www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Menyanggah perletakan
jawatan Lokman Noor Adam
Email dari excopemuda_keadilan@yahoo.com
27-12-2003
sdr pengarang,
saya cukup kagum dengan umno-reform satu masa dulu namun kini ianya bagi saya sudah jauh kebelakang dan semakin haprak. Ini kerana laman anda seakan satu laman yang lebih kepada laman DAJJAL iaitu menaburkan fitnah dan tohmahan secara terang terangan.
Saya ada menghubungi KP Keadilan Perak dan Lokman Adam dan jawapan yang saya terima adalah menyanggah dakwaan dan berita yang anda pamparkan. Anda sebaiknya memberi satu tajuk kursus yang tidak menampakkan yang ianya satu tuduhan yang mirip malah kembar kepada fitnah.
Sdr boleh dapatkan banyak maklumat yang terkini yang mampu saya berikan melibatkan seluruh semenanjung terutamanya pimpinan pimpinan negeri dengan tajuk yang lebih sensasi dan panas tetapi benar.
Hentikan dengan cerita cerita yang tak munasabah dan mengarut.
Salam Hormat
Jawapan
Rais Yassin kepada Exco Pemuda Keadilan,
Pertama
sekali saudara kena definasikan apakah erti fitnah dan
apakah erti jahil? Perletakan jawatan dan kemasukannya dalam
UMNO Lokman Noor Adam di laporkan oleh agendaily.com dan
saya membawa berita itu atas kepercayaan saya bahawa
terdapat perhubungan antara kepimpinan Keadilan dan UMNO.
Ini saya panggil "dealing". Dan ini saya membuat
formulasi tertentu berdasarkan "calculated
events"
Kedua,
jahil adalah apabila tidak mengetahui tetapi berlagak
mengetahui atau di kira bodoh sombong dan tidak mahu di
tegur. Mengenai KP Perak, saya juga telah menghubungi beliau
di talian yang tertera - dan juga menghubungi bapa beliau
serta bekas isteri beliau. Seandainya KP Perak tidak
mengakui bahawa saya telah menalipon beliau itu adalah hak
dia untuk menipu.
Mungkin
juga sdr boleh mencari laporan mengenai beliau di akhbar NST
dan Harian Metro. Saya telah menghubungi beliau dan beliau
mengatakan memang ada tohmahan oleh bekas isteri beliau
tetapi ianya telah di selesaikan dan beliau di dapati tidak
bersalah.
Saya
melaporkan semua itu di laman saya. Mungkin Sdr Exco Pemuda
Keadilan harus membaca semua kenyataan dan laporan yang saya
ajukan.
Rais Yassin
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|