FEBUARI 04
Rakyat tidak buta hati
beemw_99@yahoo.com
kamal
29-02-2004
untuk ahli umno - Pahang
Sesungguhnya saya tidak akan menghalal kan walaupun satu sen duit
saya disalah gunak oleh UMNO dan BN. Tidak kira di KWSP, Tabung Haji dan
mana2 badan yg telah saya pertanggungjawabkan untuk mengurus kewangan
saya.
Akhirnya
Zahid mengaku Anwar peliwat ?
Ahli Umno Pahang
29-02-2004
Ahli
UMNO kini harus berbangga kerana tohmah yang mengatakan kita
memanipulasi keputusan mahkamah khususnya terhadap kes Anwar Ibrahim
kini sudah terjawab. Anwar Ibrahim selama ini pandai berselindung dan
memukau rakyat khususnya Melayu untuk memperjuangkan konon - konon nya
beliau telah di zalimi kini tewas dengan pengakuan Zahid dan rakan -
rakannya. Kita harus menetapkan agar kepimpinan UMNO bebas dari mereka
yang berupa manusia tetapi sebenarnya syaitan yang berpaksikan nafsu.
Sebenarnya kita tidak akan dan tidak harus membenarkan mereka khususnya
peliwat memimpin negara ini.
Skandal Saifuddin Nasution dan Pak Lah
Rais Yassin
29-02-2004
YB Saifuddin dalam penjelasan nya mengatakan perjumpaan itu adalah mengenai Anwar Ibrahim tetapi tidak seorang pun dari Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Keadilan yang ada mengesahkan pemberian mandat untuk YB Saifuddin bertemu dengan Pak Lah.
DO Kuala Selangor dan Dato K.Sivalinggam. Sama-sama Korup.
Dollah Dagang
28-02-2004
Penglibatan K.Sivalinggam merompak harta rakyat bukan setakat di Sungai Rambai sahaja malah campur tangan dari anggota Exco itu mengakibatkan tergendalanya pemberian hak milik tanah seluas 280 lot di Kampong Sentosa,Ijok.
Rayuan
Lokman , di mana mereka bertiga ( Sanusi, Azwan dan Anuar) dan kenapa
mereka menghentam semula saudara?
Reformis biasa
28-02-2004
Apa sebenarnya berlaku. Apakah benar dakwaan Lokman bahawa mereka, Datuk Sanusi Abdullah, Azwanddin Hamzah dan Anuar Md Nor telah di beli oleh Sdr Azmin Ali benar? Setakat ini, Lokman terus berdiam. Kenapakah begitu. Apakah sdr sedar sekarang bahawa sdr keseorangan dan tidak berteman. Apakah sdr tidak sedar bahawa mereka yang sdr namakan tidak akan berganjak dari perjuangan reformasi?
Najib jadi persaing kepada Pak Lah
wartawan umno-reform.com
28-04-2004
Sungguhpun orang UMNO dikatakan akan nampak memberi sokongan kepada Pak Lah tetapi ketahuilah bahawa di peringkat pertengahan mereka menjangkakan bahawa Pak Lah akan hanya ada tempoh sepenggal sebelum desakan untuk beliau meletak jawatan berlaku
Ketua Penaja Umno Bhg. Kuala
Selangor Tidak Bertanding ?
Cikgu Pencen
27-02-2004
Lebih-lebih lagi sejak angin p/raya mula bertiup nama Daud memang sentiasa ditolak oleh ahli-ahli Umno sendiri meskipun pelbagai usaha dibuat untuk mengetengahkan namanya sama ada diperingkat Parlimen maupun diketiga-tiga DUN (Jeram,Bkt Malawati dan Ijuk).
Mereka Bukan Gelombang Kedua Tetapi Buih Tak Berguna !
Inderaloka
27-02-2004
Kalaulah itu didakwa sebagai `gelombang kedua` nescaya sekali lagi Najib ditipu hidup-hidup oleh Ruslan.Mereka bukan gelombang sebaliknya hanya buih yang tidak dihiraukan oleh sesiapa pun.
Ezam
yang memulakan langkah untuk menyertai UMNO, Pak Lah belum bersedia
membicarakan isu Anwar Ibrahim
Ghazali Mat Dom
26-02-2004
Namun
perencanaan politik mungkin berubah. Pak Lah bagi saya sedang memikirkan
cara terbaik untuk menyelesaikan isu Anwar Ibrahim. Pak Lah sedang
memikirkan waktu yang sesuai bila Anwar Ibrahim boleh di bebaskan
setidak - tidaknya bebas melalui jaminan, perubatan, Suruhan Jaya di
Raja atau dengan kemungkinan pengulangan perbicaraan kes beliau.
Anwar peliwat - Ruslan Kasssim tetap tidak bersetuju. UMNO - kah beliau ?
Ghazali Mat Dom
26-02-2004
Bukan kah pra syarat untuk menyertai UMNO adalahuntuk menerima bahawa Anwar seorang peliwat ? Bukan - kah itu sebabnya Anwar Ibrahim di pecat dari UMNO dahulu. Bukan kah kita dalam UMNO sepakat mengatakan bahawa tidak ada ruang untuk orang yang rosak moralnya dalam kepimpinan negara ini dan dalam UMNO dan sehingga hari ini UMNO masih tetap dengan hakikat tersebut.
