www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Tuan Pengarang Yang Budiman,

ADUAN MENGENAI MEDAN SELERA MALIM JAYA, CHENG, MELAKA.

KEMANA HILANGNYA HAK MELAYU KITA JIKA DIPERLEKEHKAN DENGAN SOAL HALAL & HARAM.
anak jati melaka
25-02-2004

Di era tahun 2000 ini Kerajaan Negeri amat prihatin dengan pembangunan infranstruktor khasnya bagi peningkatan dan pembangunan negeri Melaka Bandaraya Sejarah, dan saya sebagai penduduk setempat amat berbangga dengan kecemerlangan dan kemajuan yang kerajaan negeri kita telah capai .Saya sebagai penduduk di daerah Melaka Tengah ini juga amat berbangga dengan terdirinya Medan Selera Malim Jaya yang baru saja di buka pada 28 hb Januari 2004 untuk kemudahan awam. Disini ada terdapat berbagai juadah medan selera, pasar awam dan beberapa kedai runcit. Lokasi tempat Medan Selera ini amat strategik kerana berdekatan dengan pejabat, bengkel, bank, industri kecil, kilang dan taman perumahan. Tambahan pula ianya berhampiran dengan kawasan Cheng, Malim, Bacang dan Pokok Mangga yang kebanyakannya adalah terdiri daripada penduduk berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain

Saya difahamkan Medan Selera Malim Jaya ini dimiliki oleh Lion Group Corporation dan diberi lesen oleh Majlis Perbandaran Melaka Tengah untuk kemudahan awam. Apa yang saya dapati, disitu terdapat 4 buah medan selera yang dimiliki oleh orang melayu, 2 buah medan selera milik India Muslim, beberapa medan selera milik orang Cina dan beberapa warung gerai menjual satay, mee dan rojak milik orang Melayu terletak dihadapan medan selera tersebut. Kemuskilan saya disini adakah Medan Selera Malim Jaya ini tempat yang sesuai untuk menjamu selera bagi masyarakat Melayu kita yang mana masyarakat kita amat sensitif dan peka dengan soal halal dan haram. Sungguhpun perkara yang diutarakan ini dianggap kecil, tapi ianya amat di halusi dan malah dipandang prihatin oleh masyarakat melayu setempat kita amnya yang beragama islam.

Apa yang saya lihat disini terdapat sebuah saja medan minuman yang disediakan oleh orang Cina yang mana minuman ini bercampur aduk dengan minuman arak yang ada di jual dan disediakan di situ. Medan air minuman yang disediakan oleh orang muslim sebagai pilihan kedua tidak terdapat disitu dan ini amat menyulitkan kami dan orang muslim lain menjamu selera di situ. Adakah lesen dikeluarkan bagi menjual minuman beralkohol di medan selera awam? Berkaitan dengan masakan Cina adakah menu lauk yang disediakan tidak termasuk makanan yang sensitif bagi masyarakat muslim dan Melayu kita. Begitu juga barang barang basah yang dijual di kawasan pasar awam di medan tersebut adakah ianya berseh dan tidak melibatkan penjualan babi. Biar pun samaada pemilik atau empunya kawasan itu milik kerajaan, badan berkanun mahupun swasta sekiranya peraturan dan akta itu jelas maka tidak bermakna ianya tidak boleh di kuat kuasakan dan kita masyarakat majmuk berbilang kaum dapat mematuhi dan menikmatinya bersama. Saya amat berbesar hati sekiranya pihak berkuasa yang berkaitan dapat mengatasi perkara yang disebutkan di atas secara tegas dan profesional. Apa yang saya faham Lion Group Corporation telah banyak mendirikan projek mega dan ini termasuk Parkson Grand, Jusco diserata Malaysia yang mana medan selera yang disediakan di situ adalah untuk awam dan selaras dengan Peraturan Majlis Perbandaran Daerah dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Sekiranya kawasan Medan Selera Malim Jaya ini adalah milik swasta dan bebas dengan peraturannya yang tersendiri. Adalah baik sekiranya Medan Selera Malim Jaya tersebut diwartakan sebagai tempat yang tidak halal di kunjunggi oleh orang muslim untuk menjamu selera dan membeli barangan pasar dan runcit. Saya berharap pihak berkuasa yang terlibat amat peka dan sensitif dengan soal halal dan haram masyarakat Melayu kita didalam pemberian lesen pada Medan Selera dan Pasar Awam di kawasan setempat khususnya di Bandar Melaka Tengah ini. Saya amat yakin pihak berkuasa yang berkaitan dan kerajaan amnya dapat mengatasi perkara ini secara berkesan dan secepat mungkin. Saya amat yakin parti Barisan Nasional serta Kerajaan Negeri dapat menangani perkara ini dengan telus, daripada saya menyalurkan ke saluran kedua umpamanya NTV7, IT, Biro Siasatan mahupun pemberita parti pembangkang.

Jangan biar anak Melayu Melaka kita hilang kiranya kita tiada hak bersama menikmati kemudahan yang ada di bandar Melaka ini kerana Lion Group Corporation adalah syarikat yang akan memajukan bandar Cheng dan Malim Jaya dengan projek meganya. Kelak Melayu tidak akan singgah di Medan Selera Malim Jaya tersebut dan apatah lagi nasib perniaga Melayu di situ yang tidak terbela dan terus akan lenyap kerana mereka akan rugi serta terikat dengan soal halal dan haram dan mereka cuma sebagai memenuhi koata syarat untuk pemberian lesen dari Majlis Perbandaran Melaka. Kelak apabila pengunjung Melayu yang menetap disini tidak kesana, peniaga Melayu disitu juga akan angkat kaki dan akhirnya Medan Selera itu adalah milik mereka bangsa asing dengan secara bangga berkata bahawa anak Melayu Melaka tidak maju dan mundur serta tak mahu merebut peluang perniagaan dan koata yang adanya akan menjadi milik mereka.

Akhirnya semua koata untuk pra syarat berniaga di situ akan menjadi idola milik bangsa asing. Jangan biarkan hak orang Melayu Melaka kita hilang begitu saja dan ini cuma soal Medan Selera apatah lagi yang lain umpamanya peruntukan struktur perniagaan yang baru di Malim Jaya ini yang akan datang selaras dengan pelan pembangunan negeri Melaka. Kalau soal kecil sebegini kita tidak dapat bendung apatah lagi peluang yang akan datang di kawasan Cheng dan Malim ini, kemanalah lagi nasib Melayu kita tidakkah anak melayu Melaka kita akan lenyap dan hilang . Belalah nasib hak anak Melayu kita yang ada. Buktikan kita masih bolih bertapak di situ dari situ kita akan bangkit dalam memperjuangkan UMNO kita dari diserapi oleh pengaruh anasir DAP dan anak Melayu Melaka kita sendiri tidaklah akan hilang arah dan menyokong parti pembangkang kerana wujudnya sikap tidak puashati dikalangan mereka. Sejarah telah banyak mengajar kita apa yang telah berlaku pada Singapura dan Pulau Pinang. Sejarah juga telah memberi pengajaran dan iktibal supaya UMNO mesti terus maju untuk membela nasib Melayu dan Islam semuga sejarah yang lalu menjadi iktibal dan tak akan berulang di Melaka.

Yang Benar, Penyokong BN & Anak Jati Melaka.


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.