www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Ketua Pemuda Keadilan Perak menyertai UMNO
Baha
18-12-2003

Berita terkini yang bertiup kencang di Perak ialah keadilan bakal kehilangan seorang lagi tenaga penggerak keadilan Perak individu yang di maksudkan ialah Ketua pemuda keadilan negeri Perak yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan. 

Berita ini turut berkait rapat dengan kenyataan Dato Seri Tajol Rosli tentang kemasukan pemimpin kanan keadilan negeri ke dalam umno. KP Keadilan Perak ini merupakan ketua pemuda negeri dan exco pemuda pusat termuda dalam keadilan.beliau ialah sdr Zool Hilmi B yahya baru berusia di awal 20 an. 

Beliau di khabarkan terlalu kecewa dengan kepimpinan parti yang semakin bercelaru dan semakin melupakan perjuangan membebaskan DSAI. Sikap pimpinan PAS negeri Perak yang merampas kerusi hak keadilan sesuka hati turut menyumbang kepada kekecewaan beliau. Pemimpin muda ini juga dari pandangan penulis merupakan seorang pemimpin yang merupakan aset paling berharga bagi keadilan Perak kerana berjaya membawa keluar pemuda keadilan perak dari kemelut krisis perpecahan pemuda semenjak sekian lama.

Beliau turut di khabarkan merupakan antara aset kesayangan ezam mohd nor ketika ini berdasarkan pergerakkan pemuda perak yang telah mendahului pergerakkan pemuda keadilan negeri negeri lain baik dari segi program dan jentera .

Pemimpin muda ini di khabarkan bakal menyertai UMNO bila-bila masa sahaja hanya menanti keputusan perundingan terakhir antara beliau dan umno.Kepada sdr zool tahniah di ucapkan kerana telah membuat satu keputusan yang tepat dan rasional seharusnya pemimpin seperti sdr sudah lama berada dlm umno.

Berita yang lebih menarik lagi ialah sdr Zool bakal disertai juga oleh 16 ketua pemuda bahagian keadilan yg lain.

 

PAK MAT KEBUN



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.