www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Awak siapa , saya siapa
Osman Jailani
12-12-2003

Masih teringat kata-kata manis Datuk Seri Nazri Tan Sri Abdul Aziz... Awak siapa? Saya siapa... saya Menteri... harta saya pun dah tak abis makan... wah, punya berlagak si Nazri ni... dia jual apa? hairan bin ajaib...sebab dah buat kenyataan... buat ugutan... dah marah di TV tapi Pengarah BPR masih lagi senyap ... kenapa tiada kenyataan dari BPR sendiri? ataupun ada udang sebalik batu?

Pasal kes si Nazri ni rasa tak huru-harakan keadaan pun, lebiih-lebih lagi dia dipilih oleh rakyat, jadi rakyat mesti tahu hal sebenarnya... tiada yang susah pun lagipun kes ni disiasat selepas ada rakyat yang tidak puas hati, jadi kepada siapa perlu diumumkan...pasti rakyat.

Dengar cite orang melayu UMNO ni tak suka menghina sesama islam, mengutuk dan merendah-rendahkan orang lain... lagi pon orang melayu UMNO ni penuh sopan santun dan budi bahasa sesuai dengan adat melayu kununnya... betul ke ni... aku tak caya la!!! tu kira bersopan la... ala-ala umno...

Bagaimana Nazri boleh beranggapan Datuk Nordin tu menggugutnya? Kita tak nampak apa pun. Dia hanya mengulas kelewatan kes ini dan memberikan antara sebab-sebabnya. Nazri yang lebih-lebih terasa... dan apabila kegemparan ini dibuat-buat, mungkin ada perkara yang mahu disorok. Langkah pertama singkirkan Datuk nordin dan serahkan kepada pasukan baru. Bukankah ianya satu beban yang teramat kepada ketua siasatan baru...?

Untuk Nazri... kalau dia tak bersalah takyah takut laaa. Ni bukan masalah benar atau salah Nazri tu... ni masalah imej kesopan-santun dan senyuman manis sebagai orang melayu UMNO telah dihumban ke gaung. Sekurang-kurangnya tenggelam le citer negara Islam PAS konon!... citer DAP nak keluar dari BA!... senang cakap citer kelemahan BA le!...seperti biaser le!...meneguk di air yang keruh!... korang ni sumer tengah bernapas dalam lumpur beb!...

Berita terkini Nazri, saya tiada kaitan dalam ini gambar (sikit dialog dari seniman bujang lapok) nampoknya Orang BPR itu sorang aje, macam satu iklan tu dalam dialognya ( nampaknya saya sorang ajelah cikgu....) apalah nasib kamu labu...

Nazri Aziz warning kat BPR, Menteri lagi besar dari Pengarah BPR, jadi adekah BPR kene tunduk kat depa??? Nazri kata lagi Pengarah BPR macam samseng apabila Pengarah tu kata nak kuar waran tangkap terhadap saksi termasuk menteri, yang jadi masalahnya sekarang adakah menteri tu above the law? BPR tu plak bawah sapa?

Menteri kata BPR tak buat keje, BPR kata peruntukan perundangan tak cukup. Peguam Negara tak kata apa, kita bincang dulu. PM kata tak boleh buat ulasan lagi, masa Tun bekas PM dulu kenapa tak persoalkan perkara ini? Jadi ikut pendapat Nazri ni orang ameno pon kene jaga-jaga pasal dia kata BPR pon dah jadi samseng pasal mengamalkan kaedah gangsterism...

Jika inilah yang dinamakan barisan penapis oomno dan pimpinan negara, terok laaa bangsa dan Malaysia! tapi kita konfiden Perdana Menteri baru kita tu baik orangnya and he will do the right thing. Kita yakin Pak Lah akan beri amaran kesemua menteri-menteri jangan eksyen dan kurang ajar, tunjuk respect sedikit kepada undang-undang dan peraturan negara dan usahlah cuba intimidate dan buat ugutan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang mau jalankan kerja mereka. BPR akan diberi laluan untuk sudahkan siasatan mereka dan jika si Nazri atau mana-mana menteri atau orang kuat oomno didapati bersalah, Pak Lah tak akan buat cover-up. Pak Lah ni dari orang yang beriman dan berprinciple bukan macam yang dulu - ini kita percaya. bukan payah sangat for Pak Lah to maintain the high principles that we all respect him for.

