www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


"Dealing Keadilan UMNO" - sehingga hari ini apakah tidak jelas lagi kebenarannya
Rais Yassin
14-12-2003


Malaysia Kini baru - baru ini telah mengulas semula ura-ura mengenai terdapat pertemuan antara kepimpinan Parti Keadilan dengan UMNO. Isu ini telah diulas dengan oleh www.umno-reform.com sebaik sahaja 6 tahanan ISA di bebaskan tanpa syarat. Namun pada masa itu www.umno-reform.com telah di katakan menyebarkan berita palsu hanya untuk mendapatkan publisiti murahan kata penyokong reformasi. Hari ini setelah sekian lama pembebasan 6 tahanan ISA khususnya ikon reformasi Ezam Mohd Nor - reformasi yang di katakan akan bergelombang semula jelas meleset. Reformasi sebaik sahaja mereka di bebaskan terus gelita sebagaimana gelita nya masa depan parti itu andai tidak ada perubahan drastik kepimpinan nya.

Ezam Mohd Nor seperti yang di katakan olehnya pada satu mesyuarat EXCO baru - baru ini akan bangkit mengerakkan reformasi kini sejuk tanpa kehangatan. Apakah ini tidak menjadi satu persoalan kepada penyokong reformasi? Apakah penyokong reformasi masih terus mahu membohongi diri dengan harapan Ezam Mohd Nor akan membawa perjuangan ini ke tahap sewaktu tahun - tahun 1998 - 99 - 2000 dahulu.

Kenyataan Ezam sudah membayangkan "dealing Keadilan - UMNO"

Ezam pada ucap tama nya setelah bebas dari tahanan mengatakan bahawa beliau akan melakukan apa sahaja untuk membebaskan Anwar Ibrahim - apa sahaja harus di lihat dalam sudut kompromi beliau dengan UMNO kerana setakat hari ini perjuangan menuntut reformasi tidak terlaksana dan ruang yang tinggal hanya berkompromi dengan UMNO.

Penyokong - penyokong reformasi harus bertanya kepada diri mereka sendiri apakah pembebasan Ezam dan rakan - rakannya menyemarakkan perjuangan atau ianya terus kendur dan semakin sepi. Apakah penyokong reformasi masih memikirkan bahawa Ezam dan rakan - rakannya masih meneruskan perjuangan dengan menggunakan kaedah desakan rakyat seperti pada awal lahirnya reformasi. 

Ruang hanya dengan kompromi

Yang tinggal adalah ruangan untuk berkompromi. UMNO sudah berjaya mengendurkan perjuangan reformasi dan usaha ini di bantu oleh beberapa pemimpin keadilan yang kini percaya bahawa mereka harus mengusahakan tempat mereka terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang perjuangan menuntut reformasi Ezam dan rakan - rakan ISA telah di matang dalam tahanan dan harapan gerakan reformasi untuk meneruskan perjuangan akan bertaburan tanpa kepimpinan baru yang masih setia pada perjuangan dan masih mahu menjadikan rakyat sebagai asas mutlak kuasa.

Anwar Ibrahim - terpedaya dengan kepimpinan parti beliau sendiri.

Anwar Ibrahim sama ada sedar atau tidak harus mengakui bahawa harapan perjuangan pada Parti Keadilan Nasional kini terburai sudah. Anwar Ibrahim masih mengharapkan rakan - rakan politik nya khususnya bekas - bekas setiausaha nya seperti Ezam Mohd Nor, Azmin Ali dan Khalid Jaafar dapat mencorakkan sesuatu. Namun hari ini mereka gagal. Mereka bukan sahaja gagal menjana sesuatu malah perjuangan yang ada terus di rosakkan oleh mereka sendiri. Mungkin dengan kehilangan teriakkan reformasi, demonstrasi jalanan, kurangnya media reformasi dan korup nya pengurusan Parti Keadilan Nasional maka Anwar Ibrahim akan sedar bahawa yang ada itu bukan berlian malah kaca semata - mata.



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.