 |
|
untuk SMS : 012-6544762 |
|
|
|
Forum terbuka |
Maklum balas1|
Maklumbalas 2 |
Permohonan Email
|
blog arahkita |
Sang Kelembai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
email dari pelayar
www.umno-reform.com
zamri66@yahoo.com
Kenyataan bekas MB Terengganu
Semalam bekas MB Terengganu memberikan kenyataan yang agak luar
biasa. Iaitu apabila beliau sedia memohon maaf jikalau ada
silap dan salah kepada DYMM Sultan.
Jikalau tidak mempunyai silap dan salah, masa-kan sultan akan murka!
Baginda sultan merupakan DYMM Seri Paduka Baginda yang cukup mesra
rakyat. Saya berpeluang mengenali baginda apabila baginda menunaikan
sembahyang jumaat di Masjid Taman Desa. Kemesraan dan sifat baginda
cukup menawan hati saya. Saya sendiri merasai bahawa rakyat
Terengganu
bersyukur mempunyai sultan yang berjiwa rakyat.
Tapi yang sedih pemimpin 22 adun yang bersifat kurang ajar dan tidak
hormat kepada sultan, cukup menjijikan mata saya. Rasa-rasanya 22
adun ini kena berlajar rukun negara dan perlembagaan
persekutuan. Belajar le dato'.
email dari pelayar
www.umno-reform.com
Untungnya Pak Lah hidup di zaman ini
Tue 03/25/08 05:20 AM
Sementelah kita semua tahu kemelut tampuk pemerintahan kerajaan
negeri Terengganu yang sehingga ke hari ini masih belum menampakkan
kelibat penyelesaian yang baik. Saya rasa kejutan demi kejutan
berlaku setiap hari dan terpampang di dada akhbar tempatan
sehinggakan ada ketikanya membuatkan kita menggeleng kepala,
menyesali tindakan Idris Jusoh mengengkari perintahistana.
Natijah dari kemelut ini dapat kita simpulkan bahawa UMNO sudah
membuka pekungnya sendiri satu demi satu. Jelaslah kini UMNO
didalangi oleh pihaktertentu khususnya Pak Lah untuk membina
empayarnya sendiri. Apalah yang boleh kita (orang-orang Melayu)
berharap lagi dengan UMNO atau BN? Sudahlah hukum asas Islam
dilanggar melalui Islam Hadhari yang sesat lagi menyesatkan, kini
perintah Paduka Sultan yang selama ini menjadi lambang kemegahan
orang Melayu pula diengkari. Bukankah lebih elok jikalau Pak
Lah
menukar sistem raja berperlembagaan kepada sistem presiden dan
menjadi presiden Malaysia yang pertama saja?
Tatkala ini saya tidak lagi nampak apa faedahnya UMNO ini. Apakah
layak lagi UMNO mendabik dada menjadi jagoan dalam mempertahankan
hak orang Melayu?. Fungsi UMNO sendiri sudah tidak menentu dan
tiada halatuju. Perjuangan UMNO sudah sama sekali langsung
tidak ada!. Malah saya rasa UMNO kini sudah sampai ke tahap tidak
lagi perlu diambil perhatian oleh sesiapa. Kepimpinannya kucar kacir,
masalahnya semakin menggunung, kepercayaan orang Melayu
terhadapnya makin pudar dan ahli-ahlinya sendiri bermain dengan
pelbagai spekulasi.
Apa yang tidak betulnya dengan Pak Lah ini? Sifat tamaknya
menjadi-jadi, rakusnya umpama manusia dirasuk syaitan yang
menggenggam nafsunya. Tindakan Pak Lah kini menghalalkan
bangsa lain melanggar perintah Raja-raja. Malah saya merasakan
seolah-olah kini sudah muncul dajjal di depan mata, mula membunuh
orang Melayu secara psikologi tetapi terang-terangan dan
semuanya atas nama kuasa.
Nyata sekarang Melayu di Malaysia perlu bangkit menentang manusia
bernama Pak Lah ini. Kita mengagumi perkataan Di-Raja, tetapi kita
sendiri yang membiarkan Pak Lah menentang Raja. Apa perlunya lagi
Rukun Negara? Nasihat saya pada seluruh ahli UMNO, tinggalkan
sajalah parti caca-merba ini. Tidak akan matinya kalau UMNO
dan Pak Lah ditinggalkan. Malah Pak Lah kini perlu
lebih berhati-hati dan wajar berasa gusar kerana pada bila-bila masa
UMNO akan hanya tinggal sekadar logo di atas kertas.
Pak Lah pula seharusnya bersyukur kerana hidup di zaman moden ini.
Saya percaya seandainya Pak Lah menjadi Bendahara di zaman
kesultanan Melayu dan mengengkari perintah Sultan, nescaya
sudah lama kepalanya dipenggal!
Ilyas Yahya
email dari
pelayar
www.umno-reform.com
UMNO & KESULTANAN
From_Email: lili1965@yahoo.com
Bagaiman UMNO ditubuhkan? Kalau diketahui, apabila British ingin
melaksanakan Malayan Union, dimana kuasa kesultanan melayu akan
dihapuskan. Maka Dato' Onn menjemput semua pertubuhan Melayu
berjumpa dan berbincang.Hasil daripada perbincangan dan perjumpaan
ini, UMNO lahir kerana ini mempertahankan kedudukan dan
kedaultan Sultan-sultan.
Hari ini, UMNO sendiri melawan Kesultanan. Hanya kerana seorang ahli
Umno iaitu Idris Jusoh. Bagaimana kalau Sultan Terengganu
mengharamkan wakil-wakil ini menjejakkan kaki mereka di bumi
Terengganu. Bolehkah mereka melawan kehendak Sultan? Atau Sultan
merayu rakyat jelata tidak mengundi wakil-wakil ini. Bolehkah mereka
menjadi wakil rakyat dan memiliki harta yang banyak.
Mereka sepatutnya tahu kenapa Sultan murka dengan Idris Jusoh dan
mereka sepatutnya tidak menderhaka Sultan sendiri. Kenapa Idris
mesti dipertahankan dan kenapa Idris tidak menjawab soalan pemberita
berkenaan kemurkaan Sultan.
Cadangan saya kepada DYMM Pemangku Sultan Terengganu
1. Haramkan wakil-wakil yang biadap menjejaki di bumi Terengganu ini
2. Tarik balik semua gelaran pembesaran mereka
3. Seru mereka agar meletakkan jawatan dan adakan pengundian negeri.
(Kita kalau mereka mampu menang jika pengundian diadakan secara
telus
dan terang)
4. Batalkan semua permit perniagaan mereka di terengganu atau
haramkan
perniagaan mereka
Ampun tuanku, patik akan sentiasa mempertahankan tuanku sebagai
Sultan yang adil dan saksama
|
|
|
|

Pemuda UMNO:
Mengembalikan Keyakinan dalam Fenomena Baru & Generasi Baru
Kejelasan serta
pengamatan daya politik yang lebih menyeluruh dan matang perlu
dibina dan disegarkan semula dalam kepimpinan UMNO. Sudah pasti
patform kepemudaan UMNO perlu kepada ‘re-enginering’ dengan
memasukkan suntikan peranan ‘check & balance’ pemuda UMNO yang lebih
berkesan. Hari ini Pemuda UMNO tidak ubah umpama pasukan sorak atau
‘pom-pom boy’ yang dilihat tidak mampu untuk mencetuskan minat
dikalangan anak muda generasi muda untuk terlibat di dalam
Pergerakan Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda UMNO tidak lagi dapat
bergeraka atas kapasiti lantang dan matang dalam memulihkan
keyakinan dan sedikit sebanyak menentukan halatuju yang lebih
dinamik buat UMNO. Dinamika masyarakat Melayu yang pada hari ini
sudah mula lebih banyak terdedah kepada pengamalan Islam secara
hikmah sudah melihat kehilangan tokoh dalam UMNO yang mampu
memberikan sedikit keyakinan atas asas yang mampu untuk menjaga
kepentingan agama, bangsa dan negara.
Mohd Nazree Mohd Yunus
adalah : Pengerusi Jariangan Pemikir Anak Muda, Institut Kajian Asas
Kemanusiaan Klik Sini untuk membaca artikel penuh di
www.malaysia-hariini.com
|
|
|
|
Noh
Omar dalam Akhbar Sinar 23hb Mac 2008 - Dalam komen beliau
mengenai Ku Li, beliau menyebut Ku Li kena terlebih dahulu
menumpukan perhatiannya pada Kelantan sebelum ingin bertanding
sebagai Presiden. Satu komen yang agak melucukan, kerana sepatutunya
komen seperti itu boleh di tujukan kepada Pak Lah. Dalam konteks
yang serupa kenapa Noh Omar tidak mempersoalkan Pak Lah dan meminta
beliau menyelesaikan Pulau Pinang sebelum mahu mengangkat sumpah
menjadi Perdana Menteri?
Bukankah nada itu
serupa. Kalau Noh Omar boleh minta Ku Li selesaikan Kelantan kenapa
tidak meminta Pak Lah selesaikan Pulau Pinang. Agak janggal Perdana
Menteri asal dari negeri yang dikuasi pembangkang.
|
|
|
|
Sedang kami melayari Internet kami terjumpa dengan
artikel tahun 1999 oleh Ibrahim Baba bertajuk "MAGERAN"
http://members.tripod.com/polong_cyber/koleksi2/a5208.html
AKAN BERLAKUKAH MAGERAN - kita bincang sama-sama klik tajuk
|
MAGERAN AKAN AMBILALIH NEGARA, JIKA BN KALAH!
Maklumat yang diterima menyatakan bahawa UMNO akan
melancarkan satu gerakan di bawah Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) yang akan menjadi "senjata" utama dan terakhir
pihak UMNO/Barisan Nasional untuk terus berkuasa.
Segala persiapan penubuhan MAGERAN sudah hampir pasti
tersusun sebagaimana Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN).
Mengikut sumber yang memberitahu MR, MAGERAN akan
dilaksanakan kalau UMNO/Barisan Nasional kalah di dalam
Pilihanraya umum nanti atau keadaan ekonomi menjadi
terlalu teruk dan buruk.
Apa yang menjadi percaturan UMNO hari ini, apabila
keadaaan ekonomi menjadi terlalu teruk dan buruk maka
situasi kekacauan kaum akan diada-adakan (created)
sebagai alasan kepada melaksanakan melaksanakan MAGERAN.
Ada kemungkinan sebab-sebab kepincangan sosial seperti
bohsia, penagihan dadah, pelacuran dan lain-lain juga
turut akan dijadikan alasan. Beberapa fakta yang
mendorong kepada penubuhan MAGERAN ini ialah seperti
berikut:
Abdullah Badawi merupakan seorang yang amat 'familiar'
mengenai MAGERAN semasa MAGERAN dilaksanakan pada tahun
1969 di mana ianya dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak,
dimana beliau merupakan pegawai kerajaan yang
melaksanakan tugas-tugas sekeretariat MAGERAN.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) adalah mirip
kepada MAGERAN di mana hampir semua unsur-unsur,
struktur dan elemen-elemen penting MAGERAN sudah sedia
ujud. MTEN boleh ditukar fungsinya kepada MAGERAN dengan
cepat dan pantas. UMNO/Barisan Nasional amat gusar
dengan suasana politik kini dan pendirian pengundi yang
mirip kepada pembangkang. Rujuk surat S/U Agung UMNO
kepada semua Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan
semua Ketua Bahagian bertajuk "Pergolakan Politik" Bil
UMNO/B/PBT/1 JLD:3 bertarikh 14 April 1999.
http://members.tripod.com/~mahazalimx/umyes.html
Hubungan dengan negara seperti Libya dan Iraq semakin
aktif dengan lawatan anak Gadafi pada ahkir bulan April
1999 (tiada dalam berita - blackout) dan lawatan Naib
Presiden Iraq, Taha Ramadan yang tidak diberi publisiti
muka depan akhbar adalah tanda-tanda
perbincangan-perbincangan bagi mempelajari pengalaman
Libya dan Iraq dalam menangani krisis yang sama yang
akan dihadapi di Malaysia.
Berita-berita di akhbar yang sudah 'psycho' orang awam
yang menegaskan bahawa masalah sosial (pengedaran dadah)
perlu diperangi sebagaimana memerangi komunis. Seperti
tersiar di muka hadapan Berita Harian pada awal Mei dan
usaha melaksanakannya telah bermula dengan penangkapan 'maknyah"
baru-baru ini di sekitar KL.
Kedaaan ekonomi yang gawat dan kenaikan KLSE yang
mendadak adalah Merupakan 'artificial' dan dijangka akan
merudum selepas bulan September 1999. Proses
pemberhentian pekerja akan berterusan dan ini akan
memberi kesan negatif kepada sokongan terhadap UMNO/Barisan
Nasional.
MAGERAN mungkin tidak mendapat sokongan pihak tentera
sepenuhnya. Maka pihak tentera perlu "didisiplinkan"
melalui pemaparan berita-berita kepincangan projek ATM
(e.g. Pularek dan pemalsuan cek baru-baru ini).
Mula-mulanya difikirkan paparan tersebut adalah
ditujukan kepada Syed Hamid atau Najib atau Samy Vellu,
tetapi berita-berita selanjutnya jelas menunjukan ianya
ditujukan kepada pihak tentera Pularek.
