Arkib March 04

Kemana halatuju politik Malaysia dan Islam.
nbalqis@hotmail.com
Natasha Balqis
30-03-2004

Pertamanya ialah memperbaiki individu. Sebenarnya kesempurnaan seseorang itu tidak akan berjaya kecuali dengan menyucikan aqidahnya dari sebarang kekotoran, hatinya dari penyelewengan, nafsunya dari syahwat, akhlaknya dari kelemahan dan jiwanya dari kekosongna. Kesempurnaan ini akan berjaya apabila lahirnya dalam masyarakat satu tenaga yang bangun bekerja dengan semangat yang luhur dan mempunyai daya pemikiran yang bijak.


APA KATA GHAZALI MAT DOM

Di sebalik kabinet Pak Lah
27-03-2004
017-6563505 atau email editor1@umno-reform.com


Saya merasakan pertimbangan Pak Lah semasa membentuk kabinet baru adalah untuk meletakkan pengkhususan keselamatan politik mendahului kredibiliti dan penambahan muka baru ini adalah untuk melenyapkan sebanyak mungkin unsur yang akan menampakkan bahawa kabinet itu berteraskan yang lama - tetapi mempotretkan pembaharuan.


MORALITI ORANG MELAYU 2
nhemy@hotmail.com
Pak Ali
27-03-2004

Mengapa orang melayu tak mahu belajar dari kaum cina?. Mereka memberikan kemenangan besar untuk BN, dalam pada itu mereka memelihara kepentingan mereka melalui suara DAP. Mereka menang-menang.


SPR jangan jadi macam pengadil WWF
cucu mat kilau
27-03-2004

Bahkan apa yang lebih menyedihkan kabarnya ada pihak yang menggunakan pelatih Khidmat Negara, untuk mengundi di beberapa tempat di Trengganu. Lantaran itu penambahan mendadak peratusan pengundi di Trengganu adalah tidak munasabah, kata sesetengah pihak.


Sultan mahukan Menteri Besar Johor yang baru?
pemerhati politik Johor
27-03-2004

Pelbagai persoalan timbul kenapa lah negeri Johor ini sangat bermasalah. Bermula dari perubahan Ghani dari kerusi DUN ke Parlimen, projek terajang Orang Muhyiddin, penamaan calon di saat-saat akhir, kesilapan pengisian borang DUN Senggarang dan isu rasuah DUN Pasir Raja.


Yang sebenarnya di Permatang Pauh
razramus@yahoo.com
pemerhati
26-03-2004

Sememangnya Pemilu ke 11 membawa kemenangan kepada BN dengan bantuan tipu muslihat SPR. Untok masyarakat melayu , majoriti tuan-tuan akan menang sorak tetapi kampung akan tergadai oleh pemimpim-pemimpin UMNO yang rasuah dan yang tidak bermoral.


Sayangkan Islam sayangkan Melayu
Daud Mohamed
25-03-2004

Pihak BA berhadapan dengan BN yang mempunyai berbelas parti komponen, jentera kerajaan persekutuan dan negeri, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya tidak termasuk syarikat gergasi, kumpulan dan individu yang banyak bergantung hidup kepada 'mesra' BN. Saya percaya dan yakin ianya adalah satu tugas yang cukup sukar dan mancabar bagi pihak BA untuk berhadapan dengan mereka tetapi saya tetap percaya dan tetap yakin selagi mereka berpegang kepada KEBENARAN, insyaallah, YANG MAHA KUASA dan MAHA BESAR akan tetap bersama mereka.


MORALITI ORANG MELAYU 1
nhemy@hotmail.com
Pak Ali,Pdg Serai
24-03-2004

Walau apa pun BN tetap akan menang dan Melayu tetap akan menguasai negara ini, mengapa tidak kita jugak memberi ruang untuk mereka yang berjuang untuk nilai moral itu, dan kita sama-sama menang!? Fikirkanlah orang melayu!


SPR - Benang itu sudah basah, tidak mampu di tegakkan lagi 
Ghazali Mat Dom - 0176563505
www.umno-reform.com 
24-03-2004

Seharusnya, Pengerusi SPR dan mereka yang bertanggung jawab PERLU MELETAK JAWATAN SEGERA dan satu badan baru tertakluk di bawah pengawasan Suruhanjaya Di Raja di bentuk untuk mengendalikan semua tuduhan dan kelemahan dalam SPR. Masakan kita perlu komplain kepada SPR yang di terajui oleh orang yang bertanggungjawab atas krisis dalam SPR.


Kenapa perlu pilih selain dari Barisan Nasional?
Hisham Hamid
24-03-2004

Tapi macammana pun panjang saya berceloteh di sini, saya ni bukannya marah pada semua orang PAS atau KeAdilan. Cuma meluahkan rasa sedih atas apa yang ketua-ketua PAS dan KeAdilan dah buat kepada orang Melayu. UMNO ni sentimental value buat orang Melayu (bagi yang betul-betul menjiwainya)


Jelas nampak sesuatu yang tidak kena dalam pilihan raya kali ini
nbalqis@hotmail.com
24-03-2004

Cuba renungkan dimanakah keadilan untuk rakyat Malaysia yang telah bersusah payah untuk keluar mengundi dan bersusah payahnya pihak pembangkang untuk mengadakan ceramah, pekerja pilihanraya yang bertungkus lumus menampal poster tetapi SPR yang diberi amanah sebagai badan bebas telah bertindak dengan menjadi salah satu parti komponen Barisan Nasional.


Ilusi, Demokrasi dan silap mata Piliharaya 
Arifabdull
23-03-2004

Sebaliknya, jika kita semua hanya berdiam saja dan sanggup menunggu untuk ditipu sekali lagi pada tahun 2008 nanti itu maknanya rakyat Malaysia telah tertipu dan mata kita masih disaliputi ilusi pilihanraya. Janganlah bersedih lagi


Tidak benar laporan Malaysiakini, kekalahan PAS adalah kekalahan politik Islam : dalam tajuk "BN victory a defeat for political Islam" dan beberapa tajuk dari surat pembaca
Rais Yassin www.umno-reform.com
23-03-2004


Kerajaan Terengganu PAS runtuh atas banyak perkara lain dan BUKAN kerana Islam. UMNO selaku peneraju kerajaan sendiri pernah mengakui bahawa Malaysia adalah negara Islam tetapi kerajaan itu tidak runtuh.


Kekalahan ini merupakan petanda melayu Terengganu lupa kepada Anwar Ibrahim
"Raba`i Amir" <warskids@hotmail.com>
23-03-2004

Saya tidak dapat berkata apa-apa lagi,kenapalah melayu betul-betul mudah lupa.saya cadangkan di sini,di harap kerajaan yg gemilang terbilang dan cemerlang,bebaskan sahaja Dato Sri Anwar Ibrahim.Itu sahaja jalan mudah untuk ba kembali bersama rakyat.


Tahniah kepada Barisan Nasional
Syuhadabadri
23-03-2004

Kepada calon-calon tertentu, penyokong-penyokong tertentu, golongan-golongan tertentu, pihak-pihak tertentu, tertentu... tertentu... diharap dapat menerima kenyataan bahawa parti dokongan anda telah tewas dan tidak membuat sesuatu yang bodoh. Menang kalah biasalah adat bertanding. Berusahalah dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.


