www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari



Ini adalah satu keputusan yang terburu-buru, kata Datuk Aziz Sheikh Fadzir. Menurut maklumat yang kami terima, Datuk Aziz menyatakan bahawa tindakan MT bertentangan dengan prinsip keterbukaan UMNO yang telah menjadi amalan parti selama ini. Kita dalam UMNO sanggup menerima PAS atau mana-mana parti politik lain atas dasar perpaduan selagi mereka menerima secara menyeluruh wadah perjuangan UMNO. Sikap terbuka ini lah yang menjadikan UMNO sebuah parti yang kukuh dan di terima rakyat.

Klik Sini


Komen - komen yang di terima melalui SMS mengenai kenyataan Pak Lah menolak Anwar Ibrahim dari menyertai UMNO

umno-reform.com telah menerima banyak sekali komen SMS yang hampir keseluruhannya agak terkejut dengan kenyataan tersebut.Di ulas esok 16-09-2004

Klik sini


Anwar percaya UMNO di bawah Pak Lah mampu di reformasikan
Rais Yassin

Jawapan yang menyarankan agar ahli UMNO melantik mereka yang tidak akan membenarkan Anwar Ibrahim menyertai UMNO jelas menunjukkan kerisauan mereka sekiranya Anwar di beri tempat dalam hierarki politik UMNO. Mereka juga gusar sekiranya percaturan pemilihan akan datang akan meresapi agenda Anwar melalui kepimpinan yang di katakan rapat dengan beliau.

KLIK SINI

Pesanan kepada
 
Brig Jeneral (B) Datuk Paduka Hussainay Hashim
UMNO bukan satu badan ketenteraan. Fahami dahulu semangat dalam UMNO dan jangan mudah melabel perwakilan dengan tuduhan yang bukan-bukan. Isu politik wang harus di kupas dengan lebih mendalam bukan setakat mahu menjatuhkan hukum sahaja. Tarbiyah juga mereka yang terdahulu,kini duduk di atas menjerit -jerit mengenai politik wang sedangkan kami yang di bawah ini tahu budi bicara mereka - pesanan salah seorang perwakilan yang sempat berjumpa dengan editor1 umno-reform.com  


Politik Wang - tepuk dada tanya siapa?
wartawan umno-reform.com 

Politik wang bukan lagi persoalan moral semata - mata. Ini sebenarnya melibatkan banyak aspek pengiraan maka garis panduan asas yang jitu perlu di terbitkan dan penyelarasan perlu ada. Sesungguhnya selagi belum jelas bukti bahawa wang yang di beri itu adalah yang untuk membeli undi maka selagi itu lah tuduhan politik wang belum dapat di buat.

KLIK SINI

Apakah pembebasan Anwar memberi impak pada UMNO 
Ghazali Mat Dom

Satu lagi SMS yang agak panjang mengatakan bahawa senario pemilihan kali ini pasti berubah dengan pembebasan Anwar. Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menang besar dalam jawatan Naib Presiden dan ketegangan antara puak Mahathir dan Pak Lah akan kelihatan.

klik sini


Terima Kasih Pak Lah, tidak ada campur tangan dalam keputusan mahkamah Ghazali Mat Dom
012-6544762

Apa pun dalam era Pak Lah, kontroversi seperti kes Anwar Ibrahim ini di tamatkan. Dalam era Pak Lah juga lah penyokong Anwar Ibrahim mengukir senyuman serta melinangkan air mata menerima Anwar Ibrahim di pangkuan mereka. Dalam era Pak Lah jugalah Eric Chia buat pertama kali muncul di hadapan mahkamah menjawab pertuduhan rasuah Perwaja Steel yang telah menelan berbillion keringat rakyat Malaysia.

Klik Sini


Anwar bebas - Pak Lah bebas. 
Mungkinkah saya akan menunggu beliau dalam UMNO - satu persoalan lain?
Ghazali Mat Dom

Kenapa saya kata begitu adalah kerana - penahanan politik ke atas Anwar Ibrahim adalah satu bebanan pada UMNO dan bebanan ini memberi kesan kuat kepada penyatuan orang - orang Melayu hari ini. Namun suatu yang jelas bagi saya adalah pembebasan Anwar Ibrahim adalah pembebasan juga pada Pak Lah yang kini menerajui UMNO. Setakat nama pembebasan Anwar memberi impak dalam UMNO pasti akan kelihatan sebaik sahaja beliau pulang dari rawatan beliau di German.

KLIK SINI

Pesanan kepada perwakilan ; laksanakan dengan wibawa
Dr Ambri Yahya

Amat malang sekali kalau kepimpinan yang hadir hanya mahu menonjolkan keperibadian kepimpinan melalui ikatan material dan tidak menyandarkan rekod perjuangan dan pengorbanan sebagai asas pemilihan. Amat malang sekali kalau jiwa UMNO yang bersandarkan roh Melayu di gadai kerana matlamat diri dan bukan bercita-cita secara kolektif untuk memartabatkan Melayu dan menjayakan agenda Melayu dalam dunia yang kian mencabar. 