Kesan paling nyata apabila terlaksananya MAGERAN ini
ialah terhadap semua pemimpin parti pembangkang, NGO
yang kritis terhadap kerajaan, pengedar dadah, ibu/bapa
ayam, bohsia dan pemimpin-pemimpin agama yang dianggap "salah"
akan ditangkap.
Akhbar-akhbar tempatan akan memaparkan betapa MAGERAN
perlu diadakan dan ianya akan dapat menyelesaikan
masalah-masalah sosial dan ekonomi. Seperti di masa
dahulu "operasi lalang" pemimpin parti pembangkang akan
bercuti di Kemunting, Perak selama 2 tahun atau mungkin
lebih.
Selepas MAGERAN, Daim akan menjadi PM selama tidak
kurang 2 tahun sebelum digantikan oleh Abdullah Badawi.
Sekiranya semua perancangan berjalan baik, maka Najib,
Abdulah Badawi, Syed Hamid adalah merupakan calun-calun
Presiden di arena perhimpunan agung UMNO ketika itu
nanti. Daim akan ditahtakan oleh Mahathir dan kroninya
sehingga beliau bersedia untuk bersara.
Sumber: Ibrahim Baba
20Mei, 1999 |
Sungguhpun ini artikel lama maka satu
persoalan yang penting perlu kita tanya, adakah ini tidak
mungkin berlaku hari ini di mana kedudukan Barisan Nasional agak
meruncing. Kita perlu juga mempersoalkan perkembangan terbaru
dalam politik negara kita. Kita lihat peranan Sultan dan Yang Di
Pertuan Agung. Kita hari ini menyaksikan kemelut perlantikan
Menteri Besar khususnya di Perlis, Selangor, Perak dan
Terengganu.
Kita lihat bagaimana dalam isu Terengganu
terdapat kemelut terbesar. Sultan menolak perlantikan Idris
Jusoh dan Ahmad Said kini dikatakan di pecat kerana melanggar
arahan parti untuk tidak menerima jawatan itu. Keadaan ini
melibatkan pergeseran UMNO dengan Istana Terengganu yang mana
melibatkan Yang Dipertuan Agung. Adakah semua ini menghala ke
arah yang spesifik. Adakah - MAGERAN mahu menyusup masuk? Kita
bincang sama-sama.
Klik sini
|
|
|
|
KE ARAH
PEMANSUHAN AUKU 1971
Oleh : Ibnu Khuzaimah
hanya anak muda saja yang bisa mendobrak zaman Hishamudin Rais.
Memetik kata-kata Dr.Sanusi Osman dalam satu kertas kerjanya, "Mengapa
Akta Universiti dan Kolej Universiti ditentang". Beliau menyatakan "penglibatan
dan peranan mahasiswa penting sebagai jurubicara rakyat, imej mereka
tinggi dan pengaruh mereka juga meluas dalam masyarakat. Sungguhpun
begitu, kelantangan kritikan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan,
pendedahan di surat-surat khabar mengenai kecurangan dan
pernyelewengan kerajaan, pendedahan terhadap pemimpin-pemimpin yang
rasuah dan opurtunis yang disertai pula dengan demonstrasi di dalam
dan di luar kampus menimbulkan perasaan kurang senang di kalangm
elit yang memerintah".
Umum tahu sejak pengenalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
hampir segala kegiatan mahasiswa di pusat pengajian tinggi tempatan
yang bercanggah dengan kehendak pemerintah negara ini khususnya
Kerajaan Pimpinan Barisan Nasional dikekang sebegitu hebat
sehinggakan membawa pelbagai natijah yang begitu parah terhadap
kredibiliti, kreativiti dan serta keberanian mahasiswa menyuarakan
pendapat apatah lagi menganjurkan demonstrasi seperti yang pernah
menempa sejarah sebelum pengenalan AUKU 1971 dan beberapa waktu
selepas ia diperkenalkan.
Mahasiswa yang terhasil sejak AUKU di perkenalkan dikatakan tidak
sehebat mahasiswa zaman Anwar Ibrahim dan sewaktunya. Suara jalanan
mahasiswa begitu berani menyanggah kepincangan kerajaan dan menjadi
jurubicara rakyat bawahan.
Penggubalan AUKU 1971 jelas berkait rapat dengan tindakan para
mahasiswa yang berpusat di Universiti Malaya menyanggah kepincangan
dalam kerajaan bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman masa itu. Pada masa
itu mahasiswa jelas sekali terlibat dalam kempen PRU ke 4 1969,
dengan manifestonya yang menyokong pembangkang.
Keberanian mahasiswa bertindak amat menggerunkan pihak pemerintah
lantas tergubal satu AKTA yang bertujuan mengekang aktivis kampus
dari bersuara. Bagaimanapun AUKU tidak melumpuhkan keberanian untuk
terus menjadi jurubicara dan mengkritik pemerintah. Biarpun AUKU di
wartakan pada 1971, semangat mahasiswa masih membara tanpa
menghiraukan kewujudannya, terbukti peristiwa besar dalam sejarah
gerakan mahasiswa berlaku pada tahun 1974.
Kemuncak perjuangan mereka adalah Peristiwa Baling pada bulan
November 1974 di mana lebih 4,000 mahasiswa dari beberapa universiti
dan pusat pengajian tinggi telah bersama petani-petani mengadakan
demonstrasi membantah kebuluran yang berlaku di Baling.
Saudara Anwar merupakan nama besar yang sukar dilupakan. Nama-nama
lain seperti Hishamudin Rais, Kamarudin Jaafar menjadi sebutan
masyarakat umum akan keberanian menyuarakan suara hati nurani rakyat
terpinggir. Ramai lagi pemimpin pelajar yang berwibawa dilahirkan
sekitaran waktu ini.
Penangkapan demi penangkapan aktivis mahasiswa dan penekanan melalui
AUKU 1971 ini yang kemudian dipinda lagi pada 1975 akhirnya berjaya
mengendurkan kelantangan mahasiswa diakhir 70an dan seolah-olah
terus mencengkam dan mencekik suara mahasiswa hingga kini. Kebebasan
berpolitik mahasiswa juga dirampas melalui pindaan ini.
Suara suara yang mengkritik kerajaan terus senyap dari kampus-kampus
sebaliknya hanya suara-suara yang mengampu dan memuji kerajaan
sahaja yang dibenarkan dan pada masa yang sama tonggak parti
pemerintah sesuka hati keluar masuk kampus membawa bersama
dogma-dogma dan idelisma UMNO melalui ejen-ejennya di dalam kampus.
Kuasa besar yang mengawal di rujuk sebagai Hal Ehwal Pelajar atau
HEP, di ketuai oleh seorang Naib Canselor HEP.
Dengan penguatkuasaan yang idak ada tolak ansur, dalam semua IPTA
, Naib Cancelor HEP bertembung dan tidak begitu digemari oleh
mahasiswa. Segala apa kegiatan mahasiswa perlu dilapor di sini.
Segala tekanan terhadap mahasiswa akan berpusat di sini. Sihinggakan
Pilihanraya Kampus di tentukan oleh pihak UMNO dan ejen-ejennya di
dalam kampus.
Pergerakan mahasiswa juga seperti diikut menggunakan GPS. Mana-mana
mahasiswa terlibat dalam proses pilihanraya bersama parti
pembangkang pasti akan diambil tindakan kerana melanggar kehendak
AUKU.
Apa yang tinggal? Yang tinggal hanyalah kegiatan yang berupa social
dan kebudayaan yang tidak mencabar wibawa kepimpinan mahasiswa.
Graduan pulang dengan hanya segulung ijazah tanpa sokongan karisma
dan keberanian bersuara sebagai jurubicara masyarakat sebagai merit
tambahan. Graduan yang hampir robotic ‘ngeh’ dan yes man.
Itu kehendak AUKU atau Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO.
Namun, tidak semua matlamat AUKU tercapai. Masih terdapat sebilangan
siswa yang berani menentang secara diam atau dengan menggunakan
media-media lain sejajar dengan kemajuan teknologi.
Natijah yang jelas, minat jenerasi muda terhadap politik kepartian
menuju kearah sifar, kecuali mereka yang sememangnya terdidik dari
keluarga yang berakarumbikan politik, samada pembangkang mahupun
pihak pemerintah. Suasana ini amatlah tidak sihat. Ia lebih
kelihatan sebagai baja yang menyuburkan nepotisma dan kronisma.
Bukti jelas ialah pada PRU 12 yang lalu dimana begitu ramai bekas
pemimpin mahupun pemimpin yang ada memberi laluan kepada anak-anak,
suku sakat dan menantu bertanding dalam PRU 12. Macamlah tidak ada
orang lain yang lebih layak.
Selangor Peneraju Minda Terbuka.
Tsunami politik yang melanda Negara lewat PRU 12 yang lalu perlu
dilihat sebagai salah satu manifestasi mual jenerasi memuntahkan
semula dogma-dogma yang dipaksakan oleh pemerintah terhadap jenerasi
muda. Melalui kemajuan teknologi maya yang dikuasai oleh jenerasi
muda terdidik, kekangan kebebasan terhadap kebebasan akhbar dan
media tidak menjadi halangan. Media alternative menggunakan jaringan
maya menjadi pilihan nombor satu, meletakkan media konvensional
tidak lagi mendapat kepercayaan pembaca. Beribu-ribu bloggers muncul
dengan berani merobek kewibawaan kerajaan dan memberikan pandangan
baru dan secara total merobah mindset rakyat terhadap kerajaan BN.
Jawabnya terbentang jelas, Majoriti 2/3 Barisan Nasional terpadam
buat pertama kalinya.
Kredit kepada kejayaan ini perlu diberikan kepada semua pihak samada
kepimpinan parti, pekerja parti, bloggers, dan tidak ketinggalan
juga para mahasiswa dan jenerasi muda yang berani keluar membantu
mencapai kejayaan ini.
Kini, biarpun belenggu AUKU masih menghambat mahasiswa, kesedaran
mula menyingkap kotak minda para mahasiswa. Begitu ramai yang pulang
kekampung masing masing membantu menggerakkan jentera Barisan Rakyat
dengan berbekal kepandaian dalam teknologi internet. Di bilik
gerakan dan pondok-pondok panas Barisan Rakyat kelihatan dilengkapi
dengan wireless broadband untuk mengakses maklumat terkini secara
segera di sampng menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan di kawasan
lain. Marvellous!
Mahasiswa sudah tidak gerun lagi dengan AUKU. Mahasiswa sudah mula
beralih arah. Dengan kejayaan Barisan Rakyat dalam PRU 12 yang lalu
ia mampu memberi nafas baru kepada gerakan mahasiswa untuk bangkit
menentang kepincangan yang terhasil kerana AUKU.
PRU 12 juga menjadikan Selangor milik Barisan Rakyat. Signifikannya,
Selangor satu satunya negeri yang mempunyai sebuah Universiti iaitu,
UNISEL atau Universiti Industri Selangor. Sebagai satu ingatan,
UNISEL telah dijadikan sebagai pusat gerakan Barisan Nasional pada
Pilihanraya Kecil Ijuk dengan restu Naib Canselornya sendiri.
Sesuatu yang amat menjijikkan bagi sebuah pusat academia tunggal
milik Negeri Selangor. (Laporan lengkap lihat )
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7436&Itemid=75
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7620&Itemid=56
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8850&Itemid=85
Dengan pentadbiran baru Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid,
adalah diharapkan, ia akan menjadikan UNISEL sebagai sebuah
universiti tersohor di rantau ini yang mampu melahirkan
graduan-graduan yang mantap, pro-aktif dan kental jatidiri seperti
mana kebanyakan graduan-graduan pre- AUKU yang membarisi kepimpinan
Barisan Rakyat mahupun kepimpinan Negara. UNISEL perlu mendahuhui
lain-lain IPTA , mengorak langkah dengan mesej AUKU 1971 sudah lapuk
dan wajib dihapuskan.
|
|
|
Isu perlantikan MB, tindakan boikot oleh ADUN
Terengganu dan pemecatan Ahmad Said
Apa kata pelayar
www.umno-reform.com
Demi bangsa, Sultan dan agama kita
Date: Sun 03/23/08 03:52 AM
<salleh.johari@yahoo.com>
Assalamualaikum tuan editor. Saya mohon tuan terbitkan e-mel saya
ini.
Satu
demi satu kemelut MB tertonjol sehinggakan saya sebagai anak Melayu
yang beragama Islam merasa amat malu dan pilu melihat gelagat
juak-juak UMNO di Perlis dan Terengganu. Mana maruah Melayu, mana
adab Melayu dan mana tatasusila Melayu? Di dalam pelajaran Sejarah
kita diajar agar menghormati institusi Raja-Raja Melayu. Dalam
pelajaran Sivik kita diajar untuk menghayati Rukun Negara
sehinggakan pegawai JPA semasa temuduga suruh kami nyatakan Rukun
Negara. Semua kami tahu dan fasih menyebutnya semula, iaitu:
-
Kepercayaan kepada Tuhan
-
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
-
Keluhuran Perlembagaan
-
Kedaulatan Undang-Undang
-
Kesopanan dan Kesusilaan
Apa yang berlaku di Perlis dan Terengganu amat
mengecewakan. Sehinggakan anak saya yang baru Tahun 4 bertanyakan
mengapa Dato Seri Idris Jusuh (DSJI) dan Dato Seri Shahidan Kassim (DSSK)
sanggup ingkar dan melawan pihak istana? Di manakah Kesetiaan pada
Raja dalam diri mereka? Jelas dalam kemelut ini, rakyat seperti DSIJ
dan DSSK sudah lupa daratan dan mereka hanya bertuanku pada Pak Lah.