Berita ringkas : ( 1.11pm 23-03-2004) Bantahan PAS akan bermula di SUHAKAM pada pukul 3.00 pm hari ini 23-04-2004, apa dan kenapa? Mungkinkah bantahan mereka relevan dan perlu di siasat segera. SPR setakat ini sudah menunjukkan kegagalan dalam mengendalikan pilihan raya yang telus kali ke 11. Apakah pilihan raya akan berulang semula? Beri pendapat anda atau sms kepada 017-6563505

Kemas kini : ( 3.24 am 23 - 03-2004) Di katakan pihak Istana tidak menerima perlantikan Datuk Idris Jusuh mewakili kerajaan BN baru di Terengganu. Di maklumkan bahawa penundaan kepada hari Khamis adalah untuk menyelesaikan masalah penipuan pengundi dan SPR.

PENTING : ( 3.19 am 23-03-2004) Rakyat Terengganu merusuh. Tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya. SPR di katakan melakukan penyelewengan. 4 trak sarat dengan tanggapan oleh polis Terengganu.

5 tahun lagi menunggu kita untuk pilihan raya - tetapi esok menanti kita untuk membebaskan Anwar Ibrahim - Bila lupa Anwar Ibrahim - ini padahnya.
Hidup Anwar Ibrahim
22-03-2004

Kita seharusnya mengambil iktibar dalam melihat bagaimana mereka cuba menghapuskan gerakan reformasi dan gerakan ini kini lumpur akibat tindakan mereka yang menjadi juara di atas pentas. Kita harus jangan membiarkan pisang berbuat 2 kali dengan melantik mereka yang hanya tahu mundar - mandir, duduk mengangguk dan tidak langsung nampak perbezaan diri mereka antara seorang pejuang dan sebagai Ketua Kerani yang hanya tahu mengangguk.


PANAS DAN TERGEMPAR - 7.13 pm 21-03-2004

Kami menerima SMS mengatakan bahawa protes terbesar akan di lakukan oleh penyokong Parti Keadilan Nasional membantah SPR yang di katakan terlibat dalam pembohongan pilihan raya. KAMI di maklumkan bahawa penyokong pembangkang SELANGOR akan berhimpun di Pejabat Keadilan Gombak - Pejabat Azmin Ali. Saya menyaran agar mereka bertenang dalam sebarang tindakan mereka dan sekiranya ada rasa tidak puas hati maka mereka boleh membuat protes dengan cara yang lebih baik. 

sms - kami atau call sekiranya ingin menghantar maklumat mengenai perkara ini - 017-6563505

 


UNDI LAH YANG TERBAIK, SELAMAT MENGUNDI

Baik parti memerintah mahupun parti pembangkang : Janji telah di tabur, kempen telah sampai ke saat terakhir, TV, media elektronik dan cetak semuanya telah menjalankan kempen, ceramah telah selesai sudah.

Undilah dengan sebaiknya. Tolak wakil rakyat yang hanya pandai memberi kata pada pilihan raya dahulu dan sehingga hari ini masih gagal mengotakan kata. Kita jangan tertumpu pada logo, kita tumpu kepada mereka yang akan mewakili kita. Sekiranya benar nampak kehebatan calon itu mewakili kita, sanggup menongkah arus demi kebaikan masyarakat tempatan yang di wakil oleh beliau maka pilih lah. Tetapi jika hanya hadir dengan jentera besar semasa pilihan raya, janji tidak pernah kota, hilang bila sudah berjaya - tolak mereka jauh - jauh. Jangan kelak kita bersuara, mengatakan bahawa wakil kita tidak pernah menolong kita, tidak pernah ada - kerana kesalahan itu ada pada kita - kerana kita memilih mereka.

Pilih mereka yang dekat pada rakyat, pilih mereka yang hidup dengan rakyat, bukan mereka yang menjadi tuan pada rakyat.

Ghazali Mat Dom
21-03-2004
pilihan raya Malaysia ke 11

 


Datuk Aziz Sheikh Fadzir anti - cina atau pejuang bangsa Melayu?
penyokong Aziz Sheikh Fadzir - Kedah
20-03-2004


Bagi saya Datuk Aziz Sheikh Fadzir adalah pemimpinan yang menerima secara terbuka kehadiran kaum Cina, menghormati mereka dan menerima mereka sebagai keluarga Malaysia - tetapi tidak mengabaikan cita - cita dan hasrat Melayu. Kita tidak boleh terikut dengan mainan pembangkang - menyokong Melayu bererti bukan bererti mendiskriminasi pembangkang. Ini tidak benar, tetapi yang benar ialah Datuk Abdul Aziz mampu dan komited memperjuangkan Melayu tanpa melaksanakan sebarang diskriminasi terhadap bangsa lain.


Datuk Aziz Sheikh Fadzir antara anak muda yang mula dapat perhatian
Wartawan umno-reform.com
20-03-2004

Umno-reform.com dalam melihat senario baru politik UMNO percaya sekiranya peluang di berikan oleh penduduk setempat kepada calon - calon UMNO khususnya di kalangan mereka yang baru pertama kali bertanding, calon muda tersebut semestinya mempunyai semangat juang baru serta cita - cita yang tinggi dalam memastikan nasib penduduk kawasan yang di wakili terbela.



SURAT TERBUKA UNTUK DR ISMAIL IBRAHIM
Dr Putera Jebat (dr_putera_jebat@yahoo.com
19-03-2004

Akhirnya pertanyaan yang wajib dijawab oleh Datuk Dr, tidak salahkah Allah mencerca Abu Lahab dalam al Quran dan Nabi Muhammad pula menggelar bapa saudaranya sendiri sebagai Abu Jahal (bapa kebodohan!). 


TERKUBUR NYA YAYASAN ISLAM PERLIS
<sorayanii@yahoo.com>
18-03-2004

Mengapa jadi begini? Ini kena tanya UMNO/BN yang mentadbir negeri . Sumbangan dari sebuah negara Arab mencukupi untuk bangunan 11 tingkat Kompleks Yayasan Islam ini. Tetapi malang seribu kali malang, lalang dan rumput lana yang melata lebih tinggi dari bangunan yang bakal membanggakan umat Melayu Islam di negeri Perlis. Ia merupakan salah satu mercu tanda Islam yang CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG di negeri Perlis .


Calon N27 Rantau BN, Datuk Mohamad Hassan cuba membeli calon muda Keadilan Badrul Hisham Shaharin 
17-04-2004
wartawan umno-reform.com

Saya juga untuk berlaku adil menggesa SPR menyiasat secepat mungkin dan harap pihak polis dapat bertindak untuk menyelesaikan masalah ini. Kita mahu kejayaan yang sempurna bukan dengan perbuatan merasuah calon. Tindakan sebegini hanya menunjukkan tahap pemikiran calon BN tersebut : Datuk Mohamad Hassan yang hanya membusukkan UMNO.


Calon BN Parlimen Kuala Selangor Pengamal Politik Wang
Cikgu Pencen
16-03-2004

Seorang bekas AJK Umno Bahagian menegaskan bahawa beliau punya bukti yang kukuh keterlibatan Daud membeli undi perwakilan didalam Persidangan Tahunan Umno Bahagian sesi 1998 dan sesi 2000.


