www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Kata-kata hikmat Pak Lah
Osman Jailani
03-12-2003

Ada yang kata Melayu, cina dan india mesti dipecahbelahkan dulu supaya terpisah yang jujur dan ikhlas nakkan agama Islam memerintah negara. Begitu juga ada yang kata, pada zaman Nabi Muhammad SAW, arab memang berpecah belah sebab ada yang mahu kebenaran dan ada yang tolak kebenaran iaitu al bayyinah.

Ini yang menariknya bila ada orang cakap pasal perpecahan kaum...dia seolah-olah takut dan cemas... sebab apa? Sebab orang itu tidak mahu kebenaran muncul dan timbul... yang akan membuka minda dan hati-hati manusia yang sedang diselimuti kegelapan zulumat...angkara musuh Allah... yang ada dalam negara lebih lagi yang ada dalam hati-hati orang umno...

Bukan semua ahli umno benci Islam... tapi ada segelintir dalam umno memang sah anti Islam...anti hudud dan sebagainya... maka merekalah yang menjalankan program-program menggelapkan pekatkan lagi hati-hati umat Islam. Maka sebab itu puak-puak dalam umno yang anti Islam ni seboleh-bolehnya ingin mengekalkan kegelapan zulumat hati umat Islam yang ada dalam umno berkekalan...dan mereka mencemuh PAS kerana PAS membawa dan mendedahkan kebenaran.

Pulak tu umat Islam yang ada dalam umno mempunyai banyaaak kepentingan peribadi mereka... yang memudahkan lagi puak-puak yang anti Islam ni untuk mengikat dan menjahit dengan jarum hitam untuk menggelapkan lagi minda dan hati Umat Islam dalam umno yang banyak kepentingan tadi.

Walau bagaimanapun ...sinar al bayyinah tetap muncul dan menyuluh... dan ssesiapa yang mempunyai hati yang baik dan ingin kepada kebenaran serta berdoa kehadrat Allah... tetap akan mendapatkannya sebagaimana yang berlaku di Kelantan... bila PAS menang... pemimpin umno yang baik-baik tu akan dengan relanya menyokong dan menjadi ahli PAS... demi untuk agama Allah. Kita tunggulah apa yang akan terjadi dalam Pemilu yang ke 11 nanti!!!

Antara kata-kata hikmah PM lulusan agama kita yang masih tersemat di memori kita:

1. Bawak keta biar jauh nanti tak sempat brek.

2. Ni pemandu jenis apa ni kita nak tau...ada pemandu yang bawak lebih 8 jam pi balik Kelantan, pilot pon perlu berehat, kalau kurang rehat... tentu la dia menjadi pemandu yang tak baik...

3. ooo saya mesti lantik TPM... saya banyak kerja nak buat... Menteri Kewangan pon saya handle jugak

Pak Lah ohhh Pak Lahhh

Kita betul-betul terhibur bila setiap kali menonton berita di TV yang ada komen-komen, ulasan oleh Pak lah mengenai sesuatu isu... entah kenapa...rasa geli hati setiap kali mendengar komen PM kita ni... bahasa tunggang langgang...MCE dulu fail bahasa melayu ke? kadang-kadang seolah-olah rasa dia tak tau apa yang dia cakap...samy vellu punya bahasa lagi indah dan tersusun...

Komen Pak Lah pasal pemandu bas yang diumpamakan dengan pilot (pilotMas mesti angin ni) Adakah rakan-rakan kita di sini turut terhibur dengan telatah dan ucapan PM yang berasal dari SAR,lulusan agama dan UMNO ni???... Begitu indahnya 'kata-kata hikmat' kat TV pasal kempen keselamatan jalan raya tu... mula-mula, ingatkan petikan kata-kata penghuni hospital bahagia pasal isu kemalangan... sebab bahasa tonggang langgang... sekali kat bawah sekali macam tak percaya je tengok... skrip ucapan Pak Dollah. Apa ke koman sangat standard PM ameno ni weiii... takat jadi maskot kemalangan jalan raya jek... camne nak celen mahinzir yang tahap internasional tu?

Mengikut KAMUS Politik, definasi BODOH ialah: Mengetahui satu itu adalah salah dan berdosa dilakukan, tetapi tetap mahu melakukannya juga sesuatu yang salah dan berdosa jika dilakukan.

Supaya semua orang terutama ameno faham apa yang sebenarnya. Ada tak sesiapa dari kalangan pemimpin-pemimpin ameno, polis Terengganu yang memberi feedback positif terhadap undang-undang itu sendiri, macam Zaid sampai boleh bawa ke mahkamah, pemimpin-pemimpin lain yang tak henti-henti mengatakan hukuman tu seolah-olah PAS yang punyer, kenyataan dari polis sendiri yang secara terbuka tidak mahu bekerjasama dan juga amaran dari kerajaan pusat itu sendiri sehingga non muslim pon konfius, ya, salah satu agenda musuh Islam dah terlaksana, takyahla Kristian keluar modal banyak-banyak lagi nak hapuskan Islam ni, cukuplah orang Islam sendiri buat, free gitu...

Kira macam dengar suara dah nak kawin, hantar risik-risik nak pinang tapi bapak dia kate, "berani masukla tak kene belasah ngan aku nanti", PAS tu bila tak masuk kate plak macam yang umno dok ngata ni la.

Sejarah dah buktikan 2 sebab kenapa British bagi kat ameno dan sekutunya tampuk pemerintahan Malaya masa tu ialah 1. Hanya ameno saja yang mampu kate kat musyrikin ni dia sanggup tolak hukum Islam dan laksanakan hukum Ketua Gereja tu dan

2. Mengongsi politik ni ngan kaum India dan Cina supaya undang-undang Islam tu susah nak di amalkan, kiri kanan same je...



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.