Kebiadaban seumpama ini harus tidak dimaafkan oleh pihak Sultan dan
Raja. Saya ingin syorkan agar DSJI dan DSSK dilucutkan gelaran Dato
Seri mereka buat selama-lamanya. Begitu juga YB-YB yang lain yang
menganggap mereka ini lebih besar dari Sultan.
Sekarang ada beberapa orang kami yang kukuh dalam ekonomi dan
terpelajar sedang memikrikan untuk menubuhkan satu parti rakyat
Melayu dan kami ingin namakan Parti Melayu Nasionalis yang akan
memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Melayu dan agama Islam
seluruh Malaysia dan memertabatkan semula semua kuasa Raja-Raja
Melayu. Kini kami lihat UMNO sudah tidak relevan lagi pada orang
Melayu dan agama Islam yang suci. Islam Hadhari peloporan Pak Lah
adalah mengarut dan Cuma akan menjahanamkan orang-orang Melayu,
khasnya golongan muda. Mana boleh pegang-pegang tangan dan peluk
bini orang, kemudian jadi imam pula?
Saya mohon reaksi dari tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita bersatu
untuk membangunkan semula bangsa kita dan agama kita yang telah
dilalaikan dan diperdaya oleh UMNO khasnya pemimpin masa kini.
Terima kasih dan wasalam.
Email diterima
zamri66@yahoo.com
zamri mohd nor
Pesanan: Apabila MB tidak menghormati sendiri anak sultan iaitu
pemangku sultan, maka secara tidak langsung MB tidak
menghormati kesultanan Melayu.
Apa hak sultan jika kebiadapan ini berlaku. Adakah Sultan hanya
mampu tersenyum apabila perkara ini berlaku. Seperti yang dinyatakan
oleh Peguam Negara, Sultan mempunyai hak untuk menentukan
siapa MB bagi negeri berkenaan. (Kenapa Perlis boleh tumbang MB
sedangkan beliau menerima watikah perlantikan) Sebab MB tak rapat
dengan KJ seperti bekas MB Terengganu (sedia maklum, bahawa piala
monsun yang diadakah di Terengganu dikawal oleh sahabat baik KJ)
jadi kerana KJ kesultanan
Melayu tergadai dan di derhaki.
Setiausaha Agung UMNO yang baru, Engku Adnan (nama sebenarnya tetapi
tak tahu bila masa dijadikan Tengku) menyatakan watikah
perlantikan MB lebih utama dan UMNO akan memecat calon MB pemilihan
sultan. Wah, apa nak jadi, tanpa saluran yang ada pecat boleh
dilaksanakan. Kenapa MB baru Perlis tak dilakukan sedemikian!!!
Hancur UMNO bawah Pak Lah, cadangan agar Pak Lah pergi jadi Menteri
Luar sebab sepanjang 5 tahun menjadi PM, 40% masa dihabiskan diluar
negara! Macamana????
Email di terima
Kelemahan pemerintahan Pak Lah terlalu menonjol
Ahmad Zaid Md Hakim
Kalau kita lihat di Perak, apabila DAP memboikot Sultan Perak, semua
orang kuat Pak Lah mengamuk terutama KJ da n
kalimullah. Sehingga semua akhbar Melayu di kawal kalimullah
membangkitkan isu kesultanan dan kemelayuan sehingga memaksa
DAP memohon maaf.
Tapi di Terengganu, bila Sultan memilih calon MB yang lain, semua
adun BN memboikot malahan calon MB akan digugurkan keanggotaan UMNO
mereka. Bukankah ini dipanggil biadab!!! Semua warga bukan melayu
melihat orang Melayu sendiri menderkahai SULTAN kita sendiri.
Pasal MB orang kuat PM, Sultan dijadikan mangsa. Mana dia akhbar
melayu yang dikawal oleh KJ dan Kalimullah menyerang adun ini!!!
Mana dia PM kita yang berfikiran terbuka dan meluas sehingga
menderhaka kepada kesultanan Melayu Terengganu!!!
Jawap wahai PM yang berteraskan ISLAM HADHARI dan BERFIKIRAN TERBUKA,
apa juga alasan ingat sultan tempat orang melayu mengadu apabila
pemimpin atau menantu pemimpin melampaui batas!!!
Email di terima
Zufri Zain Dato Zainal Zain
Apa yang berlaku di Terengganu adalah antara contoh tidak prihatin
UMNO terhadap kehendak rakyat. Sekiranya YAB PM mahu mengembangkan
kewibawaan beliau, beliau sepatutnya mampu melantik MB baru untuk
Terengganu. Dalam UMNO sepatutnya Idris bukan muktamat. Apa yang YAB
PM mahu tonjolkan?
Dua perkara.
Pertama dia mahu menunjukkan siapa lebih berkuasa
dalam perlantikan MB. Dia salah. Kesannya, kewibaaan beliau
dipertikaikan.
Kedua YB Idris lebih berkuasa darinya. Ini juga
menjadikan kewibawan beliau dipertikai. Apa akan jadi kalau
betul 11 ADUN UMNO Trengganu menyokong Ahmad Said? Langsung
hancur kewibawaan beliau. Mungkin itu menjadi isyarat beliau
meletak jawatan.
Katakanlah tiada ADUN UMNO akan menyokong Ahmad Said. Pada sidang
dewan pertama akan ada undi tidak percaya. Apa akan berlaku?
Kemungkinan ADUN dibubarkan. Kesannya pilihanraya baru. Adakah UMNO
boleh menang semula? Kemungkinannya tidak. Kalau menang pun,
mahukan Idris lagi? Hal yang sama akan berlaku. Pilihannya
UMNO akan pilih orang lain pula.
Saya rasa sebahagian ADUN UMNO sekarang baik fikir banyak kali sebab
kalau pilihanraya diadakan sekali lagi peluang untuk menang semula
sudah tipis. Itupun kalau anda dipilih oleh YAB PM atau YB Idris
untuk bertanding semula.Sekarang anda aalah wakil rakyat Trengganu
dan keutamaan anda perlulah kebajikan rakyat Trengganu, bukan
kebajikan YB Idris. Kata Ahmad Nabil, juara Raja Lawak : Ada otak
fikir-fikirkanlah.
|
|
|
|
Email di terima
Mohd Nordin Zainuddin
Idris Jusoh tumbang. Pak Lah tidak dihormati lagi.
Isu membelakangkan rakyat dan sikap MB yang tidak digemari Sultan
merupakan asas penolakan Sultan. Apa! Hari ini UMNO mahu menderhaka
kepada Sultan? Mahu menderhaka hanya kerana nak tunjuk sokongan pada
Idris Jusoh. Baik lupakan. UMNO sekarang sudah menjadi amat
tegang-tunggu untuk meletup dan hilang diawang-awang. Pak Lah perlu
melepaskan kepimpinan UMNO sekarang sebelum keadan semakin buruk.
Idris Jusoh juga perlu diambil iktibar oleh kepimpinan lain. Hari
ini Sultan Terengganu sedar bahawa mereka juga mempunyai kuasa dan
kuasa ini perlu digunakan untuk bertindak agar Pak Lah meletak
jawatan. Yg Di pertuan Agung, segera lakukan agar Melayu tidak
luntur akibat kehadiran DAP yang turut beragenda bangsa.
|
|
|
|
Email di terima
Abufarhan Abizakaria
Pusat Kajian Strategik dan Pembangunan
Global (PUKAL)
dinya33@gmail.com
Assalamualaikum: Kabinet Pak Lah telah terbentuk tetapi kita boleh
namakan kabinet "pongoeh". Mereka yang tidak disukai oleh rakyat
dilantik sebagai menteri.Mereka yang tidak dicalonkan sebagai MP
dilantik sebagai menteri.Bahana sifat 'pengoeh' ketua wanita umno
hilang jawatan, orang yang terlibat dengan bergundi-gundi wang entah
dari mana terlantik sebagai menteri.
Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
telah jatuh ketangan pembangkang, tetapi Selangor, Perak dan Pulau
Pinang dapat dua, tiga dan empat menteri tetapi Kedah tidak seorang
pun menteri kerajaan pusat.Inilah sifat 'pongoeh', Perlis jauh
sekali.Apa makna ini semua??
Kita menjadi hairan bila Datuk Masitah Ibrahim
dilantik sebagai Tmbalan Menteri, atas kapasiti manakah pemilihan
ini dibuat, sedangkan di Kedah masih ada beberapa MP dari BN yang
berjaya pada PRU 12 yang lalu.Maruah BN akan terus tercemar kerana
mereka seperti MP Kubang Pasu terus dilantik sebagai Timbalan
Menteri sedangkan sebelum ini ada beberapa isu yang berkaitan dengan
beliau belum terjawab sepenuhnya.
Tetapi MP Jerlun yang baru anak mantan Perdana
Menteri adalah lebih berotoriti dan mempunyai kelayakan yang
tersendiri dibiarkan tanpa sebarang jawatan utama dalam kerajaan.
Setahu kita MP Jerlun juga mempunyai pengetahuan dalam sektor
telekommunikasi tetapi sayangnya jawatan menteri telekomunikasi
diserahkan kepada suku sakat yang dekat dengan Perdana Menteri.
Kita kena sedar kerajaan akan melaksanakan projek
HSBB maka kita kuatir akan berlaku kebocoran dalam perlaksanaan
projek ini, hampir 15Bilion ringgit akan disalurkan menerusi HSBB.
Menjadi ketakutan nanti broadband yang dirancang entah kemana wang
rakyat telah habis diguna.Rakyat Kedah perlu memberikan insyarat
kepada kerajaan pusat bahawa kita perlukan seorang menteri penuh
bagi menjamin kesinambungakan dan kelangsungan warga Kedah.
Nampanya kita di Kedah telah dipinggirkan dalam
kabinet 'pongoeh'ini. Ayuh rakyat Kedah kita bersatu dan minta
Perdana Menteri kaji semula perlantikan menteri kabinet ini. Adalah
menjadi harapan seluruh rakyat Kedah agar negeri ini mempunyai wakil
berstatus menteri dalam kabinet yang dibentuk dan gugurkan segera
mereka yang tidak menjadi MP Kedah, kerana ianya bukan wakil rakyat
Kedah tetapi wakil Pak Lah.
|
|
|
|
Email di terima
Kami di IPTA Undi Protes
Azizah Chong <azizah_chong@yahoo.co.uk>
Dalam PRU12 baru-baru ini kami pengundi muda dari IPTA bukan benci
kepada kerajaan, tetapi amat meluat dengan kesombongan dan
keangkuhan pemimpin Melayu UMNO dan BN seperti Samy Vellu khasnya.
Mereka sombong dan memang AMAT SOMBONG. Setiap ucapan mereka
menghina keintelektualan kami dan ini kami ingat semua ini dan tidak
mudah lupa. Mereka dalam UMNO dan BN hanya pemimpin yang dipilih
oleh masyarakat umum dan KAMI bukan RAKYAT mereka. Kami adalah
rakyat kepada Sultan atau negeri dan negara, bukan rakyat kepada
pemimpin yang dipilih oleh kami sendiri. Dalam istilah penggunaan
bahasa, pemimpin UMNO jangan sekali-kali gunakan istilah “Rakyat”
kepada kami. Yang boleh gunakan istilah itu ialah Sultan dan kami
adalah rakyatnya.
Di IPTA setiap kali pemimpin datang ke kampus, kami sentiasa
dimarahi dan disindir seolah-olah kami tidak ada minda yang waras.
Dalam pilihanraya MPP kami tidak diberi peluang untuk bersuara. Kami
dipaksa menerima calon UMNO. Jika kami ingin bertanding, kami
dianggap “Pembangkang”. Di universiti pemimpin UMNO yang diketuai
oleh Menteri KPT sendiri memisah-misahkan kami. Kami tidak boleh
membuat aktiviti walaupun untuk kepentingan intelektual. Kami
diherdik dengan kata-kata tidak tahu berterima kasih atau bersyukur
kepada jasa yang dicurahkan. Bukankah segala tanggungjawab
mengadakan universiti, kemudahan dan biasiswa atau pinjaman suatu
tanggungjawab sosial terhadap pelajar-pelajar yang layak menerimanya.
Jika kerajaan alternatif yang memerintah, mereka juga
bertanggungjawab untuk memberikan yang sama, bukan saja UMNO. Ada
atau tidak ada DEB bukan isu penting dan sehingga kini kami semua
tahu DEB tidak banyak membantu orang-orang Melayu. Yang kaya ialah
orang-orang UMNO dan BN juga. Bukti yang sahih cukup banyak. Lihat
sajalah betapa kaya dan mewahnya mereka yang menduduki kerusi UMNO
di cawangan, bahagian dan peringkat nasional. Lihatlah kami di
universiti ? Apa yang ada? Katil buruk, kerusi patah, bola kecut dan
makanan di kantin yang mahal. Naib Canselor asyik gila ke luar
negara dan mahu universiti diiktiraf untuk mendapat ranking
antarabangsa. Pelajar antarabangsa dilayan macam anak emas, kami
pula umpama kera dari hutan. Janganlah pemimpin UMNO memikirkan
bahawa apa yang mereka “berikan” kepada kami sudah melangit nilainya.
Dalam PRU12 ini kami betul-betul protes. Undi kami ialah suara kami
dan hak kami. Pak Lah, Tok Pa (walaupun bukan lagi Menteri KPT)
sedarlah. Bagi Dato’ Seri Khalid Nordin, kami harap janganlah
melakukan perkara yang sama terhadap kami di universiti tahun ini
dan tahun-tahun akan datang. Bagi UMNO, pulanglah ke pangkal jalan.