Rakyat
Malaysia, menyambut kedatangan pilihan raya
Ghazali Mat Dom -
umno-reform.com
25-02-2004
Memakmurkan rakyat bukan bererti membina bangunan - bangunan mewah dengan kemudahan infrastruktur yang canggih tetapi sebenarnya memudahkan rakyat dengan penurunan kos - kos kemudahan asas dengan berpegang kepada perjuangan memihak kepada rakyat dan bukan kepada segelintir manusia rakus menimba harta dengan cara yang membelakangi hak rakyat negara ini.
Zool Hilmi Pejuang Muda Yang Menjadi
Rebutan (siri 1)
mamat noor <penditamuda@yahoo.com>
25-02-2004
Kini di fahamkan anak muda ini berada dalam pelarian , hanya kerana satu laporan polis yang di buat oleh sifunya sendiri secepat kilat beliau di buru oleh pihak polis dan orang-orang Najib ,dari maklumat yang boleh di percayai Najib Tun Razak mahukan anak muda ini menarik balik Akuan Berkanun beliau sebelum Pilihanraya dan di khabarkan anak muda ini kita berada dalam jagaan Ezam Mohd Noor
KEMANA HILANGNYA HAK MELAYU KITA
JIKA DIPERLEKEHKAN DENGAN SOAL HALAL & HARAM.
anak jati melaka
25-02-2004
Kemuskilan saya disini adakah Medan Selera Malim Jaya ini tempat yang sesuai untuk menjamu selera bagi masyarakat Melayu kita yang mana masyarakat kita amat sensitif dan peka dengan soal halal dan haram. Sungguhpun perkara yang diutarakan ini dianggap kecil, tapi ianya amat di halusi dan malah dipandang prihatin oleh masyarakat melayu setempat kita amnya yang beragama islam.
Rasuah: Dr.Yusof Cabar Khir Toyo dan Noh
Omar
Dollah Dagang
24-02-2004
Antara lain Noh dikatakan memiliki ratusan ekar tanah di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang untuk tujuan projek ternakan udang harimau. Menurut Yusof projek tersebut diusahakan sepenuhnya oleh sebuah syarikat asing dari luar negara.
Abdullah Mahukan Noh,Khir Toyo Meraung
Sakan
orang dalam
24-02-2004
Kebanyakan ahli dan pimpinan bawahan Umno di Parlimen Sungai Besar ( parlimen baru) yang diketuai oleh MB Muda itu sendiri difahamkan lebih bersedia untuk menyokong Khir jika beliau bertanding diperingkat Parlimen tetapi bukan di Dun.
Keadilan jangan jadi UMNO
Jamil Ismail JK
Cheras
22-02-2004
Gunakan otak kita untuk berfikir , cuba kita lihat pula cara MPT keadilan menyelesaikan atau mengendalikan hal ini, lokman tuduh ezam dan sdr ezam pula tuduh lokman, tetapi yang digantung hanya lokman, tidak pula ezam,
Amaran buat Datuk Aziz Sheikh Fadzir - Jangan ganggu Azimi Daim
wartawan umno-reform.com
22-02-2004
Datuk Aziz terkenal dengan kuasa korporat dan kini sentiasa bersama Datuk Syed Razak di katakan menolak Datuk Azimi dalam sebarang perencanaan di Kedah. Datuk Azimi pula adalah antara nama yang telah di beri amaran oleh Jawatan kuasa Disiplin UMNO atas tuduhan politik wang juga agak lemah di peringkat negeri.
Ada perubahan ketara semenjak
Pak Lah memimpin
zain412359@yahoo.com
22-02-2004
Anyway , apa yang ingin saya katakan disini ialah saya yang juga pernah menjawat jawatan sbg AJK Pemuda UMNO telah keluar dari UMNO bukan kerana marahkan UMNO tetapi meluat pada tindak tanduk para pemimpin UMNO yang tidak tahu memberi perhatian kepada masalah orang - orang Melayu Islam . Hanya semenjak dua menjak ini , setelah Pak Lah menjadi PM dan juga BOSS baharu kami , nampak perubahan ketara
Menjejaki Ruslan & Zahid
adieks@umno-reform.com
22-02-2004
Buat semua pembaca yang saya pasti ada di antara pengunjung laman ini adalah Ruslan atau Zahid sendiri bersiap-siagalah anda, kerana perhitungan kita bukan antara parti umno atau keadilan tetapi lebih kepada perhitungan antara manusia yang lebih berprinsip.
Lokman
dan Malaun 12: Lalat-lalat hijau kembali mengerumuni najis (lembik).
Inderaloka
21-02-2003
Memang wajar sekali `lalat-lalat
hijau` itu mendapatkan semula Umno,kerana telah terbukti bahawa didalam
parti itulah terhimpunnya segala najis. Kemana pulangnya ular kalau
tidak kelubang ,begitulah juga kemana pulangnya lalat kalau tidak
kenajis !
