www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Kemelut Parti Keadilan Nasional - pemimpin menari mengikut rentak kerajaan memerintah.
Ghazali Mat Dom - pertemuan dengan Datuk Sanusi Abdullah
EXCO Pemuda Keadilan Pusat
08-12-2003

Kritikan dalam parti kian lama kian kedengaran. Kalau dahulunya ianya se olah-olah tersorok kini ianya di buat secara terbuka dan ikhlas. Kelantangan kritikan mengenai Parti Keadilan Nasional hadir di kalang mereka yang banyak terlibat dalam kerja - kerja reformasi atau mereka yang mengelar diri mereka reformis. Mereka ini kebanyakan telah terserap dalam kancah politik keadilan sehinggakan banyak antara mereka yang tercedera namun masih cekal menuntut reformasi sehingga ke saat ini. Hari ini satu pendedahan eksklusif di buat oleh www.umno-reform.com  mengenai masalah ketiadaan kesinambungan kerja - kerja reformasi setelah Ezam Mohd Nor - ikon perjuangan golongan reformis terpenjara. 

Penulis di minta meletakan barisan ayat ini bagi menunjukkan pendirian beliau dalam memperjuangkan reformasi dan usaha membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baginya tidak bersalah dan terus di himpit kezaliman biar pun setelah Tun Dr Mahathir tamat memerintah Malaysia. 

" sesuatu yang pasti, diri ini cukup dahaga untuk melihat perubahan - yang menzalimi di ambil tindakan - yang di zalimi segera di bebaskan dan perjuangan tetap di teruskan demi menuntut keadilan buat rakyat Malaysia"

                                                                                          Datuk Sanusi Abdullah
                                                                                 EXCO Pemuda Keadilan Pusat


Peluang ini telah di buka oleh rakan saya dalam keadilan untuk saya bertemu dengan salah seorang EXCO Pemuda Keadilan Nasional yang di katakan hebat dalam perjuangan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau adalah antara mereka yang aktif menuntut reformasi. Usaha untuk memujuk beliau memberi sedikit gambaran mengenai keadaan sebenar dalam Parti Keadilan Nasional agak sukar kerana yang pasti beliau masih berusaha untuk bercerita kepada saya kepincangan - kepincangan dalam UMNO sungguhpun beliau sedar bahawa beliau sedang berhadapan dengan ahli UMNO. Namun saya telah berjaya menyimpulkan beberapa isu yang di bawa oleh beliau yang jelas menggambarkan bahawa Keadilan sedang dalam keadaan yang agak kritikal.

Isu kelembapan perjuangan menuntut reformasi dan kehilangan sokongan para reformasi terhadap keadilan.

Ulasan beliau:

Perjuangan menuntut reformasi tidak terkubur. Perjuangan itu masih terpahat di hati para reformis namun nampak terbantut perjuangan tersebut kerana tekanan pihak penguasa ke atas penyokong reformasi yang menuntut keadilan khususnya mereka yang terlibat dengan demonstrasi jalanan. Penangkapan politik ke atas Ezam Mohd Nor dan rakan - rakan lain dalam ISA jelas menenggelamkan perjuangan reformasi. 

Namun Ezam tetap lagi menjadi ikon perjuangan dan arah yang akan di bawa oleh Ketua Pemuda tersebut adalah arah yang akan saya ambil. Perjuangan menuntut keadilan masih di teruskan.

Malangnya dengan penangkapan Ezam dan rakan - rakan nya, perjuangan Keadilan yang di sambut oleh beberapa kepimpinan baru nampak terkedu dan terbatas akibat ketakutan dan beragenda tersendiri. Kesinambungan perjuangan Ezam seperti yang di harapkan gagal di perolehi. Malah Azmin Ali yang di jangka akan menerajui gerakan reformasi terus terbenam dan tersekat dalam mainan politik dan hanya berpolitik. Ini bagi saya mengikuti alunan tarian yang di kehendaki oleh Barisan Nasional khususnya UMNO. 

Setakat berpolitik untuk menandingi UMNO adalah usaha yang sia - sia. Kita kekurangan dari banyak segi khususnya kewangan. Yang di tergambar kini ialah perjuangan ini perlu pengorbanan dan yang harus berkorban adalah reformis yang sudah tercedera kehidupan mereka akibat perjuangan sedangkan yang lain masih selesa dalam memimpin parti. Ini menyebabkan perjuangan itu tidak menyeluruh. 

Anwar dalam kenyataannya, kalau semua masih ingat adalah - lawan kita bukan cicak mengkarung maka dengan itu risiko dan pengorbanan harus menyeluruh, bukan yang lain berkorban dan yang lain duduk menikmati kemewahan hasil dari perjuangan orang lain.

Namun menurut EXCO Pemuda itu lagi sungguhpun jelas kelihatan gerakan reformasi rakyat nampak sayu namun bagi mereka yang pernah terlibat tidak akan mengubah pendirian perjuangan - membebaskan Anwar Ibrahim serta mengembalikan keadilan buat Malaysia.

Sungguhpun dalam perjumpaan yang agak singkat tersebut banyak kritikan di buat oleh beliau terhadap UMNO - namun sesuatu yang pasti yang dapat saya rumus kan adalah terdapat kepimpinan keadilan yang hanya mahu berpolitik, mencari nilai dan beragenda sendiri. Ini telah mencederakan semangat juang para reformis - mereka termasuk Azmin Ali - gagal menerajui perjuangan menuntut reformasi dan mereka lebih kepada diskusi sesama yang menceritakan kekuatan tanpa mengukur sejauh mana mereka sedar kedudukan para penyokong reformasi yang semakin lama semakin sepi.

Bila di ajukan beberapa persoalan lain - Exco Pemuda tersebut enggan menjawabnya dan mengatakan - sudah lain, nanti lain yang di sebut lain pula yang di ulas, macam Utusan Malaysia.

Nota : saya ingin menghubungi YB Azmin Ali untuk mengulas rencana ini - sesiapa yang boleh memberi No Tel Tangan beliau sila email kepada saya - editor1@umno-reform.com atau SMS ketalian : 017-6563505  


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.