untuk SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 22/05/2007 Sang Kelembai  yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com
 

Kalau Khairy anak jantan , jangan lari dari REMBAU


En Hanafi Ibrahim, AJK PEMUDA BAHAGIAN REMBAU melontarkan cabaran tersebut kepada Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Bahagian Rembau. Kemelut Pemuda UMNO Rembau semakin meruncing dengan cabaran ini dan En Hanafi Ibrahim menyifatkan Khairy Jamaluddin kurang menjiwai hasrat Pemuda UMNO Rembau yang sebelum ini menyokong beliau untuk jawatan ini tanpa pertandingan. Sokongan itu adalah untuk kebaikan penduduk sini. Kita harus bertanggung jawab untuk memajukan bahagian yang kita setelah kita diberi amanat untuk dipikul. Kemelut ini bermula angkara tindakan Khairy yang membelakangi keputusan Mesyuarat dan akur kepada Datuk Abdul Ghani Hassan, adik kepada MB Negeri Sembilan untuk pemilihan wakil G2. Khairy Jamaluddin seterusnya diminta melepaskan jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Usul untuk Khairy melepaskan jawatan kini menjadi satu usul kontroversi dan satu calaran moral buat anak muda lulusan Oxford dan juga menantu YAB Perdana Menteri Malaysia.

Khairy yang dikatakan gagal untuk membawa perubahan dalam setelah menerajui Ketua Pemuda Rembau hari ini menjadi topik panas perbincangan.

Menurut Azman Mat Shah, AJK Pergerakan Pemuda UMNO Rembau, setelah isu ini dibuat oleh Tabloid Siasah dan laman web www.umno-reform.com beliau telah menerima sokongan melalui SMS dan panggilan telefon bukan sahaja dari UMNO Bahagian – Bahagian Negeri Sembilan tetapi juga ahli – ahli Pemuda Negeri dan Bahagian di luar Negeri Sembilan. Amat memeranjatkan, ramai juga yang sebenarnya tidak bersetuju dengan Khairy Jamaluddin dalam berbagai-bagai isu.

www.umno-reform.com juga telah dihujani dengan SMS serupa dan kritikan terhadap Khairy Jamaluddin semakin meluas. Salah satu lagi cawangan yang akan membentangkan usul gesaan meletak jawatan terhadap Khairy Jamaluddin adalah Cawangan Tmn Cempaka DUN Paroi. Mereka dijangka akan bermesyuarat dalam sedikit waktu lagi untuk memulakan usul serupa.

Menurut En Hanafi lagi tekanan untuk Pemuda tidak keluar bermesyuarat sudah bermula semenjak cawangannya tewas 1 undi dalam menerima usul gesaan Khairy letak jawatan tersebut.

www.umno-reform.com juga telah menerima berbagai-bagai isu lain yang melibatkan kepimpinan anak muda ini, Khairy Jamaluddin. Kami juga akan mula menyiarkan komen – komen dari bahagian UMNO lain yang telah menghantar input dan komentar mereka sungguhpun kebanyakan mereka masih takut untuk menyuarakan secara terbuka. Antara komen yang telah kami terima setelah bertanyakan sama ada boleh mengeluarkan nama dan jawatan beliau adalah, tak perlulah umno-reform.com meletak nama saya dalam web sdra. Ini kerana kepimpinan UMNO masih cetek akal untuk melihat komen membina atau komen serangan peribadi. Bagi mereka, menyuarakan suara ahli khususnya yang mengkritik adalah seperti satu dosa besar dan akan dihukum. UMNO sudah berusia 61 tahun tetapi terperangkap dalam budaya anak kecil yang masih belum dapat menilai kritikan sayangkan parti dengan kritikan benci kepimpin
an dan tanpa malu kita terperangkap dalam budaya ketakutan.
 

