www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Benarkah UMNO masih ragu sehingga terpaksa membeli kepimpinan Keadilan?
wartawan umno-reform.com
20-02-2004

"Membeli sokongan bererti sogokan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia - orang yang mengatakan bahawa sekiranya mahu masuk UMNO perlu ikhlas kini menjadi orang yang di ragui keikhlasan nya pula"

Datuk Najib telah di tuduh membeli 12 kepimpinan Keadilan dalam usaha untuk mencerahkan lagi peluang UMNO untuk berhadapan dengan pilihan raya. Sehingga hari ini 12 kepimpinan tersebut telah membuat laporan polis mengenai tuduhan Zool Hilmi Yahya sementara Datuk Najib Tun Abdul Razak masih senyap dalam isu ini.

Beberapa persoalan perlu di jawab bagi kita menganalisa apa sebenarnya tujuan sehingga memerlukan Datuk Najib Tun Razak jadi orang tengah untuk perundingan kemasukan 12 Bekas kepimpinan Keadilan tersebut ?

Kenapakah perlu siri rundingan kemasukan dan kenapa perlu Pak Lah menerima masuk mereka? 

Semuanya berkisar dengan mendapatkan loncatan politik. Semua ini berkisar untuk menunjukkan bahawa UMNO telah sedia di terima oleh kepimpinan Keadilan. Semuanya untuk pilihan raya dan ada sedikit untuk loncatan politik diri sendiri.

Saya bersetuju dengan tulisan wartawan umno-reorm.com bahawa Pak Lah tidak perlu hadir untuk menjemput mereka masuk UMNO. Pak Lah dengan berbuat demikian hanya menyorotkan nilainya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Lagi pun yang di terima bukan Anwar Ibrahim?

Hari ini sekiranya benar tuduhan bahawa Datuk Najib menguruskan kemasukan 12 Keadilan dan sekiranya unsur pembelian di jalankan untuk membawa mereka menyertai UMNO maka Datuk Najib harus juga di persalahkan. Membeli sokongan bererti sogokan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia - orang yang mengatakan bahawa sekiranya mahu masuk UMNO perlu ikhlas kini menjadi orang yang di ragui keikhlasan nya pula.

Apa tidaknya, bayangkan siri perjumpaan di rumah Datuk Najib, beransur pula ke Quality Hotel, penyerahan borang atau pengisytiharan masuk UMNO yang di laksanakan di Putra Jaya dan Pak Lah pula di lantik sebagai orang yang akan menyambut mereka. Apakah ini tidak mempamerkan insiden - insiden se olah - olah mengakui kebenaran pembelian 12 ahli Keadilan untuk masuk UMNO. 

Apa pun tindakan datuk Najib dan Pak Lah - ianya tidak menguntungkan orang - orang Melayu. Malah plan membawa masuk 12 bekas kepimpinan keadilan di sambut dengan tenaga baru yang di caj untuk menjana semula gerakan reformasi. Bukankah plan ini sebenarnya "back fire" 

Namun Datuk Najib bijak orang nya - Pak Lah yang akan menerima padah sebenarnya dan beliau hanya duduk melihat bagaimana Pak Lah terpaksa duduk bersama - sama 12 bekas kepimpinan Keadilan dan seterusnya di katakan oleh penyokong gerakan reformasi sebagai penyambung warisan kezaliman Dr Mahathir. Sekarang UMNO terpaksa berhadapan dengan serangan yang lebih hebat dan akhirnya usaha penyatuan Melayu menghadapi kebuntuan.
Hari ini juga kita lihat usaha Pak Lah membanteras rasuah dengan mendakwa Eric Chia dan Datuk Kasitah sebagai satu usaha kosmetik dalam menjayakan agenda pilihan raya dan bukan satu usaha untuk memerangi rasuah.

Ingat lah UMNO, bagi Keadilan - isu Anwar Ibrahim adalah isu utama dan isu itu adalah isu besar penyatuan ahli-ahli parti dan gerakan reformasi dan bagi UMNO - penyatuan hanya tipis berasaskan bodek dan wang lantas ini bukan ikatan sempurna yang boleh mempengaruhi rakyat. 



 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.