PENDEDAHAN : Serangan dalaman UMNO kini bermula ? 
wartawan umno-reform.com
15-03-2004 
Hubungi sms 017-6563505

Kemungkinan ini adalah satu soalan sukar yang tidak mampu di jawab oleh kami. Namun usaha untuk mengetahui masalah dalaman UMNO akan kami lakukan. Sehingga kini apa yang jelas nampak ialah isu keputusan kepimpinan parti tidak di terima oleh beberapa segmen ahli UMNO negeri. Ini mungkin melibatkan pemilihan mereka yang dapat tempat untuk bertanding dan beberapa isu pengguguran kepimpinan negeri seperti yang berlaku di Selangor.


berita terbaru : Bahagian Paya Lebar terus bergolak
Cucu Mat Kilau
15-03-2004

Moral daripada kejadian ini, pucuk pimpinan harus mengadakan rundingan terlebih dahulu dengan AJK bahagian sekiranya ada sebarang maklumat terkini tentang dasar atau apa jua yang boleh menjejaskan keharmonian parti selepas ini. Apa yang berlaku di Paya Besar haruslah dijadikan pengajaran supaya MPT lebih berhati-hati dan profesional dalam menentukan sesuatu keputusan selepas ini.


Gempar kita dibuatnya apabila Ghani kembali bertanding di DUN SEROM setelah dilaporkan akan bertanding di Parlimen Ledang.
Pemerhati Politik Johor
pakaiotak@yahoo.com
15-03-2004

Zalim kau Ghani! Saya amat simpati dengan orang-orang yang selama ini bekerja keras untuk kamu diiniaya sebegitu rupa. Ibarat kata pepatah melayu "melepaskan anjing tersepit", apabila dilepaskan, ia akan menggigit orang yang telah menolongnya.


Rasuah : Khir Toyo sendiri makan ,sendiri nafi,sendiri bersihkan diri.
songkoktinggi
14-03-2004

Sayugia diingat,calon-calon BN sekarang ini hanya boleh tersenyum selepas nama mereka dicalonkan tetapi beluM pasti senyuman itu akan berterusan sehingga ke malam keputusan p/raya diketahui 21 Mach nanti.


BN Pahang kecuh kerana calon
14-03-2004
cucu mat kilau

Akibat daripada kekecohan tersebut Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob terpaksa membuat rombakan semula dengan memberikan semula kerusi Parlimen Kuantan kepada MCA, yang diwakili oleh Fu Ah Kow. Manakala kerusi MCA terdahulu iaitu Indera Mahkota diserahkan kepada UMNO yang kini calonnya ialah Dato' Wan Adnan , Ketua UMNO Bahagian Kuantan.


UMNO Selangor - pergolakan semakin hebat
Wartawan umno-reform.com
13-03-2004

Hakikatnya perlu kita terima, UMNO Selangor - kini perlu berhempas pulas menangis serangan bukan sahaja dari luar malah juga dari dalam. Hakikat juga harus kita ketahui, selepas pilihan raya ini UMNO akan bertemu dengan pemilihan parti yang lebih hebat mencabar kepimpinan tertentu - termasuk Pak Lah. Jangan Pak Lah letak jawatan kerana alasan kesihatan cukuplah. 


YB Khalid bakal menjadi Menteri Besar Johor? Sila baca ulasan dibawah dan anda jawab sendiri samada beliau adalah beliau penjuang atau pengkhianat?
pemuda JB
13-03-2004

Khabarnya di negeri Johor, Khalid Nordin dan Ghani Othman dah panas bontot. Menurut orang2 politik dan orang gomen, sebelum pilihanraya ada perjumpaan rahsia antara kedua-dua YB 'screw-up' ini membincangkan strategi menangkis BPR. Ghani dah pening macam mana nak cover dirinya berhubung skandal KPRJ, Danga Bay dan jugak SAJ. Mudah-mudahan 'penyamun' ini akan di dakwa di mahkamah berhubung penyalahgunaan kuasa.


Shamsuddin Lias Menang?
orang dalam
12-03-2004

Sekiranya Noh sanggup mengkhianati Dato Aini pada tahun 1999 dulu,tidak mustahil Noh akan mengulangi pengkhianatan itu dan kali ini sudah pasti Shamsuddin Lias akan menjadi mangsa politik kotor kombinasi Noh-Sulaiman.


Program Islam Hadhari Negeri Sembilan
zain412359@yahoo.com
12-03-2004

Ramai yang hadir merungut kerana sikap para pemimpin yang berteduh didalam kawasan tertutup dikatakan cakap tak serupa bikin bila tiba bahagian untuk menjaga dan membela nasib orang - orang bawahan . Cakap-cakap yang masih saya ingati ..(dlm loghat negeri sembilan ) Orang godang dalam khemah sodaplah dapek duduk dan cakap pasal Islam . Den ni dahlah terlopeh zohor . Asar pun dah nak abih ... sapo nak tanggung doso..


Pilihanraya atau Pilih-jalanraya?
Generasi Masa Depan
12-03-2004

Persoalannya, sampai bilakah rakyat Malaysia boleh bersabar dengan permainan wayang kulit BN/UMNO ini? Adakah pilihanraya jalan yang terbaik untuk menjatuhkan mereka atau memilih sahaja 'sistem' pilih-jalanraya bagi mengembalikan proses demokrasi sebenar?


Dibawah Imam Dolah - Samy Vellu Bertambah Kukuh.
Inderaloka
12-03-2004

Meskipun Dolah sudah mengambil alih jawatan PM daripada Mahathir lebih empat bulan lalu,tetapi Presiden MIC itu tahu bahawa Mahathir tetap berkuasa sepenuhnya, Dolah hanyalah boneka. Samy mahu Subra disingkir, tanpa `power Mahathir` tidak semudah itu Dolah akur kepada kemahuan Samy


Jika Imam Masjid Negara, Datuk Pirdaus Bertanding Di Permatang Pauh.
pahlawan 04 <cicit04@yahoo.com>
11-03-2004

Betul ker perjalanan perbicaraan yang dijalankan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tu, menepati konsep perundangan Islam seperti mana yang Datuk sudah sedia maklum dengan ilmu agama datuk yang telah sedia ada???


Mahasiswa di Peralat oleh PAS
Wed 03/10/04 02:51 AM
noorsyida ahmad <angel78ukmedic@yahoo.com>

Apakah tindakan mereka untuk mengubah nasib mahasiswa Islam yang menghadpi masalah akademik dan sosial. Sebaliknya mereka ini hanya umpama lembu yang ditarik hidung oleh parti PAS.


Imam Khir,Makmum Mike Tyson dan `Father` di SUK.
Songkok Tinggi
10-03-2004

Didalam dunia politik Umno sekarang tidak adalah seorang insan pun yang paling dipercayai oleh Abullah Ahmad Abdullah Faahim al-Badawi kecuali Khairy Jamaluddin menantu kesayangannya.


