untuk SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 30/04/2007 Sang Kelembai  yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com
 


CABARAN KEPIMPINAN MELAYU DI ERA GLOBALISASI : MEMPERKASAKAN BANGSA DAN KEDAULATAN NEGARA
oleh  Tun Dr Mahathir Mohamed akan diadakan di Kelantan pada 6hb Mei Ahad 2007 jam 2.45pm (River View Hotel) syarahan Perdana Tahunan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. Turut hadir adalah YBM TG Razaleigh Hamzah serta lain - lain kenamaan dan tokoh - tokoh. Tun Dr Mahathir turut akan memberi keterangan pada hari yang sama di Mahkamah Kota Bharu jam 9 pagi sebagai saksi kes " spray" terhadap dirinya.   
 

 

VCD terus menghantui PKR dan Anwar

Ini adalah antara material yang telah tertabur di Ijok yang dikatakan antara sebab Parti Keadilan Rakyat tewas dalam pemilihan ini. Isu ini diibaratkan “killer issue” menurut beberapa komen yang kami terima. VCD gambar Anwar Ibrahim yang dimainkan sewaktu krisis kepimpinan Dr Mahathir dan Anwar terbangkit semula dan Anwar dan PKR seolah tidak ada jawapan yang mampu dilakukan untuk menangani isu – isu ini. Sungguhpun bagi pihak PKR, pengundi hantu, menghalang kempen, menakut-nakutkan rakyat serta SPR adalah isu yang menyebabkan kekalahan tetapi beberapa pendapat berbeza masih menumpukan kepada material perang saraf seperti ini untuk memaling undi dari PKR kepada Barisan Nasional. Material ini akan terus dipakai untuk pilihan raya umum akan datang. Sungguhpun keputusan – keputusan mahkamah telah ada perkara ini seakan satu hantu akan terus mengugut Anwar Ibrahim sebagai penasihat parti dan sekiranya tidak ditangani ia akan terus menjadi faktor kontribusi kepada kelemahan PKR.

Mungkin selagi isu ini tidak diperjelaskan dengan tepat, selagi ada keraguan keputusan mahkamah yang memaparkan “ keputusan berlapis” mengenai kes moral Anwar Ibrahim selagi itu ia akan terus melemahkan kedudukan. Mungkin isu ini tidak dimainkan oleh Barisan Nasional secara terus, mungkin penyokong mereka tetapi apa juga ia tetap memberi kesan kepada minda- minda terhad dalam Ijok. Apa pun material ini telah turut memberi kesan kepada pilihan raya. Mungkin material seperti ini akan terus menghantu Barisan Nasional dan Anwar akan terus dicap dengan gambaran – gambaran kepimpinan ulama yang bermuka – muka. Soalnya bagaimana PKR harus memulakan langkah membersihkan mereka dari terus dihantui oleh VCD tersebut.

 

 

Audio mengenai pembelian undi

 

Pilihanraya Malaysia adalah sia - sia


Diberitakan bahawa terdapat satu audio yang mengesahkan ada pembelian undi dilakukan oleh Barisan Nasional. www.umno-reform.com telah menerima link mengenai video tersebut. klik sini
 


Bagi penulis, menunggu keputusan pilihanraya di Malaysia tidak lah seghairah menunggu keputusan INDEKS DEMOKRASI negara kita. Samaada ia semakin maju atau semakin mundur. Apa yang kita lihat adalah apa yang kita perolehi.klik sini

 


The opposition candidate claimed that he actually said “Jangan undi BN” (Don't vote BN) while the clip depicted him as saying “Undi BN” www.malaysiakini.com

Video yang diulang dalam media perdana hari ini telah dimanipulasi untuk meraih sokongan di saat- saat terakhir. Demikian menurut laporan beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan. Ini adalah langkah terakhir kerana mereka tahu bahawa Ijok menyaksikan sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat dan banyak indikasi yang menunjukkan bahawa Barisan Nasional akan kalah.

Dikatakan bahawa kedudukan PKR setakat tutup masa berkempen amat kukuh dan mereka dikatakan berjaya dalam meraih sokongan khususnya dikalangan orang - orang Melayu dan Cina. Bagi PKR ini adalah hasil dari himpunan pendapat dan kaji selidik yang mereka lakukan sepanjang waktu berkempen.

