www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Syabas Datuk Nazri "lawan tetap lawan"
Mat Saman Kati 
12-12-2003

Bila saya mengatakan Datuk Nazri seorang yang berprinsip, ramai yang menghantar e-mail mengutuk saya, malah ada yang mengatakan beliau memang korup dan sekarang ketakutan bila Pak Lah, yang dianggap Mr. Clean, cuba membersihkan pentadbiranya daripada rasuah. Ini sandiwara! Semua isu Nazri dan BPR ini bukan mengenai rasuah tetapi 'political vengeance'. Saya percaya kes ini akan ditutup dan Pengarah BPR, Nordin Ismail, akan dijadikan 'scapegoat'.

Pak Lah telah menyatakan hasrat untuk berjumpa Datuk Nazri, mengapa? Mengapa Pak Lah mahu masuk campur kalau BPR itu benar-benar bebas? Pak Lah tersilap langkah. Beliau menjangkakan Datuk Nazri boleh di'gempar', tetapi beliau tidak menjangka walaupun dalam kesakitan dan kesepitan,Datuk Nazri mampu melawan.

Mengapa BPR tiba-tiba begitu bertaring sekarang? Sudah bertimbun aduan tentang rasuah yang dibuat oleh Ezam, Mahfuz dan Sallahudin Ayub dibuat tetapi tidak ada tindakan.Manakala dalam kes Datuk Nazri dan kes balak diTerengganu, BPR seolah-olah begitu cekap.Tindakan dibuat tidak sampai 24 jam selepas aduan diterima sedangkan kes melibatkan menteri lain sampai sekarang tak selesai.Apa yang saya lihat, BPR bukan hendak membenteras rasuah tetapi dipergunakan oleh Pak Lah untuk menghapuskan musuh-musuh politik beliau.

Siapa yang meluluskan 6000 permit teksi kepada seorang individu? Rakyat sudah membuat andaian orang tersebut ialah Datuk Nazri.Pak Lah cuba memerangkap Datuk Nazri melalui isu ini, lalu BPR dipergunakan.Pengarah BPR yang berjumpa Datuk Nazri bukan hendak menyiasat tetapi mengugut Datuk Nazri, macam kes DS Anwar dulu.Ini yang menyebabkan Datuk Nazri melawan.Kita boleh faham mengapa Datuk Nazri naik berang kerana beliau seolah-olah telah dituduh menyeleweng sedangkan orang yang meluluskan permit teksi itu bukan beliau tetapi menteri terdahulu,Datuk Mustapha Mohamed. Tok Pa sudah pun mempunyai masalah diKelantan dengan Ibrahim Ali and the gang, kalau dikaitkan pula dengan masalah ini, sudah pasti akan menyebabkan UMNO Kelantan hancur.Ini yang cuba dielakkan oleh Pak Lah.

Mengapa Datuk Nazri tak mahu sebut saja siapa yang meluluskan permit teksi tersebut? Ini yang saya katakan beliau seorang yang berprinsip! Dia tidak akan menikam kawan untuk naik. Bukan macam Muhyidin, Mat Taib ataupun Zahid Hamidi.

Syabas Datuk Nazri.Lawan Tetap Lawan.



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.