Tangkap Seteru - Agenda Utama Bakal Wakil Rakyat (Hanturaya Umno K.Sel.)
Cikgu pencen
10-03-2004

Yang percaya hanya segelintir,selainnya hanya mencebik sambil mengejek.Jika penyokong pembangkang tak mengapa tetapi kalau ahli-ahli Umno sendiri berbuat begitu sahlah Daud Tarihep sedang menghadapi masalah besar yang terlalu sukar untuk ditangani.


Jangan calonkan YB Datuk Nawi Ahmad (ADUN MELEKEK) 
yosi_aw@yahoo.com 
Yosi Agung Widodo
10-03-2004

Lebih-lebih lagi YB Datuk Nawi bekas guru dan sepatutnya dia memikirkan bagaimana untuk memajukan para golongan muda kampung seperti pelajar untuk masa hadapan. Saya berharap dengan pemilihan calon yang akan datang agar biarlah dari seorang yang berwibawa yang boleh menjalankan amanat para pengundi penduduk kampung. 


Aziz Desa mula meracau 
jalaklenteng2002@yahoo.com
anak pendang
10-03-2004

Bila ada seorang caller cuba membicarakan ttg kejadian yang dilaporkan media hari ini sbg tindakan ganas penyokong PAS di Kuala Ibai T'ganu sebenarnya bermula dr penyokong UMNO si pengampu Umno ni terus gelabah dan cuba endingkan call tersebut.


Miliki Rumah RM 7 Juta: Siasat YB Datuk Haji Yahya Hussin
Saifulnazri
10-03-2004 

Dilaporkan beliau mempunyai sahabat atau kontraktor-kontraktor yang membantu beliau selama ini dalam kerier politiknya. Pengalaman beliau dalam Menteri Pembangunan Luar Bandar , Menteri Perhubungan dan Kerja Raya (Jun 1997-Mac 1999) , Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (Mac 1999 - Mac 2001) banyak membantu kroninya untuk memiliki kontrak dari kementeriannya tidak hairanlah dapat membantunya mendirikan semua banglo bernilai RM 7 juta di kawasannya. Ini tidak termasuk syarikat di bawah miliknya yang dikendalikan oleh orang lain.


Johor merupakan tiang seri kepada UMNO kerana kejayaan memenangi 100% kerusi DUN dan parlimen di Johor.
pakaiotak@yahoo.com
pemerhati politik Johor

Desas-desus mengatakan bahawa terdapat 3 nama yang amat popular untuk menjadi calon Menteri Besar. Calon-calon tersebut adalah YB Khalid Nordin, Timb Menteri Kerja Raya, YB Dr Latiff, Timb Menteri sumber Manusia dan juga EXCO Johor, YB Ahmad Zahari.


Anwar Ibrahim telah di dapati bersalah sebagai seorang peliwat - dalam bahasa kasarnya kaki bontot dan dalam mahkamah ....
kakibontot@yahoo.com
09-03-2004

Mesej saya bukan mesej politik, mesej saya tepat dan keras menolak mereka yang mempunyai tabiat buruk seperti seks luar tabii atau peliwat. Saya mahu mengajak orang -orang Keadilan khususnya untuk menolak Parti Keadilan Nasional mereka yang bersengkongkol dengan Pak Sheikh mereka, yang merupakan seorang peliwat atau dalam bahasa mudahnya kaki bontot.


Pertikaman Lidah telah bermula
Kashfi Aziz
09-03-2004

Perang mulut telahpun bermula dengan penekanan yang biasanya dibuat PAS terhadap personaliti dan kredibiliti calon-calon yang menjadi lawan mereka. Haji Hadi dengan lantang telah memulakan serangan terhadap seteru utama yang paling merbahaya, Perdana Menteri Pak Lah sendiri.


Hapuskan bayang Anwar: Pak Lah akan main kotor di Permatang Pauh? 
Orang Lama Reformasi
09-03-2004 

Bukan setakat wajah Anwar di'sembunyi'kan di media dan pandangan umum bahkan menyebut namanya di media pun amat ditakuti oleh Pak Lah dan juak-juaknya. Ada yang menyebut 'polan', 'si dia' malah 'bersuara bisu sekejap' apabila hendak menyebut nama Anwar. 


Imam Pirdaus al-hafiz ingin berkhidmat untuk UMNO? 
Pak Din Langgar
09-03-2004

Cukuplah 5 'amalan' UMNO ini untuk Datuk Pirdaus, kerana beliau lebih  arif, salah satu tujuan penurunan Al-Quran ialah untuk menjaga perkara-perkara seperti diatas, yang telah teruk ternoda oleh UMNO. 


10 sebab kenapa BN perlu ditolak...
Anak Muda
09-03-2004

Kita merancang dan berusaha semaksima mungkin tetapi Allah yang menentukan segala, walaupun secara tradisinya terdapat penipuan yang nyata dalam pilihanraya di Malaysia, renungilah ayat berikut: "..Mereka melakukan tipu daya dan Allah membalas tipudaya mereka, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pembalas penipu daya.." Al-Quran Al-Imran:54)


Shamsuddin Lias Hentak Meja: Khir Toyo Terkejut Beruk.
orang dalam
08-03-2004

Tanpa jasa Aziz sudah tentu Khir Toyo tidak akan mencium bau kerusi MB. Azizlah yang memainkan peranan penting membawa nama Khir kepada DS Abu Hassan selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor untuk diendorskan sebagai calon Dun Sungai Panjang pada pilihanraya umum 1999 lalu.


Penentuan Kerusi : Ketua Bahagian Heret Khir Toyo.
Cikgu Pencen
08-03-2004

Apa yang menjadi tandatanya kepada kebanyakan ahli Umno dan masyarakat setempat,seringkali disebut-sebut bahawa Daud cukup rapat dengan Pak Lah.Apa benar dakwaan tersebut ? 


Standby-kan Calon Pelapis Untuk Elak BN Menang Percuma.
Inderaloka
08-03-2004

Pimpinan BA harus sepakat untuk mencegah berlakunya `urusan jual-beli` calon pada hari penamaan calon (termasuk penyokong dan pencadang calon) bagi mengelakkan Umno BN menang percuma. Mungkin penyediaan calon pelapis di antara kaedah terbaik.Terpulanglah kepada tokoh-tokoh handalan BA (Pas-keADILan) untuk merancangnya.


Bukan Lagi Faktor Anwar : Dolah-Mahathir sama-sama meracau.
Dollah dagang
08-03-2004

Kalau dengan Ezam,Azmin dan Irene Fernandeze pun Dolah-Najib sudah cukup kecut telur dan perut; tak perlulah bersusah payah mencanangkan kerserata alam bahawa Anwar tidak perlu ditakuti lagi.


Risalah Parti Kaki Bontot keluaran UMNO memalukan
UMNO Wilayah Persekutuan
06-03-2004


Kepada penyokong UMNO yang menyediakan risalah tersebut, fikir banyak kali, pilihan raya bukan tempat untuk kita sesama Melayu bermusuhan. Kita harus bangkitkan demokrasi dengan cara yang kemas dan tertib bukan kerana kita punya modal yang banyak maka demokrasi mampu sujud pada kita.