Janganlah pandai-pandai nak pre-judge perkara ni, kita tengok dulu apa PM baru kita akan laku. kita tunggu whether Pak Lah is the real thing or merely another hypocrite... Memanglah tak dinafikan Pak Lah ni orang baru tetapi jangan luper saf-saf yang ader adalah terdiri dari orang-orang yang penoh ngan cerita memperkayakan diri sendiri dan kroni, Pak Lah nak buang sume??? Sapa yang tinggal???

Kitapun terkejut tengok Nazri boleh berlagak sebegitu... adakah dia sangka sebagai seorang Menteri dia memang ada kekebalan untuk direman atau disiasat?... lupakah dia pada Mantan TPM Datuk Seri Anwar dahulu? Mulanya dia hentam BPR kerana katanya lembab... bila BPR mula bangkitkan permasalahan mereka di mana ada menteri yang menggunakan pengaruh mereka untuk tidak memberi kerjasama dalam sesuatu kes, maka sekali lagi dia melenting...

Mungkin atas sikap inilah yang membuatkan pihak berkuasa seperti memejamkan mata jika kes melibatkan pihak-pihak dari pemerintah. Kita boleh juga melihat bagaimana kes yang disiasat dan sudahpun diserahkan kertas pendakwaannya tetapi kes tersebut disorok dan diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi negara!!! dan percaya atau tidak... kejadian sebegini hanya terjadi di negara islam Malaysia dan Zimbabwe sahaja.

Apsal lembab sangat BPR ni!!! kes perwaja tu apa citer??? dah lama dah... tak on on jugak ek?? tapi balik pada Nazri tu yang kita pelik tu apsal BPR suro dia ngadap dia tak mo? siap dia lak kasi date line!! setau kito BPR yang patot buat date line bukan orang yang kena siasat!!! kalo ingkar jugak waran tangkap boler dimohom kepada mahkamah!!! tapi heheheeh Nazri tu kan menteri!!! Cara Datuk Seri Nazri tu terlalu emotional, sapa yang low mentality sekarang ni? macam dia je yang low mentality nampak gayanye... kalau dah jadik menteri, bukan setakat nama je kena jaga, mulut pun kena jaga gak... dia ingat macam menempelak pakcik jual sayur akt pasar tu ke? iskh iskh.. orang camni yang kita elect? tak sangka... dah pecah tembelang camni, next time toksah elect dia.. buang karan je...

lagi dia kata...

Disebabkan pemimpin politik itu dipilih oleh rakyat... maka depa adalah sebenarnya tuan di dalam kerajaan yang bermakna Datuk Nordin walaupun sebagai pengarah siasatan, tiada berhak mengkritik maupun memanggil mana-mana menteri jika ada siasatan dan dia kata lagi... disebabkan Datuk yang telah memulakan perbalahan ... maka beliau mahu melihat siapa yang sebenarnya akan ditangkap, beliaukah atau Datuk Nordin sendiri. - dan ini bukan kita yang kata... tapi sumpah Nazri yang kata.

dan sebagai komen balas dari Paklah... " mulai sekarang, bilamana BPR cuba menyiasat mana-mana menteri... badan itu perlulah berurusan dengan sebaik mungkin dengan menteri-menteri terlibat. "- itu kata Pak Lah. Jadi kita kata... senang-senang gini aje laa Datuk, suap sajalah anggota-anggota BPR terbabit.50 persen kaa ... 30 kaa!! jadi lagi baik dan buleh ditutup kes. MALAYSIA BULEH. takpun.. MALAYSIA NEGARA ISLAM.

Memanglah Azmi pon tak puas hati tapi yang dipersoalkan cara Nazri, layakkah seorang Menteri menyuarakan kononnya kemarahan atas komen Pengarah BPR tersebut. Layakkah beliau berkata dia tu menteri, Pengarah tu orang bawah dari dia. Ooo...patutlah selama ini kes-kes menteri ni disapu bawah karpet, gitu citernye. Inila untungnya ameno, diorang above the law. Setahu kita BPR adalah badan bebas yang sepatutnya benar-benar bebas dalam menjalankan aktivitinye bukannya menteri yang bebas buat ape kehendaknya... tapi bak kate idea 2 sen ameno ni masih nak pertahankan nilai-nilai murni yang ditunjukkan dek menteri diorang tu... Islam buleh maju jika tanpa Umno!!!

Sebagai penutupnya dilampirkan berita dari Utusan Meloya mengenai kes ini...