Surat Terbuka Untuk Datuk Sri Abdullah Hj. Ahmad Badawi
Johari Kassim
Ajk Keadilan Negeri Pulau Pinang
Mantan Ketua Pemuda Keadilan Negeri
Mantan Ketua Penerangan Keadilan Pusat
Kuasa itu sementara, jangan lah takut jika DSAI bebas ia akan menggugat kedudukan Datuk Sri serta UMNO kerana segala apa yang berlaku dan akan berlaku itu ketetapan Allah swt. Marilah kita letakkan politik di sebelah dan fikirkan atas nama kemanusian dan tanggung jawab kita sesama Islam untuk membebaskan kita dari hasutan Iblis dan syaitan agar tidak berlaku zalim sesama manusia.
Wawancara
Telefon antara Ghazali Mat Dom dengan Exco Pemuda Keadilan Pusat
Ghazali Mat Dom
20-02-2004
Sekiranya Lokman benar-benar mempunyai bukti
penyelewengan dana, apakah saudara akan turut
s
erta
dengan Lokman.
Pendirian saya jelas. Saya menentang sebarang penyelewengan yang berlaku. Dalam isu ini, Lokman telah diberi cukup masa oleh
kepimpinan untuk membuktikan dakwaan nya, tetapi sehingga kini beliau hanya mampu berkata kata tanpa bukti. Saya berharap Lokman tidak akan mereka - cipta bukti sepertimana yang biasa diamalkan oleh parti saudara!
Benarkah UMNO masih ragu sehingga
terpaksa membeli kepimpinan Keadilan?
wartawan umno-reform.com
20-02-2004
Ingat lah UMNO, bagi Keadilan - isu Anwar Ibrahim adalah isu utama dan isu itu adalah isu besar penyatuan ahli-ahli parti dan gerakan reformasi dan bagi UMNO - penyatuan hanya tipis berasaskan bodek dan wang lantas ini bukan ikatan sempurna yang boleh mempengaruhi rakyat.
Lokman Disingkir , Zool Helmi melangkah
gagah,Ezam terus candang merempuh!
Inderaloka
19-02-2004
Harap-harap ianya hanya spekulasi
sahaja atau tuan punya diri segera membatalkan niatnya agar tidak
dilabelkan sebagai `malaun betina nombor wahid.` Mungkin Puan Fauziah
Salleh Ketua Pergerakan Wanita keADILan boleh membuat komen !
Akhirnya Lokman Noor Adam di pecat
ahli keadilan
19-02-2004
Dalam pada itu juga menurut salah
seorang yang bersimpati dengan Lokman mengatakan ini adalah satu
pengajaran kepada Lokman Noor Adam dan kepimpinan Parti yang lain.
Kepimpinan Parti Keadilan Nasional yang lain harus memberi sedikit
tumpuan kepada mereka yang telah banyak berkorban terhadap parti dan
menggunakan apa yang ada - sedikit mana pun itu meneliti apa yang mampu
di beri untuk sedikit sebanyak membantu mereka yang dalam kesempitan.
Cubaan Azmin Ali untuk membersihkan
dirinya dengan menutup mulut 3 orang saksi Lokman. Siapa mereka?
Pendedahan Eksklusif : oleh umno-reform.com
wartawan umno-reform.com
18-02-2004
Bagaimanapun untuk mengesahkan bahawa kami telah menghubungi En Azwanddin Hamzah, beliau telah bersetuju untuk memberi pengesahan tersebut. Beliau bersetuju untuk kami menyiarkan No telefon bimbitnya untuk pengesahan. No beliau adalah 012-3087088 dan ini terus meletakan kredibiliti
umno-reform.com sebagai laman ulung politik negara ini dan telah mencecah hampir 150,000 pengunjung semalam.
Lokman tuntut
keadilan dari Parti KeAdilan
dari agendadaily
18-02-2004
Mereka yang hadir dan menyaksikan perundingan Azmin Ali dengan tiga individu terbabit ialah Ketua Pemuda KeAdilan Bukit Bintang, Norzairi Bin Jantan, Norazimah Mohd Nor, Jamil bin Ismail, Nor Halim A.Aziz, Ahmad bin Sultan dan dua aktivis parti lain yang tidak mahu nama mereka disebut.
Di mana letak maruah Datuk Najib
- isu Kumpulan 12 seberang dari Keadilan ke UMNO
Musang Terbang musang1@cari.net.my
18-02-2004
Jadi sekarang siapa yang jujur? Kumpulan 12, Saudara Zool Hilmi ataupun Dato' Najib? Ingat kita semua tak habis - habis menghentam Kumpulan 12 tetapi tidak kepada Dato' Najib serta dakwaan pemberian wang oleh orangnya kepada Kumpulan 12 dan Saudara Zool Hilmi.
Pecat Mandatori Lokman,Habis
Cerita !
Inderaloka
18-02-2004
Ketika ditanya mengapa beliau tidak
menghadirkan diri untuk sesi berkenaan Lokman berkata : " Saya
tidak yakin pada perbicaraan itu." Ujarnya lagi didalam nada
bernetuk ugutan: " Saya lebih suka untuk mendedahkan penyelewengan
yang dilakukan oleh segelintir pimpinan keADILan kepada publik,jika
parti menggugurkan saya."
