SEMAKAN DAFTAR UNDI - semak segera                                                                                                            untuk SMS : 012-6544762

 

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas 2 | Permohonan Email | blog arahkita |  11/2/2008 Sang Kelembai 

 


klik pada banner

 
 

WARKAH UNTUK ANWAR

Warkah untuk Anwar adalah tulisan Mohd Nazmi Rosli  bekas  Setiausaha Perhubungan PKR Selangor dan Setiausaha Bahagian Shah Alam. Warkah untuk Anwar ini ditulis oleh beliau untuk menceritakan apa yang sebenarnya wujud dalam Parti Keadilan Nasional dan isu kenapa Ezam Mohd Nor, seorang yang telah banyak berkorban untuk Anwar kini berdiri jauh dari Anwar. Mohd Nazmi Rosli mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa. Siapa Anwar sebenarnya dan apa yang terjadi dengan Angkatan Muda Keadilan TANPA Ezam Mohd Nor. klik sini


KENYATAAN AKHBAR PARTI MAHASISWA NEGARA

BERHUBUNG

AMARAN DATUK MUSTAPA MOHAMED, MENTERI PENGAJIAN TINGGI

BUAT PELAJAR DAN MAHASISWA

12 Februari 2008 (Selasa)

PMN juga ingin mengingatkan kepada Datuk Mustapa bahawa beliau jangan sekali-kali menutup mata terhadap mahasiswa, pensyarah termasuk Naib dan Timbalan Naib Cancelor yang terlibat dengan UMNO atau Barisan Nasional. PMN sedang berusaha untuk mengumpulkan bukti-bukti yang menunjukkan keterlibatan mereka dengan UMNO.

Pihak UMNO juga telah memperkudakan NC dan TNC dalam politik terutamanya campur tangan UMNO dalam Pilihan Raya Kampus sejak bertahun-tahun lamanya. Adakah UMNO tidak pernah mengadakan mesyuarat bersama NC, TNC mahupun staf universiti bagi menjayakan agenda mereka? Adakah UMNO tidak pernah memperuntukkan perbelanjaan yang besar semata-mata ingin memenangkan calon-calon aspirasi mereka dalam Pilihan Raya Kampus? Adakah penubuhan GPMS di universiti-universiti adalah semangat untuk mengumnokan mahasiswa di universiti? Adakah Ketua Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pusat yang menjadi Presiden GPMS kebangsaan?

PMN juga tidak akan teragak-agak mengheret dan mengumumkan mahasiswa aspirasi dan tenaga akademik di universiti yang terlibat dengan UMNO, Pemuda UMNO, Putera UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO. Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971) jelas bertentangan dengan semangat demokrasi dan hak asasi seorang warganegara. Gerak kerja kempen dalam pilihanraya adalah satu usaha untuk membantu dan menyokong sesebuah parti. Begitu juga dengan pembuangan undi, ia juga satu simbolik untuk menyokong sesebuah parti politik. Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat termasuk mahasiswa berhak untuk memilih mana-mana pemimpin yang layak untuk menjadi pemimpin mereka. klik sini

 

Siapa itu Anwar? Pendedahan krisis dengan Ezam Mohd Nor       
Friday, 15 February 2008 

Artikel ini terpapar di www.malaysia-hariini.com 

Satu pendedahan yang agak komprehensif mengenai masalah hubungan Anwar Ibrahim dengan Ezam Mohd Nor oleh Mohd Nazmi Rosli  bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor dan Setiausaha Bahagian Shah Alam membuktikan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai agenda beliau tersendiri. Pendedahan ini dibuat dalam laman www.umno-reform.com . Parti Keadilan Rakyat yang sememangnya dalam keadaan kucar-kacir hanya nampak karismatik dalam keadaan menjelang pilihan raya tetapi penuh dengan tanda-tanya yang mempersoalkan kewibawaan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum parti itu. Pendedahan oleh Mohd Nazmi Rosli pada capaian berikut   klik sini

mempersoalkan kesanggupan Anwar Ibrahim menolak orang yang paling banyak berkorban untuk beliau. Katanya kalau orang sedemikian mampu di hambat ke tepi apa lagi ahli parti yang lain.

