www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Bila
di katakan bahawa yang penting itu parti
ianya bagai melihat "Tupperware" tanpa
mengetahui isi-rakyat perlu mula menyedari
Ghazali
Mat Dom
23-12-2003
Kerajaan lahir dari rakyat dan untuk rakyat kini tergugat dengan tindakan kerajaan sebagai tuan kepada rakyat. Contoh khusus; seperti rompakan Telekom dengan mengenakan caj tanpa pengguna memperolehi perkhidmatan, masalah keruntuhan tanah dan langkah konkrit yang tidak ambil sungguhpun sudah melewati 8 tahun ( Bukit Antarabangsa dan kawasan cerun lain), pemberian permit teksi kepada syarikat besar yang se olah - olah memberi lesen untuk mereka terus menindas pemandu teksi kecil yang telah lebih 5 tahun membawa teksi, pemonopolian khidmat kepada rakyat yang menjadikan syarikat langsung tidak bertimbang rasa seperti PUAS dan TNB serta banyak lagi kemudahan dan perkhidmatan yang penting buat keselesaan rakyat kini di baham rakus dengan persyarikatan atau penswastaan yang mana ruang rongga dada rakyat di sempitkan lagi dengan tekanan - tekanan yang merosakkan masyarakat akhirnya.
Namun sehingga kini rakyat di suapkan dengan kononnya parti lebih penting dari individu agar kesuburan kualiti perkhidmatan dapat di kompromi dengan agenda politik diri yang rakus mencari kemewahan dan kekayaan. Kita tidak usah berlindung lagi - menjawat jawatan Menteri, Ahli Parlimen mewakili kerajaan, Adun mewakili kerajaan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO - menjadi lesen kekayaan yang perlu di di kejar untuk kesejahteraan hidup yang melampau. Perkhidmatan tidak penting - asalkan rakyat tetap setia pada logo keris atau logo dacing. Itu penting untuk di tekan kan - agar sekiranya monyet representatif dacing maka monyet - lah yang akan memenangi tempat. Itu fahaman lama yang harus di kikis.
Sekiranya di sogok lagi bahawa yang penting adalah Parti - sedarlah itu satu penipuan untuk terus memberi khidmat dengan pincang.
Rakyat harus sedar - pemilihan calon untuk menjadi wakil kita seharusnya di ukur dengan cara bagaimana serius nya calon itu berusaha untuk memperjuangkan nasib masyarakat setempat. Kita tidak seharusnya melihat "tupperware" tetapi harus melihat isinya sama ada ianya segar dan selesa untuk di makan. Hanya dengan memakai lencana dacing tidak seharusnya menjadi kriteria pemilihan. Sekiranya wakil itu gagal berkhidmat dan beliau masih di ambil sebagai calon oleh Barisan Nasional maka calon itu harus di tolak agak Barisan Nasional di sedarkan bahawa mereka yang benar - benar berkualiti akan di pilih mewakili Barisan Nasional dan seterusnya mewakili rakyat setempat.
Ini harus dapat memberi tekanan kepada Barisan Nasional agar calon pilihannya bersesuaian dan mempunyai kriteria yang melayakkan diri untuk di pilih bertanding pada pemilihan akan datang. Justeru itu UMNO dan Barisan Nasional terpaksa untuk memperagakan calon - calon yang berkemampuan dan di terima oleh rakyat. Mereka yang berkebolehan membodek dalam parti akan tewas kerana secara tidak langsung rakyat akan di jadikan kuasa untuk memilih.
Ini seharusnya menjadi proses. Bukan slogan untuk mengatakan bahawa individu itu tidak penting dalam parti. Individu itu penting - sekiranya individu itu komited berkhidmat untuk rakyat dan bukan hanya tahu mencaturkan politik dalam parti untuk mendapat tempat. Sekiranya rakyat sedar akan proses ini, desakan rakyat untuk calon yang berkualiti terpaksa di lunas kan oleh Barisan Nasional. Wakil yang serius dan komited ini akan terselamat dari hanya percaturan politik dalaman parti kerana pengukur nya kelak bukan sokongan pembelian dalam parti tetapi rakyat luar yang menentukan.
Slogan pilihan berdasarkan parti menyuburkan budaya bodek dalam parti
Kita sering dengar "yang penting bukan individu, yang penting adalah parti'. Kenyataan ini adalah kenyataan yang lahir hanyauntuk menggalakkan budaya membodek dalam parti. Individu yang serius memperjuangkan agenda rakyat mampu di keret oleh satu kuasa dalam Barisan Nasional khususnya UMNO. Tetapi sekiranya ianya di keret - tidak semestinya orang yang di ganti oleh Barisan Nasional mampu menang kerana rakyat sudah tahu wakil mereka yang terdahulu memperjuangkan rakyat dan bukan diri. Ini adalah proses sihat yang sebenarnya.
Proses inilah yang akan membantu rakyat untuk sama - sama dengan wakil mereka duduk memikirkan apakah cara untuk terus membangunkan kawasan yang di wakili oleh mereka.
Oleh itu rakyat harus mendewasakan diri dan jangan terpengaruh dengan slogan parti itu lebih penting dari individu - sekiranya ianya hanya berkisar hanya dalam kerangka politik sahaja. Rakyat harus bijak mengundi dan melantik wakil yang benar - benar mahu berkhidmat - dan andai mereka yang sebelum ini serius memperjuangkan rakyat di cantas semata - mata ada individu yang bijak membodek dan bijak mencaturkan politik dalam maka calon baru itu harus di tewaskan - implikasinya kelak - Barisan Nasional harus memilih mereka yang hanya di terima dapat menjadi calon untuk kelak memperjuangkan nasib rakyat.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|