ialah mana budak - budak Ezam yang  gila demo dan gila publisiti kerana ditangkap polis seperti SD Johari,  Cikgu Badrul (cikgu kena buang), Azwanddin (sibuk dengan MAWI), adakah Ezam sendiri meminta mereka ini turut senyap agar semua  mobilisasi gagal?

Bukan keADILan yang tiada penyokong mungkin konflik dalaman yang melanda.... atau adakah Ezam dipaksa menamakan Syamsul Iskandar sebagai peganti oleh Anwar setelah dilobi oleh Azmin. klik sini

 

 

Anwar sudah memulakan tindakan ke atas Dr Mahathir Mohamad.

Anwar Ibrahim sudah memulakan saman terhadap Dr Mahathir, yang sehingga hari ini tetap menuduh dan mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan kesalahan seks luar "tabii". Beliau dalam satu kenyataan kepada Malaysia Kini mengatakan bahawa beliau tidak boleh menerima seorang "Gay" sebagai timbalan dan seterusnya mengambil alih jawatan beliau. Klik Sini untuk membaca writ saman. Klik Sini

  

 

Malaysia gets caught up in US political row
ABC News

Malaysia has become embroiled in the political lobbying scandal in the United States. Former Prime Minister Mahathir Mohamad has admitted cash was paid to a disgraced lobbyist to set up a meeting with US President George W Bush. Last week the Los Angeles Times reported lobbyist Jack Abramoff may have helped arrange a 2002 meeting after receiving a payment of $1.5 million from the Malaysian Government. Dr Mahathir has told the Bernama news agency that an undisclosed amount of money was paid but denied it came from the government. He insisted that paying for meeting with the President was not a corrupt activity. Abramoff has pleaded guilty to fraud and corruption charges in connection with his lobbying of US politicians. The White House has denied having any direct dealings with him but the Los Angeles Times report claimed that Abramoff contacted presidential adviser Karl Rove on at least four occasions to arrange the meeting.

Akhirnya Mahathir mengaku juga - Ini bukan rasuah

   Email di terima

Makluman


Kami menerima terlampau banyak email ringkas mengenai Sister In Islam dan isu Khir Toyo - akan akan siarkan dalam keluar minggu hadapan


Satu email mengenai Hishammuddin dan Khairy di terima atas tajuk Pemuda Tidak Sensitif. Editor 1 mengambil keputusan untuk menyiarkan email tersebut dalan satu bentuk artikel - nantikan

 

 

Datuk Dr Chua Soi Lek di gesa dedah senarai pemohon dan penerima Tabung Bantuan Penyakit (kritikal)
Sehingga hari ini Menteri Kesihatan masih berdiam diri mengenai desakan bukan sahaja oleh laman ini , malah oleh Pemuda UMNO supaya senarai pemohon dan penerima di dedahkan.  Apakah sehingga spekulasi timbul, bahawa terdapat diskriminasi dan pemilihan berbentuk perkauman baru Dr Chua Soi Lek mahu menyediakan senarai tersebut. klik sini  

 

 

 

 

 

 

(demonstrasi anjuran PKR baru - baru ini)

Keadilan Rakyat mula berdemo tuntut jatuhkan Samy Vellu

Sungguhpun pun kehadiran pada demonstrasi ini hanya lebih kurang 20 orang, menurut malaysiakini.com, namun bantahan tetap dijalankan. Apakah kehadiran sedikit penyokong PKR menunjukkan hilangnya sokongan terhadap aktiviti parti.

Apakah, kehadiran Tien Chua Ketua Penerangan  , Shamsul Iskandar Mat Akin bakal pengganti Ketua Pemuda dan Ustad Badrul Amin bekas tahanan ISA tidak mendatangkan tarikan?

Mungkin dalam Keadilan hanya tinggal ahli politik yang mempunyai kepentingan lain.

