DISEMBER 03
Biskut
hancur di taburkan buat makanan MELAYU
umno-reform.com
30-12-2003
Saya
terus pilu melihat situasi ini belaku. Saya sungguh terharu melihat
bangsa kita sendiri duduk di celah - kemewahan ekonomi negara - saya
kagum dengan penjualan bangsa oleh beberapa kepimpinan Melayu negara ini.
Siapa Tersungkur ?
zawawi awie <muhaiminiskandar_03@yahoo.com>
29-12-2003
Sudah diketahui umum hubungan yang tidak mesra antara Felda dan Puncak Niaga ekoran daripada kegagalan Puncak Niaga memenangi tender untuk projek pembangunan felda jaya.Begitu juga dengan shimamudin yang sebelum ini begitu lantang mengkritik felda kerana tidak menjaga kebajikan generasi kedua Felda.Rozali Ismail telah menubuhkan Wawasan Generasi Felda yang didalam nya adalah gabungan persatuan @ NGO yg ada difelda.disitu ada Dr Shamsul Anuar , Exco Pemuda Umno dan Abdullah Abu Bakar
Benarkah ada "dealing", saya
setuju dengan Datuk Sanusi Abdullah
Afandy Yusof -Exco Pemuda
Keadilan Pusat
29-12-2003
Saya tidak percaya bahawa ramai pimpinan yang akan beralih arah dalam agenda perjuangan dan menyeberang kepada Umno tetapi usaha DEALING dengan pimpinan Umno mungkin ada tetapi atas sebab apa DEALING itu berlaku harus jelas.
Saya mengambil sikap berbaik sangka dan sesekali tidak akan percaya bahawa setiap DEALING yang berlaku adalah kerana ingin menyertai semula Umno.
Lokman
denies talk of him rejoining Umno
Raja Petra Kamaruddin
freeanwar.com
According
to feedback FAC News received, at the Umno Kluang (Johor) division
meeting, the committee was told it had received instructions from its
headquarters to approach Lokman and offer him a position in the Kluang
division committee if he would leave keADILan and rejoin Umno. Lokman
was then approached but he flatly turned down their offer.
Surat
dari Anwar Ibrahim mengenai "kompromi" antara Keadilan - Umno
wartawan
umno-reform.com
28-12-2003
Gerakan
Anwar Bebas itu di lancarkan hasil usaha aktivis gerakan reformasi bagi
mengukuhkan lagi gerakan dalam usaha membebaskan Anwar Ibrahim yang bagi
mereka adalah tahanan politik.
EXCO
PEMUDA KEADILAN - Datuk Sanusi Abdullah mengulas berita Lokman Noor Adam
menyertai UMNO " saya tidak akan percaya sehingga perkara ini
datang dari mulutnya sendiri.
Interbiu Ghazali Mat Dom buat kali
kedua dengan Datuk Sanusi berkenaan kenyataan Lokman masuk UMNO.
27-12-2003
Bila di tanya sekiranya benar, apa reaksi Datuk, beliau menjawab "sebarang loncatan ke UMNO tidak bermakna individu tersebut membawa perjuangan menentang kezaliman dan menuntut keadilan ke UMNO". Perjuangan menentang kezaliman dan menuntut keadilan adalah perjuangan Parti Keadilan Nasional dan para reformis. Pemergian individu masuk ke UMNO akan menyemarakkan perjuangan Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi menuntut keadilan buat rakyat dan seterunya membebaskan Sdr Anwar Ibrahim.
Menyanggah
perletakan jawatan Lokman Noor Adam
Email dari excopemuda_keadilan@yahoo.com
27-12-2003
Mengenai Ketua Pemuda Perak, saya juga telah menghubungi beliau di talian yang tertera - dan juga menghubungi bapa beliau serta bekas isteri beliau. Seandainya KP Perak tidak mengakui bahawa saya telah menalipon beliau itu adalah hak dia untuk menipu.
Lokman Noor Adam menyertai UMNO ? Bukankah tepat berita yang mengatakan ada "dealing".
Apakah ada unsur umno-reform dalam penyertaan tersebut?
wartawan umno-reform.com
26-12-2003
Walau bagaimanapun tindakan Lokman Noor Adam yang menjemput secara terbuka Ketua - Ketua Pemuda Negeri menyertai UMNO mencetuskan sedikit kerisauan bagi UMNO. Apakah ini - petanda UMNO - REFORM?