KLIK SINI


Soalan cepu emas minggu ini " kemana hilangnya Zaharin Mat Jassin ( kempen manager untuk semua calon) Yusof Chebeng juga hilang dalam dunia coffee house ketika ini - semua tempat terasa sunyi tetapi semua calon menarik nafas lega tanpa mereka"


PAK LAH SOKONG :

                   

Mahu tidak mahu perlantikan Naib Presiden di kalangan orang - orang nya akan menunjukkan kekukuhan beliau sebagai Presiden dalam UMNO. Andai yang terlantik bukan dari kalangan laman atau halaman beliau maka antisipasi kekuatannya berbanding dengan timbalan nya akan timbul dan antisipasi ini juga akan mengganggu - gugat keutuhan beliau dalam pemerintahan negara ini. Presiden yang lemah sambutan nya di kalangan ahli tidak akan kekal, lagipun perlantikan Pak Lah sebagai Presiden bukan dari pertandingan tetapi hanya lantikan.

klik sini


Persoalan yang timbul yang akan di ulas oleh www.umno-reform.com

1. Benarkah Datuk Mustapa Mohamed menggunakan kontraktor kelas A untuk memberi wang kepada para perwakilan dan apa pula habuan kontraktor kelas A tersebut?

2. Siapa Lebar Daun dengan Datuk Seri Khir Toyo?

3. Kenapa Ketua Bahagian / kempen manager berada di Sabah begitu lama? Apakah jawatankuasa pemantau tidak sedar atau hanya menutupkan sebelah mata sahaja?

4. Ali Rustam dengan penggunaan Belia 4 B dalam mencaturkan hasrat beliau untuk menjadi Naib Presiden. Kenapa ada penglibatan belia 4 b dalam politik. 

nantikan ulasan www.umno-reform.com


Datuk Mustapa Mohamed - tidak payah jadi Naib Presiden.

Politik naik mudah dan di lahir di atas sulaman emas adalah jolokan terhadap Mustapa Mohamed. Biar  kalah tetapi kekalahan beliau sebelum ini selalu menjanjikan tempat yang istimewa baik dalam UMNO mahupun dalam kabinet Menteri. Jadi tidak perlu kita pilih beliau lagi - kata suara-suara dalam UMNO.

KLIK SINI 


ISU POLITIK WANG
wartawan umno-reform.com

Komen mereka yang telah di kenakan tindakan disiplin agak mengecewakan mereka. Mereka hampir pasti tindakan ini ada motif tertentu dan bukan kerana mereka terlibat dalam politik wang. Mereka dalam UMNO pasi tahu hakikat dalam UMNO, dan tindakan ini mempunyai motif dan tujuan yang tidak baik. KLIK SINI

Tindakan disiplin dan motif tertentu
mengulas mengenai 3 orang Ketua Bahagian yang di kenakan tindakan tata tertib

Ramai kepimpinan UMNO terkejut dengan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin UMNO terhadap 3 orang Ketua Bahagian baru - baru ini. Bagi mereka kenapa ada pilih kasih? Mereka semua telah melakukan kesalahan disiplin tetapi kenapa Datuk Amir yang di gantung dan yang lain - Datuk Mahadhir Khir dan Dato Zahidi hanya di beri amaran.Apakah Datuk Naib hanya mengenakan tindakan keras kepada orang Pak Lah sahaja? Siapa yang tidak kenal Mahadhir Khir dan Zahidi. Mereka orang kuat Pak Lah. Selaku Pengerusi Pengurusan Disiplin parti, apakah sebenarnya agenda Datuk Najib. Apakah tidak kita terbau sesuatu sedang di masak dan mungkinkan ianya akan menghanguskan Pak Lah dalam politik UMNO. Bukan mereka bertiga sahaja yang terlibat dalam politik wang. Namun satu persoalan khusus ialah - kenapa Pak Lah benarkan ini semua berlaku? Apakah Zahidi di lihat sebagai agak kritikal terhadap Khairy Jamaluddin maka ianya perlu di bunuh awal dalam politik UMNO.


Komen terbaru perwakilan

Perwakilan Terengganu : Alhamdulilah ada pilihan raya kecil 

Kita bersyukur ada pilihanraya kecil di Terengganu. inilah peluang untuk kita hadir dan tadah tangan kita di sini. Pasti kita tidak akan rugi kalau hadir untuk pilihanraya kecil di Terengganu ini. Siapa yang selalu datang ke pilihanraya kecil ini kita sokong. tapi mesti tahu - undi kita ada harga. Bagus juga ada wakil rakyat yang mati kali ini.

Perwakilan Pulau Pinang : Muhyiddin No 1

Kita kena pastikan Muhyiddin dapat No 1 dalam pemilihan Naib Presiden kali ini. Jika tidak - Pak Lah pasti di landa problem besar. Oleh itu saya seru semua perwakilan dari Pulau Pinang untuk memberi undi mereka kepada Muhyiddin.

