www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Ketua Penaja Umno Bhg. Kuala Selangor Tidak Bertanding ?
Cikgu Pencen
27-02-2004
Mohd.Daud Tarihep,Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor kemungkinan besar tidak disenaraikan untuk bertanding mewakili Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang dijadualkan akan berlangsung tidak berapa lama lagi.
Mungkin itu sekadar spekulasi tetapi tidak seorang pun termasuk tuan punya badan sendiri berani menafikannya.
Lebih-lebih lagi sejak angin p/raya mula bertiup nama Daud memang sentiasa ditolak oleh ahli-ahli Umno sendiri meskipun pelbagai usaha dibuat untuk mengetengahkan namanya sama ada diperingkat Parlimen maupun diketiga-tiga DUN (Jeram,Bkt Malawati dan Ijuk).
Entah apa sialnya ahli-ahli Umno Kuala Selangor seolah-olah bersepakat untuk menolak nama Daud.Kata sesetengah orang, keegoan Daud yang tak terbatas itu menjadi sebab utama beliau tidak disukai oleh kawan dan lawan.
Kalaulah benar namanya tidak dicalonkan,ramai yang berpendapat kemungkinan besar Daud akan mengakhiri karier politiknya sebagai seorang pesakit mental kerana semua orang tau betapa angan-angan untuk dipanggil sebagai Yang Berhormat sudah puluhan tahun tersemat dihatinya.
Ditakdirkan beliau mendapat tempat sekalipun, belum tentu lagi kemenangan mudah akan dicapai.Musuh dalamannya keliling pinggang. Katakan lah beliau bertanding di Dun Bukit Malawati, BA sudah pasti tidak akan memberi laluan mudah kepada beliau.
Saingan dari BA satu hal,ancaman dari dalam lebih memeningkan.Cawangan-cawangan Umno di Dun itu yang menyokong Daud boleh dibilang dengan jari. Selain cawangan Sepakat dan Taman Si Rambai cawangan-cawangan lain bila-bila masa boleh berpaling tadah.
Bukan menjadi rahsia lagi beberapa cawangan yang dulu dikenalpasti sebagai hardcore beliau kini mula menyepi.Diantaranya ialah cawangan Tanjong Keramat dan Pekan Kuala Selangor.Kesemuanya berpunca dari sikap Daud yang diumpamakan sebagai "habis madu sepah dibuang."
Bayangkanlah jika jentera pilihanraya Umno dicawangan-cawangan itu pura-pura menyokong didepan namun bila sampai hari mengundi mereka tidak memangkah Daud,tentu merana seumur hidup bekas Chief ADO Gombak itu.
Daud sendiri tidak boleh memarahi ahli-ahli Umno yang tidak mahu mengundi beliau nanti,kerana difahamkan Daud pernah mengarahkan para penyokongnya agar tidak mengundi BN pada p/raya kecil 1997 dan p/raya umum 1999 lalu.
Cikgu Pencen.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|