Mana perjuangan UMNO sebenarnya?
|
|
|
|
Komen dari email
Kelemahan pemerintahan selangor yang lepas
zamri66@yahoo.com
Kelemahan pemerintahan kerajaan selangor yang lepas adalah
disebabkan oleh semua faktor termasuk polisi pemerintahan. Antara
faktor-faktornya ialah
a) MB mengutamakan kecantikan diri.
Apabila MB sendiri leka dengan kecantikan diri, ianya dilihat bahawa
MB tidak peka dengan masalah penduduk. Orangramai bertanya siapakah
yang mampu membelanjakan ribuan ringgit untuk kecantikan dan
keputihan diri.
b) polisi pemutihan
Apabila MB menyatakan sendiri bahawa kilang haram boleh diputihkan.
Timbul isu pembayaran rasuah. Malahan banyak pemilik kilang haram
mengakui mereka membayar duit kepada orang berkuasa. Serta MB
mementingkan duit daripada kesejahteraan orangramai. Ini dijadikan
alasan untuk pembangkang mengunakkan isu penting untuk kejatuhan BN
di Selangor.
c) Keangkuhan MB
Apabila MB melancarkan sifar pembangkang. Ini menyebabkan ramai
menyokong pembangkang. Jika dengan sedikit pembangkang, kerajaan
negeri boleh bertindak sesuka-hati, bagaimana pula dengan tanpa
pembangkang. Mungkin hancur.
d) Pembunuhan secara senyap oleh bekas ADUN dan MP.
Apabila kebanyakan adun dan MP digugurkan, tanpa alasan. Bekas ADUN
dan MP ini mengerakkan gerakan bawah-tanah dengan memujuk pengundi
mengundi pembangkang. Malahan bekas ADUN dan MP yang merupakan Ketua
Bahagian tidak pernah menyalurkan duit yang sepatutnya kepada calon
BN sendiri.
e) Status Calon BN sendiri
kebanyakan calon BN memiliki perniagaan dengan majlis perbandaran.
Jadi mereka alpa dengan kekayaan dan mengandaikan orangramai akan
mengundi BN. Malahan ada calon BN yang membeli kenderaan MEWAH
semasa pilihanraya.
f) Calon BN daripada kalangan pemuda
Timbul cerita bahawa kebanyakkan calon BN selangor dicadangkan oleh
KJ sendiri! KJ merupakan liabiliti kepada BN sendiri dan secara
tidak langsung sudah menghantar BN sendiri berkubur. Tindakan KJ
mengawal calon menunjukkan citarasa dan kehendak pengundi selangor
diabaikan. Berapa ramai orang yang benci kepada KJ, budak muda yang
berlagak pandai dan bercita-cita menjadi billionaire melalui ETOS
consulting Sdn Bhd dan ECM Libra.
g) Tidak gerakan langsung daripada Ketua Penerangan UMNO sendiri.
Sepanjang pemilihan, Tan Sri Mohamad berdiam diri. Tidak pernah
mengikuti atau mengadakan ceramah langsung. Secara tidak langsung,
kekalahan BN bakal memberikan beliau peluang untuk COMEBACK. Ini
yang diharapkan oleh beliau sedangkan kita semua maklum Tan
Sri sendiri adalah tidak bersih! (ingat tindakan beliau kepada adik
sultan selangor dan cerita pembawaan duit di Australia)
Jadi adakah Dato Khir sahaja bersalah dalam hal kekalahan ini? Atau
semua ketua bahagian yang bertepuk sorak apabila Dato Khir
mengumumkan perlepasan jawatan sebagai pengerusi BN dan UMNO Negeri?
|
|
|
|
Komen dari email
Presiden UMNO ; 3 Penjuru (Pak Lah, Ku Li dan Najib)
From_Email: glokal1@yahoo.com.my
Barangkali istilah tsunami jadi kurang sesuai untuk memperkatakan
politik Malaysia hari ini. Apakah mungkin GEMPA BUMI lebih sesuai,
kerana biasanya sesudah gempa besar akan ada banyak gempa susulan
dan bahkan mungkin saja, gempa susulan ini lebih besar dari
pada yang pertama.
Ekoran kekalahan "TOTAL" umno/bn, saya sebut kekalahan total
memandangkan pru 12 ini dilaksanakan oleh SPRR teramat-amat "menconteng
arang di kening demokrasi". Akhirnya saya tertanya-tanya, "APAKAH
RASHIT INI FAHAM MAKNA DEMOKRASI ???.
Berbalik kepada "GEMPA SUSULAN" yang sekarang sedang melanda umno
sebenarnya amat menggerunkan pihak-pihak yang sedang memegang kuasa.
Pak Lah dipermalukan oleh Tk Azlan, Anifah dimana belum berlaku
dalam sejarah umno (?), ada orang yang dilantik menjadi timb.
Menteri menolak jawatan tersebut. Belum cukup dengan itu Radzi
meletak jawatan, menyusul berita katanya Tok Wan Rafidahpun nak
letak jawatan (akhirnya tak jadi, kerana setelah menjaga cucu sehari,
ternyata cucunya tidak suka dengan nenek tembamnya yang asyik
membebel). Gempa susulan seterusnya di mana Mukhriz suruh Pak Lah
letak jawatan, kemudian disusuli lagi oleh gempa susulan yang lebih
besar iaitu Ku Li nak lawan Pak Lah.
Senario ini akan menjadikan "PASTI JAWATAN PRESIDEN UMNO AKAN
DIPERTANDINGKAN". Penulis melihat, pertandingan 3 penjuru akan
berlaku kerana kalau Pak Lah lawan Ku Li, lalu apa untung nasib
Najib ?, apakah beliau mahu kekal sebagai timbalan sahaja ?.
Sekiranya Najib tak bertanding, ertinya ia sekedar menjadi partner
kepada Pak Lah atau Ku Li. Perhitungannya, siapapun yang menang
antara Pak Lah dan Ku Li maka Najib akan kekal dengan jawatan
Timbalannya. Isunya menjadi berkembang, sama ada Pak Lah atau Ku Li
yang menang akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan untuk berkuasa,
dan kalau Tun sehingga 22 tahun, kenapa Pak Lah/Ku Li tidak mahu
juga menjadi 3 atau 4 penggal lagi. Maka jalan paling baik untuk
Najib adalah menyertai perlumbaan presiden umno sekarang, kalau
tidak saya pasti Najib akan "berputih mata" selama-lamanya. Najib
mesti mempunyai cukup keberanian sekarang, kerana beliau mempunyai
penyokong yang kuat di akar umbi berbanding Pak Lah. Sedangkan Ku
Li, barangkali hanya sekedarkan ingin meraih undi simpati sahaja.
Barang diingat, Ku Li tidak mempunyai nasib baik
dalam pertandingan jawatan tertinggi, beliau kalah 2 kali kepada
Musa Hitam dalam perebutan jawatan Timb Presiden, lalu kalah lagi
kepada Tun dalam pemilihan presiden yang sehingga sekarang
diperkatakan sebagai Ku Li yang menang, namun putusan hitam putihnya
Ku Li kalah 43 undi.
Sekiranya Najib berhajat nak jadi Presiden umno merangkap Perdana
Menteri, maka sekarang adalah momentum yang paling sesuai untuk
beliau mempertaruhkan nasibnya. Kita jangan lupa, dalam pemilihan
tahun 1996, akar umbipun meminta Anwar bertanding presiden, tapi
anwar menolak kerana "setia" dengan Tun. Banyak pandangan mengatakan
kalau Anwar bertanding ketika itu, Anwar pasti menang sebab ia
sedang berada di puncak popularitinya. Kesilapan Anwar tidak mahu
bertanding tahun 96, membawa Anwar ke Sungai Buluh. Najib mesti
jadikan peristiwa Anwar sebagai iktibar, bagaimana "geraf" sejarah
pertarungan kuasa dalam umno.
Berdasarkan fakta dan realiti di atas, penulis yakin, Najib pun akan
dicalonkan oleh bahagian-bahagian untuk jawatan presiden disamping
Pak Lah dan Ku Li. Ketika itu pertandingan 3 penjuru pasti akan jadi
kenyataan.
Berbicara tentang trend, barangkali tahun 2008 ini akan menciptakan
"keajaiban-keajaiban politik" nya yang luar biasa. Pelbagai perkara
luar biasa telah kita saksikan, kekalahan di luar dugaaan umno/bn,
keengganan sultan melantik mb yang dah dapat watikah pm, pemenang
kerusi paling sedikit jadi Mb Perak dan perkara-perkara yang
disebutkan di atas, maka kenapa tidak ditambah satu lagi "keajaiban"
di mana presiden umno di pertandingkan 3 penjuru. Dan, jangan lupa
mungkin saja bertambah dengan satu lagi "keajaiban bin
keanehan" iaitu jika : PAK LAH TIDAK MENDAPAT CUKUP PENCALONAN, LALU
PENYERTAAN BELIAU DIGUGURKAN KERANA TIDAK LAYAK, dan ini akan
dicatat sebagai kemuncak keajaiban tahun 2008.
|
|
|
|
Komen di terima dari : Ilyas Yahya"
<ilyas@upd.com.my
Mengapa perlu "tiada pertandingan"
Saya amat mual dengan
kenyataan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam Utusan Malaysia hari ini
mengenai keadaan UMNO sudah cukup mantap dan kesanggupan Ku Li
untuk merawat UMNO seolah-olah ditafsir sebagai berpotensi untuk
melawan Perdana Menteri.
Ingin saya tanya pada Senator tak tahu malu ini, kenapa tidak boleh
kita melawan Perdana Menteri? Apakah dia Tuhan? Apakah di Nabi?
Kalau setakat Imam Hadhari yang tidak mampu untuk mewajibkan
isterinya sendiri menutup aurat, makanya dia boleh dilawan, dicabar,
ditentang dan malah diturunkan dari tampuk pemerintahan. Yang tidak
mahu atau tidak sanggup melawan beliau hanyalah pengampu (atau
lebih dikenali dengan nama pencacai atau balaci) dalam UMNO seperti
Muhammad Muhd Taib sendiri. Rakyat sebenarnya mahu melihat UMNO
berubah. Jikalau perubahan ke arah kebaikan ini bermakna ada
keperluan bertukar presiden dan ahli majlis tertinggi, maka itulah
yang perlu UMNO lakukan. Rakyat khususnya orang Melayu mahu UMNO
diselamatkan, bukan dijadikan bahan bacaan dalam buku sejarah di
masa akan datang.
Kehadiran Muhammad Muhd Taib sendiri sebenarnya tidak direstui
sebilangan ahli-ahli akar umbi UMNO. Rata-rata berpendapat beliau
harus berfikir tentang 'early retirement' atau menghantar 'resume'
untuk bertugas sebagai jaga muzium. Alasan beliau dengan
mengatakan bahawa UMNO tidak minat dengan pertandingan dalam
perebutan jawatan presiden kerana ia akan memecah-belahkan parti
adalah alasan yang amat tidak munasabah kerana tanpa
pertandingan pun hari ini, UMNO sudah nyata berpecah antara mereka
yang sayangkan UMNO dan mereka yang mengampu ahli majlis tertinggi
untuk kepentingan peribadi. Contoh termudah ialah Dato' Mukhriz yang
menulis surat secara terus ke Pak Lah, dan terbitnya laman web
yang menentang kepimpinan UMNO yang dibangunkan oleh ahli UMNO
sendiri.
Tindakan UMNO untuk merawat Kelantan berakhir dengan kekalahan teruk,
sudahpasti yang perlu dirawat ialah UMNO sendiri. Pada ketika ini
kesanggupan KuLi untuk merawat UMNO harus diterima dengan terbuka
kerana sebagai veteran UMNO, beliau sudah pasti lebih tahu tentang
kepincangan dalam parti. Malah kalau ahli majlis tertinggi
termasuk presiden sendiri ingin membuktikan kejantanan sebagai anak
Melayu jati, bukalah pertandingan merebut kerusi presiden dalam
pemilihan pucuk pimpinan ketika perhimpunan agung nanti. If
you are really fit to sit in your chair, you should not worry to
contest or be contested.
Jikalau masih tiada pertandingan untuk jawatan presiden dalam
pilihanraya dalam parti nanti, saya rasa UMNO masih belum membuat
sebarang perubahan. Secara tidak langsung, UMNO masih di takuk
lama, dengan pemimpin-pemimpin yang gilakan kuasa dan tamak.
Dengan demikian jelaskan UMNO akan terus pupus dalam
pilihanraya umum yang akan datang.