Apabila Orang Umno Keluar keADILan ( buat Rahman Palil dan Hamidzun)
songkok tinggi
06-03-2004

Kedua-duanya `penipu besar`,seorang Doktor Celup seorang Lawyer Buruk.Cukup tak bermaruah.Semua orang tahu Hamidzun bangang tu sudah keluar keADILan kira-kira dua tahun lalu.


Surat terbuka
Tahniah kepada umno-reform.com
zain412359@yahoo.com
ZAK


Elakkan untuk sentiasa bersifat syaqqul dzan (prasangka jahat) dan sentiasalah ada sifat (husnul dzan sangka baik) apabila berhadapan dengan insan lain ataupun sebarang situasi , Insya Allah para pembaca akan lihat 'the real picture' dan tidak akan memperbodohkan diri sendiri dan orang lain .


Khir Toyo - harapan UMNO atau harapan Melayu
anak selangor
05-03-2004

Tidak, saya kini lebih yakin bahawa apa yang di laporkan oleh Ahmad Lutfi pada BPR mengenai kes Datuk Seri Khir Toyo adalah benar dan sekiranya

tidak sudah tentu Ahmad Lutfi akan bergelumang dengan saman dan mungkin terus di penjara. Namun ini tidak di ambil kerana sekiranya di ambil sudah tentu Ahmad Lutfi akan dapat memberi keterangan di mahkamah yang akan terus membocorkan satu - persatu rasuah Datuk Seri Khir Toyo.


Lokman Noor Adam, senjata mutakhir Pak Lah menentang Keadilan 
Mengulas laporan www.agendadaily.com bertajuk "Lokman teruskan 'perang' tentang Azmin,Ezam dan Khalid…VCD pula jadi senjata" 
Azwanddin Hamzah 
EXCO Pusat Pemuda Keadilan Nasional 
012-3087088

Setakat hari ini saya tidak akan membincangkan siapa wakil Pak Lah yang telah mencatur setiap perbuatan dan gerak Lokman. Saya berhasrat untuk melihat Lokman Noor Adam mengeluarkan kenyataan - bahawa beliau masih percaya bahawa Anwar Ibrahim di zalimi dan UMNO bertanggungjawab dalam soal ini baik semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir mahupun Pak Lah - pewaris kezaliman Dr Mahathir.


Majoriti ragu perjalanan kes Anwar
JAWABAN KEPADA TULISAN "ORANG RAMAI" BERKENAAN ISU ANWAR Klik untuk membaca artikel orang ramai
interpol <nbam@tm.net.my>
04-03-2004

Saya berani mengatakan bahawa itu adalah congakan yang dangkal. Saya berani mengatakan kalau ditanya 10 orang kebanyakan (laymen) apakah pendapat mereka mengenai perbicaraan Anwar Ibrahim, lebih kurang 8 atau 7 orang daripada mereka akan mengatakan bahawa perbicaraan tersebut tidak adil, berat sebelah dan banyak keraguannya.


JANGAN PERKECILKAN KEBOLEHAN RUSLAN, ZAHID & GENG 12.
zao3883@yahoo.com
04-03-2004

Segala perancangan dan aktiviti mereka cukup terancang, dengan 'back-up' yang cukup kuat dari juak UMNO dibelakang mereka.. samada dari segi  kewangan, tempat tinggal, kenderaan dan berbagai. Kita tahu kehebatan  mereka semasa di dalam keADILan dulu..Najib dan Pak Lah sebenarnya bukan tertipu, malah beruntung kerana menerima mereka kembali di dalam UMNO. 


Pilihan raya - satu interpretasi kejayaan UMNO dan Melayu
Ghazali Mat Dom
03-03-2004


UMNO perlu sedar. Mereka kini harus melantik wakil - wakil yang bukan sahaja bersih tetapi nampak bersih. Mereka harus menggugurkan nama - nama yang sudah sedia ada tercemar dan nampak tidak bersih. Langkah ini perlu di ambil oleh UMNO sebelum rakyat sendiri menjadi penentu. Jikalau itu berlaku - rumah UMNO akan sekadar berdiri sendeng - belum mahu runtuh tetapi sudah tidak di pijak orang lagi. 


Pekedai Arak Sokong BA,Nazir Masjid Daerah Sokong BN
Dollah Dagang
03-03-2004

Masyarkat Tionghua lokal amat mengalu-alukan kehadiran Goh kerana ingin tahu dari mulut wakil masyarakat Cina Kelantan itu sendiri perkembangan sebenar kerajaan dua buah negeri di Pantai Timur Semenanjung dibawah pimpinan YAB TG Dato Nik Abd.Aziz Nik Mat dan YAB TG Dato Seri Hj.Abd.Hadi Awang.


Isu Anwar Ibrahim - "Orang ramai kini telah menerima apa yang telah dilakukan adalah betul. Ini akan lebih baik daripada 1999,"kata Dr Mahathir Mohamed. 
Orang Ramai 
03-03-2004

UMNO tetap konsisten mengenai isu ini. Kita tidak pernah berganjak dan sekarang ini nyata kita sudah mula di terima semula oleh rakyat. Kemasukan beramai - ramai bekas kepimpinan Keadilan cukup menguatkan kita untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa Pak Sheikh yang mereka gelar itu - Anwar Ibrahim adalah syaitan bertopengkan Islam. Kononnya warak tetapi rupanya adalah peliwat yang tidak di terima Nabi Muhammad sebagai seorang umatnya.


Pak Lah - pembebasan Anwar semakin hampir?
Rais Yassin
03-03-2004

Sebagaimana usaha Pak Lah untuk membersihkan UMNO, begitu juga keras usaha Najib mendapatkan sokongan bagi pemilihan akan datang. Najib di beritakan perlu mengganti Pak Lah dalam tempoh yang terdekat ini - khususnya sewaktu pemilihan UMNO dan terus menyelamatkan kronis Dr Mahahtir yang kini semakin hari semakin di tepikan oleh Pak Lah. 


Cabaran Ezam di Pekan - Najib gementar?
Rais Yassin
03-03-2004


Najib telah di katakan mengarah agar siasatan rapi terhadap Ezam dan kemungkinan keputusan sekiranya beliau terpaksa berhadapan menentang beliau. Menurut satu sumber yang kami terima, Najib telah di maklumkan mengenai beberapa kemungkinan yang akan berlaku sekiranya Ezam menentang beliau. Menurut sumber tersebut, sungguhpun Najib berpeluang se takat ini untuk memenangi pilihan raya tersebut tetapi kemungkinan keputusan berpaling kepada Ezam Mohd Nor adalah besar dan ini bergantung kepada kempen yang akan Ezam Mohd Nor lakukan.




Kami menerima email memohon alamat Badan Internasional yang menyenaraikan kedudukan negara paling telus ( Transparency). Alamatnya adalah seperti berikut:

http://www.transparency.org/ 
dan senarai index kedudukan di dunia adalah seperti berikut: klik sini


Kemana Lesapnya RM 500 Ribu Umno K.Selangor ?
cikgu pencen
01-03-2004


Disamping Azim,Setiausaha Bahagian Dato Yusof Hassan juga dikatakan terlibat dalam pengagihan wang peruntukan tadi melalui tawaran kerja-kerja tertentu kepada kontarktor-kontraktor kelas F .