 

 

 

 

 

 

 

Email di terima

Pak Lah dalam TV3 mengatakan : Khir terbeliak bila melihat tanah kosong - semuanya mahu dibangunkan dengan rumah. Apakah ini satu "signal " dari Pak Lah? Apakah Selangor sekarng di kritik hebat sejak Khir gopoh mengisytiharkan Selangor Maju 2005 

Borang maklum balas1 atau email editor1@umno-reform.com
 

 Topik diskusi


Lanjutan dari isu ini kami juga telah menerima berbagai maklum balas mengenai masalah Parti Keadilan Rakyat. Kami juga telah menerima maklum balas mengenai satu mesyuarat tergempar EXCO Angkatan Muda Keadilan Rakyat. Kami akan menyiarkan setelah ia disemak oleh editor1, www.umno-reform.com

 

  • Ezam, akan berhenti berpolitik? Klik Sini
     

  • Rombakan Kabinet , simpulnya - ikut kata Pak Lah Klik Sini

 


 

Simponi Syabas menjijikan

Editor www.umno-reform.com menjawab persoalan email minggu sudah yang bertanya - "apa benarkan ada Penaja Persatuan Pengguna Air Selangor dan Wilayah Persekutuan dan benarkah mereka menyokong penswastaan Air". Berikut adalah imbasan dokumen yang kami terima mengenai Persatuan tersebut. Kami turut menerima salinan memorandum wakil - wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) yang memberi sokongan kepada Syabas dalam penswastaan air dan sekali gus dalam peningkataan tarif air. Amat melucukan bagi kami dan kami tidak teragak - agak mengatakan bahawa ini adalah mainan SYABAS yang konon - kononnya mereka akan hadir atas sokongan rakyat Kuala Lumpur dan Selangor . Satu pembohongan dan ini menunjukkan betapa ceteknya para pemikir strategi SYABAS yang di bayar gaji oleh SYABAS dengan begitu lumayan hasil kutipan caj air. 

Bagi www.umno-reform.com jelas ini adalah satu simponi SYABAS, dan persatuan - persatuan ini sama ada di desak atau di sogok  untuk konon - kononnya menyokong SYABAS.

Apakah tidak menghairankan kita, tiba - tiba JKKK dan Persatuan Penduduk hadir memohon agar air di swastakan - dinaikkan dan lebih menggelikan hati ialah mereka bangkit melaung - laungkan Hidup Syabas , Hidup Syabas. Bagi kami niat SYABAS tidak baik!

 

Soalan ini telah dikemukakan kepada www.umno-reform.com

Isu Setinggan Kuala Lumpur dan Selangor banyak melibatkan Melayu, apakah kerana itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak tegas dan terus mendiamkan diri ? Apakah ini ada kait mengait dengan perkauman?

 

 


Jawapan kami
: Kami telah mengajukan soalan ini kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 17hb Februari 2006 dan sedang menanti jawapan.
 

 

HENTIKAN LAUNGAN 'HIDUP PAK LAH!', GANTIKAN DENGAN 'BANGUN PAK LAH!'
Oleh Abang Mahmor
 

Pergilah ke mana-mana negeri, kita akan dapat lihat begitu banyak papan  tanda sebesar rumah menghiasai jalanan memaparkan gambar Menteri Besar/Ketua Menteri bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengiklankan sama ada  Islam Hadhari mahupun kemajuan negeri mendedahkan mahu jadi negeri maju  lebih cepat dari Wawasan 2020.

Kalau tak umumkan maju pun, kita terus maju. Kita tak perlu jambatan  pun, kerajaan akan buat seperti apa yang berlaku dengan jambatan kedua  ke Singapura!

Pada hal, di Selangor yang gah mengatakan negeri maju, masih banyak  tempat yang mundur lagi. Jalan raya masih berlubang-lubang. Banjir  kilat masih berlaku, rumah setinggan masih ada, peminta sedekah semakin  ramai.
klik sini

 

Komen editor untuk artikel Bangun Pak Lah

 
Untuk menambah sedikit tulisan Abang Mahmor :

Pujanggan Cina Lao Tza telah memberi nasihat berikut kepada kepimpinan:

Seorang pemimpin itu terbaik sekiranya orang tak kenalnya,

Tak berapa baik apabila orang akur dan memuji - mujinya,

Lagi buruk apabila mereka mengejinya,

Pemimpin terbaik sekali ialah apabila kerja sudah beres,

Pengikut - pengikutnya bangga melaungkan:

Semuanya ini kitalah yang melakukan bersama!
 