Ahmad I. M. Yahya
|
|
|
|
Mukhriz
harapan Pemuda untuk tolak Khairy Jamaluddin -
20hb Mac 2008
Perubahan dalam
kepimpinan pemuda UMNO? Itu adalah harapan setelah Pemuda UMNO
bertahun-tahun sebelum ini bertindak sebagai pasukan sorak kepada
kepimpinan Barisan Nasional. Ubah Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris - sungguhpun di kritik oleh ramai tokoh interlektual tetapi
Pemuda UMNO tetap menari menyokong seperti pasukan sorak. Pemuda
tidak dilihat sebagai satu arus mendesak dalam UMNO untuk
mempertahankan rakyat. Mungkin arus perubahan dalam UMNO akan
kembali. Ku Li menawarkan diri sebagai Presiden UMNO dan Mukhriz
mendesak Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Ini adalah perubahan yang
jelas selepas Tsunami yang melanda Barisan Nasional sampai
kepuncaknya lantas menumbangkan dan memiliki 5 buah negeri dan Wilayah
Persekutuan. Kegagalan Barisan Nasional dikatakan adalah kerana Pak
Lah dan kegagalan Pak Lah adalah kerana Khairy Jamaluddin dikatakan
sebagai pemimpin "informal" yang mempengaruhi keputusan Pak Lah. Ini
sudah menjadi seakan satu pendapat umum dalam UMNO. Kenyataan Khairy
bahawa dia tidak akan menjawat sebarang jawatan dalam kabinet selagi
bapa mentuanya adalah Perdana Menteri Malaysia tidak akan mengubah
pendapat umum UMNO terhadap dirinya. Sehingga hari ini, sokongan
semakin nampak jelas kepada Mukhriz untuk bertindak sebagai agen
perubahan dalam Pemuda. Mungkinkan itu satu realiti terhadap
reformasi dalam UMNO? Mungkinkah Mukhriz perlu merubah perubahan
dalam UMNO dan menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO? Siapa lagi
yang sepatutnya dicadangkan sebagai Ketua Pemuda dalam UMNO agar
Pemuda UMNO dapat mewakili suara anak muda yang semakin cenderung
kepada pembangkang.
www.umno-reform.com mengajak saudara untuk melakukan perubahan
dalam Pemuda UMNO kerana sehingga ke hari ini AMAT jelas PEMUDA UMNO
gagal bertindak sebagai ajen perubahan yang mewakili suara anak Muda.
Satu kegagalan Datuk Hishammuddin Tun Hussein dalam mengendali
Pemuda sehingga hari ini Pemuda UMNO hanya layak sebagai tukang
sorak dalam fungsi organisasi UMNO. Mungkinkan umno-reform yang
utama harus datang dari Pemuda UMNO dan Mukhriz adalah pilihan
sekarang ini?
Klik sini
|
|
|
Khir
Toyo letak jawatan Ketua Perhubungan Negeri UMNO dan Barisan
Nasional
Akhirnya - biarlah apa yang dikatakan oleh laman-laman pro Khir Toyo
sebelum ini mengenai
www.umno-reform.com setelah mengkritik bekas MB Selangor ini
bertalu-lalu - nyata rakyat Selangor mungkin bersependapat dengan
kami dengan menolak Khir Toyo. UMNO tumbang di Selangor kerana
tindakan-tindakan sombong dan bongkak khususnya dalam mengendali
isu-isu peneroka kota.
Hari ini -
www.malaysiakini.com
memaklumkan bahawa Khir Toyo melepaskan jawatan sebagai pengemudi
UMNO Selangor. Ini kata Khir Toyo dilakukan sebagai rasa
tanggungjawab beliau terhadap kekalahan beliau di Selangor. Apa pun
ini memberi dua pengajaran kepada Khir Toyo dan kepimpinan lain -
dengar dan anggaplah pengkritik itu sahabat dan mereka yang
berhempas pulas membodek dan mengampu adalah mereka yang melalaikan
dan akhirnya merugikan. Bagi kerajaan PRK yang baru memerintah
Selangor - jangan lakukan kesilapan seperti mana yang dilakukan oleh
UMNO di bawah Khir Toyo, melihat rakyat dari kaca mata dirinya tanpa
mahu mengambil tahu apa sebenarnya kehendak rakyat. Kepimpinan PKR
pula, jangan naik untuk menjadi tuan kepada rakyat seperti mana
perlakuan Khir dan jangan terlampau asyik dengan pujian dan
mengambil kritikan sebagai musuh. Namun dalam meneliti reformasi
dalam UMNO khususnya Selangor - mungkinkah sebenarnya ~TIADA~ dengan
kemungkinan perlantikan Tan Sri Muhd Taib?
|
|
|
|
Komen yang kami terima
From_Email:
zfnzna@yahoo.com
From_Name: zulhakim ismail
Saya kurang senang dengan kenyataan PM. Tempoh hari beliau
menyatakan bahawa mana-mana calon yang gagal TIDAK AKAN DI LANTIK
untuk menjadi seorang menteri. Tetapi kenapa Y. Bhg Datuk
Sharizat masih lagi dilantik sebagai penasihat utama (setaraf
dengan jawatan MENTERI)? Bukankah ianya ganjil kerana kenyataan
boleh berubah dalam masa yang singkat sahaja.
From_Email:
zamri66@yahoo.com
From_Name: Zamri mohd nor
Sebenarnya kelemahan pak lah adalah 2 perkara iaitu Scomi dan
KJ. Scomi tumbuh dengan pesat sehingga menceburi semua bidang
perniagaan. Alasan, ianya ingin berkembang. Yang terbaru,
penglibatan bengkel kenderaan. (Macamana orang lain nak hidup,
jika semua dikaut oleh Scomi dan juga kroni-kroni pak lah
seperti TSR Capital Berhad diketuai oleh Y.B Sahfri A. Aziz
Adun Bukit Iban yang merupakan cucu saudara Pak Lah sendiri
dan Dato Ahmad Zukri lebih dikenali dengan Pak Latif)
Tapi bila KJ budak hingusan yang berusia sebelum 30an menjadi Naib
Ketua Pemuda UMNO, menjerit dan melantang tanpa sebarang
agenda. Semua warga Malaysia akan melihat Pak Lah yang berucap
walaupun hakikatnya KJ sendiri. Politik melayu tidak diketahui,
budaya melayu tidak dirasai dan diketahui (beliau sejak 5
tahun tinggal di luar negara dan tidak pernah tinggal lebih
daripada 3 bulan di Malaysia sehingga beliau menjadi
Setiausaha sulit TPM) malahan sentiasa berfikiran beliau lebih
pintar daripada semua orang.
INI KESILAPAN PAK LAH, KENAPA TIDAK DIHALANG KJ DARI MENYERTAI
POLITIK, ORANG MELUAT MELIHAT PERANGAI DAN KELAKUAN BELIAU.
From: yusof <yusof04@streamyx.com>
Tuan Editor,
Saya ingin menyuarakan sedikit pendapat saya terhadap barisan
kabinet tersebut. Saya agak kecewa bilamana YAB PM memilih Mohammad
Taib sebagai menteri penuh [patronage?] dan mengekalkan Nazri
sebagai menteri. Mereka berdua tidak mempunyai "credibility" dan
"integrity" untuk menjawat jawatan masing masing.
Mohammad Taib mempunyai "baggage" masa lampau dan Nazri seorang yang
angkuh dan sombong dimata rakyat termasuk saya selaku penyokong UMNO
dan BN. Bagaimanakah kita mampu untuk menerangkan kepada semua
rasional pemilihan mereka didalam kabinet, lebih lebih lagi
kehadiran mereka bercanggah dengan kenyataan YAB PM baru baru ini
untuk menubuhkan barisan menteri yang "credible" dan "integrity".
YAB PM mungkin sudah lupa akan mesej yang disampaikan olih para
pengundi baru baru ini.
Sekian. Terima kasih.
Mohd Yusof Yasin
From_Email:
studtrafif@yahoo.com
UMNO MONONJOLKAN ELEMEN PENGGANAS DI MALAYSIA
Sejak BN hilang (bukan kalah) banyak kerusi dalam PRU 12 ini, kita
melihat bagaimana UMNO menampilkan sikap mereka yang suka kepada
huru-hara dan kacau bilau. Sifat pendendam, busuk hati, takabbur,
ujub, riak dan hasad dengki memang sudah menjadi darahdaging
UMNO kerana diasuh dan didik oleh pemimpin-pemimpin mereka
sejak dulu lagi. Orang Melayu dari PASlah yang paling ramai
dianiaya dan di khianati oleh mereka. Kebencian mereka kepada
PAS sehingga terlanjur kepada kata-kata menghina Islam.
Kita melihat sudah beberapa demonstrasi HARAM oleh UMNO dibuat di
Pulau Pinang dan dikawal oleh sekutu mereka (PDRM). Media yang
menjadi salah satu faktor kekalahan BN kerana berita mereka
yang berniat jahat, bersifat fitnah dan berat sebelah, tidak
mahu mengubah perangai syaitan mereka. Teruskanlah dengan
stail anda wahai media. Anda akan mempercepatkan lagi
kejatuhan tuan-tuan politik anda dan kejatuhan anda sendiri.
From_Email:
izzumie1966@yahoo.com
Pesanan: Umno.Nasi Dah Menjadi Bubur?
Ini cabaran didunia yang orang umno perlu pikir
secara matang , masak, realiti dan terkini. Kena berpijak di
bumi nyata. Kalau sayangkan Umno buatlah muhasabah diri sendiri
dikala subuh yang hening setelah bermunajat kepada Allah.
Hubungkan diri dengan Ikhlas kepda Allah setaip masa. Jangan
pisahkan hidup kita dengan ketentuan Allah , dengan Kudrat
Allah. Ambil iktibar orang yang gah dengan kuasa dan kekayaan telah
menerima ketatuan Allah, ada yang terus mininggal dunia yang
fana ini , ada yang hilang kuasa dan pengaruh, ada yang hilang
punca kekayaan, semua nya dengan sekelip masa.
Inilah punca sebenar Umno iaitu memisahkan kehidupan dengan Ilmu ,
Iman dan takwa kepada Allah. Bukankah Tok Guru Nik Aziz, dah
cakap Kalau Umno menerima Islam dan AlQuran sebagai Peraturan/perlembagaan
, Orang pas akan masuk Umno dan Pas dibubarkan ??. Lihat balik
bagaimana Umno/BN sendiri yang memusnahkan kepercayaan rakyat sesama
ini. Bukalah tempurung kepala tuan-tuan kepada dunia sebenar. (itu
pun Tak masuk lagi masalaah dan perhitungan didalam kubur,dihari
padang masyhar dan diAkhirat kelak. Lagilah kena banyak Ilmu, Iman
dan Takwa)
Sekian Dari Pengundi BA/BR.
|
|
|
AHLI PEKEMBAR MESTI ADA PRINSIP
Oleh Mujahidden Melayu
Isu-isu yang tidak terjawab, yang mengelilingi benak
dan perbincangan rakyat sejak empat tahun kebelakangan ini, ditambah
lagi dengan isu-isu hangat seperti pergeseran terbuka antara mantan
perdana menteri dan Perdana Menteri menyebabkan rakyat bertambah
yakin, bahawa sememangnya pemerintahan BN kali ini ada masalah.
Sekarang ini, perkara yang paling kerap ditanya, adalah apa mesej
rakyat kepada BN? Sebenarnya, soalan itu tidak perlu ditanya, kerana
BN sendiri tahu kerana apa rakyat memberikan mesej itu.
Kita tidak mahu membincangkan soal atau masalah dalaman parti lain.
Apa yang perlu dibincangkan dan ditekankan ialah, ahli-ahli PEKEMBAR
mesti ada prinsip terutama dalam hal-hal memilih seseorang individu
itu untuk dijadikan pemimpin.
klik sini
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
Pasca Pilihanraya :
Arus Baru Politik
Jika
UMNO tidak mengubah polisi, budaya dan semangat di dalam BN (Barisan
Nasional) dan Umno tidak turut serta untuk berubah dengan radikal,
BN dan Umno mungkin tidak akan memerintah lagi bagi 5 tahun akan
datang. Mana-mana gerakan atau parti politik yang melakukan reform
mengikut acuan politik arus baru, maka parti itu akan terus dominan,
relevan dan terus tersemat bersama jiwa rakyat. PAS, DAP, PKR sudah
mula melakukan reform. PAS sudah agak longgar bicara negara ISLAMnya
walaupun kita tahu agenda itu masih kekal dalam minda mereka. PKR
melakukan reform dengan Agenda Ekonomi Malaysia. Lantas DAP terus
menyatakan pendirian terhadap kegagalan DEB. Namun yang pastinya
apakah nasib Melayu? Bukan tidak mahu bicara soal bangsa lain. Hari
ini Cina dan India bicara soal perkongsian kuasa, tetapi tentang
soal perkongsian ekonomi di mana jawapan Cina dan India. Pendapatan
Melayu paling rendah nisbahnya jika di banding dengan Cina dan
India. Boleh sahaja berkongsi kuasa secara hikmah asalkan soal
kongsi ekonomipun semua adil disaat orang Melayu sudah berada pada
aras yang sama. Kita perlu menginsafi bahawa persamarataan tidak
semestinya membawa kepada keadilan. Hari ini persoalan ketuanan
Melayu juga mahu tidak mahu harus dibicara secara tertib oleh pemain
politik. Ketuanan Melayu adalah persoalan yang masih melingkari asas
budaya politik Malaysia. Sejarah perjalanan perkembangan bangsa di
Malaysia juga perlu dicermati. Melayu, Cina dan India wajar akur
dengan sejarah masing-masing. Jika semuanya faham sudah barang pasti
tidak akan wujud situasi mencabar hak bangsa lain. DAP yang agresif
tentang ketuanan Melayu perlu untuk kembali membina sistem
kepimpinan muda mereka yang lebih bijak bicara soal ketuanan Melayu.
Kegagalan untuk memahami dan mendepani isu ketuanan Melayu bakal
mengundang musibah besar kegagalan politik DAP untuk masa akan
datang. Perlembagaan sahaja sudah cukup untuk menerangkan di mana
hak Islam dan orang Melayu serta kedudukan bangsa-bangsa yang lain.
