www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Anwar Ibrahim - laluan untuk Ezam bertemu kepimpinan UMNO?
wartawan umno-reform.com
04-02-2004

Apakah benar bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengatur laluan untuk Ezam bertemu dengan kepimpinan UMNO ? Datuk Seri Anwar Ibrahim sungguhpun masih mempertahankan kebenaran bahawa semua ini adalah konspirasi politik semata - mata tetapi telah memberi laluan untuk Ezam memperjuangkan kebenaran yang di pertahankan melalui politik dalam UMNO. Dalam satu email ringkas yang di terima oleh umno-reform.com - mengatakan:

Pertemuan Ezam Mohd Nor dengan kepimpinan UMNO adalah untuk pembebasan Anwar. Semua pegawai Anwar : Ezam Mohd Nor , Azmin Ali dan Khalid Jaafar terlibat dalam urusan ini. Cuma Lokman sahaja yang tidak tahu, marah tidak bertempat.

Sungguhpun email itu ringkas tetapi indikasi awal menunjukkan bahawa terdapat kebenaran dalam email tersebut. Kami di fahamkan oleh beberapa kepimpinan Keadilan bahawa Ezam tidak akan bertindak selagi mendapat restu dari Anwar Ibrahim. Bagi mereka Anwar yang terseksa maka sekiranya dengan percaturan politik seperti itu perlu ada untuk pembebasan Anwar maka itulah yang harus di lakukan.

Sementara itu plan besar mereka adalah untuk meneruskan gerakan reformasi agar reformasi terus menjadi slogan yang mengganggu UMNO. Ini akan menyebabkan Keadilan dan beberapa kepimpinan mereka terus mendapat tempat atau tiket untuk meletak syarat dalam perundingan menyeberangi masuk UMNO.

Ini adalah satu percaturan agak bijak tetapi jelas mempergunakan pejuang reformis jalanan untuk tiket mereka masing - masing. Senario ini setelah di ajukan kepada beberapa kepimpinan Bahagian Keadilan dan ini menimbulkan reaksi negatif dari kalangan mereka yang terlibat dalam gerakan pro reformasi dan kepimpinan rendah dan menegah Parti Keadilan Nasional.

Antara komen yang penting ialah - Anwar di izinkan mencaturkan pembebasan diri nya yang semakin terseksa tetapi adalah perbuatan tidak ikhlas pegawainya untuk mencari ruangan dalam UMNO buat diri mereka sendiri membinasakan peluang Anwar untuk bebas.

Apa pun - Presiden Keadilan Datin Seri Dr Wan Azizah - tahu akan perkara tersebut. 



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.