www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


BPR dahulu bertolak ansur dengan Menteri?
Ghazali Mat Dom
07-12-2003


Mingguan Malaysia 07-12-2003 riuh hari ini memperkatakan mengenai Badan Pencegah Rasuah sebagai gagal menangani kes - kes yang membabitkan kepentingan rakyat. Azmi Khalid dan Datuk Nazri hebat mengecam BPR kerana gagal bertindak menyiasat dan melaporkan hasil siasatan terhadap kementerian masing - masing demi untuk menyelamatkan maruah mereka yang tercemar. Masing - masing mengatakan BPR harus bertindak tangkas kerana ini melibatkan tohmahan terhadap mereka - isu 6,000 permit teksi dan isu penyelewengan wang peruntukkan kementerian.

BPR dalam kenyataannya di akhbar yang sama mengatakan bahawa mereka akan bertindak lebih tegas lagi dalam memanggil menteri untuk memberi keterangan sehingga sanggup mengeluarkan waran untuk memastikan kerjasama.

BPR tidak lagi akan bertolak ansur dengan menteri - menteri seperti yang di lakukan sebelum ini, kata mereka. Kenyataan ini meningkatkan bulu kening kita - terkejut dan keliru lalu tertanya apakah sebelum ini BPR mengamalkan sistem kasta dalam menjalankan penyiasatan? Apakah menteri mempunyai peluang yang lebih besar lagi dalam melarikan diri dari di siasat oleh BPR - atau setidak - tidaknya untuk berkerjasama dengan BPR? Apakah memanggil menteri untuk memberi keterangan dalam kes melibatkan rasuah perlu tolak ansur?  

Kenyataan Dato Azmi Khlid yang mengatakan bahawa hasil siasatan harus di maklumkan kepada rakyat khusus mengenai kes - kes yang melibatkan kepentingan rakyat harus di buat. Ini adalah untuk mengelakkan rakyat ragu sehingga menimbulkan wasangka bahawa BPR tidak bebas dan tertakluk kepada menyiasat kes - kes yang rendah profil.

Dato Rais Yatim juga sebelum ini menggesa agar kes - kes berprofil tinggi harus di segerakan dan makluman penyiasatan harus di umumkan. Namun sehingga hari ini BPR di lambangkan sebagai gagal oleh beberapa Menteri dalam tugas mereka.

Isu laungan pembangkang - ada asasnya 

Isu BPR dan pendakwaan berpilih-pilih mereka telah lama di suarakan oleh pembangkang. Namun ianya tidak mendapat perhatian sewajarnya dan kita dalam UMNO sering mengatakan bahawa pembangkang hanya mahu mempolitikkan isu. Hari ini Mingguan Malaysia dengan tersiar beberapa gesaan menteri jelas menunjukkan bahawa isu yang di bawa oleh pembangkang adalah berasas dan ianya harus di beri tumpuan. Mungkin kini - Datuk Nazri dan Datuk Azmi Khalid bersetuju dengan isu yang di bawa oleh pembangkang mengenai BPR. Mungkin mereka harus membuka mata dan mendesak agar BPR segera memberi laporan kepada pengadu - pengadu mengenai perkembangan kes yang di ajukan dan menyegerakan penyiasatan agar BPR dapat membuktikan kredibiliti mereka serta menafikan bahawa mereka bertindak berat sebelah.

Kes tuduhan rasuah Dato Khir Toyo, Tun Dr Mahathir, Perwaja Steel dan beberapa kes berprofil tinggi

BPR sehingga hari ini gagal menjelaskan kepada pengadu beberapa kes yang tertunggak hampir beberapa tahun lamanya. Inilah yang sebenarnya menjatuhkan imej BPR dan inilah yang di katakan oleh Datuk Azmi Khalid sebagai andaian yang mampu di buat oleh rakyat kerana kelembapan BPR sendiri.

Sebenarnya kes - kes inilah yang menyebabkan BPR di label sebagai tidak telus dan tidak bebas oleh pembangkang jesteru mendesak agar BPR tidak di letakkan di bawah mana - mana Kementerian tetapi di jadikan satu Suruhan Jaya Bebas dari ikatan dan ketaklukan mana - mana menteri.

Serius menangani rasuah?

Sebenarnya bagi saya sesuatu yang penting - yang di katakan politik baru adalah apabila suara - suara pembangkang turut di ambil perhatian khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat. Bagi saya kepimpinan baru Pak Lah yang nampak serius mengambil isu rasuah sebagai isu besar harus memulakan tindakan dan jangan lenyap di tengah - tengah masa pentadbirannya. Isu rasuah memang isu besar dan bukan mudah untuk di kendalikan tetapi pentadbiran harus bukan sahaja telus tetapi harus nampak telus dalam menangani isu tersebut. Kepimpinan politik juga baik dari Barisan Nasional - Barisan Alternatif - mahu kerajaan atau pun pembangkang tidak seharusnya mudah melebelkan sesuatu tuduhan sebagai fitnah - kerana sekiranya penuduh mengambil langkah bersesuaian dengan melaporkan kepada BPR. Kita tidak seharusnya melebel kes - kes berprofil tinggi hanya sebagai usaha pembangkang untuk politik dan ianya bukan sesuatu yang boleh di tolak - tepi dengan satu perkataan seperti - fitnah andai pengadu melalui saluran yang betul mengemukakan tuduhan rasuah.




Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.