www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Siasatan BPR tentang Claim Ahli Parlimen - Apa cerita?
Osman Jailani
02-12-2003

Pada 1 hb Oktober 2003 yang lalu BPR telah mula menyiasat 14 Ahli Parlimen yang membuat claim melebihi RM 10 ribu sebulan...Sampai sekarang tak ada khabar berita tentang hasil siasatan itu...Biasanya kalau senyap je itu menandakan tiada kes lah agaknya... Tapi tak pe... kita tunggu lagi... jangan lupa yer...

Siasatan 14 ahli Parlimen diumum November PUTRAJAYA 14 Okt. - Hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap 14 ahli Parlimen berhubung nilai tuntutan perjalanan mereka yang didakwa mencurigakan akan diketahui bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau difahamkan bahawa siasatan itu yang dijalankan sejak bulan lepas kini hampir siap.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut pada majlis Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Pra Universiti Peringkat Kebangsaan 2003 anjuran BPR di sini, hari ini.

Tuntutan: Kabinet beri BPR tempoh bulan ini KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kabinet memberi tempoh sehingga bulan ini kepada Badan Pencegah Rasuah (BP ...

Dulu cerita ini cukup hangat... tapi sekarang sudah mula dilupakan... Jangan lupa Noh Omar ngan Othman Abdul yang rangka skrip bodoh nie...last-last mp umno pun dok kritik benda nie.

BPR selesai siasat 11 Ahli Parlimen Oleh Norfatimah Ahmad dan Fazallah Pit

SHAH ALAM: Lima daripada 16 ahli Parlimen yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuntutan perjalanan melebihi RM10,000 sebulan, memerlukan siasatan lanjut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zulkipli Mat Noor, berkata setakat ini siasatan ke atas 11 Ahli Parlimen sudah selesai dan mereka dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung dokumen perjalanan masing-masing sejak minggu lalu.

“Bagaimanapun lima lagi belum dipanggil kerana masih dalam proses siasatan untuk mendapatkan beberapa maklumat terperinci. Ia dijangka selesai dalam tempoh terdekat ini.

“Sebaik selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Kanan Persekutuan untuk tindakan lanjut,” katanya selepas merasmikan Program Integriti Hapuskan Rasuah di kilang Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), Seksyen 26 di sini, semalam.

Zulkipli juga percaya kes yang disiasat mengikut Seksyen 11 C Akta Pencegah Rasuah 1997 itu dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau menjelaskan, BPR sebenarnya menyiasat 16 ahli Parlimen yang membuat tuntutan perjalanan melebihi RM10,000, bukannya 14 orang seperti dilaporkan media massa sebelum ini.

Katanya, dua lagi Ahli Parlimen yang turut disiasat adalah dari Beluran dan Sri Aman.

“Pejabat Setiausaha Parlimen juga memaklumkan berlaku kesilapan menaip pada senarai Ahli Parlimen yang membuat tuntutan melebihi RM10,000 pada Hansard Parlimen dikeluarkan 24 September lalu.

“Sebenarnya bukan Ahli Parlimen Machang, Mohd Yusoff Mohd Nor yang disiasat dalam kes ini, sebaliknya Ahli Parlimen dari Mambong, Dr James Dawos Mamit,” katanya.

Mengikut Hansard Parlimen pada muka surat 13 yang bertarikh 24 September lalu, senarai Ahli Parlimen terbabit adalah dari kawasan Jeli, Lubuk Antu, Kemaman, Rantau Panjang, Sibu, Arau, Lumut, Kluang, Padang Serai, Nibong Tebal, Kota Bahru, Jerlun, Kuala Krai dan Machang, diikuti dua lagi Ahli Parlimen iaitu dari Beluran dan Sri Aman.

Bagaimanapun, pejabat Setiausaha Parlimen, Datuk Mohd Salleh Hassan mengirim surat pembetulan bertarikh 3 Oktober lalu untuk memaklumkan Ahli Parlimen Machang tidak terbabit, sebaliknya Ahli Parlimen dari Mambong, Sarawak.

Laporan sebelum ini menyebut, 14 ahli Parlimen membuat tuntutan melebihi RM10,000 sebulan dengan Mohd Apandi Mohamad (Jeli) di tempat teratas yang membuat tuntutan melebihi jumlah itu 10 kali.

Ia diikuti Ahli Parlimen Lubuk Antu, Jawah Gerang yang empat kali membuat tuntutan melebihi RM10,000; Abdul Rahman Yusof (Kemaman - dua kali) dan masing-masing sekali oleh Abdul Fatah Harun (Rantau Panjang); Datuk Lau Hoi Chew (Sibu); Datuk Mastika Junaidah Husin (Arau); Kong Cho Har (Lumut); Hoo Seong Chang (Kluang); Lim Bee Kau (Padang Serai); Goh Kheng Huat (Nibong Tebal); Mohd Yusoff Mohd Nor (Machang); Ramli Ibrahim (Kota Bharu); Abu Bakar Othman (Jerlun) dan Mohd Nasir Che Daud (Kuala Krai).

...claim tue adalah hak ahli parlimen tue. Soal sepuluh atau duploh ribu bukan masalahnya jika ianya memenuhi prosedur, yang jadi masalah sekarang ialah jika ada tuntutan yang menyeleweng dan menipu. Nama YB Apandi telah pun dibusukkan sebelum beliau dikatakan bersalah. Maka sewajarnya kes ini diperjelaskan segera. Ikut maklumat terakhir hanya tinggal 5 ahli parlimen lagi yang belum memberi maklumat. Maknanya siasatan dah berjalan dan dikatakan akan didedahkan november ini. Malangnya november dah berlalu... jika ada prasangka yang bersalah kini ialah orang-orang umno sendiri...!!!

kes ni dah siasat ke belum?

10 negeri dikait `jual' Datuk -- Pulau Pinang, Selangor, Johor difahamkan tidak terlibat - Rais KUALA LUMPUR 12 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, hanya tiga buah negeri sahaja iaitu Johor, Pulau Pinang dan Selangor difahamkan tidak terlibat dengan `penjualan' darjah kebesaran termasuk yang membawa gelaran Datuk.

Maknanya Kelantan dan Terengganu pun terbabit jugak? elok disiasat tu... manalah tahu....Mengapa BPR tak siasat yang ini? adakah kerana pendapat Datuk Rais dipandang remeh dalam kerajaan?

P/S Lepas Petronas Tun Dr.Mahathir akan jadi Penasihat LADA-TNB-TELEKOM-TABUNG HAJI - KWSP-MARA-POL pulak!! Lepas ni sapa pulak nak dia jadi Penasihat!!lepas ni bagi la semua benda dia ni nasihat untuk perabih duit dan bawa pelingkup! MAGNUM & GENTING mahu Dr Mahathir jadi Penasihat bagaimana nak ramaikan orang Melayu Main Judi kata Lim Goh Tong!!! Hidup Dr.M~!! HIDUPP!!!

Berita yang di war warkan bahawa Tun Mahathir akan jadi penasihat Perdana Menteri sepertimana terjadinya di Singapura. Apa pun tunggu dan lihat saja kesudahannya.

Satu lagi, orang buat highway, dia nak buat highway... orang buat highway, selamat...penyangak ameno ni buat roboh sini, roboh sana... ni lah jadinya bila penyangak buat reban ayam diamanahkan untuk buat highway... dah lah kutip tol mahal-mahal, buat tak fikir pasal keselamatan... patutnya Tun Dr Mahathir jadi penasihat PLUS bagaimana nak buat Highway yang selamat, tak gitu?



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.