Saifuddin Jumpa Dolah -Ruslan Menjilat Najib.
inderaloka
01-03-2004

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) keADILan sendiri diberitakan tidak menaruh sebarang syak dan curiga terhadap Saifuddin.Jika mahu ditaarifkan tindakan Saifuddin itu direstui MPT,begitulah lebih kurang maksudnya.Cuma kata mereka seperti diatas: "Timing kurang tepat."


Isu Anwar Ibrahim masih relevan
zain412359@yahoo.com
01-03-2004 

Sebaik sahaja tamat majlis , pemerintah kem tersebut beserta para pegawai kanan nya dan anak - anak buah mereka mengajukan soalan yang sama kepada saya . Jawapan saya masih sama dan tidak berubah tetapi daripada reaksi mereka nampaknya lebih mirip kepada DSAI tidak mendapat keadilan sepenuhnya daripada kerajaan .


 

UMNO, jangan hanya berkiblatkan pembangunan
tertarik dengan artikel -
Saya rindukan hudud untuk tebus dosa, tapi segalanya berkecai ... 
Syuhadabadri
31-03-2004

Itu hanyalah contoh saja, sebab nanti ahli-ahli UMNO kata apa la PAS ni asyik-asyik hudud... asyik-asyik hudud. Banyak lagi kalau nak sebut seperti mengharamkan riba, mencegah mungkar, mengharamkan judi dan bla bla bla.... Ohhh.. nanti ada pulak ada ahli-ahli UMNO yang kata parti PAS tak laksanakan pun hudud di Kelantan dan Terengganu.


Ghazali Mat Dom : ( 31-03-2004 jam 12.35am) Saya turut menyaran Datuk Pirdaus menghubungi Sdr Jaafar Malek untuk membincangkan kekeliruan beliau memandangkan Datuk seorang yang arif agama dan peluang sebegini untuk menerangkan kepada beliau tidak harus di lepaskan. Ini peluang untuk Datuk di samping menjelaskan isu sebenarnya, turut membantu UMNO dalam memberi penerangan mengenai perjuangan mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sila lah Datuk 

Nota : ( 30-03-2004 jam 1.35am) Saya akan mengendalikan kerajaan dan saya akan mengendalikannya dengan cara saya sendiri. Pak Lah mula menghentam pembangkang - hebat Pak Lah - di mana kebenaran kata - kata beliau I'm number 1 Government Servant " Lupa kot !

Pengkhianatan SPR : `Jagoan (BA) Rosterum` Terus Beretorika
Inderaloka
30-03-2004

Jangan biarkan rakyat marhaen nanti bosan gara-gara pemimpin bertaraf `jagoan rosterum` terlalu berat mulut untuk mengajak massa melancarkan `perang jalanraya` bagi menyedarkan sang penguasa bahawa mereka bukan `superpower` yang tidak boleh diganggu gugat.


Berbahagialah pengundi Barisan Nasional Selangor
Sanusi Abdullah
Exco Pemuda Keadilan Pusat
28-03-2003
Tel :013-6354288

Bagi yang kelak nampak sebenarnya cemerlang, gemilang dan terbilang - hanya manifesto imej dan tidak memberi erti mengenai kemakmuran rakyat dengan erti kemakmuran yang sebenarnya - bangkitlah.


SMS anda : ( 28-03-2004 -11.30am ) Antara kegagalan perjuangan reformasi adalah Keadilan. Mungkin sudah sampai masa perubahan kepimpinan yang ada dalam Keadilan. Hala kan kepada perjuangan rakyat dan bukan sekadar politik.

SMS anda : ( 28-03-2004 -11.22am ) SPR tidak bebas seperti mana kita di cengkam kerajaan memerintah. Syor semua pembangkang boikot semua sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. 

SMS anda : ( 28-03-2004 -11.20am ) Abdul Rashid letak jawatan dan kelak bertanding atas tiket BN.

SMS anda : ( 28-03-2004 -1.22am ) Pak Lah teruskan gadai Melayu kerana kuasa. Gadaikan Melayu kerana UMNO!

SMS anda : ( 28-03-2004 -1.22am ) tidak ada makna perubahan kabinet konon nya mahu menghapuskan rasuah, bukan sahaja bersih tetapi nampak bersih bila yang di lantik adalah orang sama - dosa serupa  

SMS anda : ( 28-03-2004 -1.18am ) Apa komen Ghazali, sekarang nyata Pak Lah guna jentera buruk dalam kabinet. Apakah perubahan pegangan menteri yang serupa dalam kabinet dapat menjana mentaliti kelas 1 ? Ada yang melewati 20 tahun pegang jawatan - masih tidak berjaya ubah mentaliti. Umno tetap Umno - harapkah penipuan untuk menang.

Nota: Pilihanraya: Boleh Percaya atau Boleh Blah?! (Sebuah forum untuk anak muda) 2 April 2004 (Jumaat) 8.30 malam Universiti Bangsar Utama (UBU) 52C, Jalan Kemuja Off Jalan Bangsar, K. Lumpur. Sila datang beramai-ramai untuk nyatakan pendapat anda.  Insyallah Sdr Ghazali Mat Dom akan hadir untuk mendengar forum orang muda..

NOTA: Syabas kerana mendedahkan kesusahan rakyat khususnya wargatua di Kg. Munggal, Kuala Pilah Negeir Sembilan (Berita TV3 jam 8.00 malam 26/03/04). Apakah ini polisi baru TV3, mendedahkan kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat BN khususnya UMNO. Nampaknya kebanyakan penduduk di sini masih lagi hidup seperti zaman pra kemerdekaan. Kalau diperhatikan betul-betul, mereka ini lebih daif dari penduduk Kelantan dan Terengganu yang selalu TV3 gambarkan sebagai mundur di bawah kerajaan PAS.

Kenapa keluarkan berita ini selepas pilihanraya? Takut calun UMNO di sini kalah ke? Bagus strategi anda di TV3. SYABAS!!! Jadi sekarang anda tahu wakil rakyat kawasan ini tidur sepanjang masa. Hanya bangun untuk mengambil elaun sebagai YB sebulan sekali. Kemana peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan disalurkan? Masuk poket sendiri agaknya!

Harap-harap Dato' Farid Riduan tidak akan dipanggil mengadap oleh Menteri Penerangan yang baru bagi menjelaskan kenapa pekong ini didedahkan.

Razak Talib
(AU3 Keramat, Kuala Lumpur)

Kebangkitan rakyat suatu kemestian
nina najwan
27-03-2004

Apa kesudahannya? Kita buat demo, hantar bantahan, masuk kelur mahkamah, guna tekanan antarabangsa, hasil nya? Ini bukan hasutan, ini realiti. Kalau nak jatuhkan kezaliman BN dinegara ini, undang-undang, pilihanraya, demokrasi, tekanan antarabangsa bukan jawapannya. Betul, satu hari nanti kebenaran akan terbukti, kebenaran akan menang, kebathilan akan tumbang. 


Renungan demokrasi di Malaysia negaraku.
nbalqis@hotmail.com
PRO Demokrasi 24 March 2004

Sampai bila SPR akan menjadi tali barut parti pemerintah bagi membolehkan mereka terus memerintah. Jika BN betul betul ikhlas didalam menjalankan tugas membela nasib rakyat, mereka tidak perlu menipu dan takut kerana rakyat Malaysia bukannya buta perut untuk menilai yang mana kaca dan yang mana intan.