 

SMS di terima

 


ShahrizatSister In Islam - bertindak mengelirukan masyarakat

Undang - undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan yang hebat di perbincangan menyaksikan Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat memberi amaran keras keapda NGO - NGO yang kononnya memperjuangkan hak - hak wanita untuk berhenti mengelirukan masyarkat dan jangan mempersoalan, memperlekekkan dan menghina maruah undang - undang syariah.

Isu ini telah menyaksikan kebangkitan pelbagai pihak yang mendesak agar teraju NGO yang bertindak memperlekehkan undang - undang syariah, Sisters In Islam di batalkan pendaftaran dan di soal siasat.

Pertubuhan ini kelihatan lebih jelas mempersoalkan ketetapan - ketetapan dalam Islam dan dikatakan lebih merbahaya dari Sarawak Tribune - yang setidak - tidaknya memohon maaf atas kesalahan mereka. Sisters In Islam sebagaimana di jelaskan oleh Shahrizat , meracun fikiran rakyat khususnya wanita dengan kesalahan mentafsir perkara - perkara dalam peruntukan undang - undang tersebut .
 


Sisters In Islam lebih menghina Al Quran dengan mempersoalkan hukum yang telah ditetapkan. Saranan agar pertubuhan ini di haramkan disokong. Islam Hadhari adalah konsep Islam yang agak liberal tetapi bukan mengubah hukum yang telah ditetapkan.

Email diterima


Apakah Jabatan Agama Islam kita tidak berani memulakan siasatan ke atas Pertubuhan Sisters In Islam? Banyak kekeliruan yang telah di buat oleh pertubuhan ini tetapi kerana pertubuhan ini dikatakan mempunyai anggota - anggota dari golongan VIP maka Majlis Agama Islam ketakutan, lebih takut dari membelakangi Islam.



Layari www.prowaris.org Isu hebat mengenai MRR2 - Bagaimana Menteri mendahulukan kontraktor dari keselamatan awam

 


Topik minggu ini


Zainah Anwar

Sisters in Islam sepatutnya di ambil tindakan - hantarkan komen anda ke editor1@umno-reform.com atau Borang maklum balas1 atau SMS 012-6544762

 

Topik diskusi kita


Apakah terbuka pintu murtad di Malaysia?

klik untuk memberi pendapat

Suruhanjaya Antara Agama, adalah sebagai ganti bagi pembatalan pindaan Artikel 121(1 A)

klik untuk memberi pendapat

Mereka cabar keluhuran perlembagaan

Perbincangan isu ini klik sini

 


 

  • Ketuanan Cina
  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

 

Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

  Blog Anuar Mohd Nor


  

 

 

 

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  

Akhirnya sepertimana janji Allah kepada umatnya bahawa dia akan memastilan Islam dengan ayatnya di larang jual dengan sebarang harga, maka ditakdirkan datanglah pertunjuk Allah akan ketentuan perkataan mulut, hati dan perbuatan benar atau salah.

Begitulah yang berlaku kepada DS Abdullah Ahmad Badawi, yang mengilhamkan konsep Islam Had Hari dan puitis Islam "Mencari Damai Abadi" tetapi hakikatnya tidak begitu. Sekarang dia berhadapan dengan satu isu yang terkena dengan batang hidung dia sendiri yang mancung itu.


Surat kabar NST yang dikuasai oleh UMNO tidak secara langsung yang kini diperkudakan oleh Kalimullah Hassan untuk empayar perniagaannya telah menyiarkan kartun yang boleh menghina Islam.

Kekuatan Kalimullah Hassan sehingga Pemuda Umno yang berkeris itu minta Biro Agamanya untuk membuat kenyataan yang sepatutnya sekurang-kurang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang bersuara.

Malang sekali si fulan ada kepentingan dengan Kalimullah yang menjadikan dia kaya. Sudah pasti suara  bukan setakat tersekat-sekat tapi sudah pasti langsung tak keluar.

Disinilah sepatutnya kita dapat menilai anak menantu Presiden UMNO yang terjerit sana dan terjerit sini mengenai masalah orang - orang Melayu. Dapat kita sebanrnya melihat pendirian beliau dalam isu kawan karibnya yang menghina Islam. Sebenarnya si fulan itu sama taraf dengan keling mabok todi. Bercakap tapi tak faham apa dia cakap.


