ARKIB MEI 04

Datuk Aziz mengampu Khairy Jamaluddin, satu tindakan mengadai maruah
pemerhati pemuda
31-05-2004

Memang hilang maruah. Memang terdesak tetapi memang ada udang sebalik batu. Aziz dalam diam masih meletak harapan untuk jawatan Ketua Pemuda. Sumber mengatakan bahawa masa ini adalah masa terbaik untuk Datuk Hishammuddin bergerak naik mencuba nasib sebagai Naib Presiden. Kekosongan itu perlu di isi dan Aziz mahu menjadi Ketua Pemuda dan dalam pengiraan nya sekiranya beliau dapat di regukan dengan Khairy maka peluang nya amat cerah.



Ku Li turut mengkritik UMNO, yang lain diam membisu
wartawan umno-reform.com
31-05-2004

Apa yang tersirat di belakang kenyataan tersebut adalah UMNO kini bergelumang dengan sistem demokrasi baru ia itu demokrasi berkompromi dan ini menghalang dari kepimpinan tertinggi UMNO di lantik oleh wakil - wakil ahli tetapi sebaliknya kini menggunakan sistem lantikan kompromi yang tidak menggambarkan lantikan sebenar. 



Ibrahim Ali Menyertai BA ?
inderaloka
30-05-2004

Apakah senario masih begitu atau sudah berubah lebih-lebih setelah BA tewas teruk dalam p/raya umum lalu dan jangan pula dilupai begitu sahaja betapa peranan Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas telah membantu YB Ustaz Ismail Noh ( Pas) untuk kekal sebagai MP disitu buat kesekian kalinya.

 



Aziz lebih layak mengetuai Ketua Pemuda UMNO

wartawan umno-reform.com
27-05-2004

Kekuatan Datuk Aziz ada pada Pemuda dan kekuatannya belum melayakkan dirinya untuk jawatan Majlis Tertinggi. Sumber dalam UMNO turut mengatakan bahawa lontaran berita yang di buat untuk Datuk Aziz berusaha untuk menjawat jawatan dalam Majlis Tertinggi adalah satu lontaran berita yang mempunyai niat tertentu.



Sokong
, Hisham harus melepaskan jawatan Ketua Pemuda
, Hisham harus melepaskan jawatan Ketua Pemuda
Fadli Hassan
27-05-2004

Saya percaya sudah sampai masanya Pergerakkan Pemuda - jawatan Ketua Pemuda yang selama ini tidak di pertandingkan di pertandingkan. Pertandingan ini akan membenarkan Ketua di lantik secara demokrasi dan bermandat. Ini juga memberi peluang kepada mana - mana EXCO yang mempunyai prinsip dan cita - cita untuk menawarkan diri serta menawarkan idea kepimpinan baru bagi mengerakkan Pemuda ke arah yang lebih dinamik.


Datuk Hishammuddin harus berjiwa besar - lepaskan jawatan Ketua Pemuda
Mohd Siful Mohd Azhar
Pemuda Kampung UMNO
23-05-2004

Saya percaya Datuk Hisham adalah kepimpinan pemuda yang berjiwa besar. Saya percaya Datuk Hisham sedar bahawa Pemuda memerlukan suntikan baru dan seharusnya beliau berundur untuk membenarkan anak - anak kecil dalam EXCO peluang untuk memimpin Pemuda.

 


  Permohonan ikat jamin Anwar Ibrahim di tolak, seorang di tahan
wartawan umno-reform.com
22-05-2004

Di tanya kepada seorang Exco Pemuda Keadilan yang lain, En Azwanddin Hamzah memaklumkan, UMNO akan di cabar selagi Anwar Ibrahim tidak di bebaskan. Kami bernekad untuk meneruskan perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim kerana beliau adalah seorang tahanan politik dan bukan tahanan jenayah. Hari ini kita menyaksikan penerusan kezaliman oleh Pak Lah dan kerajaan Barisan Nasional.


Teori Zaid Ibrahim, teori sebelum dapat jawatan - UMNO tidak mampu berubah
daddy
20-05-2004

Saya juga seperti editor ingin bertanya kepada Zaid, beliau sebagai seorang peguam terkenal, apakah komen beliau berkenaan kes Anwar Ibrahim? Dalam wawancara berkenaan teorinya, beliau tidak langsong mengulas kes Anwar Ibrahim? Adakah kes Anwar Ibrahim terjadi sebabkan kedurjanaan sistem memegang jawatan kabinet dan jawatan dalam UMNO? Zaid tolong komen!


