www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Lokman Noor Adam menyertai UMNO ? Bukankah tepat berita yang mengatakan ada "dealing".
Apakah ada unsur umno-reform dalam penyertaan tersebut?
wartawan umno-reform.com
26-12-2003
Laporan Agendadaily di petik mengatakan sebagai
'Orang kuat' Parti Keadilan sertai Umno
Salah seorang 'orang kuat' Parti Keadilan Nasional,Lokman Noor Adam telah menyertai Umno.
Beliau yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi(MPT) parti itu dan Ketua Pemuda Keadilan Negeri Johor adalah bekas tahanan ISA bersama-sama Mohamad Ezam Mohd Noor; Tian Chua; Hishamuddin Rais; Shaari Sungib; N. Gobala Krishnan; Raja Petra Raja Kamarudin; Abdul Ghani Haroon; dan Dr Badrul Amin Baharom pada tahun 2001.
Sumber-sumber Umno Johor memberitahu Agendadaily Lokman telah dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa penaja Umno Bahagian Keluang.
Surat perlantikannya telahpun dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno,Tan Sri Khalil Yaakob.Lokman telah ditahan dibawah ISA pada awal pagi 24 Jun 2001 dan dibebaskan bersama yang lain pada tahun ini.
Sejak dibebaskan Lokman dikatakan jarang menyertai mana-mana kegiatan parti itu.Sebelum penahanannya Lokman merupakan salah seorang penceramah yang aktif parti itu.
Sementara itu difahamkan beberapa orang pemimpin parti itu besar kemungkinan akan menyertai jejak Lokman menyertai Umno dalam sedikit masa lagi.
Sebelum ini parti itu telah kehilangan beberapa orang pemimpin kanan termasuk Marina Yusof dan Dr Chandra Muzaffar.
Sementara itu beberapa lagi orang kuat Parti Keadilan
Nasional turut serta dalam "dealing" tersebut. Kami pernah memaklumkan bahawa Ketua Pemuda Keadilan Pusat Ezam Mohd Noor juga ada membuat perhubungan dengan UMNO sungguhpun
keputusan dealing tersebut masih belum dapat di perolehi. Namun
begitu beberapa sumber dalam UMNO mengatakan bahawa
kemasukkan Lokman tidak mempunyai impak sebesar mana kerana
Lokman bukan strategis dalam Parti Keadilan Nasional.
Beberapa nama lain seperti Ruslan Kassim ( Majlis kepimpinan
Tertinggi), Adlan Benan ( Setiausaha Pemuda Pusat), Hanafiah
Man ( Setiauasaha Pengelola) turut di ramal sebagai mereka
yang akan menyeberang menyertai kembali UMNO.
Walau bagaimanapun tindakan Lokman Noor Adam yang menjemput secara terbuka Ketua - Ketua Pemuda Negeri menyertai UMNO mencetuskan sedikit kerisauan bagi UMNO. Apakah ini - petanda UMNO - REFORM?
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|