Dalam pada itu beberapa kenyataan yang di buat kepada kami oleh rakan kepimpinan dalam Bahagian dan Cawangan UMNO turut mengatakan bahawa peluang untuk Parti Keadilan Rakyat Malaysia menang adalah cerah. Dan sekiranya BN kalah ini akan memberi isyarat yang kuat pada BN supaya memberi tumpuan bukan sahaja pada saat ada pilihan raya tetapi perlu mencatat laporan kerja wakil - wakil rakyat BN yang hanya hadir sewaktu kempen dan ghaib setelah di lantik.

Ini bagi mereka perlu dipantau kerana ada wakil rakyat yang hanya melawat kawasan 4-5 bulan sekali. Mereka seperti ini akan mengagalkan Barisan Nasional dan akan berada jauh dari hati pengundi. Sungguhpun begitu esok adalah hari penamaan menggundi. Kita akan dapat keputusan Ijok sama ada Parti Keadilan Rakyat akan berjaya atau BN akan mengekalkan kerusi itu.
 

 


www.malaysia-today.net laman paling popular dan tidak berat sebelah telah menyiarkan posting yang amat bagus untuk Barisan Nasional dan untuk kita fikirkan bersama. Posting bertarikh 27/4/2007 adalah dari blog analisis malaysia.

Analisis Malaysia menulis " Ada yang bertanya mengapakah Analisis Malaysia tidak bersikap adil dengan menulis mengenai kelemahan Barisan Nasional. Analisis Malaysia akan menulis mengenai perkara itu. Kita tidak perlu tergesa-gesa. Tak lari gunung dikejar.

Dalam konteks pilihanraya kecil Ijok, ternyata PKR bukanlah alternatif. Walaupun ada kelemahan, Barisan Nasional harus terus memenangi pilihanraya kecil tersebut dan itulah yang akan berlaku pada 28 April ini.

Itulah keputusan yang "adil" -- meletakkan sesuatu pada tempatnya!"

Dalam itu juga artikel yang terpapar di www.malaysia-today.net itu turut mempersoalkan Parti Keadilan Rakyat dengan soalan - soalan dan keterangan seperti berikut :

Adakah tidak benar PKR berhadapan dengan krisis identiti dan ia dilihat sebagai "parti Anwar"?

Adakah tidak benar banyak pihak meragui keikhlasan Anwar dan mereka masih melihat dia bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan masuk semula dalam UMNO?

Adakah tidak benar Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail hanya memanaskan kerusi presiden PKR bagi pihak suaminya?

Adakah tidak benar rakyat keliru dengan bentuk kerjasama antara PAS yang ingin menegakkan syariat Islam dan DAP yang menentang negara Islam?


Adakah tidak benar yang penglibatan semua parti-parti pembangkang dalam pilihanraya kecil Ijok ini bukanlah untuk membela penduduk kawasan itu, tetapi lebih untuk menjamin "political survival" mereka? Klik sini untuk membaca terus artikel dan sebab - sebab kenapa PKR gagal
 

 


Mahathir - jangan termakan gula - gula

Petikan www.malaysiakini.com : Mahathir berkata "“ If you vote (BN) because you get a lot of money or because you get a lot of projects, you may get a rotten government which uses money in order to buy your vote,” said Mahathir.  He lamented that BN supporters would blindly vote for the ruling coalition.  “They don't care whether it is a good government or not. We are Barisan people. We vote Barisan. No assessment, no study. We vote (Barisan) because we must. That's why I say a country deserves the government it gets. Mungkinkah benar UMNO perlu reform atau pun hadapi kemungkinan UMNO menjadi pembangkang pada masa - masa akan datang?
 

 

Email di terima : Paling Strategik

 