 


Editor laman www.umno-reform.com pernah menulis mengenai Prowaris, satu – satunya NGO yang bagi kami mempunyai keprihatinan yang amat tinggi dalam usaha mengerakkan dan mengarahkan orang-orang Melayu menuju kejayaan. Kami menyimpulkan bahawa tindakan organisasi NGO ini yang di pimpin oleh Sdra Feriz Omar menunjukkan kelangsungan usaha mereka yang melangkaui batasan hasrat politik dalam usaha mereka sebagai badan profesional Melayu untuk memperjuangkan nasib orang  - orang Melayu. Hari ini mereka memaklumkan bahawa salah satu program mereka adalah untuk bertemu dan berbincang mengenai satu isu yang agak serius iaitu perjuangan Agenda Melayu. Prowaris dalam kenyataannya kepada kami : Barisan Peneraju ProWaris yakin bahawa dengan cara membentuk perjuangan "apolitical" – berjuang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana falsafah politik, akan memberikan suatu nafas baru kepada ahli-ahli Profesional Melayu yang berasa pasrah dengan kerenah sesetengah pemimpin Melayu yang sanggup berkompromi dengan mana-mana pihak untuk menggagalkan misi Agenda Melayu dan Islam gara-gara untuk mengekalkan kedudukan mereka di arena politik. Usaha ini bagi www.umno-reform.com melangkaui keberanian kepimpinan politik pemuda dari mana – mana parti di Malaysia untuk mengarahkan perjuangan mereka tanpa sempadan dan sekatan politik. www.umno-reform.com menyokong 100% usaha ini dan meletakan Prowaris sebagai satu NGO yang mampu memberi kontribusi yang besar kepada usaha memperjuangkan nasib orang – orang Melayu.  klik sini 
 

 


10 dalil kenapa Mohd Sabu tidak boleh jadi pemimpin PAS

Akhirnya www.umno-reform.com peroleh juga, 10 dalil kenapa Mohd Sabu tidak boleh jadi kepimpinan PAS. Adakah umno takut kalau Mohd Sabu menjadi kepimpinan PAS, sudah tentu tidak, malah kalau Mohd Sabu jadi Presiden PAS, maka satu bonus buat UMNO kerana amat mudah untuk UMNO menewaskan PAS. Apa pun ini amat menarik perhatian kami. Mohd Sabu yang ada kes khalwat - sungguh pun dibuang secara teknikal dan Mat Sabu yang awal menuduh Anwar Ibrahim itu dan ini, ini dan itu yang sama - sama kita tahu kini terpalit dengan 10 dalil kenapa beliau harus ditolak. Segalanya berpusing balik, menuduh UMNO kini beliau sendiri di humban dengan 10 dalil - yang mempunyai kesahihan tersendiri. klik sini

 


10 dalil pula kenapa perlu lantik Harun Taib


Mengapa ungkapan tersebut tidak ditujukan jugak kepada Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS yang lagi jelas kenservatif mereka. Mengapa mereka tidak dilabel kan demikian.

Mengapa hanya Ketua Dewan Ulama sahaja dimomokkan oleh kumpulan tertentu dengan slogan tersebut.

Saya rasa artikel yang ditulis dalam Utusan Malaysia baru-baru ini telah menjawap sebabnya : iaitu Harun Taib seorang tegas dan berani tanpa mengira status dan jawatan. Ini jelas apabila beliau senantiasa menegur pimpianan parti tanpa mengira bulu, hatta Mursyidul Am sendiri, kerana manusia itu tidak maksum. Adakah perkara ini diamalkan oleh pimpinan lain dalam kepimpinan tetinggi PAS sekarang. klik sini
 

 

Kongress Keadilan 2007 berakhir - demokrasi tamat

   Reformasi dalam Keadilan- suara Mahasiswa


Zamil Ibrahim
- bercakap kepada www.umno-reform.com  , sungguhpun Kongres Keadilan 2007 telah berakhir tetapi apa yang jelas tamat ialah demokrasi dalam parti itu. Pemilihan melanggar teras demokrasi sehingga tata cara perjalanan mesyuarat menunjukkan bahawa laungan demokrasi total yang mahu dilaksanakan oleh Parti Keadilan Rakyat hanya satu retorik semata – mata.