Akhirnya Anwar Ibrahim tidak lebih dari apa yang diperkatakan oleh beliau terhadap Dr Mahathir. Penerangan yang dibuat oleh Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor amat membimbangkan. Sekiranya ini adalah asas kepimpinan Anwar Ibrahim maka ahli-ahi yang benar-benar memikirkan tentang keadilan dan membela rakyat sebenarnya tertipu dengan dakyah politik Anwar Ibrahim. Mereka sebenarnya tertipu dengan perjuangan Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim memperalatkan mereka untuk kepentingan politik tersendiri. Anwar Ibrahim yang kononnya menjadi pendukung demokrasi jelas memperlihatkan kepincangan beliau dalam Perhimpunan Agung Parti tersebut. Mempercaturkan calon dan mempengaruhi untuk menentukan siapa memang adalah tindakan tidak demokratik seorang yang dilabel sebagai perjuangan demokratik. Ini didedahkan juga dalam Warkah untuk Anwar tulisan Mohd Nazmi yang menjadi topik utama laman www.umno-reform.com

Kekecohan dalam pemilihan , kronisme dan nepotisme menjadi perlakuan sungguhpun itu menjadi modal perjuangan mereka. Ini adalah penipuan peringkat tertinggi, satu manipulasi dan satu perjuangan palsu yang berlandaskan cita-cita politik mereka sendiri. Bagi www.malaysia-hariini.com kami percaya bahawa ramai lagi antara penyokong reformasi yang sedar dan mula mengalihkan pandangan mereka kepada PAS dan tidak kurang berpatah balik ke UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu. 

Dalam pada itu Anwar Ibrahim  sanggup menghuru-harakan keharmonian kaum dengan sokongan kepada isu seperti Hindraf. Anwar sanggup meruntuhkan keharmonian ini semata-mata untuk memperoleh kuasa dan mengharapkan agar pilihan raya ini akan menjadi pilihan raya berunsur perkauman.

Keadaan ini jelas sehingga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Abdul Razak bangkit memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar perjuangan sempit yang menuruti dan memainkan sentimen perkauman di hapuskan. 

Timbalan Perdana Menteri berkali-kali menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak terlibat dalam politik yang mahu memburukkan sentimen perkauman untuk kepentingan diri sendiri. Najib menegaskan bahawa ini adalah satu pengkhianatan dan sungguhpun tidak pernah melabel Anwar secara peribadi tetapi umum tahu maksud Datuk Seri Neajib mengenai Anwar Ibrahim.  

Warkah untuk Anwar – sebenari mengandungi banyak pendedahan baik dari segi karektor Anwar dan kenapa Ezam Mohd Nor, antara orang yang sanggup membakar kehidupan selesa beliau kerana Anwar kini menolak Anwar Ibrahim itu sendiri. Editor1

 

 

 

Parlimen di bubarkan, dengan gaya yang amat menarik. Sebelum pembubaran Pak Lah mengeluarkan kenyataan yang di petik oleh semua akhbar sebagai “Tidak ada pembubaran Parlimen Hari ini”. Namun setelah semua wartawan dan editor-editor media di bodohkan Pak Lah sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen. Mungkin ini humor yang membuat Pak Lah teruja jadi Perdana Menteri. Apakan daya , dia adalah kepimpinan tertinggi UMNO hari ini dan Perdana Menteri sewaktu itu.  Apa pun pilihan raya sudah hampir. Maka kita akan saksikan riuk pikuk arus media mengenai pilihan raya. Untuk sementara ini  fokus www.umno-reform.com adalah untuk pilihan raya.

 

 

Pilihan Rakyat?
anuarmohdnor@yahoo.com

Maka gendang dan semboyan pilihan raya semakin hampir. Ramai kepimpinan tersembunyi kini keluar dari kepompong mereka. Wartawan dan mereka yang mampu menyiarkan mungkin dapat merasa limau Mandarin yang akan di bekalkan setelah penat menyiarkan dan menemu duga kepimpinan yang selama ini bersembunyi dan sepi dari kawasan. Hari ini mereka datang semula, ibarat hujan yang akan membasahi kemarau sekian lama wujud di kawasan itu. Hari ini mereka akan datang tersenyum riang membawa janji, membawa mimpi baru dan berceloteh mengenai apa yang mereka lakukan sepanjang mereka memimpin. Ada yang mendabik dada mengatakan bahawa usaha mereka kini sudah membuahkan hasil kerana jalan akan diturap, elektrik akan sampai, benih-benih subsidi akan tersebar luas. Waktu inilah subsidi penting. Waktu ini juga pembangunan menjadi keutamaan, rakyat menjadi tetamu istimewa kepada ahli-ahli yang menjadi pilihan rakyat untuk memimpin. Namun apakah benar hujan sehari terhapus kemarau setahun?

Setakat ini, itulah azimat pegangan mereka. Anggota pilihan rakyat ini percaya hujan yang akan datang sewaktu pilihan raya ini adalah rahmat untuk mereka dan akan menjadi penebus dosa antara mereka dengan rakyat. Hari ini mereka hadir semula, rakyat melihat mereka semula sambil mereka berjanji akan meneruskan mimpi penduduk setempat untuk sekurang-kurang 5 tahun lagi. Begitu seterusnya senario yang akan dilakukan. Rakyat terus menjadi tetamu istimewa sekurang-kurang 5 tahun sekali.