Pilihanraya Kecil adalah satu ruang yang paling strategik untuk rakyat/pengundi menyampaikan perasaan tidak puas hati kepada parti yang membentuk Kerajaan. Tindakan-tindakan yang mengancam hak-hak asasi seperti merobohkan tempat-tempat beribadat dengan cara yang sangat mendukacitakan hendaklah di protes secara berdisplin melalui peti undi. Cara ini adalah lebih profesional berbanding dengan penggunaan C4 untuk melenyapkan sesuatu isu. Malah sebarang usaha untuk menggunakan keganasan untuk mencapai sesuatu niat haruslah ditentang tetapi menunjukkan protes melalui peti undi hendak digalakkan. Ini yang dikatakan pembangunan modal insan. Kata-kata kononnya pilihanraya kecil bukanlah tempat untuk menunjukkan protes adalah kata-kata manis untuk mendapatkan undi sahaja. Lidah-lidah yang sama akan berkata, pilihanraya umum bukanlah tempat untuk menunjukkan protes kerana ia melibatkan masa depan negara. Bermakna akan sentiasa ada kata-kata yang manis dan menghalang rakyat untuk menunjukkan ketidakpuasaan hati dengan tindakan parti-parti yang membentuk Kerajaan. Hidup rakyat semakin tertekan dengan tindakan-tindakan tidak bijak dan ruang untuk menunjukkan protes semakin tertutup kecuali pilihanraya. Gunakan hak anda untuk memberikan mesej yang jelas kepada mereka yang menggunakan kuasa untuk menekan rakyat. Kembalikan sistem demokrasi dan kebebasan bersuara melalui peti undi.

piinang
The most responsible leader is the one who lead the government without the 2/3 majority in Parliament. Use your voting power to deny 2/3 majority.

Pembangkang harus mula mengeluarkan alasan tuduhan

Setelah diasak oleh pembangkang dan akhirnya setelah di persoalkan oleh media Putra Post akhirnya Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada komisen diberi dalam urusan pembelian kapal selam dan jet pejuang. Kini bola di tangan pembangkang untuk mempercepatkan alasan tuduhan yang mereka buat tanpa menunggu Najib Tun Abdul Razak untuk menyaman mereka dalam isu ini dan isu Altantuya. Anwar Ibrahim di minta untuk menyebarkan alasannya sebelum di tuduh selama ini semua yang diperkatakan hanya kempen untuk pilihan raya.
  

Lagi masalah dalam daftar pengundi (email diterima)

"YUSOF M.S. < M.S.YUSOF.328199@swansea.ac.uk> Add to To: anuarmohdnor@yahoo.com
Salam...

Minta bantuan untuk mengeluarkan nama saya dari senarai pengundi di kawasan Sijangkang.... Utk pengetahuan pihak Tuan saya tidak pernah mendaftar sebagai pemilih dan tidak pernah mempunyai sebabrang alamat di kawansan tersebut dan saya khuatiri akan dijadikan sebagai hantu.... (mungkin inilah sebabnya saya tak takut hantu dan tak pernah jumpa hantu.... rupa2nya SEDARA!!!). Sya mengundi di Johor Bahru daerah Pulai pd pemilihan 1999 bukan di .. dan tidak mengundi pd pemilihan yg terakhir... 2004 kerana kesibukan dan lain2 alasan yg tidak wajar.

Benar saya pernah bekerja sebagai jurutera di Teluk Panglima Garang, dari oktober 1997 sehingga april 2000. Tetapi saya tinggal di TTDI Jaya, Shah Alam. Kemudian saya berkahwin dan beralamat di ss13 Subang Jaya.... maaf saya tidak ingat alamat dgn tepat... sehinggalah saya berpindah alamat ke Yong Peng dan bekerja di Johor Bahru.

Saya merasa sangat kesal dan terperanjat, walau pada mulanya hanya bertujuan untuk menyemak suka-suka. Malangnya saya berada diluar negara pada saat ini dan tidak dapat berbuat apa2 terhadap perkara ini. Sekali lagi saya khuatiri ianya akan dialah gunakan oleh sesiapa shj dan malangnya bakal mengakibatkan kesusahan pd saya juga akhirnya!

 

 


Putra Post, UMNO sudah bergolak?

Kepimpinan Angkatan Muda Keadilan menyifatkan “Putra Post” yang bertebaran di Ijok adalah bukti ahli UMNO mula tidak mempercayai kepimpinan UMNO mereka sendiri. Pergolakan ini jelas dibuktikan kerana Putra Post adalah surat khabar organisasi UMNO dan di Ijok media ini menerbitkan kritikan terhadap Abdullah Hj Ahamad Badawi dan Datuk Najib sendiri.

Sebenarnya menurut mereka kehadiran media ini di waktu pilihan raya kecil Ijok sudah cukup kuat memberi syarat bahawa kalangan UMNO juga mahu UMNO tewas. Mereka sedar akan keburukan yang ada dalam UMNO dan tugas kami adalah untuk terus memberi penerangan sehingga mereka sedar bahawa UMNO bukan lagi platform untuk orang – orang Melayu bertaut.

