www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Penguatkuasa MPAJ - yang kuat dan berkuasa
Ghazali Mat Dom
20-12-2003
Di hadapan saya sendiri, saya melihat penguatkuasa MPAJ membajai tunas - tunas rasuah bagi menyuburkan kegiatan rasuah negara ini khusus yang di lakukan oleh penguat kuasa - penguat kuasa Majlis Perbandaran dan Daerah.
Kes ini berlaku di Bukit Antarabangsa sedang setelah saya hadir untuk melihat perkembangan isu tanah runtuh yang di bawa oleh www.umno-reform.com
4 orang penguatkuasa hadir di Restoran Wangsa Ukay pada anggara jam 1.30 pm - 2.30 pm untuk makan tengah hari. Saya nampak nama salah seorang dari mereka namun untuk tujuan ini saya tidak akan dedahkan buat sementara.
Mereka makan dan minum di restoran itu dan kemudian terus keluar tanpa membayar. Saya tanyakan kepada kaunter - mereka sudah bayar ke belum? Wanita Indonesia yang menjaga kaunter itu berkata - boss bilang " mereka tidak payah bayar"
Saya agak terkejut tetapi saya percaya tidak ada sebarang input mampu saya dapati dari wanita Indonesia tersebut.
Saya tanyakan kepada wanita tersebut - "mana boss" dan saya telah di arahkan kepada seorang lelaki India yang kebetulan gambarnya ada di dinding restoran. Saya bertanyakan kepada tuan punya restoran apakah penguatkuasa MPAJ boleh makan dan minum secara percuma di restorannya? Beliau menjawab - apa boleh buat - kalau tidak nanti mereka bikin kacau.
Saya tanyakan kenapa beliau tidak melaporkan sahaja kepada Majlis berkenaan dengan perkara ini - mereka tidak boleh buat kacau kalau tidak ada apa - apa kesalahan yang di perlakukan oleh tuan punya restoran. Tuan punya restoran itu kemudian berkata - kita cari makan, kita letak kerusi luar pun mereka boleh kacau - angkat kerusi dan meja bawa lari - kita bagi makan free dia diam - kita diam semua okay.
Saya tahu masalah peniaga dan saya tahu kenapa mereka melakukan perkara demikian Namun siapa yang harus kita salahkan ! Siapa yang sebenarnya yang mengalakan rasuah. Namun dalam senario ringkas ini - saya pasti yang kuat adalah mereka yang memegang lencana penguatkuasa - apa pun mereka terus makan secara percuma bukan sahaja di restoran di Bukit Antarabangsa tetapi di mana - mana sekali pun. Mungkin mesin - mesin judi juga kita galak beroperasi dan penguasa terus diam asalkan makan ada percuma - dapat sedikit duit kopi buat membeli hadiah dan makanan untuk anak - anak. Siapa bila pun rasuah tidak akan dapat di basmikan dan mungkin insiden ini adalah detik - detik penyuburan rasuah yang akan terus membesar.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|