Kita selama 7 tahun lebih dalam perjuangan reformasi tidak diajar untuk sujud pada kehendak kepimpinan apa lagi kalau kepimpinan sudah mula menoleh dari pegangan demokrasi dan mengamalkan tuntutan kronisme, nepotisme dan korupsi. klik sini
 


Hala tuju perlu digariskan dengan jelas. Kemungkinan ajaran Anwar Ibrahim ‘lawan tetap lawan’ berkesan sehingga anak buah sendiri berupaya untuk menterjemahkannya di dalam realiti perjuangan termasuk menolak cara Anwar Ibrahim sendiri. Justeru, Anwar Ibrahim perlu meneliti persoalan ini, adakah kerana batang tubuh beliau yang ditolak ataupun ada faktor lain yang menyebabkan beliau ditolak oleh pemuda-pemuda yang pernah berjuang demi melihat keadilan tercapai ke atas diri Anwar Ibrahim sendiri. klik sini

 

KOMPROMI AKHIRNYA : Kemelut pertandingan 3 penjuru antara Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail ( isterinya) dan Rahman Othman diberitakan berakhir dengan penarikan diri Anwar Ibrahim (yang tidak layak bertanding setelah Pendaftar Pertubuhan tidak memberi kelulusan) dan Rahman Othman. Kompromi ini sememangnya sudah  di jangka

 

Kemelut PKR - "my game" siapa?

Istilah "My Game" diingatkan kembali oleh rakan saya kepada saya. Beliau berkata " ada betul juga apa yang saya kata kepada rakan ini sebelum, bahawa ada usaha untuk memusnahkan Parti Keadilan Rakyat dan untuk memudahkan apa juga agenda tersendiri yang mahu dilakukan oleh kepimpinan PKR sendiri. Tetapi makluman mengenai My GAME ini bukan hadir dari Anwar Ibrahim tetapi oleh kita dalam UMNO untuk tujuan tertentu tetapi berhubung dengan Anwar untuk formulasi terperinci. Nanti akan saya ulas selepas Kongres ini.

 

Anwar tidak dibenarkan bertanding, apa selepas ini

Pendaftar Pertubuhan menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk bertanding sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia, sungguhpun langkah untuk memohon rayuan masih dan telah diteruskan. Anwar Ibrahim yang telah mendapat pencalonan tertinggi akan berdepan dengan Wan Azizah ( isterinya ) dan Rahman Othman dalam pemilihan Presiden. Sungguhpun begitu ini mungkin strategi, kalau Anwar Ibrahim tidak dapat bertanding maka Wan Azizah diharap dapat mempertahankan kerusi Presiden tersebut. Sementara itu Mesyuarat AMK hanya menunjukkan masalah yang akan berlarutan dalam pergerakan Angkatan Muda Keadilan Rakyat. Sambutan semakin dingin dan petunjuk semakin jelas bahawa PKR akan diseliputi mendung pada hari - hari akan datang. Sekiranya ini tidak ditangani maka laluan akan menjadi sukar untuk PKR bertembung dengan BN dalam pilihan raya akan datang.
 

 

SAH NALLAKARUPAN MENINGGALKAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Persahabatan dengan Anwar membawa saya ke Sungai Buluh, tetapi saya korbankan persahabatan lebih dari 30 tahun ini kerana Anwar Ibrahim gagal memberi ruang kepada ahli India dalam PKR dan kerana Anwar Ibrahim hanya mendengar nasihat "blue eye boy" nya Azmin Ali. Inilah antara kata - kata Datuk Nallakarupan yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

GEMBAR : Dimaklumkan Nalla Karuppan ( orang kanan Anwar Ibrahim akan membuat keputusan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan campur tangan dalam pemilihan wakil dalam Kongres Keadilan 2007 nanti ) Dilaporan beliau akan membuat kenyataan media pada 25hb Mei 2007 di Grand Seasons Hotel jam 2.30 petang

 

GEMPAR ! Khairy Jamaluudin digesa letak jawatan Pemuda Bahagian

Kami baru sahaja menerima satu maklumat bahawa Pergerakan Pemuda UMNO di Rembau telah mengusulkan supaya Khairy Jamaluddin meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Dimaklumkan kepada kami Azman Mat Shah,  AJK Pergerakan Pemuda UMNO Rembau  telah membuat gesaan tersebut  kerana terdapat campur tangan Datuk Abdul Ghani Hassan, adik kepada MB dalam pemilihan wakil G2 setelah keputusan Mesyuarat yang di hadiri sendiri oleh Khairy Jamaluddin di buat.