Sistem dalam UMNO lebih bercorak sistem komunis kata Zaid Ibrahim Ahli Parlimen Kota Bahru
Rais Yassin
18-05-2004
Satu persoalan utama yang perlu di tanyakan kepada Zaid Ibrahim - apa komen nya terhadap kes Anwar Ibrahim? Beliau seorang peguam? Kalau jawapannya retorik sama seperti yang lain dalam kepimpinan UMNO - begitu juga ahli UMNO kepada kepimpinan yang ada, lantas menyukarkan sebarang perubahan atau reformasi.

Apa pendapat anda mengenai apa ayng di katakan oleh Zaid Ibrahim? Apakah umno perlu di reformkan seperti yang di sarankan oleh umno-reform.com? 


Berikan pendapat andaatau email editor1@umno-reform.com


Pak Lah pewaris kezaliman Dr Mahathir?
susunan Saiful Idham
16-05-2004

Pak Lah harus menyelesaikan masalah perpaduan Melayu kerana masalah ini sebenarnya mampu mengugat negara khususnya kedudukan Melayu. Pak Lah se harusnya memikirkan formulasi baru, yang melibatkan kemunduran orang - orang Melayu memandangkan formula bernas Dr Mahathir gagal membentuk Melayu berwibawa, malah hanya membentuk kumpulan Melayu kronis yang kaya dan pelahap tanpa memikirkan masalah orang - orang Melayu yang sebenarnya.


Sila hantar ulasan anda pada     SMS 017-6563505

* Banyak pendapat yang telah di terima dan kami akan mengulasnya secara keseluruhan sedikit masa lagi. Teruskan bersama laman web politik unggul negara kita ini - umno-reform.com

Banyak artikel menyusul di bawah ini


Ahli UMNO - baca perjalanan kes Anwar Ibrahim 
Ghazali Mat Dom
12-05-2004

(Untuk ahli - ahli UMNO) program jumpa Ghazali Mat Dom - "Over a cup of Kopi" mengenai kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengetahui perkara sebenar TIDAK  bererti kita menolak UMNO malah ini menunjukkan bahawa kita sayangkan UMNO. Kita telah menerima mandat terbesar untuk memerintah negara ini lima tahun lagi. Justeru itu adalah penting untuk kita mengetahui perkara sebenar dan berusaha membawa UMNO ke tahap yang benar - benar cemerlang - gemilang dan terbilang.


Permohonan ikat jamin Anwar Ibrahim gagal
Wartawan umno-reform.com
11-05-2004

Mahkamah pada hari tersebut terus mendapat serangan peguam - peguam Anwar Ibrahim yang mengulangi bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan perjalanan mahkamah selama ini amat mengelirukan dan aneh.


Ezam Mohd Nor - nobatkan Pak Lah Perdana Menteri yang zalim dan pewaris Dr Mahathir 
Wartawan umno-reform.com
11-05-2004

Kita tidak payah menunggu lagi keputusan perbicaraan kerana keputusan keengganan hakim - hakim itu menarik diri sudah cukup menunjukkan bahawa Pak Lah turut menunggangi sistem dan badan kehakiman negara dan ini memberi peluang tipis untuk Anwar dalam mendapatkan keadilan.

 


Hakim Abdul Hamid Mohamad - kami akan mengadili kes ini se adil - adil nya serta dengan minda yang terbuka ! 
wartawan umno-reform.com
11-05-2004

Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad dalam satu kes rasuah berasingan pada tahun 2003 - di katakan semasa mengadili kes rasuah Datuk Waad - bekas Adun Gemencheh telah mengatakan bahawa kes Anwar adalah berbeza dari kes rasuah lain kerana dalam kes Anwar - jaminan tidak di benarkan kerana beliau boleh mengancam keselamatan negara.


Kalau masih ada simpati mari sama-sama jenguk Anwar !
inderaloka
09-05-2004

Sekiranya 10 May itu dilalui oleh sesetengah para pembesar dan penyokong BA seperti hari-hari biasa yang tidak perlu sangat diberi penumpuan, matlamat BA Sifar yang sedang dirancang oleh puak-puak Hadhariyyun pada 2009 tidak mustahil tercapai.


Keadilan hanya bermimpi
Putra Baling
09-05-2004

Kejayaan sambutan demonstrasi dimasa lepas pun adalah kerana simpati atau rasa marah dalam kes DSAI oleh ahli dua pertubuhan ini tetapi setelah masa berlalu,keadaan berubah,scenario kepimpinan lebih kondusif ditambah pula dengan krisis kepimpinan dalam KeAdilan yang tidak keterlaluan jika dikatakan berlaku sepanjang masa maka mereka mula menarik diri walaupun rasa simpati atau marah dalam kes DSAI masih menebal. 


