www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Menjejaki Ruslan & Zahid
adieks@umno-reform.com
22-02-2004

Akhbar mingguan malaysia, hari ini bertarikh 22 februari, melampirkan temubual bersama Sdr Ruslan Kasim. Antara topik temubual tersebut lebih berkisar kepada tindakan menyertai UMNO, isu politik wang, kepimpinan keadilan, kepimpinan UMNO tidak lupa isu Anwar.

Pertamanya saya mengucapkan syabas buat barisan wartawan Mingguan MAlaysia yang menemuduga ruslan kassim. Dalam menemuduga dia menggunting dalam lipatan. Maksudnya, sempat juga barisan wartawan ini menyerang Ruslan secara sinis dan tajam.

Kepada semua barisan editorial umno reform, saya ucapkan syabas atas kegigihan sdr semua membina kredibiliti laman web ini sehinggakan dijadikan platform oleh sebahagian ahli pembangkang samada penyokong atau kepimpinan untuk memberi kenyataan.

Insyallah, saya akan menggunakan ruang yg ada melalui laman umno reform ini untuk menyerang Ruslan Kassim, Zahid Md Arip secara habis-habisan.

Tindakan ini bukan kerana menyelar tindakan mereka menyeberang masuk kepada UMNO tetapi lebih kepada memberi 2 insan ini cermin utk mereka melihat diri mereka sendiri.

Berkenaan yang lain, Hanafiah Man, Hamdan Taha dan beberapa lagi, saya tidak berminat untuk beradu bersama mereka.

Buat semua pembaca yang saya pasti ada di antara pengunjung laman ini adalah Ruslan atau Zahid sendiri bersiap-siagalah anda, kerana perhitungan kita bukan antara parti umno atau keadilan tetapi lebih kepada perhitungan antara manusia yang lebih berprinsip.

Saya punyai hampir sebilangan besar 'tape' samada vcd atau kaset ceramah sdr berdua, dan saya masukkan satu persatu kenyataan yang pernah dikeluarkan dalam siri ceramah saudara bedua yang lengkap dengan

1. tarikh 

2. lokasi ceramah itu diadakan

Ingat, rakyat tak mudah lupa, saya akan mulakan perang saraf ini sehingga tamatnya pilihanraya kelak, setiap minggu satu isu, bayangkan berapa banyak kaset ceramah sdr berdua yg saya ada.

Ruslan dan Zahid mungkin boleh berbohong dengan wartawan2 arus perdana, tetapi saya akan bogelkan tembelang mereka.

Ingin saya ulangi dan tekankan pendirian saya bahawa perhitungan ini bukan antara parti tetapi lebih kepada menelanjangkan manusia yang tidak berprinsip dalam perjuangan.

Sekurangnya-kurangnya Ezam tak perlu jawab lagi akan prinsip saudara dan niat saya bukan untuk memburukkan kelakuan sdr yang dah sememangnya buruk tetapi lebih kepada mengajak sdr berdua kembali berfikir, merenung kembali akan tohmahan yang pernah dilemparkan. Ingat!!! sdr manusia politik, satu masa dahulu sdr berdua antara yang cukup berani dan lantang, hari ni menjadi manusia paling 'BANGSAT' pernah saya temui.

Zahid pasti takkan lupa perkataan BANGSAT, bukan sahaja Dr. Mahathir, Ali Rustam pun pernah dibangsatkannya juga. Maka tak salah andainya saya sendiri, yang pernah menkaguminya sedikit masa dahulu mengambil peranan dan peluang MEMBANGSATKAN Zahid Md Arip

Ruslan dalam kenyataan menerusi akhbar Mingguan Malaysia ini ditegur sinis oleh wartawan yang kelihatan begitu teliti utk menjawab sebarang isu berkenaan parti keadilan, malah isu anwar ibrahim tidak lagi disentuhnya kerana ia pasti mengundang sensivitinya dan kekesalan yang tergambar pada wajahnya di hadapan wartawan.