Khairy Jamaluddin dalam isu campur tangan ini telah mengambil sikap tidak mempertahankan keputusan Mesyuarat sebaliknya bersikap akur kepada Datuk Ghani  dan ini dianggap membelakangkan kahli Pergerakan Pemuda UMNO.

Turut dimaklumkan lagi terdapat dua lagi cawangan dari Rembau yang akan membuat resolusi menggesa Khairy Jamaluddin meletak jawatan kerana isu campur tangan Datuk Ghani dan kerana prinsip membelakangkan keputusan yang telah dibuat bersama. Kami akan membuat ulasan lanjut.
 

 

Kenyataan ringkas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan SD Johari mengenai komen Azmin Ali dalam Malaysia kini.

Kenyataan Azmin Ali - menggesa Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, SD Johari membuat laporan kepada jawatankuasa yang mengendalikan pemilihan mengenai campurtangan Anwar Ibrahim dalam pemilihan AMK di balas oleh seperti berikut. Azmin Ali harus lebih tahu mengenai apa yang dimaksudkan dengan kesalahan moral dan kesalahan dari segi perlembagaan.

Tindakan campurtangan itu sebenarnya adalah satu kesalahan moral yang tidak menunjukkan keikhlasan dalam memperjuangkan nilai - nilai demokrasi subur. Saya syorkan jawatan kuasa tersebut membuat keputusan cepat sebelum Kongres berkenaan laporan Rahman Othman mengenai "standing" untuk Anwar Ibrahim bertanding sebagai Presiden kerana laporan yang dibuat oleh Rahman terhadap Anwar adalah laporan yang menunjukkan terdapat kesalahan dari segi melanggar peruntukan perlembagaan.

Bertanya kepada salah seorang EXCO lain mengenai kenyataan Azmin, Zamil Ibrahim berkata "Adakah Azmin Ali berkata bahawa tindakan Anwar Ibrahim yang menyertai pencalonan tersebut sah disisi perlembagaan parti atau sebenarnya kita semua buta dari melihat kesalahan kerana bayang - bayang mampu Anwar menutupnya perlembagaan yang menghalang dia bertanding. Ini perlu diselesaikan sebelum kongres.  

 

Lagi penarikan diri kerana protes dalam Angkatan Muda Keadilan

Protes terhadap Pemangku Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan campur tangan Anwar Ibrahim dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan semakin kritikal dengan penarikan diri Wan Mohd Anies dalam pemilihan EXC AMK. Wan Mohd Anies yang mendapat pencalonan tertinggi untuk jawatan EXCO turut memaklumkan bahawa Azmin Ali adalah dalang yang memecahkan keharmonian perhubungan dalam Parti Keadilan Rakyat. Nama Azmin Ali adalah antara nama yang dikaitkan sebagai punca Ezam Mohd Nor melepaskan semua jawatan dalam parti dan menumpukan perhatian kepada GERAK. klik sini



Hormati perlembagaan parti, menurut Zamil Ibrahim yang sebelum ini menerima pencalonan kedua tertinggi sebagai Pengerusi Tetap, Angkatan Muda Keadilan  dan MPT dengan 18 pencalonan. “Kalau saya tidak boleh bertanding atas alasan muflis dan menerima hakikat itu atas menghormati perlembagaan parti kenapa tidak Anwar Ibrahim turut menghormatinya perlembagaan parti dan mengundurkan diri dari menerima pencalonan dan bertanding untuk jawatan Presiden kerana dilarang oleh undang - undang. Ini adalah peruntukan dalam perlembagaan parti. Ini perlu dihormati oleh kita semua sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat.