Datuk Aziz Sheikh Fadzir nafi terlibat
dalam kemasukan 12 anggota Keadilan masuk UMNO
wartawan umno-reform.com
16-02-2004
Demikian kata-kata beliau apabila
menjawab soalan ringkas SMS mengenai tuduhan pembangkang bahawa Datuk
Aziz Sheikh Fadzir terlibat dalam tuduhan skandal membeli ahli Keadilan.
Kumpulan 12 dan politik alaf
baru
jebat98
16-02-2004
Saya juga adalah pemimpin kecil UMNO pada ketika itu yang keluar menyertai keADILan , tetapi saya tidak sekalipun menerima cemuhan atau penghinaan sedemikian rupa. Cuma ada panggilan yang meminta saya supaya berfikir dan kembali kepada UMNO, namun saya telah membuat keputusan untuk tinggalkan mereka.
Dua cabaran Ezam Mohd Nor terhadap Datuk Najib Tun Razak
wartawan umno-reform.com
15-02-2004
Sehubungan dengan itu UMNO harus melakukan lebih dari hanya tersenyum dan mengangkat tangan mereka yang seberang masuk, kerana setiap kali ada kemasukan mereka dari Keadilan ke dalam UMNO mereka berjaya menimbulkan semula semangat ahli - ahli mereka.
Datuk Najib Tun Razak dan Datuk Aziz Sheikh Fadzir di belakang tabir 12 ahli keadilan yang menyeberang masuk UMNO
Muhd Nazri Abidin
14-02-2004
Sumber dari Parti Keadilan berkata Abdul Aziz Sheikh Fadzir adalah orang yang bertanggungjawab membuka laluan dengan persahabatan beliau yang agak intim dengan Zahid Mat Arip dan Lokman Noor Adam. Akses untuk menghubungi beliau sentiasa terbuka untuk kedua - dua kepimpinan Keadilan tersebut.
Menurut sumber dari keadilan - Aziz Sheikh Fadzir sebenarnya memerlukan loncatan di kalangan kepimpinan UMNO untuk terus mendapat tempat dalam kepimpinan dan juga kemungkinan untuk di peruntukkan satu kawasan ADUN untuk beliau bertanding.
Ustadz
Ruslan Kassim - nyatakan sekarang, bahawa anda percaya Anwar seorang
peliwat?
Mohd
Suhaimi Jafar
14-02-2004
Saya cabar Ustadz Ruslan Kassim bangkit di khalayak ramai dan menetapkan kepada kami bahawa hari ini Ustadz menyertai UMNO kerana Ustadz percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesalahan seperti yang di dakwa.
GELOMBANG KEDUA - KUMPULAN 12
AKAN LAKSANA RANCANGAN
"izfa masayu"
14-02-2004
Izinkan saya untuk menjawab semua
persoalan diatas sebab saya adalah diantara salah seorang AJK Lembaga
Pengarah kumpulan 12 yang terkeluar disaat akhir , walaupun pada awalnya
saya merasakan sdr Zoolhasmi , DS, AD (nama mereka ini saya terpaksa
rahsiakan selain Zoolhasmi yang telah membuat pendedahan) juga bersama
mereka
Sesat Di Hujung Jalan Balik Ke Pangkal
Jalan
"johari" <kjohari@celcom.net.my>
13-02-2004
Dan mereka keluar untuk berjuang
membebaskan DSAI, tetapi apa sudah berlaku atas nama perjuangan mereka
ini tiba-tiba sahaja menyertai UMNO semula??. Tentu ada sebab yang perlu
di teliti dengan mendalam. Jangan di humbang segala kutukan keatas
mereka sahaja sebaliknya perlu melihat kepada keseluruhannya. Jangan di
letakkan seratus peratus kesalahan di atas bahu mereka sebaliknya
pimpinan tertinggi (close circle dengan DSAI )juga harus merasa bersalah.
Hamdan Penjual, Najib Pembeli -Sebelas
Malaun Bertukar Tuan
Inderaloka
13-02-2004
Justeru itu Hamdan Taha tak perlu
menyusah-nyusahkan diri menyatakan kesediaan untuk bersumpah dan
mencabar orang lain agar berani bersumpah demi menjaga kesucian Umno
konon !
Umno itu sudah terlalu kotor luar dan dalam, tidak mungkin boleh
disucikan dengan sumpah yang sudah menjadi mainan hidup bangsat-bangsat
politik kelas pariyah yang semabur (sama taraf)dengan
Hamdan,Lokman,Roslan,Zahid,Hanapiah dll.
Kesilapan
Pak Lah adalah menyambut masuk 12 ahli keadilan masuk UMNO
Ghazali Mat Dom
12-02-2004
017-6563505
Saya gusar dengan senario ini dan gusar melihat mereka yang sebenarnya menjadi pemikir untuk Pak Lah. Hari ini program yang melibatkan Pak Lah telah di gambarkan sebagai program membeli kepimpinan Keadilan oleh Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor. Datuk Najib dikatakan orang yang terlibat dalam mengeluarkan wang dan mencaturkan pembelian.