Nota : (26-03-2004 jam 1.10pm) Benarkah Setiausaha Agung DAP meletak jawatan untuk membenarkan Lim Guan Eng anak kepada Lim Kit Siang untuk menerajui DAP?

Nota : (26-03-2004 jam 1.35am) Pesanan: Dear Editor, I personally feel that the just concluded 11th General Election was like watching WWF Wrestling Match over Astro at home or over video tape at any kedai kopi.
Yes, I seriously saying this as I ponder the mentallity of some of the  people my so called Negara Gemilang.  Intelligently I feel offended as though that we the rakyat are dumbs or 
whatever they think. Thanks. pardon me if I offended you with this.

GHAZALI MAT DOM : Saya tertarik pada kenyataan tulisan Moral orang Melayu oleh nhemy@hotmail.com. Beliau menyimpulkan pertandingan di Permatang Pauh antara Wan Azizah dan Datuk Pirdaus sebagai :Bagiku pertembungan di Permatang Pauh bukanlah pertembungan antara parti. Aku melihatnya sebagai satu pertembungan moral. Di satu pihak hendak memperjuangkan nilai moral seseorang yang dianiayai. Manakala di satu pihak menggunakan nilai moral yang ada pada dirinya untuk bertaruh.Apa pendapat anda? SMS 017-6563505 atau email editor1@umno-reform.com atau klik sini

NOTA : (24-03-2004 3.17pm) Benarkah Parti Keadilan Nasional pula akan berhimpun esok untuk membantah SPR di SUHAKAM jam 12.00 tengah hari? Apakah reformasi di janakan semula?

NOTA : (24-03-2004 12.27am) Analisa keputusan pilihanraya Terengganu kiriman re92000. kliksini

Saya tidak percaya kepada pilihan raya lagi
seruling besi
24-03-2004

Saya sudah tidak bercaya dengan pilihanraya. Siarkanlah luahan hati saya ini. Anda semua bagaimana, adalah anda puas hati mengundi tetapi undi anda hanyalah sebagai topeng sahaja. Mungkin saya begitu emosional sekarang ini. Adakah kita perlu bertindak lebih jauh daripada itu.....saya menunggu respon daripada anda semua


KEPADA PEMBANGKANG 2004
Azlan Rahim
24-03-2004

Akhirnya juga, terdapat suara-suara sumbang tentang peranan SPR dalam memenangkan pihak tertentu. Selidikilah kebenarannya dan bawalah ke mahkamah keadilan. Benar hakim itu kadangkalanya dalam cengkaman pemerintah tetapi Allah tidak selama-lamanya membiarkan kekufuran dan kezaliman itu berleluasa di muka bumi ini, akan tiba harinya kebenaran itu terbongkar.



PANAS : (4.23 pm 23-03-2004) Beribu penyokong PAS hadir di SUHAKAM bagi membantah keputusan pilihan raya yang bagi mereka penuh dengan kecacatan. Senario ini di jangka akan membawa kepada satu keadaan yang agak tegang semasa perlantikan Menteri Besar Baru Kerajaan BN di Terengganu.

Nota : ( 1.11pm 23-03-2004) Peti undi Bukit Bintang Saluran 1 di laporkan penuh dengan sampah tanpa sebarang kertas undi. Kekecuhan ini jelas menguatkan hujah supaya Pengerusi SPR di desak untuk letak jawatan SEGERA!

Nota : ( 3.47am 23-03-2004) Prestasi SPR amat memalukan tahun ini. Kenyataan ini keluarkan oleh umno-reform.com dengan mengambil segala butiran fakta yang benar - benar meletakkan SPR dalam situasi yang sungguh memalukan. Kami di umno-reform.com BERSETUJU dengan semua kenyataan yang memohon agar Pengerusi SPR di gesa untuk meletak jawatan.

Nota : Siapa boleh nafikan bahawa pilihan raya kali ini adalah pilihan raya paling pelik dengan keadaan kelam kabut dan penuh kesalahan dan kesilapan SPR - sengaja atau tidak itu kita tidak tahu - sms 2.49am 22-03-2004

Nota : Ramai penganalisa politik menyarankan bahawa undi semula di buat di Selangor atas kekecuhan atas kesilapan SPR dalam mengadakan pilihan raya yang bukan sahaja bersih tetapi harus nampak bersih - sms di terima 2.38 am 22-03-2004)

Nota : (2.35am 22-03-2004) Majlis Presiden Barisan Alternatif di jangka akan membuat usul menolak keputusan pilihan raya ke 11 dengan alasan SPR tidak di lambangkan sebagai Badan bebas dan gagal mengadakan pilihan raya yang adil. 

Nota : BN menang besar dalam pilihan raya kali ini. Negeri Kelantan dan Terengganu tumbang, Terengganu kini sah milik Barisan Nasional. Parti Keadilan Nasional kalah teruk - knock out dalam pilihan raya ke 11 ini.

SAH - 7.24pm 21-03-2004 - Penyokong Pembangkang akan melangsungkan protes mengenai pengundian di Selangor dan perhimpunan mereka akan di adakan mulai di Pejabat Keadilan Gombak - Pejabat Azmin Ali.

LAWATI LAMAN MAHASISWA NEGARA

Mahasiswa tidak ketinggalan dalam mewarnai corak politik negara.  Mahasiswa mempunyai iltizam untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai kuasa ketiga (third force) dalam pembangunan negara. 

Oleh yang demikian, mahasiswa juga mempunyaii pendirian yang tersendiri  khas dalam Plihanraya Umum Malaysia ke-11. 

Ikuti perkembangan terkini dan pendirian mahasiswa dalam arus politik  negara termasuk isu pilihanraya. 

Lawatilah laman web Mahasiswa Negara dalam http://mahasiswanegara.net


Kempen orang UMNO Selangor ajak boikot pilihan raya
wartawan umno-reform.com
hubungi 017-6563505
20-03-2004


Sebenarnya ini lebih menunjukkan bahawa UMNO Selangor berada dalam keadaan yang tidak selesa. Serangan dari parti lawan sewaktu pilihan raya adalah sesuatu yang normal tetapi serangan secara terbuka terhadap kepimpinan UMNO - khususnya Dato Khir Toyo agak merunsingkan UMNO.


Nota : Is it true UM Vice Chancellor gave money RM 1500 each to several people in UM to help campaign in Kelantan. If this is true, it  is very serious. He's a public officer.


Nota : Dalam berita petang semalam , Najib menafikan para penyogok Ahmad Sanip adalah ahli-ahli UMNO. Maklumat yang telah kita dapat ialah mereka MEMANG SAH adalah ahli-ahli UMNO.