Saya kesal dengan perkara ini dan kekesalan ini turut dirasai apabila timbul isu tekanan oleh Anwar Ibrahim ke atas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, SD Johari supaya dipastikan kekalahannya dalam pemilinan jawatan Timbalan Presiden. SD Johari telah menerima pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden telah menarik diri setelah diberitakan bertemu dengan Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan.klik sini

 

 

www.umno-reform.com  menerima satu email. E-mail ini nampak bercanggah dengan apa yang sebenarnya kita ketahui mengenai Anwar Ibrahim. Apa yang diperhatikan adalah email ini ada kaitan dengan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim sewaktu Datuk Seri Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Apa yang jelas ialah e mail tersebut kini membuka sedikit perspektif berbeza mengenai perjuangan Anwar Ibrahim. Kita baca sama – sama email tersebut. Alamat email ini ada kami simpan untuk cuba dihubungi.

ANWAR IBRAHIM – aniaya diri sendiri

Seorang lagi teman baik DSAI ialah James Wolfenson, bekas presiden bank Dunia yang juga berketurunan Yahudi Amerika. Beliau banyak membiayai perbelanjaan-perbelanjaan Dr. Wan Azizah dan Azmin Ali semasa DSAI dalam penjara. Rekod Imigresen menunjukkan Dr Wan Azizah dan Azmin Ali beberapa kali ke AS untuk bertemu James sbg Presiden Bank Dunia ketika itu untuk menerima bantuan kewangan. James semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan APEC di Langkawi tahun 2000, singgah di Kuala Lumpur bertemu Dr Wan Azizah di ‘VIP Lounge’ KLIA. Rekod buku pelawat Malaysia Airport Holding mencatatkan nama James dan Dr. Wan Azizah. Pertemuan tersebut diatur oleh Azmin Ali. Hubungan DSAI dengan James Wolfenson masih akrab hingga kini.klik sini

Parti Keadilan Rakyat Padang Besar khuatir - klik sini
 

 

Blogger UMNO yang mencipta nama dalam World of UMNO Book Records sebagai ahli UMNO yang pertama dipecat kerana laman blog menuduh secara terbuka bahawa agenda membelasah Najib Tun Razak datang dari Khairy Jamaluddin dan Anwar Ibrahim speaker karismatik. 

" Kesimpulan Khairy Jamalludin membangkitkan isu itu hanya semata-mata hendak membantu Anwar Ibrahim yang bijak bertikam lidah untuk menjawab isu yang tidak ditanya orang, supaya membolehkan isu tersebut diterangkan sebelum Persidangan Agung Parti Keadilan Rakyat. Orang yang kenal Anwar Ibrahim tahu permainan politik yang agak bijak dan dia akan menggunakan siapa sahaja untuk meniti jambatan bagi mencapai matlamatnya klik sini

 

Penarikan diri satu protes?
kemelut Parti Keadilan Rakyat Malaysia

Angkatan Muda terus bergolak dengan tambahan lagi nama besar dalam Angkatan Muda Keadilan menarik diri dari pemilihan. Sikap menarik diri ini seakan satu protes ke atas bukan sahaja Pemangku Angkatan Muda Keadilan malah seakan nampak ditujukan kepada penasihat parti itu sendiri Anwar Ibrahim.

Mohd Nazmi Rosli dalam kenyataan yang kami peroleh mengumumkan untuk menarik diri dari pertanding untuk jawatan Pengerusi Tetap AMK dan merupakan calon yang memperoleh pencalonan tertinggi. Beliau juga menerima hampir 20 pencalonan untuk jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi 2007. Nazmi yang merupakan Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor semenjak 2005 juga merupakan Setiausaha Bahagian Shah Alam. Aktif dengan Angkatan Muda Nazmi dimaklumkan melepaskan jawatan kerana membantah tindakan Anwar Ibrahim mengetepikan pandangan – pandangan Ezam Mohd Nor khususnya mengenai masalah konflik dalam Keadilan. Beliau juga kesal dengan tindakan Anwar Ibrahim dalam mencatur pemilihan peringkat Angkatan Muda khususnya usaha untuk menolak rakan seperjuangan dalam parti. SD Johari. Kenyataan beliau turut mengatakan bahawa, saya sebagai antara orang terapat dengan Ezam merasakan tidak perlu lagi saya berada dalam kepimpinan pusat.