Surat khabar “putra Post” dikatakan diberi secara percuma kepada masyarakat yang hadir di Ijok. Akhbar yang banyak mengkritik Pak Lah termasuk menerbitkan sindiran sinis iterhadap UMNO menyebabkan kepimpinan Barisan Nasional agak kucar kacir melihat senario Putera Post yang selama ini adalah salah satu media perang saraf UMNO. Ini juga memberi locatan kepada kami untuk terus memperjuangkan keadilan kerana perjuangan keadilan ini perlu untuk Malaysia berkembang maju.

 

 


K.Partiban pernah ugut wartawan dan satu laporan polis telah dibuat ke atasnya pada 26/03/2006

Imbas laporan polis Satu Dua Tiga

Kami telah menerima beberapa salinan laporan Polis yang mengandungi butir - butir laporan terhadap ugutan yang dibuat oleh K.Partiban ke atas seorang wartawan pada 26/03/2006. Laporan ugutan telah dibuat. Hari ini juga satu laporan turut dibuat kerana penulis itu takut dalam membuat laporan mengenai Ijok. Salinan laporan polis menyusul kemudian. 
  

 

Inilah yang best tentang Barisan Nasional ini - dalam macam ini pun kena bayar kalau tidak kami sita- kami lelong - peduli apa kita tidak boleh bertolak ansur no way - ugut tetap ugut - Gambar ini dikirim kepada kami oleh Jason


 

 


Apa sudah jadi SPR dengan Moto CEKAP DAN TELUS sampai budak umur 8 tahun pun boleh mengundi di Ijok. Tak Percaya ? Pergi ke laman web SPR http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp masukkan No MyKad ini 990518610029 Ya ini dia, CEKAP DAN TELUS, Malaysia Boleh ! kiriman Suara N9 <amk_ns@yahoo.com>
 

 

Semalam di Ijok - Barisan Nasional terdesak?

  THE AWAKENING, PEMIMPIN DAN TERHUTANG BUDI

"Saya Khir Toyo" flash back saksikan klip video keganasan MPAJ dan di Ijok Khir mahu menyelesaikan masalah tanah yang tertunggak hampir berpuluh tahun.

Masihkah kau ingat : KLIK SINI

Rumah di roboh sewaktu anak kita mengambil peperiksaan

Inilah dia keadaan rumah orang - orang Melayu yang tinggal

Mereka duduk disini hampir 40 tahun - kenapa tidak boleh bertolak ansur

 

Senario orang Melayu akan berubah sekiranya mereka faham bahawa bergantung kepada ikhtiar dan usaha sendiri untuk berubah mampu memerdekakan jiwa mereka. Meminta dan menerima pertolongan pula tidaklah bermakna mereka kena taat buta kepada pemimpin serta menyerahkan seluruh jiwa dan raga. Pelacur pun tidak menyerahkan jiwa dan raga sepenuhnya kepada si pembeli walaupun di beli dengan harga yang mahal.

Lagipun memang menjadi tanggungjawab pemimpin memberi dan ini bukanlah satu perkara yang menghairankan. Bukan soal pemimpin ini dan itu bagus kerana kelihatan pemurah. Tetapi memberi itu ada dalam pakej seorang pemimpin dalam usahanya memakmurkan rakyat.

Orang Melayu mesti mengubah senario politik hari ini! Orang Melayu memberi undi, pemimpin Melayu menerima undi. Orang Melayu kena jadikan pemimpin Melayu pula meminta-minta dan terhutang budi! Orang Melayu mesti merantai pemimpinnya supaya mereka taat kepada bangsa dan agamanya. klik sini


Semalam di Ijok - Barisan Nasional terdesak?