Sungguhpun bukan semua mereka yang yang bersembunyi setelah memegang gelaran pilihan rakyat tetapi kehadiran mereka yang muncul hanya pada zaman pilihan raya adalah kepimpinan hipokrit yang sepatutnya tidak diberi tempat. Mereka harus ditolak jauh atas dosa melanggar amanat yang sepatutnya mereka tanggung. Ini perlu dilakukan dan sekiranya kepimpinan negeri, hatta YAB Perdana Menteri Malaysia memberi watikah untuk memilih semula  pemimpin hipokrit ini untuk dicalonkan semula sebagai wakil pilihan rakyat maka RAKYAT perlu menjadi hakim.

Rakyat Malaysia perlu menjadi hakim yang bijak dalam masa kita menjadi tetamu istimewa kepimpinan yang mahu terus menjadi wakil pilihan rakyat. Kita harus meneliti sejauh mana wakil pilihan rakyat ini mampu menjadi pelindung kepada kita. Kita mahu tahu sejauh mana mereka mahu menegakkan agenda rakyat kawasannya dan sejauh mana mereka berusaha membantu. Andai kita tidak tahu mengukur maka wakil pilihan rakyat yang akan hadir selepas ini adalah kepimpinan yang akan hilang sehingga pilihan raya yang akan datang untuk menebus kemarau 5 tahun tersebut. Adakah itu yang kita mahu?

Maka rakyat pada waktu ini akan menjadi tetamu istimewa pada rumah mereka sendiri sekiranya mereka tetap dengan konsep hilang kemarau 5 tahun akibat hujan sehari. Tepuk dada tanya selera.  untuk komen klik sini

 

Rasuah Zulhasan, kata Raja Petra

Antara Raja Petra Kamaruddin dan Eman Jr, www.malaysia-today.net dan www.malaysia-hariini.com , mereka mula bertelagah mengenai Datuk ZulHasnan dalam isu rasuah Datuk ZulHasnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Disatu pihak kita lihat www.malaysia-today.net membongkar rasuah Datuk ZulHasnan dan www.malaysia-harini.com pula mempersoalkan kredibiliti artikel tulisan Raja Petra tersebut. www.malaysia-hariini.com  meragui apa yang telah di tuduh oleh Raja Petra. Apa kata anda ; hantarkan komen anda kepada editor1@umno-reform.com  

 

 


 

Sesiapa yang ada informasi mengenai Sharlinie hubungi segera  Mohd Nashar Mat Hussain talian 016-258 3450 / 016-270 9096 atau pihak polis 03-7966 2222 atau Rakan Cop talian  03-2115 9999.

 

YANG TERBAIK DALAM UMNO?
http://evaluasireformasi.blogspot.com/2008/01/umno-wajar-menobatkan-dato-shahrir.html

Sengaja ingin saya menyinggung persoalan yang dibangkitkan oleh Saudara Anuar dalam isu terbaru dalam laman Umno-Reform. Terdahulu bersama tajuk panasnya yang terburuk dalam senarai umno-reform, kini timbul isu baru yang bertajuk dah la. Kedua-dua tajuk ini sememangnya berbeza tetapi pengisian dan matlamatnya hampir sama iaitu mahukan pimpinan baru yang bisa merobah persepsi masyarakat terhadap perjuangan UMNO yang sehingga kini masih kurang meyakinkan disamping merobahsemula perjuangan UMNO agar selari dengan kehendak rakyat khususnya bangsa Melayu. Walaubagaimanapun apalah ertinya isu ini dibangkitkan tanpa ada isu yang kontradiksi dengannya.

Saya telah mencadangkan kepada Saudara Anuar agar menimbulkan isu yang terbaik dalam UMNO. Saya yakin pendekatan ini adalah lebih berhikmah jika dibandingkan dengan pendekatan memaparkan yang terburuk dalam UMNO. Setidak-tidaknya, pemimpin-pemimpin UMNO yang lain akan terus dan lebih bermotivasi untuk menggolongkan diri dikalangan yang terbaik. Secara langsung mahupun tidak langsung, ia akan memberikan keuntungan kepada rakyat yang mendambakan kepedulian daripada pemimpin yang mewakili mereka. Ia juga tidak terkecuali bisa membantu pimpinan UMNO terutamanya YAB Dato Seri Abdullah dalam usaha memilih calon-calon yang terbaik untuk UMNO dalam pilihanraya akan datang dan bisa membantu beliau untuk membentuk barisan kabinet yang mantap, bersih dan berwajah rakyat.