Najib di katakan membayar 500,000 untuk tarik orang Keadilan menyertai UMNO - petikan MalaysiaKini
‘Umno tried to buy me,’ claims
Keadilan leader
Susan Loone
5:05pm Wed Feb 11th, 2004
Perak Youth chief Zoolhilmi Yahya said part of the money was given to him by an Umno-linked businessman after a meeting with Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak at his residence in Kuala Lumpur last night.
Selamat Berambus Zahid Mat Arif
and Klik !
Inderaloka
11-02-2004
Difahamkan Roslan Kassim Pengerusi
keADILan Negeri Sembilan, Hanapiah Man bekas Exco Pemuda keADILan,
Hamdan Taha bekas Naib Ketua Penaja Pemuda keADILan Pusat dan beberapa
orang `bekas tokoh`dari Pahang yang sudah lama statik,akan turut menjual
diri dan maruah mereka bersama-sama Zahid.
Lima
orang kuat KeAdilan masuk Umno...tiada sebab nak tentang Pak Lah,kata
Zahid Mat Arip
di petik dari agenda daily
"Kami tidak kisah apa orang
nak kata.Keputusan ini kami buat dengan rela hati.Kami sudah memberi
khidmat kepada KeAdilan lebih lima tahun dan sekarang merasa dapat
meneruskan perjuangan kami dibawah wadah pimpinan Pak Lah,"katanya
yang pernah bertanding dalam pilihanrayan umum 1999 di Melaka.
Sementara itu Lokman yang dihubungi Agendadaily pula memberitahu beliau
tidak akan menyertai rakan-rakannya itu sekalipun tidak puashati dengan
keadaan dalam parti kebelakangan ini.
Defection
in Keadilan: 12 to join Umno
Arfa’eza A Aziz
7:12pm Tue Feb 10th, 2004
di petik dari malaysiakini.com
Led by Youth vice-president Zahid Md Arip, the group also comprises Negeri Sembilan chief Ruslan Kassim, Terengganu Youth chief and exco member Fakhrul Azman Abu Bakar and former Youth vice-chairperson Hamdan Taha.
Ezam
Mohd Nor ikon semakin dingin?
wartawan umno-reform.com
10-02-2004
Apa pun hari ini desas - desus
mengenai ramai anggota keadilan menyertai UMNO semakin panas. Apakah ini
sudah membungakan keruntuhan Parti Keadilan Nasional - parti yang runtuh
sepantas kenaikannya.
Ramai
Ketua Pemuda Negeri seberang ke UMNO
Wak Murai
09-02-2004
Wak mohon agar dibikin kenduri selamat setelah perginya mereka ini dan yang harus diratapi adalah UMNO itu sendiri kerana UMNO akan menerima lagi bala dengan kehadiran mereka yang membawa malang ini...
Umno
Selangor Jurucakap Baru Seorang Deformis.
Inderaloka
07-02-2004
Realitinya Umno Selangor memang
serasi dengan Lokman kerana berkongsi illusi bahawa mereka masih
diterima rakyat,padahal tiadalah hari yang bertukar ganti melainkan
mereka sedang menanti saat untuk ditolak oleh rakyat.
100 Hari Berkuasa : Dolah hilang maruah,ibu dan perikemanusiaan.
Dollah Dagang
07-02-2004
Seratus hari pertama akan berlalu besok 8 Feberuari,apakah seratus hari kedua akan menyaksikan Abdullah kehilangan lagi ? Khabarnya Hendon Mahmud yang tidak kelihatan pada hari pengkebumian Allahyarhamah Datuk Khailan,berada di Australia untuk meneruskan rawatan kanser payu daranya.
100
hari Pak Lah - kecemerlangan menyampaikan hasrat
Ghazali Mat Dom
06-02-2004
Andai sekiranya di aturkan kehendak
perubahan - mungkin pengukuran nya hanya dapat di buat setelah 22 tahun
lagi Pak Lah memerintah namun kesimpulan yang dapat saya berikan dalam
keterbatasan penulisan ini adalah - 100 Hari Pak Lah penuh dengan hasrat
dan belum ada perlaksanaan drastik. Sehingga kini Malaysia masih di situ.
Syarikat
Anak Pak Lah terlibat dalam pembekalan produk bagi program nuclear Libya
Gov't denies nuclear link but local company under probe
10:33am Thu Feb 5th, 2004
di petik dari MalaysiaKini
It said it was never told of the end-use of these components and that it had shipped them to GTI in four consigmnents from December 2002. The pact accounted for less than four percent of its group turnover, it added.
UMNO Sg Siput umpama api dalam sekam. Membakar di dalam diam.
Siput Sedut
05-02-2004
Jika ditinjau dan di buat perbandingan, dijangka PAS akan meletakkan calon yang kuat dari segi kelulusan akedemiknya maka Dr. Shamsul Anuar dilihat sebagai calon yang baik. Dalam zaman serba mencabar dan memerlukan tahap keintelektualan yang tinggi, sudah sampai masanya UMNO meletakkan calon yang berwibawa bukan sahaja dari segi reputasi diri malahan akedemik juga perlu mantap untuk menghadapi ketokohan calon yang diletakkan oleh pembangkang. Dr. Shamsul Anuar juga mempunyai pengaruh dikalangan pemuda UMNO Sg Siput.