Seawal July 03 umno-reform.com telah memaklumkan mengenai perjumpaan Lokman Noor Adam dengan wakil UMNO. Klik Sini
Samseng
lebih berkuasa dari Khir Toyo ?
Inderaloka
26-12-2003
Persoalannya dimanakah logiknya alasan tersebut ? Apakah samseng telah menguasai Selangor negeri yang didakwa Khir lebih Islamik kerana berjaya mewujudkan 43 buah pusat pengajian Tahfiz Al Qur`an,berbanding Kelantan hanya terdapat 9 buah pusat yang pengajian yang sama. Andai demikian tukarkan sahaja Selangor Darul Ehsan kepada Selangor Darul Samseng.
Siri interbiu Ghazali Mat Dom - setakat ini Ghazali Mat Dom telah berjaya dalam siri interbiu beliau. Antara yang telah di interbiu oleh beliau ialah Datuk Sanusi Abdullah Exco Pemuda Keadilan Pusat, aktivis Reformasi, En Azwanddin Hamzah tokoh reformasi yang hebat dan Exco Pemuda Keadilan Pusat, telah berjaya mencari dan membuat interbiu dengan tokoh web master Laman Reformasi Komentar, En Jaafar Malek dan kini Ketua Pemuda Keadilan Perak En Zool Hilmi Yahya. Ghazali Mat Dom kini dalam usaha untuk membuat temuduga dengan tokoh - tokoh Pemuda UMNO dan kepimpinan UMNO.
Ketua Pemuda Keadilan Perak di tuduh meliwat isteri?
Interbiu bersama Ketua Pemuda Keadilan Perak - Zool Hilmi Yahya
Ghazali Mat Dom
25-12-2003
Untuk pengetahuan umum beliau ni pernah di tahan atas tuduhan meliwat dan yang lebih menarik adalah meliwat isteri beliau sendiri. Ini bukan satu cerita yang di reka reka cuba tanya sendiri bekas isteri dia.kalau tak percaya lagi tengok balik surat khabar Harian Metro dan keluar juga dalam surat khabar NST. Dari siasatan yang telah dibuat ternyata belaiau bukan sahaja meliwat isteri beliau tapi turut menyeksa bekas isteri pertama beliau.cuba check kat mahkamah Taiping, tetapi kes ni senyap terus dengar cerita ada campur tangan politik.
Kenyataan
Nik Aziz, dimana salahnya
bebiri 94
25-12-2003
Kesimpulannya kenyataan MB Kelantan Datuk Nik Aziz memang tepat dan sesuai pada masanya. Ini akan menyedarkan orang Melayu di mana letaknya kedudukan Islam mereka. Adakah sekadar nama sahaja sebab dah di lahirkan dalam keluarga Islam atau memang imannya sememangnya berimankan Islam dan Islamlah Kehidupannya. Wallah hualam.
Azmin
Ali - Pak Lah tidak kekal lama sebagai orang No 1
wartawan umno-reform.com
25-12-2003
Azmin Ali semasa pelancaran Gerakan Anwar Bebas yang di adakan di Dewan Perhimpunan Cina pada 23-12-2003 mengatakan Pak Lah tidak ada kekuatan menerajui UMNO serta sokongan yang di berikan oleh sesetengah pihak dalam UMNO terhadap beliau adalah sokongan palsu yang menanti masa dan saat untuk bertindak menolak Pak Lah keluar dari terus menjawat jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Umno Kuala Selangor bergolak
sakan!
Cikgu Pencen
25-12-2003
Untuk memperkuatkan kedudukan politiknya, Daud telah bertindak mewujudkan banyak cawangan baru. Tindakan beliau mencetuskan lagi kemarahan di kalangan ketua-ketua cawangan lama yang tidak bersetuju cawangan mereka di pecahkan.
Datuk
Hisham Menteri Besar Johor?
insider
24-12-2003
Menurut satu sumber lain dari pejabat salah seorang Naib Presiden UMNO, langkah menjadikan Hishammuddin seorang Menteri Besar akan dapat mematangkan karier politik beliau. Perlu diingat, tiga orang Naib Presiden UMNO, iaitu Najib (Dato Seri), Muhyiddin (Tan Sri) dan Muhammad Muhd Taib (Tan Sri) pernah menjadi Menteri Besar.
