www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Berita
dari Keadilan - Pak Lah menghantar wakil berbincang,
kemungkinan Datuk Seri Anwar di benarkan menjalani rawatan
ke luar negeri.
wartawan
umno-reform.com
23-12-2003
Keadilan
kini rancak memainkan isu bahawa Pak Lah telah menghantar
wakil untuk bertemu dengan wakil - wakil Anwar Ibrahim untuk
berbincang mengenai kemungkinan membenarkan Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk mendapatkan rawatan di luar negara.
Pak Lah
yang di katakan sehingga hari tidak menyentuh langsung isu -
isu yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim, kini berunding
untuk keutuhan Melayu. Rundingan yang telah di jalankan di
beritakan sedang dalam proses terakhir pertimbangan.
Pak Lah di
katakan di wakili oleh Tan Sri Muhd Muhammad Taib dan Anwar
Ibrahim pula di wakili oleh Ezam Mohd Nor. Di katakan
perbincangan itu melibatkan Anwar di benarkan menjalani
rawatan dan sebagai balasan - tuntutan reformasi harus di
kendurikan.
Sehingga
laporan ini di keluarkan pihak kami di maklumkan bahawa
usaha - usaha untuk mengendurkan laungan reformasi sedang di
jalankan oleh beberapa rakan rapat Ezam Mohd Nor dengan
harapan agar perundingan ini tidak terbatal.
Apakah ini
benar?
Golongan
reformasi di maklumkan kini agak terkejut dengan kekenduran
suara reformasi setelah Ezam Mohd Nor dan rakan - rakannya
bebas. Golongan reformasi yang senantiasa tertanya bilakah
gerakan reformasi akan menjadi hebat sehebat tahun 1998
& 1999 kini berdepan dengan krisis besar - terpaksa
engkar kepimpinan mereka - khususnya Ezam yang kini tidak
nampak dan tidak pernah menyuarakan pendapat beliau semenjak
di bebaskan.
Apakah ini
tidak menjadi suatu ketetapan yang jelas buat golongan
reformasi? Apakah golongan reformasi tidak nampak jelas
kemuraman suara reformasi? Apakah akan berkubur reformasi
seperti mana yang pernah di katakan oleh UMNO.
Persoalannya
apakah Pak Lah sudah bersedia menongkah arus melakukan
perubahan secara serius.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|