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menjelaskan dakwaan bahawa 6,000 permit teksi diberikan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) kepada seorang individu menerusi 19 syarikat adalah tidak benar.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya mendapati terdapat beberapa perkara yang menimbulkan persoalan dikesan dalam proses pemberian permit tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan BPR meneruskan siasatan yang kini mencetuskan pertelingkahan antara agensi penguat kuasa berkenaan dengan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Arahan itu dikeluarkan pada mesyuarat antara Jabatan Peguam Negara dengan BPR yang diadakan malam semalam dan hari ini yang dipengerusikan sendiri oleh Abdul Gani.

``Saya telah meneliti kertas siasatan dan berpuas hati bahawa tidak ada asas berhubung dakwaan 6,000 permit teksi telah diluluskan kepada syarikat tertentu.

``Jumlahnya sangat berbeza. Tetapi sesetengah perkara yang di luar kebiasaan dikesan dalam siasatan itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini berhubung kemelut antara BPR dengan Mohamed Nazri.

Menteri itu mendakwa BPR lewat menyelesaikan siasatan kes permit teksi walaupun aduan mengenainya telah dibuat Ogos lalu.

Esok, Kabinet akan membincangkan isu tersebut.

BPR pula akan merakamkan kenyataan Mohamed Nazri esok di pejabat menteri berkenaan selain turut memanggil Pengerusi LPKP, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar bagi membantu siasatan.

Abdul Gani seterusnya mengarahkan BPR meneruskan siasatan lanjut berkenaan perkara yang di luar kebiasaan berhubung pemberian permit itu.

Beliau menjelaskan, BPR telah menyerahkan kertas siasatan berhubung aduan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Pertekma), Yusoff Lahir mengenai 6,000 permit yang didakwa diluluskan oleh Ketua Penolong Setiausaha, LPKP.

Laporan itu dibuat pukul 3.15 petang pada 6 Ogos lalu.

Abdul Gani berkata, sebaik menerima aduan berkenaan, BPR terus mengambil tindakan segera dengan menjalankan beberapa siasatan sejam kemudiannya. Isu berkenaan heboh diperkatakan semula apabila Mohamed Nazri mempersoalkan kelewatan BPR menjalankan penyiasatan sehingga mahu meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut campur tangan agar agensi itu segera bertindak.

Mohamed Nazri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Nordin akan mencadangkan supaya Pengarah Siasatan BPR itu dikeluarkan daripada barisan penyiasat pada mesyuarat Kabinet esok.

Selain Mohamed Nazri, seorang lagi menteri Kabinet iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid turut meluahkan rasa tidak puas hatinya atas kelewatan BPR menjalankan siasatan terhadap aduannya yang dibuat dua tahun lepas.

Sementara itu, Yusoff ketika dihubungi memberitahu bahawa beliau mahu menemui BPR bagi menjelaskan secara lanjut laporannya sebelum ini.

Ujar beliau, isu sebenar ialah pemberian 6,000 permit teksi kepada seorang individu melalui 19 buah syarikat miliknya.

Yusoff menambah, dakwaan beliau diperkukuhkan apabila semua syarikat berkenaan memiliki alamat yang sama dan sekali gus membuktikan bahawa ia dimiliki oleh satu individu.

Beliau mendakwa kepentingan terbesar syarikat berkenaan dimiliki satu individu bukan Bumiputera walaupun hampir semua ahli lembaga pengarahnya terdiri daripada Bumiputera.

Itulah dia citernya... antara ayat yang bakal terngiang-ngiang di telinga orang ramai dan pengarah BPR sekarang dan akan datang:

saya siapa dia siapa? dia kena ingat menteri adalah tuan, dia cuma pegawai kerajaan. duit saya sendiri tak habis nak makan. kena ingat dia berkedudukan low level (tahap rendah).

Apa komen Pak Lah? errr... perkara ini menyentuh kepentingan dan sensitiviti kerajaan, jadi perlu ada kerjasama yang baik antara BPR dan menteri-menteri yang terbabit agar dapat diselesaikan secara baik.

- macam dalam paper kata... perkara yang berkaitan sudah selesai setelah campurtangan dari pihak peguam negara.

- tapi pelik... kes yang dulu-dulu tak buleh settle, tiba-tiba selesai bila saja jumpa dia. pehhfhh... teror dia. 25 persen!!! peh! memang terer peguam negara. Sekali dia masuk semua setel. Jadi, bila dia nak setel kes perwaja, kes rafidah, dll? biasalaa... 25 persen!

P/S Cuba teka Menteri ker Pengarah kena bersara awai??? Ini cadangan untuk BPR pulak, elok tutup company saja laa... sebelum kamu yang ditangkap. Patut diaktakan semula biar BPR ni diperintah oleh Nazri, kan dia jer yang tau camane nak keje (atau mengejekan???)



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.