KEADILAN untuk Anwar yang telah di ketahui keputusannya
Wartawan reformasi nasional
09-05-2004

Nampaknya tak banyak perbezaan antara keduanya. bagaimana generasi muda dan orang Melayu akan menghormati UMNO. UMNO semua bangsa Melayu faham , bahawa sebuah parti besar dan hebat dengan mempunyai aset yang besar. namun UMNO mempunyai pengaruh yang kecil di kalangan orang Melayu. Kemenangan pilihanraya baru-baru ini bukannya membuktikan kekuatan sebenar UMNO. 


Jangan harapkan pembebasan Anwar Ibrahim,Tien Chua Naib Presiden Parti Keadilan Nasional
Wartawan umno-reform.com
08-05-2004

Akhirnya apa yang jelas ialah, Abdullah Badawi yang meletakkan diri sebagai seorang kepimpinan yang mahukan perubahan hanya kini nampak sebagai pewaris kezaliman Dr Mahathir. 



Anwar Bebas : Menyanggah Harapan Palsu Ghazali Mohd Dom 
Mat Sepai-Permatang Pauh
06-05-2004

Namun persoalannya, sejauh mana semangat keadilan ini berani dipraktikkan Pak Lah dalam pentadbirannya kini ? Membebaskan Anwar bererti memberi nafas baru kepada pejuang reformasi. Pembebasan Anwar juga bermaksud, mengundang bahaya besar kepada Umno.


Ghazali Mat Dom

Siapakah yang akan membebaskan Anwar Ibrahim?
Ghazali Mat Dom
01-05-2004

Parti Keadilan Nasional harus sedar kemampuan mereka untuk membebaskan Anwar Ibrahim semakin kurang sehingga ada yang berpendapat bahawa kehadiran Parti Keadilan Nasional khususnya kepimpinan tertentu seakan menjarakkan kemampuan parti itu memperjuangkan reformasi.


 

UMNO-REFORM, semakin banyak kepimpinan UMNO mula bersuara
Ghazali Mat Dom
30-05-2004

Zaid turut mengecam Badan Kehakiman yang di kecilkan suara dan terikat dengan kerajaan. Beliau membidas pengurangan kuasa Badan Kehakiman khususnya bagi peruntukan ISA dan peruntukan perundangan dalam Akta Syarikat yang menyekat mahkamah dari mengadili kes - kes parti - parti politik. 


Berita ringkas : Noh Omar enggan mengulas mengenai isu yang di bawa oleh Zaid Ibrahim mengenai ISA dan beberapa isu pencabulan kuasa mahkamah. umno-reform.com berjaya menghubungi beliau namun beliau enggan memberi sebarang komen. Kami juga menghubungi Datuk Aziz Sheikh Fadzir dan Tan Sri Mohd Muhd Taib namun sehingga kini beliau ada jawapan dari mereka.


KECELARUAN PENDAKWAAN DAN PEMENJARAAN ANWAR
27-05-2004

Berikut adalah beberapa fakta yang di petik dari perjalanan mahkamah dalam mengadili Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru ini.


Perjumpaan dengan Ghazali Mat Dom 
3 terkejut dengan pendedahan mengenai kes Anwar
wartawan umno-reform.com
27-05-2004

Perbincangan itu berlaku selama 3 jam dan mereka nampaknya amat jelas mengenai isu UMNO dan keperluan untuk UMNO di beri suntikan baru dengan nilai - nilai perubahan yang lebih sistematik dan progresif.


Kepimpinan Keadilan meninggalkan REFORMASI - kenapa?
wartawan umno-reform.com
23-05-2004

En Nordin, yang hadir di Balai Polis Putra Jaya turut menyatakan kegelisahan nya melihat kepimpinan Keadilan yang kini se olah - olah susut dalam mengertikan perjuangan reformasi. En Nordin menyatakan bahawa kepimpinan yang ada sekarang ini hanya mahu kita menjalankan aktiviti reformasi. Mereka hanya timbul sekali - sekala sahaja. Kita terkorban tidak mengapa , jangan mereka.


Jawapan Pemuda UMNO mengenai kenaikan air
Pemuda UMNO
21-05-2004

Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan menaikkan tarif air sehingga 45 peratus di Selangor dan Kuala Lumpur. "Saya tidak mengetahuinya," katanya ketika ditanya pemberita mengenai laporan baru-baru ini yang memetik sumber-sumber industri bahawa pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur mungkin terpaksa membayar tambahan 45 peratus untuk bekalan air tahun depan.