Lokman
Gila Talak ?
Inderaloka
05-02-2004
Kemana perginya pemberahi-pemberahi Umno didalam keADILan yang mengacumnya itu ? Khususnya yang beroperasi di Lembah Kelang. Ketahuilah Lokman ! penyangak-penyangak itu sedang berselindung disebalik muka tembuk mereka yang tebal,seolah-olah mereka tidak berbuat apa-apa dosa terhadap perjuangan rakyat (Anwar),walhal semua orang sudah tahu mereka menunggu saat yang terbaik untuk kembali kepangkal jalan yang sesat ( Umno).
Korban Umno : Lembu Lari,Wang
Masjid Diguna Untuk Ganti ?
Cikgu Pencen
05-02-2004
Terpempan dengan insiden itu, tiga
orang AJK masjid, Hj.Adam-Nazir,Ariffin Rahmat-Bendahari dan Cikgu
Zamzam- AJK memutuskan serta merta acara korban mesti diteruskan kerana
penganjur korban adalah Setiausaha masjid yang kebetulan sedang
menunaikan ibadah haji.
Anwar
Ibrahim - laluan untuk Ezam bertemu kepimpinan UMNO?
wartawan
umno-reform.com
04-02-2004
Ini
adalah satu percaturan agak bijak tetapi jelas mempergunakan pejuang
reformis jalanan untuk tiket mereka masing - masing. Senario ini setelah
di ajukan kepada beberapa kepimpinan Bahagian Keadilan dan ini
menimbulkan reaksi negatif dari kalangan mereka yang terlibat dalam
gerakan pro reformasi dan kepimpinan rendah dan menegah Parti Keadilan
Nasional.
Muzakarah UMNO PAS; Kerja
Membuang Masa
Azizi Aziz
kucalana71@yahoo.com
04-02-2004
Secara peribadi, sejak mengenal realiti politik negara ini, khususnya politik PAS dan UMNO, saya tidak bersetuju sekiranya dilakukan apa-apa usaha perpaduan, sebutlah muzakarah, perundingan atau apa pun, khususnya dengan parti PAS. Setelah mengkaji sejarah dan mengenali PAS, sebarang usaha sedemikian akan dilihat sebagai melakukan pengiktirafan berlebih-lebihan terhadap parti itu, seolah-olah PAS begitu berkuasa dan setaraf dengan parti pemerintah di Malaysia.
EZAM
& LOKMAN: KEADILAN CUBA DILEMAHKAN DARI DALAM
di petik dari http://zukri-keadilan.blogdrive.com/
03-02-2004
Situasi Lokman ini
dipergunakan sepenuhnya oleh "ulat-ulat UMNO/Barisan Nasional"
yang wujud di dalam keADILan. Atas nama ketelusan perjuangan, mereka
cuba menyemai dan menyemat rasa cemburu, keliru, dengki, ragu-ragu dan
tidak puas hati terhadap rakan sesama pejuang di hati Lokman. Seketika
kelihatannya ia hampir berjaya tetapi mujurlah masih ramai yang jujur
dalam perjuangan ini dan melihat aset sebesar Lokman tidak harus
tergadai begitu sahaja.
Gerakan
Reformasi harus sedar mereka tertipu
Bekas
Exco Pemuda Keadilan
03-02-2004
Hari ini kita sudah lihat - tuduhan Lokman Noor Adam merunsingkan Ezam Mohd Nor. Pendedahan Lokman Noor Adam akan menghancurkan kredibiliti beliau kerana rahsia beliau menerima wang - membuat "dealing" kini terselongkar dan apa pun bentuk kompromi Ezam - Lokman - keraguan tetap terbit di hati golongan reformasi yang telah banyak berkorban hidup.
Khir Toyo, Pengamal Rasuah Terkemuka Yang Pemaaf ?
orang dalam
03-02-2004
Rompakan pasir itu adalah sebahagian daripada pernyataan kepada banyak lagi kegagalan Khir Toyo melaksanakan amanah rakyat. Tidak mungkin pemimpin yang curang akan berjaya memerangi kecurangan orang lain.
Tidak
Haram Hukumnya Kesudian Ezam Menemui Umno.
inderaloka
03-02-2004
Umno memang sudah tersohor dengan tektik yang
hanya meraikan pendatang-pendatang baru daripada parti lawan yang
melompat kerana mahukan habuan, untuk beberapa hari sahaja.
Ezam
terus berusaha menjatuhkan kredibiliti Lokman - "Dealing" Ezam
dengan UMNO adalah benar dan www.umno-reform.com sekali menerajui isu
tersebut
Wartawan
umno-reform.com
01-02-2004
Ini kenyataan dan ini hakikat. Ezam bukan semakin bijak atau "matang berpolitik" seperti yang di andaikan oleh Anwar Ibrahim tetapi sebaliknya, Ezam semakin rakus mengumpul kemewahan dan populariti.
Bila
Keadilan itu Ezam dan Ezam itu Keadilan - Lokman tersungkur
Bekas
Exco Pemuda Keadilan
01-02-2004
Dan
hari ini - penarikan Lokman atas tuduhan yang di buat ke atas Ezam dan
beberapa kerat kepimpinan keadilan meletakan diri ini - sama dengan
penipuan beberapa kepimpinan keadilan yang tidak ikhlas dan akhirnya
menghancurkan perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Malaysia.
