www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Abdullah
Mahukan Noh,Khir Toyo Meraung Sakan
orang dalam
24-02-2004
Dato Seri
Dr.Mohd.Khir Toyo merasa begitu lega apabila kira-kira
sebulan sudah Dato Dr.Shafie Salleh Timbalan Menteri
Kewangan secara terbuka menyatakan bahawa buat masa ini
beliau masih belum berminat untuk menduduki kerusi Menteri
Besar Selangor.
Nama
Dr.Shafie dikembarkan dengan Dato Noh Omar yang
disebut-sebut sebagai bakal pengganti Khir Toyo sekiranya
Umno BN berjaya mengekalkan kuasa pemerintahan di Selangor
selepas p/raya umum akan datang.
Memorandum
Rakyat Sungai Panjang.
Ketika
semua pihak didalam Umno Selangor mendesak agar pucuk
pimpinan memindahkan Khir Toyo untuk bertanding ke Parlimen
,secara senyap-senyap satu `Memorandum Rakyat Sungai Panjang
`telah dihantar kepada Pak Lah mendesak supaya Dr Khir
dikekalkan untuk tempuh sepenggal lagi sebagai MB Selangor.
Kebanyakan
ahli dan pimpinan bawahan Umno di Parlimen Sungai Besar (
parlimen baru) yang diketuai oleh MB Muda itu sendiri
difahamkan lebih bersedia untuk menyokong Khir jika beliau
bertanding diperingkat Parlimen tetapi bukan di Dun.
Pendirian
tersebut tidaklah memeranjatkan kerana rata-rata mereka
adalah merupakan saudara mara dan para penyokong bekas Exco
Kerajaan Negeri Selangor Dato Mohd.Aini Taib. Hasrat mereka
mahu menobatkan Aini sebagai pengganti Khir untuk mengemudi
Selangor.
Orang Dato`
Aini Bersedia Memerangi Khir.
Meskipun PM
Pak Lah setakat ini diberitakan belum lagi bersedia untuk
komited dengan isi kandungan memorandum rakyat Sungai
Panjang itu tetapi ahli-ahli Umno diperingkat bawahan sudah
pun diberitahu oleh para pengampu Khir Toyo supaya bersiap
sedia untuk berkerja habis-habisan bagi memastikan
kemenangan Pengamal Rasuah Terkemuka itu kerana beliau akan
terus kekal sebagai Menteri Besar.
Suara-suara
sumbang itu amat tidak menyenangkan hati pengikut-pengikut
Dato Aini,lalu mula melemparkan ugutan bahawa mereka
bersedia memerangi Khir Toyo jika Pengamal Rasuah Terkemuka
itu masih berdegil untuk bertanding di Dun Sungai Panjang.
Karnival
Umno Tg.Karang - petanda buruk buat Khir .
Menurut
sesetengah penganalisis politik,kesediaan Pak Lah merasmikan
karnival Umno Bahagian Tanjong Karang yang akan berlangsung
dari 26 Februari - 29 Februari 2004 adalah sebagai satu
signal paling jelas bahawa beliau sudah pun membuat
keputusan siapa calon bakal pengganti Khir Toyo. Selaku
ketua Penaja Umno Bahagian Tanjong Karang (dulu diketuai
oleh Khir Toyo) Noh Omar khabarnya sudah mula tersenyum
meleret dan sedang mencongak-congak siapakah bakal barisan
Exco yang akan membantu beliau mentadbir Selangor dari tahun
2004-2009.
Perkembangan
terbaru itu sama sekali tidak dijangka oleh Khir Toyo
Pengamal Rasuah Terkemuka dan kroni-kroninya.Mereka
difahamkan amat kecewa lebih-lebih lagi Khir yang dikatakan
meraung sakan sebaik-baik sahaja dimaklumkan hal berkenaan.
Apa pun
Pengamal Rasuah Terkemuka itu tidak mampu untuk menentang
arus. Pengguguran sebagai MB adalah seratus kali lebih baik
dari didakwa atas tuduhan rasuah. Khir tidak ada pilihan
kecuali patuh kepada keputusan yang dibuat oleh Pak Lah.
Manakala
spekulasi Khir akan dilantik sebagai Menteri sekiranya
memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar masih belum dapat
dipastikan lagi.Khabarnya Pak Lah lebih berminat untuk
menaikkan pangkat Dato Dr.Shafie sebagai Menteri Penuh.
Senario
terkini itu menjadikan persaingan diantara beberapa kem
didalam Umno Selangor bertambah rancak. Noh Omar sendiri
belum boleh mendabik dada bahawa dia akan diberi laluan
mudah oleh pesaing-pesaingnya.
Orang-orang
Dato Abu Hassan bekas MB Selangor dan kem Sulaiman Razak
Timb.Ketua Penaja Umno Bahagian Tg.Karang diberitakan tidak
begitu menghiraukan Noh Omar yang akan turun bertanding di
Dun Permatang.Sikap yang sama juga ditunjukkan oleh saki
baki pengikut Dato Aini.
Manakala BA
Tanjong Karang yang dipimpini Dato Dr Hassan Ali tidak akan
memberikan sedikit ruang pun kepada Noh untuk merasa
selesa,malah perkembangan mutakhir menunjukkan BA berpotensi
untuk menawan kerusi Dun Permatang yang terletak dikawasan
Anjung Utara Pintas (Projek Induk Tawan Selangor).
Orang Dalam.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|