Jangan disebabkan terlalu ghairah mahu menunjukkan persamaan kita
lebih membina jurang lebar antara kaum. Sekali lagi kita tekankan
bahawa kesamarataan tidak semestinya membawa keadilan. Satu untuk
Melayu, satu untuk Cina dan satu untuk India tidak akan membawa
keadilan di saat ada nisbah lain yang lebih adil untuk kepelbagaian
kaum termasuk mengambil kira soal ketuanan Melayu klik
sini
|
|
|
|
www.umno-reform.com baru sahaja meneliti
petition yang mahukan Pak Lah letak jawatan dan bersetuju dengan
Dato Mukhris. Untuk membaca dan melihat mengenai petition tersebut
sila
klik sini |
|
|
|
Surat Ku Li kepada semua Ketua - Ketua UMNO untuk
mengadakan Perhimpunan Agung Khas sebelum Perhimpunan Agung UMNO |
|
|
  |
|
|
|
AMARAN KEPADA PAK LAH
Satu
email diterima oleh
www.umno-reform.com :
Bahawa ada MP dan ADUN Barisan Nasional akan melompat ke
Barisan Rakyat khususnya ke Parti Keadilan Rakyat Malaysia
sekiranya Pak Lah tetap dengan keputusan untuk enggan meletak
jawatan.
Ini
adalah protes terakhir yang akan mereka lakukan sekiranya Pak Lah
tidak mengambil tanggungjawab atas pencapaian buruk PRU 12 oleh
Barisan Nasional. Keadaan ini boleh menyebabkan UMNO dan Barisan
Nasional terkubur.
Email
tersebut turut menetapkan bahawa sehingga ke saat ini sudah ada
komitmen dari beberapa Ketua Bahagian UMNO untuk menyeberang ke PKR
atas dasar protes terhadap Pak Lah.
Mereka juga sedang menunggu lantikan kabinet Pak Lah untuk melihat
bentuk perubahan yang akan dilakukan oleh beliau tetapi – desakan
utama mereka adalah supaya Pak Lah meletak jawatan.
|
|
|
|
Kembalikan UMNO kepada kami
"The Reluctant Writer" <hesitantwritings@gmail.com>
Wahai Pemimpin UMNO sedia ada,
Jangan anda menuduh kaum Cina dan India yang menyebabkan kekalahan
anda.Jangan berada dalam keadaan "denial". Tak cukupkah lagi dibuai
mimpi? Anda hairan kenapa peratusan undi di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Selangor merosot? Apa yang perlu dihairankan?
Anda menuduh mereka yang tidak keluar mengundi tu, tidak mengundi
kerana mengandaikan BN akan menang maka tidak memerlukan undi mereka.
Anda salah. Anda tersasar. Jauh.
Ya. Yang tidak keluar mengundi, kebanyakannya, orang Melayu. Mengapa?
Bukan kerana mereka yakin BN menang, tidak. Jauh sama sekali.Mereka
tidak keluar mengundi, kerana mereka tidak lagi mahu mengundi UMNO.
Namun, mereka, yang terlalu sayangkan UMNO, tidak sampai hati
memangkah DAP/PKR. Tetapi mereka tahu, tanpa undi mereka, DAP/PKR
malah PAS akan menang, kerana UMNO/BN tiada lagi mendapat undi
mereka yang selama ini telah memastikan kemenangan UMNO/BN.
Mengapa?Kerana pimpinan UMNO kini, telah mengecewakan mereka. Suara
mereka tak dipedulikan dalam UMNO. Maka mengapa perlu mereka
bersuara, mengundi orang yang selama 3 tahun kebelakangan ini,
memperkecil-kecilkan suara dan harapan mereka?
Itu lah hakikat.Yang keluar mengundi, ribuan, jika tidak ratusan
ribu, telah mengundi dengan hati yang sayu. Mereka terpaksa
memangkah pembangkang. Mereka tiada pilihan. Tidak kiralah, DAP/PKR/PAS,
malah parti unta pun akan dipangkah, itulah realiti. Asalkan bukan
BN.
Bukan kerana bencikan UMNO, parti yang banyak berjasa kepada orang
Melayu, tetapi kerana kecewa dengan kepimpinan UMNO sedia ada. Yang
terlalu bongkak, terlalu riak.Kami orang Islam. Orang Melayu yang
mendokong adat, budaya, dan kesusilaaan. Orang Islam, orang Melayu
yang dididik membenci sikap-sikap angkuh, bongkak dan riak.Ini
terbukti, di Kedah, Perak dan Selangor. Malah di Johor, keramat UMNO,
dan Negeri Sembilan.
Ya. Anda, pemimpin UMNO sedia ada, yang masih riak mengatakan, kami
penderhaka. Yang menuduh, kami berpaling tadah. Kerana anda masih
sebal, tebal dan tepu dengan kebongkakan anda.
Kerana anda sekalian, UMNO, parti yang selama ini memartabatkan
negara bersama BN, menjadi parti yang paling dibenci semua. Parti
yang melahirkan pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun
Abdul Razak, Tun Hussein Onn, yang menjadi kebanggaan rakyat jelata,
menjadi parti dihina, dikeji.Kerana kamu, UMNO dihina!!!! Kerana
kamu, rakyat hilang patriotisme, kecintaan, penyatuan.Walhal, yang
merosakkan, seorang dua. Orang Melayu yang tidak bersalah, dibenci
oleh kaum lain. Hanya kerana kamu.
Insaflah. Taubatlah.Kami sayangkan UMNO. Tapi kami tidak dapat
kembali selagi pucuk pimpinan masih sebegini. Pergilah kamu yang
beberapa itu. Biarlah kami kembali kepada UMNO. Kami sayangkan parti.
Kalau anda sayangkan UMNo, pergilah.Usah tunggu pilihanraya UMNO,
undurlah secara baik.
Kami orang Melayu, kami mengangkat adat budaya. Kami tidak kurang
ajar. Kami meminta secara baik dan ikhlas. Kami bukan macam anda,
menghina orang yang telah berjasa kepada negara. Kamu bersalah besar,
kerana kami nama-nama pemimpin kemerdekaan, pejuang negara terdahulu
turut terpalit. Parti menjadi mangsa.
Kembalikan UMNO kepada kami. Secara baik. Secara berbudi bahasa.
Itupun kalau kamu masih ingat lagi, masih mengerti apa maknanya
semua itu. Kami telah menyentak anda sekali ini. Jangan nanti
terkena pukulan kedua kami.
Yang benar,
Pencinta Negara Merdeka
|
|
|
|
Lagi komen minta Pak Lah berundur
Pak Lah perlu berundur
Hasshim <hsm7063@yahoo.com.my>
Keputusan Pilihanraya yang mengejutkan BN perlu dibuat post-moreterm
dengan segera. Orang bercakap di merata pelusuk negara tentang
kekalahan BN di kebanyakkan tempat. Suara-suara yang menyuruh Pak
Lah meletak jawatan PM jelas kedengaran di sana-sini. Tindakan Dato'
Mukhriz dari Parlimen Jerlun adalah suara-suara ahli UMNO yang
sebenarnya.
Saya juga sebagai se orang ahli UMNO yang telah bertugas hampir
20jam sehari semasa kempen 13 hari ingin menyatakan sokongan
yang penuh terhadap Dato' Mukhriz dan mendesak sekeras-kerasnya agar
Pak Lah melepaskan jawatan PM dengan kadar yang segera. Tujuannya
adalah untuk kepentingan Negara, BN dan juga UMNO semata-mata dan
bukan bertujuan menderhaka kepada peminpin no.1.
Satu kesilapan Pak Lah yang cukup besar adalah kerana penglibatan
Khairy Jamaludin ( menantu Pak Lah) di peringkat tinggi dalam
politik negara. Walaupun bertujuan baik dan ketokohan Khairy
Jamaludin nampak jelas, namun rasa tidak puas hati dan fitnah tetap
timbul di kalangan rakyat Malaysia, khususnya dari ahli UMNO sendiri.
Kerana Khairilah golongan muda membenci kepimpinan PakLah. Kenyataan
Pak Lah yang tidak mempengaruhi tindakan Khairy tidak langsung dapat
meyakinkan sesiapapun. Kalau Khairy jadi menteri, segala bentuk
tindakan beliau akan mempengaruhi semua pemimpin lain kerana tiket
menantu PM.
Pada saya- Pemimpin-pemimpin yang menentang tindakan Dato' Mukhriz
adalah dipengaruhi sifat mengampu yang telah lama menular di
kalangan pemimpin UMNO khususnya. Dulu Pak Lah mengatakan dia sedia
ditegur kalau buat kesilapan, kenapa sekarang tidak boleh terima.
Apa akan jadi kalau senario politik yang seperti ini wujud di negara
kita. Fikir-fikirlah sendiri.
Saya menegaskan di sini sekali lagi, Pak Lah perlu berundur dan
Khairy boleh terus menjadi peminpin dan tidak lagi bersandar kepada
Pak Mertua, barulah kita dapat melihat kredibiliti Khairy yang
sebenarnya.Orang-orang di sekeliling dia pun kuranglah naik
tocang.
Kepada pemimpin UMNO, gunakan akal dengan sewajarnya dan jangan
terlalu mengampu. Negara nak terbalik pun masih nak mengampu lagi.
Akuilah tindakan Dato' Mukhriz sesuatu yang sangat wajar demi
politik BN dan UMNO.
Hasshim
Ahli UMNO Jerlun
Hsm7063@yahoo.com
|
|
|
|
PENDIRIAN
KeADILan TERHADAP DEB JELAS DAN TEGAS
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mempunyai pendirian yang jelas dan
tegas terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seperti yang dijelaskan
oleh Ketua Umum keADILan, Anwar Ibrahim dalam sebuah artikel 20
halaman dan diterangkannya melalui beberapa kenyataan serta ceramah
umum, dan ditegaskan dalam beberapa dokumen Parti, termasuk
Manifesto Pilihanraya, kami berhasrat untuk menggantikan DEB dengan
Agenda Ekonomi Malaysia.
Selepas dilaksanakan hampir 40 tahun, DEB ternyata sudah ketinggalan
zaman. Ia disalahgunakan oleh segelintir pemimpin Umno-Bn serta
kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara bagi mengkayakan
diri sendiri atas nama seluruh rakyat Melayu. Ia telah mengakibatkan
amalan diskriminasi kaum, bertentangan dengan semangat memberi
keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, terutama
sekali mereka dari golongan miskin, terpinggir dan terbiar dari
semua kaum.
Agenda Ekonomi Malaysia berhasrat untuk: (a) memperkenal dan
melaksanakan dasar pembahagian kekayaan negara yang adil, seimbang
serta saksama; (b) memerangi dan akhirnya membenteras amalan jijik
korupsi, kronisme serta nepotisme dan memastikan pemberian kontrak
serta projek dilakukan secara terbuka dan telus; (c) meneruskan
dasar memberi pertolongan kepada golongan Bumiputera yang miskin
serta terbiar tetapi pada masa yang sama memberi peluang yang
sejajar kepada golongan bukan Bumiputra yang miskin, terpinggir
serta terbiar, atas asas keperluan dan bukan kemakan kaum; (d)
menggunakan sumber kekayaan negara untuk menyediakan kemudahan
sosial yang lebih baik – terutama pendidikan, kesihatan dan
perumahan – untuk golongan miskin dan susah tanpa mengira
latarbelakang kaum; dan (e) menjana pembangunan yang menguntungkan
rakya serta membina kapasiti bersaing supaya Malaysia dapat berdiri
sama tinggi dengan semua negara maju, bermula dengan yang di Asia.
Pemimpin-pemimpin Umno-Bn dan media mereka kuasai yang menuduh
kononnya Parti Keadilan Rakyat tidak mempunyai pendirian terhadap
DEB dan cara-cara untuk mempertingkat taraf hidup orang Melayu yang
miskin, terpinggir dan tercicir sebenarnya berdusta dan segaja cuba
hendak menipu dan menyelewengkan perhatian rakyat. Kami menegaskan
dasar memberi keutamaan untuk kebajikan golongan miskin, terpinggir
akan lebih banyak memberikan keuntungan kepada rakyat Melayu, kerana
merekalah yang merupakan majoriti paling ramai di dalam categori ini.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, keADILan
15hb Mac 2008
|
|
|
|
WARKAH UNTUK PAK LAH DAN HJ HADI
KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
IZINKAN saya menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas pelantikan sebagai Perdana
Menteri Malaysia tempoh hari. Walaupun mungkin menerima sedikit
‘isyarat awal’ pengundi, wajah Datuk Seri masih lagi menampilkan
rasa keyakinan bahawa amanah ini akan dipikul dengan
bertanggungjawab dan adil.
Sebagai anak muda Malaysia berbangsa Melayu, izinkan juga saya
mengucapkan tahniah juga di atas kejayaan parti pimpinan Datuk Seri
Abdul Hadi Awang mendapat kepercayaan rakyat di Kelantan, Kedah dan
beberapa negeri di mana Pas telah pun mendapat kepercayaan oleh
rakyat berbilang kaum.
Apa yang berlaku semalam membuatkan saya menitiskan air mata.
Menangis kerana buat pertama kalinya dalam sejarah 32 tahun hidup
saya – saya dapat menyaksikan bagaimana ‘rupa bentuk’ sebuah
kerajaan milik orang lain. Apa yang menjadi asas kepada pembangunan
negara bertuah ini buat sekian lama; mudah benar ingin ditolak
apabila kuasa tidak lagi berada di tangan ‘kita’.