Sementara itu calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan yang merupakan antara partisipasi wanita muda yang memperoleh pencalonan terbanyak, Sharifah Shahidah bt Syed Kamarulzaman turut mengambil keputusan untuk melepaskan pencalonan beliau bagi jawatan tersebut. Kami dimaklumkan beliau juga adalah anak didik Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Nor. Tindakan – tindakan ini nampaknya menunjukkan bahawa terdapat pergeseran dalam Angkatan Muda Keadilan dan pergeseran ini mampu melumpuhkan Angkatan Muda Keadilan dalam keadaan desas desus pilihan raya umum semakin kuat berbunyi.

Mungkin ini juga menunjukkan kelemahan kepimpinan Shamsul Iskandar Mat Akin, yang dikatakan tidak mempunyai pendirian jelas dan keputusan didalangi kehendak penasihat parti Keadilan , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan membiarkan demokrasi mengambil tempat dengan memenuhi suara ahli.
 

 

ANUAR MOHD NOR : Isu kongress Parti Keadilan Rakyat Malaysia,

Agak tidak percaya bila ada suara – suara dalam Parti Keadilan Rakyat yang dikatakan menuntut keadilan buat rakyat akhirnya dikatakan bergelumang dengan politik – corak kotor. Ini bukan agenda laman yang mahu sengaja menyiarkan berita – berita pembangkang. Namun dengan keghairahan mahu berebut tempat, Anwar Ibrahim selaku penasihat PKRM kini dikritik sebagai mencatur pemilihan bahagian – bahagian sehingga ada yang mengatakan bahawa masa laungan menuntut perubahan berakhir bila Anwar keluar dari penjara. Diberitakan juga akan dapat penarikan dari pertandingan jawatan sebagai  "protes" oleh Angkatan Muda terhadap corak politik Shamsul Iskandar Pemangku Angkatan Muda. Mungkin ini sebenarnya KEADILAN yang sekian lama diperjuang oleh mereka yang lupa.

 

Terkini isu pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat Malaysia: Gempar !!! kerana amalan 'politiking' dalam parti khususnya yang melibatkan angkatan muda kami mendapat makulat dalaman yang menyatakan bahawa hampir kesemua calon pimpinan 'utama' angkatan muda menarik diri dan kemungkinan mengundurkan diri dari angkatan muda. Badrul Hisham seolah berada di sebalik pasukan pimpinan yang mengundur diri ini.... sila layari : http://keadilan2007.blogspot.com
 

 

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan tarik diri

AHLI PARTI KEADILAN MENULIS SURAT TERBUKA KEPADA ANWAR IBRAHIM

Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat

Antara nota tulisan surat terbuka tersebut adalah "Cukup-cukup lah Dato’ Seri bermain politik, sekiranya masih terus ingin bermainlah secara lebih berwibawa dan lebih bermaruah.

Saya secara peribadi tidak mahu PKR yang saya sayangi ini hancur di tangan Dato’ Seri dan sekutu rapat. Jika Dato seri merasakan tidak mampu mengekalkan kredibiliti dan maruah peribadi, kembalilah kepada UMNO yang sentiasa bersedia menerima orang yang tercalar keperibadiannya, bukannya merendahkan martabat diri sendiri menggunakan orang lain demi memuaskan nafsu serakah sendiri.klik sini


SD Johari adalah kepimpinan yang sifatkan sebagai reformis, telah difahamkan bertemu dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan En Ezam Mohd Nor sebelum membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari bertanding. Tindakan ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam keadaan Parti Keadilan Rakyat yang kini dilanda pergolakan yang hebat.Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Ezam Mohd Nor dalam kenyataan beliau sewaktu meletakan semua jawatan dalam parti beberapa bulan sebelum ini telah memberi amaran kepada Anwar Ibrahim bahawa keadaan pemilihan dalam PRKM sudah sampai ke tahap yang kritikal dan ini perlu dibendung segera sekiranya Keadilan masih mahu menjadi parti yang relevan. klik sini
 

 

Muhkris Mahathir - politik selamat?

 

Email diterima


Persoalan ini timbul dalam blog www.arahkita.blogspot.com  Ini adalah berhubung dengan kritikan Dr Mahathir mengenai kerajaan yang memerintah khususnya di bawah pentadbiran Abdullah Hj Ahmad Badawi. Dr. Mahathir dalam siri jelajahnya membicarakan tentang penjualan kedaulatan dan bagaimana kita berkompromi dengan Singapura.