Perwakilan dari Johor (Pontian) : Tidak untuk Ghani Othman dan Adnan Yaakob

Kami akan turut mandikan Ghani Othman, Adnan Yaakob. Mereka tidak layak pegang jawatan tinggi dalam UMNO. Tengok Adnan Yaakub - bukan orang tak tahu perangai samseng beliau. Kita tidak mahu samseng dalam UMNO.

Perwakilan Wilayah Persekutuan : TIDAK UNTUK ISA SAMAD
AJK Bahagian

Kita tidak akan sokong Isa Samad. Ini disebabkan beliau di lantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sedangkan beliau bukan anak Wilayah Persekutuan. Apa sudah tanduskan kepimpinan dari Wilayah Persekutuan? Kali ini kita bernekad untuk memandikan Isa Samad supaya Tengku Adnan boleh dapat tempat No 1 dalam MT. Kami mahu buktikan pada Pak Lah bahawa Wilayah Persekutuan adalah milik Tengku Adnan.

Perwakilan Kelantan :Pertandingkan jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua pada tahun 2007

Rasa sunyi bila Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda tidak ada pertandingan. Sekarang Datuk hishammuddin dan Khairy Jamaluddin tidak peduli pemilihan ini. Kita mahu bawa perwakilan tetapi tempat tinggal dan duit perbelanjaan mereka kita tidak tahu dari siapa nak minta. Hishammuddin dan Khairy lepaskan diri sendiri sahaja. ini tidak boleh jadi lagi. Tahun 2007 mesti kita adakan pertandingan.

Perwakilan SABAH : Saya rindu pada Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim

Saya sudah jadi perwakilan dari tahun 1993 - 1996 - 2000 - 2004. Tidak sama seperti tahun 1993 dan 1996. Tahun 1993 adalah tahun paling menggembirakan bagi perwakilan SABAH dan diri saya. Tahun 1993 - tidak kurang dari 1 juta saya terima dari Anwar Ibrahim melalui Salamon Selamat dan kumpulan Anwar. Saya dapat 1 juta tersebut dari kumpulan Anwar Ibrahim ia -itu Muhyiddin Yassin, Datuk Najib Tun Abdul Razak dan Muhd Taib. Tahun 1996 saya berjaya kumpul sekitar 400,000 ribu dari Muhyiddin, Muhd Taib dan Datuk Najib. Tahun 2000 saya hanya dapat 100,000 tetapi tahun ini mahu cari 2000 pun susah. Saya rindu pada Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim. 

Tahun ini tahun celaka untuk saya. Banyak calon MT dan Naib Presiden suruh saya datang ke kota Kinabalu. Saya fikir wang sudah mari. Tapi mereka semua celaka - bagi wang 50.00 sahaja. Tambang pun tak lepas.  
 

Peristiwa dalam pemilihan

Berita - berita mengenai peristiwa - peristiwa yang berlaku semasa pemilihan UMNO untuk tahun 2004. Kita akan mempamerkan insiden menarik dalam usaha calon - calon meraih sokongan untuk pada pemilihan tersebut.


TINJAUAN - nampak gaya nya semua calon akan menggunakan pilihanraya kecil sebagai medan dan siri mereka berkempen. Di kabarkan semua hotel sedah habis di tempah dan semua calon, wakil - wakil calon akan senantiasa ada di sana.

 


Syed Hamid Albar - mereka menyampah

Ramai perwakilan menyatakan bagaimana mereka menyampah melihat  MB tersebut. Mereka melabel Syed Hamid sebagai seorang politikus yang kedukut dan tidak ada pendirian. Ramai yang agak kecewa kerana lebih kurang 19 bahagian menyatakan sokongan untuk beliau tetapi Syed Hamid Albar telah menghampakan mereka dengan penarikan beliau. 

 


Salam kosong di Pulau Pinang

Di Pulau Pinang, beberapa calon MT ia-itu YB Dato Khalih Nordin, Dato Aziz Shamsuddin dan Datuk Awang Adek telah membuat perjumpaan di Pulau Pinang. Perwakilan sekali lagi di katakan menerima SALAM.

Tinjauan - 13-08-2004 Perwakilan Pulau Pinang rugi besar kerana semua calon takut mahu bagi duit.

 


Tajol Rosli di Perak   

Beberapa Ketua Bahagian di Perak dan ramai perwakilan Perak mula mengkritik kepimpinan YAB Tajol Rosli. Ramai perwakilan Perak secara bisik - bisik mahu melia\hat MB mereka kalah dalam pemilihan MT akan datang. Dengan kesedaran itu, MB Perak akan memanggil semua perwakilan Perak untuk berkumpul di Ipoh pada 13-08-2004.


Bagi perwakilan- JANGAN TERMAKAN MODAL teruskan membaca artikel ini dan komen terhadap mereka yang akan bertanding pada tahun 2004. KLIK SINI 

 

 

 

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.