![]()
Laporan mengenai apa
kata anda mengenai kepimpinan berikut sudah di siapkan. Berikut adalah
pendapat anda mengenai Datuk Aziz Sheikh Fadzir - Naib Ketua Pemuda UMNO
Malaysia. Klik
sini
Kami memerlukan no tel tangan Datuk Hishammuddin untuk menghubungi beliau berkenaan isu - isu semasa dalam Pemuda UMNO yang di bawa oleh www.umno-reform.com . Sungguhpun kami percaya ianya sukar di perolehi - namun bagi mengakui kredibiliti laman ini kami memohon dari sesiapa yang ada untuk meng-email- nombor tersebut kepada kami.
Perhimpunan Belia
Tahunan ke 29 - penyerapan unsur politik Datuk Khir untuk agenda menolak
Datuk Hisham
wartawan umno-reform.com
22-12-2003
Menurut mereka yang hadir - Dato Khir Toyo atas kapasiti peribadi dan selaku kepimpinan Tertinggi Majlis Belia Malaysia telah mula menggambarkan hasrat menentang Datuk Hishammuddin pada pemilihan akan datang. Mereka katakan bahawa Dato Khir adalah lebih layak untuk menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Pendedahan
umno-reform.com dan laman web tempatan lain mengenai laman web murtad
perlu di ambil tindakan
ghazali_t@hotmail.com
12-12-2003
Persoalannya apakah tindakan yang di ambil oleh
1. Kerajaan Malaysia 2. Jabatan Agama Negeri/ Malaysia 3. Persatuan persatuan yang bertunjang kan Islam 4. Parti- parti politik dalam negara kita 5. NGO "
SKIM MiKRO KREDIT :
Rayuan Untuk PM!!
usahawan
10-12-2003
Dan terakhir sekali saya juga merayu agar kerajaan menubuhkan satu badan Khas bagi memantau pinjaman Skim Mikro Kredit dan dana dana lain kerajaan yang berperanan mendengar aduan orang ramai berkenaan masalah serta salahguna kuasa pegawai Bank dalam mengagihkan Pinjaman.
BPR dahulu bertolak
ansur dengan Menteri?
Ghazali Mat Dom
07-12-2003
Kita tidak seharusnya melebel kes -
kes berprofil tinggi hanya sebagai usaha pembangkang untuk politik dan
ianya bukan sesuatu yang boleh di tolak - tepi dengan satu perkataan
seperti - fitnah andai pengadu melalui saluran yang betul mengemukakan
tuduhan rasuah.
Makkah dimerahi
darah pada Dzulhijjah nanti?
Fauzan Al- Anshari
ummahonline@yahoo.com
http://www.ummahonline.cjb.net
Dari data NASA tersebut menunjukkan
peristiwa yang sangat menghairankan kita subhanalllah bahawa peristiwa
dua gerhana itu yang terjadi pada Ramadhan tahun ini, iaitu gerhana
bulan pada 9 November 2003 dan gerhana matahari pada 23 November 2003,
sebagaimana di khabarkan dalam hadits merupakan tanda sudah dekatnya
masa akhir zaman.
PERANAN UNIVERSITI MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN
by RAMPA
04-12-2003
Bukanlah maksud penulis di sini bahawa kursus-kursus seperti itu diberhentikan terus, tetapi pihak yang mengendalikan kursus-kursus seperti itu (yang sudah tiada nilai ekonomi di luar kampus) mestilah turut terlibat sama merancangkan agar kursus-kursus yang mereka kemukakan adalah juga merupakan saluran kepada para pelajar memperolehi pekerjaan setelah mereka tamat mengikuti kursus-kursus itu.
Jika benar
pengunduran
Datuk Nazri - rakyat Chenderoh hanya mampu mengatakan
selamat jalan Datuk dan selamat tinggal UMNO
Mat Saman Kati
paxfoundation@lycos.com
02-12-2003
Kini Datuk Nazri bukan sahaja tersepit, malah sedang kesakitan. Dalam jamuan Hari Raya diSauk (28/11) dan diKati(29/11), beliau bukan sahaja tidak mampu berucap malah telah hadir dengan bertongkat dan meminta maaf kerana tidak dapat menjamah lemang dan rendang kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.
Datuk Nazri letak
jawatan? Musuh utama beliau adalah dikalangan pemimpin Umno sendiri, dan
yang akan meraih keuntungan ialah Pas.
Mat Saman Kati
paxfoundation@lycos.com
01-12-2003
Mengapa Datuk Nazri diletakkan diPadang Rengas dan tidak diLenggong? Sedangkan Lenggong merupakan kampong halaman dan kubu kuat beliau? Ini yang saya katakan 'killing him softly'.
Rombakan Kabinet
perlu untuk mengembalikan keyakinan rakyat
Ghazali Mat Dom
30-11-2003
Rombakan perlu untuk
menunjukkan bahawa Pak Lah hadir untuk pembaharuan dan bukan hanya
mengikuti aliran yang serupa tanpa kesan. Rombakan perlu untuk
menunjukkan bahawa Pak Lah serius dalam tugas beliau untuk mengemudi
Malaysia setelah era Dr Mahathir berakhir.