Izinkan saya untuk membuat pencalonan pertama untuk terbaik dalam UMNO. Calon yang kedua dan seterusnya saya serahkan kepada Saudara Anuar dan teman-teman yang lain untuk sama-sama tentukan secara rasional. Calon yang saya maksudkan ialah Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Dato Shahrir Samad. Siapakah yang terbaik dalam UMNO pilihan anda? Sama-sama kita nilai untuk kebaikan semua terutamanya Melayu kerana UMNO adalah jelas milik bangsa Melayu. Mungkin telah tiba masanya untuk kita Memiliksemulakan UMNO untuk seluruh bangsa Melayu bukannya seperti kini UMNO hanya dimiliki oleh golongan tertentu, untuk perjuangan tertentu, untuk kepentingan tertentu yang jelas ianya telah bercanggah dengan peranan dan matlamat utama penubuhannya.

 

 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

11/2/2008 Sang Kelembai: Tetapi yang menarik itu dua perkara yang berlaku. Satu ialah kerana dalam masa pentadbiran Kerajaan Tiga Beranak menyanyikan lagu bahawa pelaburan Malaysia mencurah datang dan peluang pekerjaan akan wujud sama ada sebelum dan sesudah projek pembangunan Koridor Utara dilaksanakan, soalan kenapa pula kilang itu tutup dan gulung tikar? Dan keduanya kenapa Zainuddin Maidin dengan tiba-tiba menjadi pembela kaum pekerja yang tertindas?  klik sini

 

Khir perlu berambus

umno-reform perlu meletakkan muka Khir Toyo kerana Menteri Besar ini bukan Menteri Besar yang mampu membawa agenda rakyat.Khir ini patut buka kedai "facial" saja untuk kita semua rakyat Malaysia menukar muka. Khir sebenarnya banyak melukakan rakyat. Khir adalah Menteri Besar yang paling kurang peka khususnya kepada rakyat miskin. Khir juga menipu dalam negara maju 2005 yang bagi saya slogan itu adalah untuk Khir dan rakan-rakan Maju 2005. Pak Lah harus menamatkan segera perkhidmatan Khir Toyo dan kalau mahu sangat untuk jaga hati dia jadikan dia Menteri jaga Parlimen.

Lagi pasal Khir Toyo beri tanah klik sini


TS Muhd Taib tak perlu ada lagi

Sdra Anuar, bagi saya TS Muhd Taib ini tidak perlu hadir dalam barisan calon Negeri Selangor. Bukan itu sahaja, sepatutnya TS Muhd Taib dari dahulu lagi meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan dan jangan sesekali kita jadikan jawatan Ketua Penerangan UMNO sebagai jawatan simpati. Dahulu sdra pernah membicarakan isu jawatan Ketua Penerangan UMNO selalu sebagai jawatan simpati. Bagi saya sudahlah, dan UMNO perlu bangun dengan lebih kepimpinan baru yang mantap untuk memastikan survival UMNO. Andai tidak maka UMNO bawah Pak Lah terus menjadikan parti ini tidak relevan - Izham


Nazri jangan lupa Nazri
Pak Leh

Salam, saya rasa umno-reform.com jangan lupa Nazri Tan Sri Aziz yang sebenarnya bukan sahaja patut digugurkan tapi seharusnya disingkirkan dari UMNO kerana memalukan UMNO. umno-reform.com pernah mempamerkan klip aksi Nazri di Parlimen. Jelas Nazri langsung tidak nampak berwibawa. Syorkan umno-reform siarkan klip tersebut agar Nazri turut digugurkan.

Berikut adalah link klip tersebut - editor1 klik sini  

 


 

www.umno-reform.com  telah mengatakan bahawa pada pilihan raya akan datang pemilihan mereka yang mewakili Barisan Nasional sebagai wakil adalah penting. Ini adalah  untuk memastikan  Barisan Nasional khususnya UMNO terus mendapat mandat dari rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional juga perlu memastikan perubahan dalam menteri kabinet agar kerajaan Barisan Nasional tidak dianggap usang dengan kepimpinan yang sudah tidak nampak lagi memberi kesan dan penuh kontroversi. 

Melalui Email dan SMS yang di kirim kepada kami 012-6544762 berikut adalah antara mereka yang dikatakan perlu digugurkan bukan sahaja dari mewakili UMNO malah dari senarai kabinet akan datang.

Adakah anda setuju dengan panggilan untuk mereka ini bersara dari politik dan adakah anda turut menyarankan agar UMNO menggantikan mereka dengan kepimpinan baru yang dapat membawa langkah seterusnya dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara?

Siapa lagi pada pendapat anda patut di gugurkan untuk memastikan UMNO terus relevan. klik sini

 

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07| minggu2july07 | minggu3july07 | minggu4july07 | minggu1ogos07 | minggu2ogos07 | minggu1sept07 | minggu2sept07 | minggu1okt07
| 10 Nov 2007 | minggu1dis07 | mingguakhirdec07 | minggu2Feb

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com