Tuan Editor,
(tolong kalau boleh letakkan kembali gambar rumah peneroka kota – saya percaya Tuan Editor ada gambar tersebut. Ini bukan masalah pengundi, ini masalah rakyat)


Ceramah Khir Toyo di Simpang Tiga Ijok menyaksikan raungan dan bukan laungan. Seakan lelong – lelong undi satu dapat satu free. Undi K.Parthiban dapat Khir Toyo. Berjanji Khir Toyo untuk membuka pejabat Menteri Besar cawangan Ijok. Ijo jadi anak angkat dan Anwar dan Khalid menipu. Malang tepukan hanya berbunyi serunai India, hanya berlagu gendang Cina kerana yang Melayu tidak wujud pada waktu itu. Mungkin sokongan Melayu di Ijok terhadap Barisan Nasional semakin kurang, mungkin betul kerana Melayu yagn hadir mendengar Menteri Besar Khir Toyo berceramah adalah anak – anak kecil bukan muda memakai kemeja T – Pemuda UMNO dan bukan Putera UMNO. klik sini

 

Anwar cabar Najib untuk bawanya ke mahkamah

 

Najib pertahankan dirinya dari serangan Anwar

Kempen Anwar terus menerus menghentam Najib Tun Abdul Razak. Anwar terus mencabar Najib supaya mengheretnya ke mahkamah kerana di sana beliau akan mendedahkan semuanya, kes Altantuya, kes rasuah kapal seram dan jet pejuang. Ini adalah serangan yang dianggap peribadi oleh Pemuda UMNO. Namun apa yang bawa oleh Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat adalah tuduhan rasuah dan isu – isu yang bagi mereka menampakkan kepincangan kepimpinan UMNO.

Ini adalah bentuk kempen mereka. Anwar semakin lantang dan Najib akhirnya terpaksa mengikuti rentak Anwar.

Anwar dalam cabarannya terus meminta Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk membawa isu ini ke mahkamah untuk membolehkan beliau mendedahkan apa yang beliau ada mengenai Najib di mahkamah nanti. Adakah Najib akan turut menerima cabaran Anwar dan membawa perkara ini ke mahkamah?
 

Mungkin ini cara untuk mempertahankan diri. Anwar pernah membuatnya, Tun Dr Mahathir juga pernah bersumpah dan hari ini Najib Tun Abdul Razak juga bersumpah mengenai beliau tidak terlibat dalam Altantuya. Laporan dari ijok.net :  Ijok, 22 April: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah "dengan nama Allah" beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan model Moggolia bernama Altantuya Sharibu yang mati dibunuh beberapa bulan lalu.

Sumpah ini dibuat ketika menyampaikan ucapan dalam program Program Najwa Perdana dan Penyerahan Waran Bantuan Kepada Masjid, Surau dan Sekolah Rendah Agama di kampung Seri Jasa dekat sini sebentar tadi.

Rosmah juga bangkit mempertahankan suaminya Najib. Mereka menipu mengenai Najib dan kita berserah kepada Allah untuk menentukannya. Kenyataan beliau ini dipetik dari www.malaysiakini.com. Mungkin inilah "defence" yang dapat dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sedang berhempas pulas menentukan kemenangan di Ijok . Tindakan ini diambil oleh Najib kerana Anwar setakat ini bertubi - tubi menyerang Najib.
 

 

Ijok bila Melayu dan Melayu

   


Ijok masih lagi melihat dan membicarakan malah dalam proses tuduh menuduh siapa yang lebih ganas. Semua membuat laporan polis baik Parti Keadilan Rakyat dan Pemuda UMNO sendiri. Mereka ganas, kata Pemuda UMNO dan Angkatan Muda Keadilan turut mengatakan bahawa Pemuda UMNO ganas dan Khairy Jamaluddin dan Hisham kurang ajar. Selesai buat laporan maka berbagai-bagai video dipersembahkan, Barisan Nasional dengan gambar kayu melayang dan melayang kembali dari arah yang berbeza, botol terbang melayang dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri. Gambar pembangkang dalam saluran media mereka juga menunjukkan perkara yang sama. Teliti punya teliti Ahmad menyerang Ahmad dan yang lain Ah Seng serta Subramaniam melihat begitu sahaja. Ini dia politik kita dan ini dia sebenarnya yang meletakan kita jauh berbeza dari bangsa lain khususnya Cina.  Lihat sahaja mereka yang hadir sewaktu penamaan calon, lihat gambar kawasan PKR dan UMNO, yang banyak adalah mereka yang lahir atas nama Bumiputera dan yang banyak berselisihan pendapat adalah Melayu dan Melayu - serang dan terus menyerang.

 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

30/04/2007

Jika dibandingkan dengan tenaga parti pembangkang, maka perkiraan adalah 100 BN persamaan 1 petugas parti pembangkang. Maka dengan kebanggaan jumlah majoriti yang diperoleh ianya tidak setimpal dengan jumlah petugas dan sepatutnya Barisan Nasional sekurang-kurangnya memperoleh paling kurang 7 ribu pengundi dan majoriti 3 ribu ke atas.

