www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari



UMNO Sg Siput umpama api dalam sekam. Membakar di dalam diam.
Siput Sedut
05-02-2004


Selama ini tiada siapa membicarakan suasana UMNO di Sg Siput. Tapak  peninggalan ADUN Lintang yang lalu Allahyarham Datuk Haji Mohd Fadil  Harun bagi Ketua Bahagian Sg Siput dan DUN itu sendiri memberi kesan  yang besar terhadap perebutan kuasa untuk menerajui UMNO Sg Siput.  Beberapa nama yang dah lama menunggu saat-saat ini mula menunjukkan  kebolehan masing-masing untuk meraih kepercayaan ahli UMNO Sg Siput.

Di antara nama-nama yang agak hangat dan diketahui oleh UMNO Sg Siput  ialah Datuk Jazlan,Mat Fakeh Adam, Dr Shamsul Anuar, Nuri, Zulkifli  Harun (Adik ADUN Lintang yang lalu). Datuk Jazlan adalah timbalan UMNO Sg Siput dan telah dilantik sebagai  Ketua Penaja UMNO Bahagian Sg Siput. Sebagai ketua penaja tentulah  harapan yang besar untuk tapak DUN Lintang bagi pilihanraya yang akan  datang. Namun demikian, Mat Fakeh Adam yang telah dilantik sebagai Naib Ketua UMNO walau pun sebelum ini ibarat orang luar setelah kalah dalam  pemilihan Ketua UMNO Bahagian yang lalu menentang Datuk Fadil Harun di  sebut-sebut orang yang akan mengambil tapak ADUN Lintang untuk  pilihanraya akan datang. Sejak kebelakangan ini beliau cuba mencengkam  pengaruhnya dengan menyatakan bahawa dialah bakal ADUN Lintang yang akan datang atas kesetiaannya pada PM sekarang. Memanglah benar sejak dulu  lagi, Mat Fakeh Adam sentiasa berada di belakang PM sekarang ini untuk  UMNO Bhg Sg Siput. Mat Fakeh Adam juga menguatkan pengaruhnya dikalangan Orang Asli yang mempunyai banyak cawangan dan selalu menjadi penentu  kepada kemenangan dalam pemilihan peringkat UMNO Bhg Sg Siput. 

Keadaan  ini merisaukan beberapa orang Ketua Kampung yang merupakan menyokong  kuat Datuk Fadil sejak dahulu lagi. Jika Mat Fakeh Adam dilantik sebagai wakil BN dalam pilihanraya DUN Lintang dan dijangka menang memandang  pengaruh PAS, Keadilan dan DAP tidak begitu kuat di kawasan ini,  kedudukan beberapa Ketua Kampung pasti tergugat dan diganti dengan orang kuat Mat Fakeh Adam.

Dalam pada itu Dr. Shamsul Anuar juga tetap memasang impiannya untuk  memegang tapak ADUN Lintang bagi pilihanraya akan datang. Walaupun  demikian, sebagai orang baru dalam politik, sepak terajang politik yang  berlaku menyebabkan kedudukannya dalam AJK UMNO Bhg Sg Siput sendiri  tergugat. Kekalahannya kepada Zamri Abdullah merupakan titik tolak  kepada kedudukannya dalam UMNO Sg Siput. Jika dipandang dari segi  kelulusan, memanglah DR. Shamsul Anuar amat layak untuk menerajui DUN  Lintang apalagi dengan kedudukannya dalam MT Pemuda UMNO Malaysia  sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa. 

Jika ditinjau dan di buat  perbandingan, dijangka PAS akan meletakkan calon yang kuat dari segi  kelulusan akedemiknya maka Dr. Shamsul Anuar dilihat sebagai calon yang  baik. Dalam zaman serba mencabar dan memerlukan tahap keintelektualan  yang tinggi, sudah sampai masanya UMNO meletakkan calon yang berwibawa  bukan sahaja dari segi reputasi diri malahan akedemik juga perlu mantap  untuk menghadapi ketokohan calon yang diletakkan oleh pembangkang. Dr.  Shamsul Anuar juga mempunyai pengaruh dikalangan pemuda UMNO Sg Siput.

Bagi calon-calon lain, harapan mereka agak tipis malah akan memberi  kesan kepada sokongan ahli UMNO sendiri jika pilihanraya diadakan.  Perebutan dalam Bhg Sg Siput boleh memberi kesan kepada keputusan  pilihanraya akan datang. Walaupun untuk pembangkang menang dalam DUN  Lintang kelihatan agak mustahil, tetapi majoriti pasti terus mengecil  berbanding pilihanraya yang lepas-lepas. Perebutan kuasa dalam UMNO,  umpama api dalam sekam. Api yang membakar di dalam diam.


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.