Berikut ialah maklumat-maklumat penyogok-penyogok itu:

Azman A. Rahman No Ahli: 359484 Cawangan Kulai Timur, Bahagian Senai

A. Rahim Adlan No Ahli: 3318133 Bahagian Bandar Kota Tinggi


Nota : Risalah ini telah di taburkan dan pihak www.umno-reform.com telah di maklumkan mengenai perkara tersebut. Kami turut membantah penggunaan risalah seperti di atas oleh penyokong UMNO


Umno keluar Pas-KeADILan masuk Umno semula
dollah dagang
18-03-2004

Sementara itu seorang jurucakap BA Kuala Selangor berkata: " Kalaulah seramai itu ahli Pas dan keADILan memasuki Umno sudah tentu di Assam Jawa tidak ada seorang pun pembangkang yang tinggal lagi. Ahli Pas yang beradaftar pun tidaklah seramai itu (184) manakala tidak ada seorang pun ahli keADILan apa lagi cawangan yang berdaftar disitu


Dun Ijok Krtitikal : Khir Toyo,Mike Tyson dan Ah Tiam (Bapak Gangster) Bersekongkol Menindas Rakyat.
Cikgu Pencen
18-03-2004

Pilihanraya kali ini merupakan kali keempat Sivalinggam mempertahankan kerusinya.Sejak p/raya umum tahun 1959 Dun Ijok (dulu Seri Cahaya) tidak pernah diwakili oleh Adun berbangsa Melayu khususnya Umno,walaupun pengundi Melayu adalah majoriti disitu.


PAS & KEADILAN SEMBANG KOSONG MAHU MEMERINTAH NEGARA
jenggo
18-03-2004

ADIL yang masih lagi memperjuangkan sentimen Dato Seri Anwar hanya mementingkan pembebasan beliau dan mahu dijadikan Perdana Menteri, sedangkan DSAI telahpun dibicarakan dimahkamah dan terbukti kesalahan beliau, maka yang demikian PAS dan ADIL patut memikir semula kejadian parti mereka dan pemimpin parti ini juga patut muhasabah diri mereka dan mula memikirkan kepentingan bangsa dan agama sebagai matlamat utama perjuangan bukanya kepentingan diri semata-mata.


Nota : Benarkah akhirnya Lokman akan menyertai UMNO bersama Zainur Zakaria? Pihak umno-reform.com menerima satu email yang mengatakan bahawa Zainur Zakaria sedang dalam perencanaan untuk menyertai UMNO dalam saat - saat genting pembangkang khususnya Keadilan sedang menempuh satu pilihan raya yang agak rumit buat mereka. Nanatikan penjelasan dan intiparti email tersebut esok petang 16-03-2004.


Konflik Ezam - Lokman, di mana kesudahannya
cucu mat kilau
15-03-2004

Apa yang Cucu jangkakan , mungkinkah selepas ini Sdr. Wan Jusoh Wan Kolok , Ketua Keadilan Bahagian Paya Besar serta Ahli Jawatankuasanya akan turut menerima nasib yang sama seperti Lokman. Sama-sama kita nantikan episod ini. Lokman vs Ezam dimanakan kesudahannya ?


Manifesto Mahasiswa Malaysia - lack of knowledge
bugisw@tm.net.my
Razman
14-03-2004

Pendidikan diberikan secara percuma dan sama rata terhadap kaum di Malaysia. If sama rata, perhaps it would be a very rare events Malays can go to US universities to learn engineering. If you witness UTM engineering graduation last year, non malay sapu bersih all the 1st class engineering honors.


TERKINI : Keadilan Bahagian Paya Lebar di bubarkan?
cucu mat kilau
14-03-2004

Langkah Biro Politik Keadilan menamakan Sdr. Saari Sungip sebagai calon Parlimen Paya Besar sebenarnyer jelas mendapat tentangan hebat dikalangan Ahli Jawatankuasa Keadilan Bahagian Paya Besar, hingga timbul desas-desus mengatakan Parti Keadilan Paya Besar akan dibubarkan sedikit masa lagi. Apakah benar perkara ini ?


Keadilan Bahagian Paya Lebar di bubarkan?
cucu mat kilau
14-03-2004

Langkah pucuk pimpinan Keadilan melantik "Orang Luar " untuk bertanding di kerusi Parlimen Paya Besar sebenarnya satu keputusan yang tidak rasional dan kurang profesional bagi sebuah parti yang berjuang kononnya untuk menegakkan keadilan. Walaupun ada sesetengah ahli MPT yang mempertikaikan kreadibiliti Ayah Wan selama ini, terutamanya imej, latar belakang serta personaliti beliau .


MEMORANDUM MAHASISWA MENUNTUT JAMINAN SPR KEPADA PILIHANRAYA YANG ADIL, BERSIH DAN SAKSAMA
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
bbmn@hotmail.com 


UMNO TERENGGANU SEJAHAT KOMUNIS! 
Mandalaputra
12-03-2004

Sebenarnya itulah salah satu babak kebingungan Umno-BN menghadapi rakyat. Pemikiran Umno tetap feudal seperti zaman Singapura dilanggar todak, sedangkan rakyat sudah berjiwa merdeka, Islam dan democrat. Tindakan-tindakan feudal Umno hanya menjauhkan rakyat daripadanya.


3 MUSUH ISLAM PIRDAUS
r_rahman67@hotmail.com
12-03-2004

Bila penyakit hati telah mati, Ustaz Pirdaus kena hembuslah kembali, kesian kat depa dalam UMNO ini, tak sembahyang pun tak pa, sembahyang pun ikut sukalah. Bila Pak Lah mengimamkan satu slot sembahyang, kuncu kuncu pun kalutlah hendak sembahyang, sampai sembahyang kasar dan jama' jadi kelam kabut!


MANIFESTO MAHASISWA MALAYSIA  Solidariti Mahasiswa Malaysia
Mohd Fadzly Mohd Ramly
bbmn@hotmail.com 

Masa depan negara adalah di tangan rakyat. Mahasiswa sebagai kumpulan yang prihatin dan ingin melihat masa depan yang lebih baik untuk semua, mengemukakan MANIFESTO MAHASISWA MALAYSIA ini dengan gesaan untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat.


Nota : (10-03-2004) : Banyak email yang kami terima dari pembangkang dan UMNO yang menolak dan mengkritik penulis Anwar Ibrahim telah di dapati bersalah sebagai seorang peliwat - dalam bahasa kasarnya kaki bontot dan dalam mahkamah .... insyallah akan kami siarkan selepad kompilasi selesai 


Nota : (10-03-2004) : Email ringkas dari pelayar : Keputusan meletakkan calon di katakan oleh ramai ahli -ahli UMNO bukan sahaja untuk memastikan kemenangan BN tetapi juga untuk memastikan "survival" Pak Lah dalam UMNO


Nota : (10-03-2004) : Suara dalam UMNO dan Barisan Nasional mengatakan bahawa pemilihan calon oleh PM Malaysia Pak Lah akan menggambarkan bukan sahaja kemenangan Barisan Nasional tetapi yang penting akan menggambarkan berapa lama Pak Lah mampu bertahan sebagai Presiden UMNO. 


Nota : (10-03-2004) : Benarkah UMNO Gombak bergolak mengenai siapa calon mewakili Barisan Nasional. Benarkan ada beberapa kumpulan akan membuat onar terhadap UMNO sekiranya wakil yang mereka sokong tidak di pilih sebagai calon? Di maklumkan kepada kami sudah ada Bilik Gerakan UMNO di Gombak yang telah di serang oleh o