www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Keadilan
jangan jadi UMNO
Jamil Ismail JK
Cheras
22-02-2004
ASSALAMUALAIKUM,
Setelah menlihat , meneliti ,mendengar dan membaca berbagai cerita dan tulisan ingin saya disini memberi beberapa pandangan saya, kita bercakap tentang keadilan dan reformasi tetapi saya nak bertanya adakah kita penyokong keadilan betul-betul melakukanya , sebelum saya bercakap tentang lokman noor adam biar saya menghurai beberapa perkara dahulu, walaupun tulisan saya akan nampak bertentangan tetapi perjuangan saya tetap dalam reformasi dan membebaskan dato seri anwar ibrahim, kita mengatakan UMNO tidak tahu membalas budi dan cepat lupa , kita marah bila orang umno tidak mengenang jasa-jasa dato seri anwar, tetapi adakah kita dalam keadilan melakukanya, kita marah bila 12 pemimpin keadilan masuk umno, saya tidak mahu bercakap tentang semua mereka cuma saya nak berkata tentang roslan kassim, ya memang betul roslan telah menghianati perjuangan kita, siapa yang tidak marah, terutama saya yang mengikuti beliau selama 2 tahun, cuma saya nak tahya kepada semua pemimpin keadilan ,penyokong keadilan , pendokong keadilan dan tak lupa juga pencacai-pencacai dalam keadilan tiadakah jasa-jasa roslam kassim dalam keadilan, tiadakah jasa beliau sehingga kita memaki hamun beliau, menghina beliau, contohnya siapa yang berani menafikan jasa-jasa roslan dalam pilihanraya LUNAS cakap, siapakah pemimpin keadilan yang sampai berkampung di lunas, kalau bukan roslan kassim , kelmarin di rumah dato seri anwar dan di ceramah bahagian gombak di pejabat y.b azmin saya mendengar orang memaki, mencarut , menghamun kepada roslan kassim macam-macam terutamanya pencacai-pencacai dalam keadilan,
Selama lima tahun mereka dalam parti kita tidak kah boleh kita berkata cukuplah lan sampai disini sahaja perjuangan kau, kau hanyut ditengah perjuangan mu, terimakasih diatas jasa-jasa kau dalam parti kami selama 5 tahun ini, tidak boleh kah, sebaliknya kita memaki hamun beliau serupa bagaimana ahli umno menghina DATO SERI ANWAR IBRAHIM, adakah kita sama seperti umno, kita tiadak kena-mengena dengan dato seri anwar tetapi kita marah bila orang umno menghina belaiau , begitu juga antara saya dan roslan kassim tiada kena mengena tetapi saya rasa tidak patut kita menghina orang yang pernah berjasa dengan parti kita , berbalik kepada cerita lokman pula perlukah kita yang tidak tahu apa-apa menghina beliau sebagai penghianat, adakah beliau masuk umno, tahukah kita cerita yang sebenarnya, segala tuduhan lokman terhadap ketua pemuda kita sdr ezam mohd nor, kita lihat kah bukti-bukti yang beliau majukan, baiklah saya nak tanya satu sahaja soalan, bagaimana betul apa yang lokman tuduh , bagaimana, cuba kita berfikiran sebaliknya , saya menyanjungi sdr ezam dan menyokong beliau tetapi saya berpegang kepada perjuangan saya reformasi dan keadilan, tak kira siapa orang itu baik pemimpin umno atau pemimp[in keadilan kalau salah tetap salah tiada kompromi dalam hal ini, kira mengatakan UMNO ITU MAHATHIR, MAHATHIR ITU UMNO , cuba kita buangkan sifat dan permikiran EZAM ITU KEADILAN, DAN KEADILAN ITU EZAM , saya rasa kalau kita buangkan sifat ini kita akan dapat melihatnya, lokman sehinggakan sampai sanggup menjunjung al quran di dataran masjid negara untuk membuktikan tuduhan beliau bagaimana kita nak menjawap hal ini, kita kata lokman sudah di turnover dalam isa, nak tuduh lokman tidak warak kita tahu bagaimana orang yang warak, ALLAH menunjukan kita tanda-tanda orang yang selalu bersembahyang, lihat dahi lokman ada tompok hitam menandakan belaiu tidak lupa kepasda suruhan ALLAH bersembahyang, bukan senang seseorang itu boleh dapat tanda-tanda sebegitu, baiklah bagaimana kalau tuduhan lokman mengatakan surat permohonan sdr ezam untuk masuk umno telah berada ditangan pak lah dan foto perjumpaan sdr ezam dengan aziz shamsuddin juga berada di tangan mereka bagaimana, tiba-tiba bila pilihanraya di umumkan kedua-dua barang ini di paparkan kepada rakyat , cuba fikir apa yang akan terjadi pada keadilan,
Gunakan otak kita untuk berfikir , cuba kita lihat pula cara MPT keadilan menyelesaikan atau mengendalikan hal ini, lokman tuduh ezam dan sdr ezam pula tuduh lokman, tetapi yang digantung hanya lokman, tidak pula ezam, nak tubuh siasatan bebas tetapi yang menjadi ahlinya semuanya MPT keadilan ,siasatan bebas nama ini, lokman membantar tentang hal ini beliau terus di pecat dari menjadi ahli, salah satu tuduhanya menceritakan hal parti kepada media, habis kalau pimpinan tidak mahu mendengar pendapat beliau kemanakah kita mahu lokman pergi atau buat , adakah pimpinan tertinggi keadilan mahu menutup hal ini, adakah pimpinan mahu menutup pekong dalam parti kepada ahli keadilan, saya takut,saya takut suatu hari nanti keadilan akan terkubur akibat gerhana pimpinanya sendiri, saya tahu tulisan saya ini akan membuat beberapa pemimpin, penyokong , dan pencacai dalam keadilan marah, cuma saya nak beritahu saya tidak gentar terhadap kamu , kalau kamu semua nak buat perti keadilan hampir sama seperti umno saya lah orang pertama yang akan menghancurkan kamu semua, jangan kamu inaya sesama manusia yangs eagama dengans aya didepan mata saya, ingat pesana si kecil ini,
KALAU TANAM SIPOKOK KOKO
JANGAN TANAM PISANG BERANGAN
KALAU TAKUT DENGAN RISIKO
JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN
AKAR NIBONG MERESAP
AKAR MATI DALAM PERAHU
TERBAKAR KAMPUNG KELIHATAN ASAP
TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU,
SAYA YANG SEBENAR-BENARNYA
JAMIL BIN ISMAIL JK
CHERAS KUALA LUMPUR
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|