Ini adalah satu tindakan menjual maruah dan kerajaan yang ada ini lemah kata beliau. Namun satu persoalan yang dikemukakan oleh pelayar tersebut ialah, kalau kerajaan ini lemah dan bertindak menjual kedaulatan negara kenapa Muhkris Mahathir masih di situ? Adakah beliau tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir , ayahnya sendiri? Kenapa tidak memberikan reaksi tetapi sebaliknya mendiamkan diri. Adakah ini contoh pendirian yang baik?

Sebenarnya laman ini tidak akan dapat memberi jawapan selain dari cuba memikirkan kebenaran persoalan yang ditimbulkan. Kalau anak sendiri tidak yakin dengan ayahnya maka adakah ayahnya itu berkata separuh benar atau tidak benar langsung? Mungkin ini yang dinamakan politik selamat sedangkan beliau tahu kedudukan beliau tidak selamat.

Mungkin perlu kita ajukan kepada semua, adakah apa yang diutarakan oleh pelayar blog www.arahkita.blogspot.com tidak mempunyai kebenaran. Klik sini

 

 
  • Dimana Melayu - Kita tidak boleh lagi mengharapkan kepada Dato Seri Abdullah atau Datuk Seri Najib atau lain-lain pimpinan tertinggi UMNO, mereka tidak akan mampu melakukan apa-apa malah akan terus terlena, leka dengan post yang mereka pegang sekarang. Mereka akan terus mencari kekayaan untuk diri mereka dan pada masa yang sama akan cuba memujuk melayu-melayu ini dengan keterampilan mereka yang efisien kononnya. Cuba orang-orang melayu kaji semula projek-projek RMK9, mana perginya IKLAN dalam akhbar utama bagi projek-projek besar. Yang ada cuma Kelas C dan ke bawah sahaja dan jarang-jarang sekali bagi Kelas B. Klik Sini
     

  • Kenaikan gaji yang diminta oleh kesatuan kerja dari kerajaan amat perlu kepada rakyat waktu ini. Klik sini
     

  • Pengorbanan guru kelas pertama - Terlalu besar pengorbanan mereka jika kita ingin bandingkan dengan apa yang kita berikan kepada mereka. Tahun ini, Sambutan Hari Guru PASTI Pusat akan diadakan di Kota Bahru Kelantan pada 29 & 30 Jun 2007. Seorang lagi tokoh guru PASTI Malaysia bakal dinobatkan. Walaupun saya sudah lagi tidak terlibat dalam memilih Tokoh Guru PASTI pada tahun ini, saya yakin dan percaya bahawa seorang tokoh guru PASTI penuh dengan sifat pengorbanan, dedikasi dan keihklasan akan ditampilkan bagi menjadi contoh yang terbaik kepada guru-guru PASTI dan kepada masyarakat di luar.klik sini
     

 


Benarkah perisitiwa ini tercetus sebagai usaha dalaman Umno untuk menumbangkan Almarhum Tunku dari teraju negara dan parti itu? Benarkah perisitiwa ini sebenarnya dapat dielakkan kiranya pihak-pihak terbabit tidak tunduk pada tekanan politik Umno dan Perikatan ketika itu?

Benarkah ketegangan kaum semat-mata tidak mampu mencetuskan peristiwa ini tetapi sebenarnya kecalaruan di dalam Umno dan Perikatan itu sendiri? Sepatutnya 50 tahun Merdeka telah mendewasakan minda kita semua, untuk lebih terbuka dan kritikal.