Berita
dari Keadilan - Pak Lah menghantar wakil berbincang, kemungkinan Datuk
Seri Anwar di benarkan menjalani rawatan ke luar negeri.
wartawan umno-reform.com
23-12-2003
Pak Lah yang di katakan sehingga hari tidak menyentuh langsung isu - isu yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim, kini berunding untuk keutuhan Melayu. Rundingan yang telah di jalankan di beritakan sedang dalam proses terakhir pertimbangan.
Azmin
Ali tarik balik - kebenaran untuk di interbiu oleh umno-reform.com
Wartawan
umno-reform.com
23-12-2003
Hari
ini Azmin Ali di kritik kuat oleh penyokong reformasi sebagai antara
mereka yang tidak mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan
reformasi. Kritikan dari Exco Pemuda Keadilan ke atas Azmin nampak
berasas dan di persetujui oleh beberapa tokoh reformasi yang telah lama
bergiat dalam gerakan menuntut perubahan.
Bila
di katakan bahawa yang
penting itu parti
ianya bagai melihat "Tupperware" tanpa mengetahui isi-rakyat
perlu mula menyedari
Ghazali
Mat Dom
23-12-2003
Kita
sering dengar "yang penting bukan individu, yang penting adalah
parti'. Kenyataan ini adalah kenyataan yang lahir hanyauntuk
menggalakkan budaya membodek dalam parti. Individu yang serius
memperjuangkan agenda rakyat mampu di keret oleh satu kuasa dalam
Barisan Nasional khususnya UMNO.
UMNO-REFORM.COM
mendahulu isu perbincangan pencantuman Gerakan dan MCA bermula se awal
bulan Ogos 2003 yang lalu. DAP bagaimana pula?
Rais
Yasin
22-12-2003
Kita
harus kini memulakan langkah menyatukan Melayu itu kembali kerana
sekiranya gagal maka Melayu itu sendiri akan menjadi bangsa yang
terpinggir dalam negara mereka sendiri.
Persoalannya sekarang adalah - dengan ada cita - cita penyatuan 2 Parti
Cina terbesar di Malaysia, apakah DAP akan turut menyertai percantuman
tersebut atau DAP akan memainkan agenda lain bermatlamat kan sama untuk
politik tanah air.
Mesyuarat
- DAP, MCA dan Gerakan?
anak MELAYU
23-08-2003
Kesan
bangsa Melayu
anak Malaysia
25-08-2003
Kenyataan
Media Zool Hilmi
Bin Yahya Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Negeri Perak
22-12-2003
Dan sekali lagi saya ulang bahawa tidak ada sebab dan tidak mungkin untuk saya dan pimpinan pemuda keADILan Perak menyertai umno, Yang pasti Pemuda keADILan Perak akan memastikan umno dan Barisan Nasional bakal Menyembah bumi dalam Pilihanraya Yang akan datang.
Benarkah Pak Lah hanya ada 1 atau 2 penggal sahaja lagi?
wartawan umno-reform.com
20-12-2003
Mereka sudah mula mencaturkan agenda masing - masing dan sekiranya Pak Lah tersalah pilih timbalan nya, maka benar lah Pak Lah mungkin hanya akan kekal 1 atau 2 penggal sahaja.
Penguatkuasa MPAJ - yang kuat dan berkuasa
Ghazali Mat Dom
20-12-2003
Saya tahu masalah peniaga dan saya tahu kenapa mereka melakukan perkara demikian Namun siapa yang harus kita salahkan ! Siapa yang sebenarnya yang mengalakan rasuah. Namun dalam senario ringkas ini - saya pasti yang kuat adalah mereka yang memegang lencana penguatkuasa - apa pun mereka terus makan secara percuma bukan sahaja di restoran di Bukit Antarabangsa tetapi di mana - mana sekali pun
KEADILAN
- nyatakan prinsip, PAS - politik melanggar seruan azan
temubual
antara Ghazali Mat Dom dengan Azwanddin Hamzah EXCO PEMUDA KEADILAN
NASIONAL
19-12-2003

sdr Azwan berdiri menggengam tangan di sebelah Naib Presiden Keadilan
En. Tien Chua
Saya
nampak apabila berlaku sedikit keretakan atau perselisihan faham dalam
Keadilan maka rujukan PAS adalah untuk menyertai PAS. Ini sudah jelas
dan ini semakin hari semakin terang di laksanakan oleh PAS. Parti
dominan dalam Barisan Alternatif mahu bertindak sama dengan UMNO dalam
Barisan Nasional.