Apa pun pisau di tangan Pak Lah, terpulanglah bagaimana mahu Pak Lah
meracik nya.
Peralihan
Politik Kelantan Satu Retorikal Dan Harapan Palsu?
A.Jalil Backer
29-11-2003
Justeru UMNO Kelantan harus memilih sama ada mereka mengubah pemikiran majoriti pengundi Kelantan atau mereka mengubah diri bagi memenuhi piawaian karut majoriti pengundi Kelantan yang menyokong Pas dalam dua pilihan raya sebelum ini.
Terserah kepada UMNO Kelantan mahu menjadi pemimpin atau pelakon.
Eid Mubarak daripada
UmmahOnline
UmmahOnline Team
ummahonline@yahoo.com
http://www.ummahonline.cjb.net
![]()
MENGOPTIMUMKAN DAYA
SAING BANGSA MELAYU
Dr. Kamarul Rashdan Salleh
25-11-2003
Selain daripada itu, pemberian projek, kontrak dan pelbagai habuan lain oleh kerajaan kepada firma-firma tertentu secara direct negotiation atau lantikan terus hendaklah dikaji semula. Pemberian secara begini hanya mematikan peluang firma-firma lain khususnya bumiputera yang berkelayakan dan berwibawa, memundurkan daya saing selain ianya merugikan kerajaan dari sudut kualiti, kos dan masa.
Pemilihan Tambahan
Lima Ahli Jawatankuasa Penaja
Dr. Kamarul Rashdan Salleh
25-11-2003
Seperkara lagi, adalah menjadi kewajipan tuntas kepada Majlis Tertinggi UMNO memastikan supaya keputusan ini direalisasikan dengan komited dan ikhlas oleh setiap bahagian atau cawangan melalui pemilihan dan perlantikan para professional Melayu yang selayaknya.
Ketua Penaja
Bahagian - Bahagian dalam UMNO - satu pandangan
Dr. Kamarul Rashdan Salleh
President
Malaysian Young Professionals and Entrepreneurs Chamber United Kingdom
and Europe
Cara membayar zakat
- haram bayar kepada kerajaan bukan Islam?
20-11-2003
di petik dari minda rakyat
Saya memetik artikel ini untuk sama - sama kita hayati. Mungkin kita dapat memperolehi ilmu dari bacaan artikel ini.
Hari al-Quds: Salam
solidariti untukmu Palestin
UmmahOnline Team
ummahonline@yahoo.com
http://www.ummahonline.cjb.net
Tubuhkan
Badan Pemantau Penjawat dan perkhidmatan Awam -
saranan kepada Pak Lah
Ghazali Mat Dom
16-11-2003
Saya
percaya Pak Lah mampu menubuhkan badan tersebut dalam usaha untuk
mempertingkatkan kualiti servis kepada rakyat. Saya sarankan agar Badan
Pemantau penjawat Kerajaan atau Awam di tubuhkan segera.
Isu
yang kami bawa mengenai Telekom kini mendapat perhatian Telekon Saya di
minta untuk hadir memberi kerjasama Insyallah akan saya lakukan segera.
![]()
Majlis
Perbandaran Ampang Jaya memperjudikan nyawa rakyat Bukit Antarabangsa
dan kawasan sekitarnya.
Ghazali Mat Dom
04-11-2003
Apakah sebenarnya berlaku dalam Pejabat Majlis Perbandaran Ampang Jaya? Menurut penduduk Bukit Antarabangsa – pembangunan di kawasan Bukit Antarabangsa tetap di jalankan. Korekan tanah untuk pembangunan jelas kelihatan seolah – olah kawasan itu telah selamat terus dari bahaya tanah jerumus.
Sudah sampai masanya MPAJ di tegur dengan keras agar jangan memperjudikan nyawa mereka kerana birokrasi Majlis atau kepincangan dalam pengurusan Majlis.
Beberapa
Pegawai
Telekom telah menghubungi saya melalui email. Insyallah pada minggu
hadapan saya akan menalipon mereka untuk memberi penjelasan atas semua
tuduhan saya mengenai Telekom Malaysia.- Ghazali
Mat Dom
![]()
Penafian Anwar Ibrahim -hubungan beliau
dengan Al~Qaeda 28-10-2003 KLIK
SINI
Bayaran di kenakan sungguhpun
perkhidmatan tidak di beri-KLIK
SINI
KHAS UNTUK DR MAHATHIR MOHAMED - MELAYU MANA DR MAHATHIR ? - Ghazali Mat Dom KLIK SINI
![]()
Berikut adalah pendapat-pendapat yang
telah kami kumpulkan untuk Dato Hishammuddin KLIK
SINI
![]()
Sebaik sahaja laporan Aziz SHeilh Fadzir,
laporan Dato Seri Khir Toyo akan kami kemukakan
KEDAH FOKUS PILIHANRAYA
Kedah di katakan negeri ke 3 akan tumpas - benarkah atau pun Barisan Alternatif berdepan dengan cabaran baru * update 12.20pm - 30-09-2003 KLIK SINI