Memang benar, ini pernah berlaku dahulu, namun pada tahun 1969 saya
masih lagi belum lahir ke dunia yang fana ini. Terus terang, saya
merasakan cukup hiba bila bangsa kita diletakkan dalam keadaan yang
sedemikian lemah dan tidak mampu bersuara.
Pagi semalam, akhbar menyatakan bagaimana ‘titah sultan’ untuk
memperkenan pelantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin juga ditolak
bulat-bulat oleh DAP. Oleh kerana punya jumlah kerusi yang banyak –
DAP mula mempersoalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang
mahukan seorang ‘Melayu-Islam’ dilantik sebagai Menteri Besar. Hati
saya cukup luka. Jiwa saya terhiris dengan sikap chauvistic parti
seperti DAP.
Apakah benar PRU 12 memberikan isyarat kepada sebuah negara Malaysia
yang sebenar-benarnya rentas kaum dan berbilang bangsa? Saya tidak
punya keyakinan sedemikian. Rasa sedikit amarah rakyat tidak
seharusnya dianggap oleh DAP atau mana-mana parti sekalipun sebagai
petanda kepada politik ‘rentas kaum’ yang total. Ini hanyalah reaksi
biasa kepada ketidakpuasan hati rakyat - yang akhirnya secara
kebetulan diangkat menjadi ‘reaksi nasional’.
Pemimpin hebat tidak lahir dalam suasana yang mudah dan tenang.
Pemimpin hebat selayaknya diuji dengan pelbagai situasi yang
akhirnya menentukan kemampuan sebenar. Inilah ujian kepada Pak Lah.
Dalam suasana politik yang masih lagi memerlukan penyesuaian –
mungkin ada ruang kerjasama yang tidak pernah kita terfikir, boleh
dilaksanakan – demi kepentingan orang Melayu secara keseluruhannya.
Kalaupun mampu dengan segala limitasi – untuk mengenali karakter dan
cita diri Pak Lah; saya menjangkakan Pak Lah adalah seorang yang
tidak gemarkan suasana konfrontasi yang akhirnya merugikan rakyat
secara keseluruhannya. Namun, sebagai pemimpin, Pak Lah boleh
membuka ‘jalan kerjasama’ yang selama ini menjadi cukup sukar dan
menyesakkan. Ketenangan Pak Lah saat diasak kiri dan kanan –
memberikan bayangan bahawa keputusan terbaik untuk orang Melayu/Islam
boleh dicapai dengan meninggalkan sedikit ‘ego kepartian’ dan
membuka ruang kerjasama ‘Melayu/Islam’.
Oleh yang demikian, dengan rasa rendah diri dan penuh takzim, ingin
saya mengusulkan kepada Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Hadi –
untuk memulakan langkah perbincangan dan gerak kerjasama antara
parti ‘Melayu’ terbesar di negara bertuah ini.
Keputusan kerjasama ini mestilah bermula dari pucuk pimpinan. Ya,
kita boleh menerima hakikat jika kerjasama ini tidak berkekalan dan
berpanjangan. Namun, orang Melayu mesti diberikan rasa keyakinan
bahawa mereka masih punya tempat untuk menaruh harapan – dalam
maruah kita dihenyak secara perlahan-lahan.
Sebagai permulaan kerjasama UMNO-Pas ini, fokus mesti kita berikan
kepada usaha menentukan Menteri Besar Perak, diberikan kepada orang
Melayu secara tanpa bahas.
Kerjasama UMNO-Pas peringkat negeri Perak akan membuka jalan
kemungkinan agar Ir. Nizar terus ditabalkan sebagai Menteri Besar
yang baru. Ini sebagai menghormati keputusan rakyat yang
menginginkan perubahan kepada kaedah dan cara kita memimpin negeri.
Sebarang polisi dan dasar negeri Perak boleh ditadbir urus dengan
terbuka dan telus – dengan seorang wakil BN bertindak sebagai
Timbalan Menteri Besar.
Tidak ada salah dan cacat celanya untuk kita mencuba kaedah
mentadbir kerajaan secara ‘rapatkan saf’ ini. Inilah permulaan
kepada budaya politik Melayu yang mampu mendapatkan sedikit hormat
daripada rakyat. Atau kita terus terhimpit dengan politik ‘jerit
pekik’ di dalam Dewan Undangan Negeri yang akhirnya merugikan
kepentingan masyarakat Melayu secara umumnya.
Melayu yang hebat dan punya pendirian mesti dihormati. Demikian juga,
kita tidak seharusnya memupuk rasa benci kepada pimpinan Melayu dari
parti yang lain. Ideologi kita mungkin berbeza, namun dalam
perkara-perkara yang menyentuh perpaduan Melayu dan maruah institusi
raja – kita tidak boleh menerima penghinaan sedemikian rupa.
Kita tidak mampu lagi mempersoalkan ‘semangat Melayu’ mereka yang
telah bersekongkol dengan DAP dan sebagainya. Dalam suasana
ketidaktentuan kepimpinan di Negeri Perak Darul Ridzuan – ia
memerlukan tindakan yang radikal dan luar jangka.
Bertemulah atas niat untuk memartabatkan Islam dan memperkasa Melayu.
– KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
|
|
|
|
Komen pelayar umno-reform
john_wilders@yahoo.com
Merujuk kepada artikel di dalam akhbar utama hari ini,
saya teramat kecewa dan kesal dengan kenyataan wakil UMNO P.Pinang
yang menggesa kerajaan pusat supaya membatalkan semua projek yang
dijadualkan untuk negeri P.Pinang. Tindakan ini dikatakan perlu
untuk menghukum rakyat kerana menolak BN. Sikap seperti inilah yang
menyebabkan rakyat melakukan undi protes pada PRU12 baru-baru ini.
Mereka lupa, wakil ADUN & Parlimen dipilih rakyat adalah untuk
mewakili suara mereka bukannya menjadi bos mereka. Mungkin mereka
juga lupa bahawa walaupun BN kalah di P.Pinang tetapi masih ada
penyokong setia mereka yang masih mengundi untuk BN. Sekiranya
tindakan ini dipersetujui oleh kerajaan pusat, amatlah tidak adil
bagi pengundi setia BN.
Setelah kekalahan yang mengejutkan ini, mereka masih lagi bongkak
untuk menunjukkan kuasa dan bertindak seolah-olah mengugut dan
menghukum rakyat. PRU12 ini melambangkan kuasa sebenar rakyat. Kami
berhak memiih sesiapa sahaja untuk menjadi wakil kami. Kami
memerlukan wakil rakyat yang boleh didekati dan sentiasa mendengar
keluhan hati kami. Sedarlah bahawa 5 tahun lagi masih ada PRU dan
kami sebagai pengundi akan menentukan siapa pula bakal menjadi wakil
rakyat kami. Sepatutnya mereka berusaha untuk memenangi semula hati
rakyat. Berkhidmatlah untuk rakyat, bukannya untuk kepentingan
peribadi.
Rakyat kini sudah matang. Sumber maklumat juga makin banyak dan
mudah diperolehi. Kami mampu mengkaji dan membuat keputusan sendiri.
PRU bukan lagi bergantung kepada banyak mana poster diperlukan atau
ceramah manifesto tetapi sebaliknya sejauh mana hubungan dan
perkhidmatan yang mampu diberikan kepada rakyat. Kepimpinan baru di
4 negeri semenanjung tidak boleh berasa selesa, kerana PRU12 ini
bukannya bererti pengundi menyokong pembangkang tetapi sebaliknya
majoriti kami memprotes kepimpinan sebelum ini. Ingatlah, kuasa
sebenar adalah hak rakyat.
Komen pelayar umno-reform
sonofumno@gmail.com
Saya berasa amat pelik sejak kebelangkangan ini
beberapa orang pemimpin Umno menyalahkan orang Melayu akibat
kekalahan BN pada PRU12, Nazri umpamanya menyatakan orang
melayu/PKR&PAS(rakyat) harus bertanggungjawab diatas apa yang
berlaku seolah - olah menyalahkan rakyat dan bukannya
pemimpin-pemimpin orang melayu termasuk beliau,woiii orang
umno sendiri pun ada sokong pembangkang tak nampakker? waimah apa
yang berlaku dan MALAPETAKA apa pun yang melanda orang melayu,
pemimpinlah yang harus bertanggungjawab, memang kita sedia maklum
DAP lahanattullah ni memang bukan parti yang memperjuangkan
nasib orang Melayu, Penipu!!! jika mereka mengatakan hak akan
diberikan sama rata, kita semua tahu apa motif perjuangan mereka (
baruah singapore ) kesimpulannya kesalahan pemimpin Melayu (UMNO)
adalah lebih besar dan kamu harus lebih bertanggungjawab
kerana sebelum PRU12 kamulah pemimpin-pemimpin kami ( rakyat )
woiii bangunlah dari tidur!!! jadi nak dipendekkan cerita satu lagi
TSUNAMI diperlukan iaitu didalam UMNO. sekian wasaalam
( Pemuda akar umbi Melaka )
|
|
|
|

Adakah desakan ini
akan semakin menebal. Desakan untuk Pak Lah letak jawatan kini mula
merebak. Berikut surat Mukhriz Mahathir agar Pak Lah melepaskan
jawatan |
|
|
|

Beberapa sepanduk sudah mula terbentang mendesak Pak
Lah untuk meletak jawatan. Keadaan ini dapat di lihat di sekitar
Taman Melawati Selangor. Sepanduk-sepanduk itu mendesak Pak Lah
supaya meletak jawatan serta mahu menyedarkan ahli UMNO akibat dari
perbuatan mengampu. (14hb Mac 2008) Kami dimaklumkan juga bahawa ini
adalah "gerakan Merah Hitam"
|
|
|
|
Menangisnya Melayu
Ada
yang bertepuk gembira dengan kemenangan dan prestasi baik parti
pembangkang yang dapat menangkis 2/3 majoriti dari diperoleh Barisan
Nasional. Satu kejayaan dan satu petunjuk kuat kepada Barisan
Nasional bahawa rakyat negara ini sudah mula berani bersuara. Rakyat
sudah berani membuat pilihan lain dari terus tunduk di bawah
kehendak kerajaan memerintah yang gemar melaksanakan perkara-perkara
kononnya atas kepentingan rakyat tetapi tidak menampakkan sebarang
keuntungan untuk rakyat.
Barisan Nasional tahu kenapa mereka dipinggirkan kali ini tetapi
persoalan yang lebih penting, adakah mampu Barisan Nasional dan
UMNO untuk melaksanakan perubahan bagi tujuan membeli kembali maruah
yang telah hilang. Penebusan maruah ini harus dilakukan dan
penebusan maruah ini perlu dilakukan agar UMNO khususnya tidak terus
dilupakan pada pilihan raya akan datang.
Laungan kejayaan rakyat khususnya di Semenanjung Malaysia kita
semakin kuat. Suara rakyat kini memilih Barisan Alternatif dan suara
ini sudah menentukan bahawa sokongan mereka beralih dari Barisan
Nasional dan UMNO kepada PAS, Parti Keadilan Rakyat Malaysia dan
DAP. Satu kejayaan di luar jangkaan.
Namun
pernah dikatakan – kita merasai nikmat dalam kecelakaan dan dalam
persoalan kecelakaan ini ada keperluan untuk kita hujah dalam
konteks kejayaan Barisan Alternatif dan kesan kepada bangsa kita
Melayu.
Teruskan
|
|
|
|
Media Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on
Wednesday, 12th March 2008:
DAP CEC has given approval for the formation of a
Perak coalition government headed by DAP or PKR but not by PAS – DAP
Perak SAs to stay away from swearing-in ceremony
The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as
Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP
leaders, members and supporters.
The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in
Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the
formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly
members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.
DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan
Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as
Perak Mentri Besar.
As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad
Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and
smallest political party in the proposed coalition has not received
the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from
the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.
Komen editor1 umno-reform
Paparan kenyataan media ini - mungkin
memberi sedikit indikasi mengenai perhubungan antara DAP dan PAS.
Sikap DAP Perak yang akan memboikot program angkat sumpah Menteri
Besar Perak yang baru menunjukkan sikap DAP
|
|
|
|
Yang salah itu Melayu
Padan
muka Melayu, padan muka kamu dan sekarang Malaysia khususnya
Semenanjung sudah terlepas dari tangan kita. Selangor dan Perak akan
mengikuti langkah Pulau Pinang sebagai negeri ketuanan Cina. Ini
semua kerana Melayu mudah lupa dan kehadiran orang seperti kamu yang
mengendali laman dan blog yang sentiasa menghentam kepimpinan
Barisan Nasional dan UMNO. Hari ini kamu perlu bayar dengan maruah
Melayu yang terpaksa digadaikan.
