www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Rayuan Lokman , di mana mereka bertiga ( Sanusi, Azwan dan Anuar) dan kenapa mereka menghentam semula saudara?
Reformis biasa
28-02-2004


Saya mengikut dengan penuh teliti kenyataan penuh Lokman Noor Adam dalam laman ini. Dalam penelitian saya terdapat 3 nama yang di sebut oleh Lokman Noor Adam sebagai mereka yang mampu menolong beliau membongkar kepincangan dan penyelewengan dana oleh Ezam Mohd Noor, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.

Saya petik rayuan beliau,

 
Di sini juga saya ingin merayu kepada 3 orang penggerak utama gerakan reformasi iaitu, Dato Sanusi Abdullah, Bekas Exco Pemuda KeADILan Malaysia yang telah banyak menghulurkan sumbangan dan mencari penyumbang untuk KeADILan dan Gerakan Reformasi sejak KeADILan mula ditubuhkan. Sdr Azwan Din Hamzah, Exco Angkatan Muda KeADILan yang merupakan nadi Gerakan Reformasi sejak peristiwa 2 September 1999 dan Sdr Anuar Md Nor, insan yang telah banyak berjasa dalam Gerakan Reformasi melalui laman-laman web Pro-Reformasi yang berada di bawah kawalannya. Saya menyeru dan merayu kepada mereka bertiga untuk bangkit mendedahkan bukti-bukti penyelewengan dana parti yang mereka ketahui.

Namun dalam laman ini juga tersiar - kenyataan media Sdr Azwanddin Hamzah ( saya kenal beliau) membantah dan terus menolak kenyataan Lokman Noor Adam.

Apa sebenarnya berlaku. Apakah benar dakwaan Lokman bahawa mereka, Datuk Sanusi Abdullah, Azwanddin Hamzah dan Anuar Md Nor telah di beli oleh Sdr Azmin Ali benar?


Setakat ini, Lokman terus berdiam. Kenapakah begitu. Apakah sdr sedar sekarang bahawa sdr keseorangan dan tidak berteman. Apakah sdr tidak sedar bahawa mereka yang sdr namakan tidak akan berganjak dari perjuangan reformasi?


Apa pun saya cadangkan kepada sdr Lokman Noor Adam - masuk UMNO senang cerita - pergi lawan Parti Keadilan Nasional yang pernah sdr pertahanankan kerana sesungguhnya sdr akan tewas atas dasar kebenaran.

Tolak ketepi perjuangan sempit yang ada pada diri sdr, kenapa setelah sekian lama berjuangan kini sdr melatah - apa tidak cukupkan gaji yang di beri kepada sdr, apa sdr ingat yang lain dapat gaji kah?

Dahla tu Lokman. 

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.