www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Kemana Lesapnya RM 500 Ribu Umno K.Selangor ?
cikgu pencen
01-03-2004
Bakal calon BN Dun Bukit Malawati juga selaku Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor Encik Mohd Daud Tarihep terus didesak oleh sebahagian besar pemimpin dan ahli Umno bahagian untuk menjelaskan kemana perginya wang komisyen yang sepatutnya masuk kedalam akaun parti itu.
Wang komisyen berkenaan difahamkan adalah hasil potongan 10 peratus daripada jumlah RM 5 Juta peruntukan kerajaan yang disalurkan kepada setiap bahagian Umno diseluruh negara tahun lalu.
Di Kuala Selangor komisyen tersebut dipercayai telah disalurkan melalui sebuah badan perunding (konsultan) yang dikendalikan oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahgian Azim Kassim dan anak lelakinya.
Azim Kassim kini tidak lagi menjadi Ketua Penerangan kerana sedang menunggu kes rasuahnya ketika bertugas sebagai Penyelia Kanan Kemas dibicarakan.
Disamping Azim,Setiausaha Bahagian Dato Yusof Hassan juga dikatakan terlibat dalam pengagihan wang peruntukan tadi melalui tawaran kerja-kerja tertentu kepada kontarktor-kontraktor kelas F .
Walau apa pun pengagihan kerja-kerja tersebut amat tidak memuaskan kerana orang-orang lama dan penyokong setia Daud sendiri ramai yang diabaikan. Daud diberitakan lebih mengutamakan penyokong-penyokong barunya yang belum terbukti komitmen mereka kepada parti.
Daud berbuat begitu kerana ingin menunjuk-nujukkan kebaikkan kepada penyokong-penyokong barunya itu yang mana sebahagian besar dari mereka adalah ketua-ketua cawangan yang baru ditubuhkan.
Strategi penubuhan berpuluh cawangan baru itu adalah sebagai langkah memperteguhkan kekuatan politiknya sebagai Ketua Bahagian. Namun strategi itu tidak menjadi apabila Daud terus hilang sokongan dari semua cawangan-cawangan lama yang telah dipecah-pecahkan itu.
" Sudahlah kami yang bekerja tungkus lumus untuk menaikkan Daud dianak tirikan,wang komisyen RM 500 Ribu itu pula lesap entah kemana.Bila kami ajukan soal itu kepada Azim dia suruh rujuk kepada Dato Yusof,bila kami tanya Dato Yusof dia suruh rujuk kepada Daud,bila kami tanyakan Daud beliau buat selamba suruh tanyakan hal itu kepada Nadmilail, Bendahari Bahagian. Macam bola kami dibuatnya." begitu keluh kebanyakan ahli-ahli Umno yang sudah lama meluat dengan Daud dan kaki-kaki busuknya.
Apakah dengan ketidakpuasaan hati dikalangan Umno sendiri akan menamatkan karier Daud menjelang p/raya umum akan datang ? Tidak mustahil ! apatah lagi BA Kuala Selangor kini bukan lagi `pencabar` yang boleh dipandang sebelah mata saja dan para pengundi pula tidak mudah ditipu lagi.
Cikgu Pencen.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|