Harga Astro naik, pemuda UMNO bising, air naik mereka tidak ambil pusing
Rais Yassin
19-05-2004


Sebenarnya tidak ada apa yang hendak di harapkan dari Pemuda UMNO ini. Isu air Selangor adalah isu yang melibatkan Menteri Besar Selangor dan juga melibatkan kerajaan. Mengkritik kerajaan adalah sesuatu yang akan merosakkan karier politik masing - masing. Datuk Norza mahu naik, mahu naik dalam Pemuda dan mahu jadi menteri. Itu sahaja. Ini sebenarnya sealiran dengan teguran budaya UMNO oleh UMNO sendiri, teguran oleh Zaid Ibrahim MP Kota Bahru. 

Gambar Datuk Norza 


POLITIK KEBENDAAN DAN PEMIKIRAN KELAS 1
Pak Ali
19-05-2004

Masih begitu jauh dan berliku-liku, namun orang melayu perlu mulakannya. Titik-titik permulaan telahpun kedengaran di sana-sini. Anwar Ibrahim sanggup sengsara demi prinsip moralnya, Ibrahim Ali sanggup menongkah pemimpin yang menafikannya, Zaid Ibrahim sanggup bertanding demi penyuburan demokrasi, dan kita perlukan lebih ramai orang melayu yang sanggup menongkah arus demi pembaikan politik orang melayu.


Email ringkas 18-05-2004  Harga Air di katakan naik lagi di Selangor. 
putraputri malaysia

Siapakah antara PEMUDA UMNO yang akan bersuara? Apakah ada suara dari Pemdua UMNO atau terus menerus menjadi pom - pom boys seperti yang di katakan oleh Sdr Ghazali Mat Dom.


Email ringkas mengenai Pekida dari risik03
nzmlk@hotmail.com

Assalammualaikum.dan salam Sejahtera..

Saya terpanggil untuk memberikan komen dalam ruangan ini terutama berkaitan isu "Pekida" ini..membaca tulisan-tulisan saudara yg  menghantar ke ruangan ini..

Sukacita apa yang ingin saya maklumkan apa yg diperkatakan tentang pekida seperti minum darah dan gengster melayu adalah salah sama sekali..adalah di nasihatkan agar jangan terlalu serkap jarang dalam pertubuhan ini..Jika tidak tahu atau tidak menganggotai kumpulan ini lebih baik jangan  bercerita tentang pekida kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan.Hanya  org yg duduk dalam kumpulan ini tahu apa yg dia buat.

Saya bersetuju skrg pertubuhan ini mempunyai koperasi dan matlamatnya  untuk membantu Org melayu khususnya..

Sekian untuk makluman..


Harga air naik 45 peratus : Paip terus bocor,air berkeladak dan bercacing halus (babi?)
Inderaloka
18-05-2004

Mereka tidak pernah berkompromi kepada perkara yang melibatkan bayaran bil. Lambat bayar bekalan akan dipotong dan untuk menyambungnya semula charge RM 50 dikenakan. Bayaran ansuran untuk bil tertunggak langsung tidak dibenarkan. "Bayar semua atau bekalan air ke premis anda akan dipotong!"


Abd Hamid Mohammad - Hakim yang mempermainkan Tuhan !
Inderaloka
16-05-2004

" Terlalu ramai orang dari pelbagai parti dan pertubuhan yang menjadi pemerhati termasuk Tuhan sekali memerhati kes Anwar ini . Apakah kamu mahu mahkamah mencatatkan semua itu termasuk kehadiran Tuhan ?"


Apakah masih ada keadilan untuk Anwar
cucu mat kilau 
http://cucumatkilau.blogdrive.com
16-05-2004

Harapan Cucu agar Majlis Raja-Raja Melayu dapat memainkan peranan penting untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara. Satu suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat semula perjalan kes perbiacaraan DSAI yang dikatakan telah melanggar segala etika perundangan negara.


Rentak Khairy Jamaluddin sudah bermula, siapa antara Pemuda akan menari?
Wartawan umno-reform.com
Bagi Nash Rahman Malaysia Kini - tiada halangan untuk mengambil berita ini seperti beberapa berita lain yang telah sdr ambil dan terima kasih atas kredit yang di berikan terhadap usaha kami.
13-05-2004

Antara kartun yang menarik perhatian kami - mengenai kromisma, apakah Khairy akan turut di gambarkan oleh Zunar?