Dalam sejarah peradapan UMNO hampir 60 tahun, inilah pertama kali UMNO mempunyai Presiden lembik dan lemah, sungguh pun dahulu ada sesaorang yang bernama Hussein Onn. Sungguhpun beliau dikatakan lembik dan lemah tetapi beliau tegas dan ketegasan ini sampai sekarang diingat oleh generasi sezamannya.

Itu sebab orang tak ambil perhatian terhadap usaha membasmi rasuahnya. Sudah tiga tahun berlalu takkan dua orang sahaja yang yang diambil tindakan, seorang exco dan  seorang Menteri yang mana kedua - dua mereka itu pula bukan merugikan harta khazanah rakyat, seorang kerana politik wang dan seorang beli dan jual saham dalam syarikat GLC.

Tapi sekarang rasuah sudah dihalalkan sebagai contoh KSN berkata " bahawa jangan lihat kekayaan pegawai kerajaan adalah kerana rasuah tapi mungkin dia mewaris harta keluarganya". Soalnya pegawai-pegawai Kerajaan itu orang ramai tahu mana datangnya termasuk asal usul keluarganya. Tidak semena - mena punyai kereta anak beranak bernilai dua tiga juta, rumah banglo dua tiga tempat, maka terjadilah pertanyaan dan persoalan dikalangan rakyat. Sekarang, KSN sudah sedia memberikan jawapan untuk pegawai kerajaan sekiranya ditanya macam mana mereka boleh kaya. Jawapannya mudah ia itu mewarisi harta keluaraga dan siapa nak persoalakan lagi. Maka sesuailah Malaysia dengan Perdana Menteri dan KSN yang dipanggil "dua serupa".


Membasmi rasuah bukan macam perang. Perang ada General, ada logistik dan ada strategi dan yang penting ada musuh yang nampak. Musuh itu pula macam mana ? Nak menghancurkan kita dengan menyerang kita atau dia nak jadikan kita jajahan takluknya. General suruh perang rasuah tapi musuhnya berselindung di Perdana Putra dan bila nak tembak dia menyorok di belakang general. Macam mana nak buat. Kalau seorang yang patriotik dan tahap nasionalism dia tinggi, dia akan tembak kedua-kedua sekali, kerana general dan perasuah boleh dicari tapi apa yang dilakukan oleh perasuah akan menghancurkan generasi dan bangsa.


Itu sebab dari pasang signboard "Masyarkat Bermaruah" lebih baik kita pasang "Masyarakat Tanpa Rasuah", soalnya berani tak Pak Lah arahkan Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga memasangnya iklan tersebut  dengan tambahan perkataan seperti ini, "bermula dengan saya, anak menantu dan keluarga", jawabnya sudah tentu tidak, kerana isu NST berpunca dari rasuah saham yang diberikan oleh Kalimullah Hassan kepada anak menantunya yang bernama Khairy Jamaluddin dan dibenarkan Abdullah Ahmad Badawi dengan meluluskan Avenue Capital dikuasai oleh ECM Libra .
 
Pengajaran isu rasuah ini samalah dengan cerita anjing dengan bayang - bayang, kerana rasuah dianggap kurang sekarang adalah kerana tak ada projek pembangunan apa-apa, bukan kerana pembenterasan rasuah yang diamalkan oleh kerajaan Islam Had Hari.

Sudah nasib orang Melayu punya pemimpin yang bertaraf si pekak dengan si tuli. Sudah dikatakan berapa kali Kalimullah itu agen Singapore tetapi kerana pemimpin sudah dirasuah, mereka diam sahaja kekenyangan. Untuk tidak double standard, KDN sudah pasti akan mengantung penerbitan NST, maka puas hatilah Kalimullah dan Brendan Pereira kerana NST tertutup.


Sang Kelembai: Macam mana orang di Menara 38, Bangunan UMNO tak nampak, surat khabar milik UMNO tapi bagi orang lain uruskan. Pelik tetapi Benar. sebabnya orang-orang UMNO sudah hilang "Falsafah Perjuangan UMNO"

 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

Isu Khas

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

  Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com