www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Antara Datuk Bandar Alor Star, Setiausaha Kerajaan
Negeri Kedah dan Datuk Syed Razak siapa tertipu dan siapa
menipu
wartawan
umno-reform.com
10-12-2003
Isu siapa yang telah melantik Datuk Bandar Alor Star, bila Datuk Bandar Alor Star di lantik dan Datuk Syed Razak selaku Menteri Besar Kedah tidak tahu mengenai perlantikan tersebut merupakan satu isu klasik Kedah yang membuatkan kita tersenyum. Dari hanya tersenyum kita kemudian akan terfikir mengenai apakah moral cerita yang boleh di perolehi dari sketsa Kerajaan Negeri Kedah.
Datuk Yusuf Nayan telah memaklumkan bahawa beliau telah menerima surat perlantikan sebagai Datuk Bandar Alor Star pada 27 November 2003. Menteri Besar Kedah dalam kenyataan akhbar memaklumkan bahawa beliau sendiri tidak tahu mengenai perlantikan tersebut dan siapa yang melantik Datuk Bandar Alor Star. Hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Ku Nahar memaklumkan bahawa MB Kedah telah di maklumkan mengenai perlantikan tersebut.
Tersenyum kembali - siapa yang menipu siapa atau sebenarnya Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah
sedang melalui krisis dalaman. Apakah MB Kedah hilang kawalan terhadap pentadbirannya sebagai orang No 1 Kedah.
Apakah yang sebenarnya boleh di perolehi dari sketsa ini? Bagi saya tidak ada moral yang boleh di sampaikan dalam cerita ini. MB Kedah gagal dalam mengendali Kedah - krisis kepimpinan negeri yang telah sampai ke kemuncak - mungkin MB Kedah lupa mengenai makluman perlantikan atau Setiausaha Kerajaan Negeri lupa memaklumkan merupakan antara justifikasi yang mampu kita andaikan lahir dari isu ini
Sungguhpun begitu, apa yang jelas nampak adalah antara mereka ada yang berbohong. Jelas nampak adalah antara mereka ada krisis dalam mentadbir negeri. Jelas nampak kemungkinan MB Kedah hilang kawalan terhadap pentadbiran negeri Kedah.
Apa yang jelas juga adalah isu ini memalukan kepimpinan Kedah.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|