BIRO PENGADUAN AWAM PEMUDA UMNO MALAYSIA - SILA BANTU SEGERA!

Surat ini minta di panjangkan kepada Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO Malaysia. Di harap pihak terbabit dapat membantu. Sila hubungi kami di editor1@umno-reform.com untuk mendapat email pengadu.

 


Kes Anwar Ibrahim - pelik dan penuh keanehan
Wartawan umno-reform.com
12-05-2004


Dalam perkara alibi ini, ianya penting untuk menunjukkan bahawa Anwar ibrahim tidak ada sewaktu beliau di tuduh meliwat Azizan Abu Bakar. Kehilangan atau di katakan notis alibi ini tidak di serahkan telah menyimpulkan keputusan bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan jelas menunjukkan niat untuk terus menyumbat anwar Ibrahim dalam penjara wujud.


Ahli UMNO, hentikan melantik Ketua Pemuda yang terikat dan terbatas keupayaannya
Ghazali Mat Dom
08-05-2004

Saya berani katakan bahawa kehadiran Pemuda kini lebih bersifat "pom - pom boys" atau tukang sorak UMNO menari seperti yang ada pada perlawanan - perlawanan bola kerajang khususnya di negara - negara Barat. 


Hisham patut kekal sebagai Ketua Pemuda bagi mengelakkan perpecahan
umno Kuala Lumpur
07-05-2004

Sesuatu yang nampak ortodoks tetapi lebih selamat untuk pergerakan tersebut. Saya percaya datuk Hisham masih mempunyai banyak sekali idea - idea untuk terus memperkembangkan sayap kanan UMNO tersebut dan percaya bahawa kehadiran beliau lebih memantapkan pergerakan tersebut.


Khairy Jamaluddin - Naib Ketua Pemuda ?
wartawan umno-reform.com
06-01-2004
Anak muda yang baru merangkak mengikut keahlian nya dalam UMNO kini sudah mencapai kedudukan yang agak tinggi dalam politik negara ini MUSTAHIL naik dengan kredibiliti sendiri. Mustahil beliau amat - amat rajin dalam UMNO dan mustahil beliau sudah 4 kali mengundi UMNO dalam pilihanraya.


PEKIDA - samseng Melayu
pipit_blues@lycos.com
06-05-2004

Saya menggelarkan kumpulan mereka ni sebagai samseng Melayu. Apabila terdengar khabar angin yang membabitkan kes pergaduhan, pertelagahan dan perselisihan di antara orang Melayu dengan bangsa asing ( terutamanya Cina dan India ) di sekitar kawasan tersebut, anggota PEKIDA akan mudah sensitif.


UMNO Jangan perdagangkan sistem pendidikan Malaysia
cucu mat kilau
06-05-2004

Kepada semua mahasiswa yang masih menuntut di universiti-universiti tempatan ataupun luar negara, harapan Cucu bersedialah dari sekarang untuk menghadapi situasi ini. Jangan biarkan diri anda termasuk dalam statistik ? Graduan Mengganggur?.


Umno Kuala Selangor Kembali Bergolak.
Cikgu Pencen
06-05-2004

YB Daud pula tidak wajar menagih simpati untuk menghindarkan cabaran kerana beliau sendiri yang membentuk suasana agar kepimpinannya dibenci sejak mula mengambil alih teraju kepimpinan Umno Bahagian daripada Dato Seri Abu Hassan Omar pada 2001 lalu.


Semakin jelas, keruntuhan penyokong reformasi?
01-05-2004
Mohd bin Abdullah

Hari ini mereka sebok mengatur politik dalam kain mereka sendiri. Mereka terus hidup dalam kepompong lama. Mereka terus berbicara strategi politik umpama bermain catur. Mereka tidak berani melakukan perkara - perkara drastik - se olah-olah takut pada bayangkan sendiri.


Khir Toyo sudah sedia menggantikan Dato Hishammuddin sebagai Ketua Pemuda
wartawan umno-reform.com
02-05-2004 

Melihat senario yang ada, YB Dr Khir Toyo sudah
menampakkan hasrat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda itu kelak.  Persoalan yang paling nyata ialah siapa agaknya calon yang layak juga untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang. Beberapa tokoh Pemuda nampak sudah bersedia untuk turut menjadi calon pada pemilihan akan datang. Namun dalam keadaan yang nampak agak bercelaru ini Khir Toyo mungkin akan berhadapan dengan Naib Ketua Pemuda Pergerakan itu Datuk Aziz Sheikh Fadzir dan beberapa calon lain seperi Datuk Azimi Daim.