Manakala Zahid, insan yang cukup digeruni dengan makian dan cacian tetapi tak pernah ditangkap berbanding Dr Badrul Amin yang ditahan hanya mengimamkan solat hajat. Siapa bela Zahid Md Arip? Nyatalah, penyertaan Zahid ke dalam keadilan bermula 1998 dahulu adalah lebih kepada keinginan beliau untuk menjadi manusia seberani Ezam. Beliau tidak begitu berminat dan berkerja, melainkan hanya duduk berbual bersama 4-5 kerat yang ingin mendengar cita-cita perjuangannya.

Zahid hanya pandai berseloka, Zahid bukan manusia yang pandai berkerja. Sebab itu sejak Ezam di tahan ISA, pemuda keadilan lumpuh, Saifudin terpaksa mengambil alih dengan kepimpinan baru spt Adlan benan omar, rafizi ramli dan sebagainya. HAkikatnya, kualiti Zahid sbg pemimpin hanyalah 0 melainkan keinginannya untuk menjadi jaguh 'public speaking' sperti Saifudin, Ezam, Mahfuz.

Sikap BANGSAT Zahid akan saya bogelkan bermula minggu hadapan, saya akan peringatkan semula kepadanya ungkapan 'Pondan Siam Bangladesh', "Tunggul Puaka", sila tunggu kamu Zahid.

Hari ini mereka diam, sedang menyusun strategi, Ruslan menyebut mereka mendapat banyak permintaan utk memberi ceramah. Ya, gunakan, bogelkan pula kawan2 kamu dalam keadilan, kerana saya juga bersedia untuk membogelkan kamu menerusi laman web ini.

Ruslan dan Zahid, apa sdr fikir bahawa sdr mempunyai peluang semula utk naik dalam UMNO? Jangan mimpi, nasib kamu takkan sebaik Zahid Hamidi, Abdullah Badawi bukan jenis pemimpin yang mengutip najis seperti kamu, Mahathir mungkin ya, terimalah hakikat bahawa sdr berdua hanyalah tak ubah seperti Syd Indera ( yang pernah mendakwa dirinya sebagai pemandu Ezam ) yang digunakan oleh jentera umno untuk berkempen ke sana-sini dan habis pilihanraya nasib kamu tak ubah seperti dia. Sdr akan dikuburkan oleh orang-orang UMNO itu sendiri.

Ruslan pasti takkan lupa bahawa beliau pernah menggelarkan Syd Indera sebagai 'cicak mengkarung' dalam ceramahnya selepas kekalahan pilihanraya Teluk Kemang yang menyaksikan beliau tewas di tangan Sotinathan.

Sekarang Ruslan, kamu bukan setakat cicak mengkarung lagi, malah lebih hina dari Indera. Dalam ceramahnya itu Ruslan juga menyebut, dia digelar YB Lempeng, antara lain tindakan beliau ketika membuat kunjungan ke rumah2 bakal pengundi, Ruslan telah diherdik oleh seorang makcik yang menyamakan Ruslan dan Sotinathan ( kononnya cakap tak serupa bikin ) Ruslan lantas menjawab "kalau kito semuo samo, nanti makcik mati kito bakar yooooo..."

Lihatlah Ruslan, kamu yang akan membakar diri kamu sendiri.

Kepada editor umno-reform, izinkan saya menggunakan laman web ini untuk menyerang mereka habis-habisan, pada saya apa sangatlah perang saya ini, takkan lari sedikit pun undi umno, tetapi saya lancarkan perang ini untuk mengingatkan semula...kata-kata yang pernah mereka keluarkan satu ketika dulu agar. Saya pasti kelak apabila mereka terbaca, ianya sedikit pasti mengganggu tidur malam mereka

INGAT BAIK-BAIK KAMU RUSLAN DAN ZAHID, MULAI HARI INI AKU AKAN TUNJUKKAN SEMULA KEPADA KAMU BERDUA BEKAS ATAU TEMPAT2 YANG PERNAH KAMU LUDAH UNTUK KAMU JILAT KEMBALI....!!!!


 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.