Yang lucunya Timbalan Menteri Keselamatan Fu Ah Kiow dalam akhbar hari ini berkata buku Dr Kua itu sebenarnya belum diharamkan. Tindakan para pegawainya tempoh hari adalah semata-mata untuk menelaah kandungan buku itu.klik sini
 

 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

22/05/2007 Dalam pilihan raya Ijok, Anwar Ibrahim telah menyerang habis-habisan Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaharibu. Dan semua maklumat terhadap perkembangan itu kesemua orang tahu datang dari Khairy Jamaludin sendiri. Tujuan ialah supaya Abdullah Hj Ahmad tidak diserang dengan berbagai isu. Maka kita melihat bahawa isu Anwar Ibrahim dalam isu pembunuhan yang dikaitkan kepada Najib Tun Razak tidak menguntungkan kepada sesiapa, jika Najib Tun Razak dikira terlibat, dia samalah dengan Mokhtar Hashim, Harun Idris termasuk Anwar Ibrahim sendiri dan macam-macam nama lagi yang dikaitkan dengan jenayah dan rasuah klik sini
 

 

Dr Mahathir legasi memanggil kembali?

Mungkin agak menghairankan tetapi mungkin juga ini kerenah politik. Teringat akan kata- kata Prof Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup,

.......hendaklah insaf bahawa orang yang diakui berakal hanyalah kerana budinya, bukan pangkatnya. Celaka orang yang disegani kerana zalimi....


Namun kezaliman itu perlu kita definisikan semula. Mungkin kezaliman sudah berubah. Mungkin zalim pada waktu dan pada masa tertentu tetapi tidak pada waktu-waktu lain. Mungkin politik ada jawapannya. Kezaliman itu mungkin dalam kepompong politik perlu agar semua teratur, jalan teratur, jalan berbaris dan lurus berdiri.

Tidak kiralah cara pelaksanaannya asalkan lurus mengikut dan sujud menunduk pada kuasa – kuasa pada waktu itu. Mungkin zalim hanya satu cara untuk mendisiplinkan yang ada semua. Klik sini
 


UMNO memulakan rusuhan 13 Mei 1969, kata blogger Zaharin Mohd Yassin

Bloggers Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai mencetuskan satu lagi kontroversi mengenai punca 13hb Mei 1969 dengan kenyataan dalam blognya www.sangkelembai2006.blogspot.com   :

Tulisan beliau bertajuk  : Rusuhan 13 Mei atau peristiwa 13 Mei antara lain mengatakan:

“Mencari punca akan berlaku rusuhan itu, tidak memerlukan kenyataan yang berbelit atau pun memerlukan penelitian khusus atas kertas-kertas rahsia sama ada dalam negeri atau pun sampai ke United Kingdom. Puncanya ialah mudah kerana Perikatan masa itu di bawah pimpinan Tunku Abd Rahman tidak menerima akan keputusan demokrasi akan kekalahan kerajaan dalam pilihan raya umum 1969”

Kenyataan persoalan dalam membicarakan siapa pencetus 13hb Mei 1969 turut terpapar dalam laman web www.malaysia-today.net atau capaian terus pada “klik sini”. Isu ini telah menimbulkan berbagai-bagai respons yang agak membimbangkan.

Setakat ini kita telah sogokkan dengan berita bahawa Peristiwa 13 Mei 1969 atau satu peristiwa hitam mengenai rusuhan kaum. Hari ini Zaharin Yassin menulis perkara sebaliknya. Temu bual ringkas dengan beliau mendapat apa yang mahu disampaikan ialah, Peristiwa 13 Mei 1969 bukan satu rusuhan kaum tetapi adalah rusuhan rakyat yang tercicir dari segi perekonomian menolak Perikatan dan ini melibatkan semua kaum menentang Perikatan.

Ini adalah satu pusingan 360 darjah dari apa yang telah diterangkan kepada kita dalam pembacaan sejarah. Adakah benar UMNO merusuh kerana tewas dalam pilihan raya tersebut dan ada lontaran “posting” dalam www.malaysia-today.net yang mengatakan bahawa rusuhan politik ini akan berlaku sekiranya UMNO tewas dalam pilihan raya.

Tulisan ini juga menimbulkan sedikit kegusaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Adakah benar bahawa UMNO adalah punca? Adakah UMNO benar – benar membelakangi demokrasi dan sebenarnya mewujudkan ekoran untuk misi yang tidak seberapa ini.

Apa pun kemungkinan ini akan menggemarkan OPURTUNIS bangsa lain dan UMNO akan terus dilabel sebagai satu organisasi yang berteraskan kekuatan kewangan sahaja. Apa kata selanjutnya Sang Kelembai adalah diharapkan.

 

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com