Ini
adalah simpulan dan bentuk-bentuk kritikan yang di terima oleh
www.umno-reform.com bukan sahaja melalui email malah melalui
hubungan langsung telefon. Kritikan dan tuduhan itu dilakukan oleh
beberapa ahli UMNO yang menyalahkan bloggers, penyelia laman web dan
mungkin seluruh pengundi Melayu yang dikatakan terpedaya angkara
berita-berita dan hujah palsu
www.umno-reform.com
Menarik juga adalah salah satu email yang kami terima:
Khir
adalah antara pejuang Melayu Selangor. Kamu tidak faham hasrat
beliau untuk menyaksikan Melayu maju. Kamu tidak nampak versi besar
Khir Toyo dan hari ini kamu akan kehilangan bukan sahaja kepimpinan
yang hebat tetapi Selangor akan hilang identiti Melayu. **** Mak
Begitu marah mereka kerana mereka telah mengambil
www.umno-reform.com adalah musuh Khir Toyo yang utama. Rata-rata
yang menelefon mengatakan betapa sayangnya mereka pada bangsa mereka
dan betapa UMNO sahaja yang dapat membela Melayu dan Melayu yang ada
ini terpengaruh lantas melakukan sesuatu yang paling berdosa – yakni
mengundi selain dari Barisan Nasional.
teruskan membaca
|
|
|
|
Email di terima : Untuk Semua Pemimpin Umno
sonofumno@gmail.com
Dzulkarnain
Saya adalah seorang daripada beribu ahli Umno yang lain ingin
menyatakan rasa yang amat kecewa dan sedih diatas apa yang berlaku
kepada Barisan Nasional pada PRU12, Saya menyokong penuh
kenyataan Tun Mahathir ( yang dikatakan tidak relevan lagi oleh
sharir sebentar tadi dalam Buletin Utama), supaya Pah Lah
meletakkan jawatan dan lebih bertanggungjawab diatas apa yang
berlaku, dan menyerahkan kepada Datuk Seri Najib untuk
menerajui Parti Umno dan Kerajaan..siapa kata akar umbi
seluruh negara tidak mahu Pak Lah letak jawatan, buatlah bancian
kalau tak percaya..mesti majoriti yang mahu beliau menyerahkan
tampuk kepada Datuk Najib..janganlah dipandang ringan diatas
apa yang berlaku kerana jangan terperanjat jikalau kita akan
kehilangan lagi banyak kerusi kepada pembangkang pada PRU13,
kerana mereka akan menjadi lebih kuat kerana mempunyai lima
kerajaan negeri dan tugas kita akan menjadi lebih sukar
selepas ini..so resignlah Pak Lah..saya tak sanggup melihat UMNO
berkecai dimasa hadapan..pentingkanlah parti dan bukannya ego..tak
salah kalau korbankan sesuatu demi masa depan yang lebih baik..
Pesanan saya 1) Pak Lah - Resign
2) Datuk Najib - Tolong lakukan sesuatu selepas
mengambil alih jawatan dan bersikap tegas terhadap pembangkang yang
suka buat huru hara, demonstrasi dsb.sumbat jer dalam ISA bila
mereka nak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan negara..ini
yang Pak Lah tak buat semasa pembangkang buat demonstrasi (
terlalu berlembut dan takut dengan DSAI ) siapa itu DSAI?
haprak @ pengkhinat negara. Teruskan perjuangan arwah ayahanda
Tun Razak.
3) Tun Mahathir - Teruskan kritikan ( TUN masih
relevan )
4) Sharir - Taraf lu rendah nak cakap TUN tak
releven, lu tak da dalam sejarah dalam memajukan Agama, Bangsa dan
Tanahair.... Buat kata Hishamudin cermin diri sendiri
dulu..Kalau TDM tak relevan kenapa masih banyak lagi majlis
dalam dan luar negara perlukan pendapat beliau? Calamity Idiot
5) Bekas MB Kedah - Lu tak payah nak bodek Pak
Lah ( Buletin Utama ) sbb. lu bakal kena tendang kalau Pak Lah
tak turun.
6) Datuk Ali - Teruskan perjuangan anda, kami
semua golongan akar umbi sanggup bekerja lebih keras bagi
memastikan Umno dapat mempertahankan Negeri Melaka daripada
pembangkang pada PRU13
7) Pembangkang - Tunggulah masa anda semasa
gelombang biru melanda seluruh negara PRU13 Insyaallah
8) Orang melayu - sanggupkah anda melihat parti
keramat ini hasil perjuangan nenek moyang kita dulu
dihancurkan oleh orang yang mempunyai jiwa
pengkhianat..selamatkan UMNO
Akhir kata kepada semua pemimpin - pemimpin UMNO seluruh negara "
cermin diri anda dimana cacat celanya pentadbiran anda "
wariskankan kepada kami UMNO yang gagah dan perkasa!! Pemuda
Umno ( akar umbi ) Melaka
|
|
|
|
Sedikit ulasan kenyataan media Tun Mahathir
Mohamad, Pak Lah harus letak jawatan
Beliau telah menghancurkan UMNO dan telah menghancurkan BN, dia
perlu bertanggung jawab, demikian kata Tun Dr Mahathir pada sidang
media pagi tadi 9hb Mac 2008. Bertanggung jawab yang dimaksudkan
adalah untuk Pak Lah meletak jawatan dengan segera untuk
memperbetulkan keadaan.
Untuk
tujuan ini, desakan perlu dibuat oleh ahli UMNO dan desakan ini
perlu dibuat dengan mengembalikan kuasa kepada ahli-ahli UMNO untuk
menentukan siapa yang mereka mahu untuk menjadi Presiden dan bukan
penyerahan kuasa secara memilih oleh Presiden parti.
Sistem memulangkan kuasa kepada ahli UMNO perlu ada agar ini dapat
ia dapat diterjemahkan sebagai kepimpinan yang hadir dan diangkat
dari kalangan ahli. UMNO perlu berubah, perlu reformasi agar
kematangan dalam berparti terpancar jelas untuk mematangkan setiap
ahli dan kepimpinan.
Dalam
sidang akhbar tadi, Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa satu jalan
terbaik adalah untuk Pak Lah mengambil tanggungjawab dan meletak
jawatan kerana Pak Lah telah banyak melakukan kesilapan sehingga
pilihan raya kali ini adalah kerana kebencian pada BN dan bukan
kerana sokongan kepada pembangkang.
|
|
|
|

Khir mungkin jadi
pembangkang pula ( kemaskini 9hb Mac 2008 )
sah Khir jadi pembangkang
Orang yang menerajui
Selangor dan adalah merupakan orang yang terburuk dalam pandangan
www.umno-reform kini berkemungkinan jadi pembangkang di Selangor.
Semua laporan dari media perdana seperti Bernama On Line telah
memaklumkan bahawa keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa Khir
Toyo gagal dalam program Pembangkang Sifat dan kini terpaksa duduk
sebagai pembangkang dalam negeri ini.Selangor tumbang mungkin kerana
sikap buruk Khir Toyo.
Apa pun bagi
www.umno-reform.com dosa
Khir Toyo adalah punca UMNO Selangor tewas . Bagi mereka di Selangor Daily - rakyat Selangor telah
bersuara, maka Khir Toyo berkemungkinan besar selepas pemgumuman SPR
menjadi PEMBANGKANG.
|
|
|
|
Barisan Nasional KEGAGALAN moral
Pak Lah lepaskan jawatan
Suara
rakyat sudah mula kedengaran - Kedudukan BN parah dan secara
relatifnya Barisan Nasional dan parti dominannya UMNO sudah tewas.
Ah ..ha tak tahu, apa yang Pak Lah dah buat pada Barisan Nasional
dan UMNO. Keputusan buruk ini hanya menunjukkan ada yang tidak kena
dengan kepimpinan Pak Lah. Ini mungkin berpunca dengan harapan yang
terlalu tinggi diletakkan oleh rakyat Malaysia terhadap Barisan
Nasional sewaktu Pak Lah melangkah masuk menjadi Perdana Menteri
tetapi keputusannya hambar.
Hari
ini rakyat menyuarakan haknya. Suara kritikan yang sebelum ini tidak
mahu beliau didengari kini diterjemahkan kepada keputusan untuk
mencubit kerajaan Barisan Nasional dengan keputusan pilihan raya
yang memalukan. Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang setakat penulisan
artikel ini, telah rebah kepada pembangkang. Negeri lain yang bakal
menyusur adalah Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Ini jelas
menunjukkan Barisan Nasional GAGAL dan kegagalan ini seharusnya di
pikul oleh Pak Lah selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan
Nasional. Lebih dari itu pula Pulau Pinang – tumbang dan Pak Lah
adalah anak negeri itu.
Pak
Lah sewajarnya mengambil tindakan yang budiman, untuk tidak dilantik
menjadi Perdana Menteri lagi. Itu sepatutnya satu keputusan yang
perlu diambil bagi menebus dosanya yang membawa Barisan Nasional
kepada lembah kehinaan ini. Kritikan mengenai Pak Lah hilang kuasa
pegangan terhadap parti juga adalah sebab kenapa Pak Lah sepatutnya
turut meletak jawatan. Namun satu bentuk kritikan yang perlu Pak Lah
soroti dosanya adalah perubahan dan reformasi dalam UMNO itu
sendiri. Kegagalan UMNO dalam berubah, masih terikut retorik
pemimpin sebelumnya dan ditambah pula dengan kehadiran orang seperti
Khairy Jamaluddin dan angkatannya menyumbang kepada keruntuhan moral
Barisan Nasional.
Kini
apa susah terjadi. Kepimpinan lemah Pak Lah dan hilangnya pegangan
sebagai Perdana Menteri Malaysia menghasilkan keputusan yang amat
buruk. Maka sungguhpun kemungkinan Pak Lah dapat mengekalkan 2/3
majoriti untuk memerintah tetapi beliau sendiri perlu digugurkan
akibat prestasi buruk Barisan Nasional dan UMNO sendiri.
|
|
|
|
Rakyat Malaysia jadi penentu
Hari
ini, rakyat Malaysia mengundi. Berdoa kita agar rakyat Malaysia
mengundi dengan bijak, memilih wakil-wakil yang rapat dengan mereka
dan memilih kepimpinan yang prihatin kepada masalah rakyat.
Dalam
melihat suasana pilihan raya kali ini, maka satu konklusi yang boleh
di buat adalah kebangkitan kesedaran anak-anak muda pada pilihan
raya dan kesedaran generasi Internet terhadap erti demokrasi memberi
petanda yang baik kepada Malaysia. Apa dia petanda baik itu? Petanda
baik itu ialah kebangkitan kesedaran politik dan kesedaran ini
seharusnya meragukan kepimpinan dan parti yang memerintah kelak –
sekiranya mereka terus berfoya dan menggadaikan amanat yang
diberikan oleh rakyat maka kelak mereka akan tersingkir.
Kita
harapkan agar rakyat Malaysia bebas membuat pilihan. Kita mahukan
kepimpinan yang dilantik kelak menjadi pekerja kepada rakyat dan
bukan sebaik sahaja terpilih terus menjadi tuan kepada rakyat. Apa
pun pilihan raya ini akan menjadi penentu juga kepada kedudukan Pak
Lah pada pemilihan UMNO nanti. Andai kedudukan pilihan raya kali ini
menggugat kerajaan Barisan Nasional maka Pak Lah sendiri akan
tergugat dalam kedudukannya sebagai Presiden UMNO.
Apa
pun kita nantikan...sama ada wujud harapan baru untuk Malaysia atau
terus kekal Selamat Aman Makmur slogan BN
|
|
|
|
TIMBALAN
PERDANA MENTERI 2 dari kalangan bukan MUSLIM?

Desakan untuk Timbalan
Perdana Menteri 2 dari kalang bukan Muslim? Kenapa Muslim, ada
hubung kait dengan agama ke bangsa? Apa pendapat anda?
klik sini |
|
|
|
|
|
Powered by TagBoard Message Board
|
|
|
|
Januari
2006 - one |
two
|
three |
four | Febuari 2006 -
Feb1 |
Feb2 |
Feb 3 |
Feb 4 March 2006 -
Mac 1|
Mac06 two |
March 3 |
March 4|
april 01|
april 02 |
april 03 |
april 04 |
mei 01|
mei 02 | mei03 |
mei04 2006 | june 01|
june 02 |
june 03 |
june04 |
minggu1 julai 06
|minggu 2 Julai 06
| minggu 3 julai 06
| minggu 4julai 06
| Ogos |
minggu 1ogos 06 | minggu 2
Ogos 06 |
minggu 3 Ogos 06 |
minggu 4 ogos 06 |minggu
1 sept 06 |
minggu 2 sept 06 |
minggu 3 sept06 |
minggu 4 sept 06 |
additional Sept 06 |
additional Sept 06 |
minggu 1 Okt 06 |
minggu 2 Okt 06 |
minggu 2 Okt 2006 |
minggu 1 Nov 2006 |
minggu 2 Nov
2006 | minggu 3 Nov 2006
|
minggu 4nov 2006 |
minggu akhir nov 2006 |
minggu 1 Dec 06
|
minggu2 Dec 06 |
minggu 3 Dec 06 |
minggu4 dis 06 |
akhir 2006
|
|
minggu1_Januari |
minggu2_jan07 |
minggu3_jan07 |
minggu4_jan07 | minggu
1feb2007 |
minggu 2 Feb 07 |
minggu 3 Feb 07 |
minggu 4 Feb 07 |
minggu1mac07 |
minggu3mac07 |
minggu4march07 |
minggu3april07 |
end april 07 |
minggu2may07
|
end of May|
minggu1jun07 |
minggu04jun07 |
minggu1july07|
minggu2july07 |
minggu3july07 |
minggu4july07 |
minggu1ogos07
|
minggu2ogos07 |
minggu1sept07
|
minggu2sept07
|
minggu1okt07
|
10 Nov 2007
|
minggu1dis07 |
mingguakhirdec07 |
minggu2Feb |
endfeb2008 |
march08
|
end march2008 |
|
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut. |
|
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com |