Jika dibandingkan wang yang dicurahkan termasuk RM 36juta untuk projek membuat jalan tar dan wang digunakan oleh UMNO di mana setiap UMNO Bahagian di Selangor mendapat peruntukan tidak kurang 250 ribu dan UMNO Negeri-negeri mungkin berbelanja hampir sama, maka diambil secara rambang bahawa sejumlah 60 juta dibelanjakan oleh Barisan Nasional untuk menang di PRK Ijok, maka agaknya berapa harga satu undi BN di Ijok.
klik sini
 

 



UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka - Cemerlang biar gemilang jangan sampai pecah tembelang

Begitulah antara kata-kata yang timbul dalam program Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamed. Program – program ini semakin menarik apabila yang dipersoalkan adalah penjualan kedaulatan bangsa oleh Dr Mahathir. Mahathir turut mengkritik apa yang dikatakannya ahli UMNO yang kini ditutup mulut, ditutup telinga dan turut di tutup adalah hidung agar yang busuk tidak terbau oleh mereka. Mahathir menjelaskan bahawa janganlah sampai kerana RM 200 – 300 kita terpaksa menjual segala-galanya.

Mahathir dalam ucapannya yang lebih kepada sindiran mengingatkan bahawa kedaulatan kita akan tergadai sekiranya kita lalai. Beliau mengumpamakan perkara ini seperti kesihatan yang akan hanya dinilai apabila kita sakit. Janganlah sampai kita sakit baru kita mahu bertindak.

Dalam Majlis itu juga apabila salah seorang yang hadir bertanya mengenai Tan Sri Khalid Ibrahim , calon Ijok dari Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang hari ini menyelar DEB , komen ringkas Mahathir hanya mengenai apa yang bakal dia dengar sekiranya Barisan Nasional menang. Kata Tun Dr Mahathir, Najib akan mengatakan bahawa kemenangan ini adalah kerana rakyat Ijok masih menyayangi Mr Clean.

Dr Mahathir – Abdullah hanya Perdana Menteri satu penggal

Apabila di tanya kenapa lantik Abdullah Hj Ahmad Badawi sedangkan Tun tahu mengenai personaliti dan kemampuannya, Tun menjawab “ sepatutnya Pak Lah adalah Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja”. Mungkin inikah “dealing” yang selama ini wujud tetapi dibelakangkan oleh Pak Lah. Tun Dr Mahathir pernah menyebut bahawa ada janji yang telah Pak Lak buat tetapi beliau membelakanginya.

Dr Mahathir - kehadirannya kembali mengkritik Pak Lah

Menurut Tun juga sebanyak 14 kali undangan terhadap dirinya dibatalkan atas arahan polis. Ini tidak patut dilakukan. Beliau memberi justifikasi sewaktu Tengku Razaleigh sedang mencabarnya, tidak ada gangguan polis berlaku malah Ku Li boleh jumpa dan membuat perancangan dengan Tun Musa Hitam dan Abdullah Badawi sendiri, tidak ada gangguan tetapi hari ini , pemerintahan Mr Clean menggunakan undang –undang masa, dia (Tun) sendiri tidak tahu.

Rata –rata Tun Dr Mahathir masih diterima oleh mereka yang hadir dalam generasi beliau. Beliau masih terus mengkritik Pak Lah dan kritikan ini kini menjerumuskan kepada penjual kedaulatan negara kepada anasir luar – khususnya Singapura.
Gambar hiasan oleh www.msomelayu.blogspot.com

  •  Mahathir Mahukan Khalid Menang di Ijok - klik sini


Ijok Parti Keadilan Rakyat semakin mendahului?

SMS Wakil umno-reform.com di Ijok :
Ijok menyaksikan Anwar turun menjanjikan bahawa beliau akan kembali menentukan politik negara ini. Ijok semakin bergelora dengan kehadiran Anwar di Ijok dan nampak masyarakat Ijok semakin tertarik dengan Parti Keadilan Rakyat. Malam ini 21/04/2007 setiap penjuru kempen PKR semakin menyerlah dan semakin menjadi tumpuan. Bagi Barisan Nasional nampaknya kempen agak pasif. Dimaklumkan 10.30pm
Gambar dari www.malaysiakini.com
 

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com