Ketua
Pemuda Keadilan Perak menyertai UMNO
Baha
18-12-2003
Beliau turut di khabarkan merupakan antara aset kesayangan Ezam Mohd Nor ketika ini berdasarkan pergerakkan pemuda perak yang telah mendahului pergerakkan pemuda keadilan negeri negeri lain baik dari segi program dan jentera .
Kemelut
UMNO Terengganu III
muhaiminiskandar@yahoo.com
15-12-2003
Begitu juga di Bahagian Marang , Tengku Zainuddin Ketua Pemuda Bahagian berkenaan berlagak lebih berkuasa daripada Muda Mamat ketua bahagian berkenaan kerana semua orang sudah maklum orang busuk hati seperti Tengku Zainuddin memang disukai oleh deris jusoh.beberapa perkara yang dilakukannya semestinya dibuat walaupun tidak dibawa dalam mesyuarat bahagian
"Dealing
Keadilan UMNO" - sehingga hari ini apakah tidak jelas lagi
kebenarannya
Rais
Yassin
14-12-2003
Namun hari ini mereka gagal. Mereka bukan sahaja gagal menjana sesuatu malah perjuangan yang ada terus di rosakkan oleh mereka sendiri. Mungkin dengan kehilangan teriakkan reformasi, demonstrasi jalanan, kurangnya media reformasi dan korup nya pengurusan Parti Keadilan Nasional maka Anwar Ibrahim akan sedar bahawa yang ada itu bukan berlian malah kaca semata - mata.
Nazri: Masanya Sudah Sampai
liza71@yahoo.com
Oleh: Mr. XYZ
14-12-2003
Sekiranya berlaku sebarang tindakan kepada Nazri, maka ramai yang akan membaca bahawa tindakan tersebut suatu kewajaran ke atas kerosakan imej yang telah dilakukan beliau. Isunya bukanlah membela seorang pegawai tinggi kerajaan, tanpa dijelaskan oleh Nazri pun, semua pegawai kerajaan tahu bahawa fungsi mereka adalah melaksanakan kerja-kerja yang jelas melalui dasar yang telah disusun oleh 'gov of the day' dengan penuh kesetiaan.
Alibi yang hilang, sistem kehakiman
yang malang
m.dollah
13-12-2003
Berikut adalah notis alibi yang hilang - ianya telah di siarkan dalam laman www.umno-reform.com satu ketika dahulu. Artikel keseluruhan telah di tulis oleh Ghazali Mat Dom satu masa dahulu. dari m.abdullah - Parti Keadilan Nasional - teruskan berpolitik
Anwar
Ibrahim – satu isu kritikal buat UMNO
oleh Ghazali
Mat Dom
11-07-2003
Artikel ini telah di minta ulang siaran oleh M.Abdullah-kerana bagi beliau Parti Keadilan Nasional sendiri semakin sepi dalam membicarakan kes Anwar Ibrahim. Kita harus melihat isu Anwar sebagai satu isu besar alaf ini yang melibat banyak isu - isu dasar pemerintahan negara ini, namun Keadilan memilih untuk terus berpolitik.
Surat
daripada Hasnan Mokhtar ( anak Allayarham Mokhtar Shuib) kepada Ghazali
Mat Dom
(Allahyarham Mokhtar Shuib adalah orang yang bertanggungjawab membawa
Ghazali Mat Dom menyertai UMNO awal tahun 90an)
Hasnan Mokhtar
hasnanmk@yahoo.com
12-12-2003
Oleh kerana komitmennya yang terlalu kepada UMNO, adakalanya keluarga telah mengambil tempat kedua didalam 'priority' beliau dan kerana itu jugalah yang telah mendorong saya dan keluarga memilih untuk 'to lead a more private life', namun begitu kami sentiasa disisi beliau setiap masa, melalui pahit getir berpolitik. Kami sekeluarga tidak pernah membantah atau memperkecilkan kerja beliau didalam parti, yang mana, pada beliau merupakan satu 'obligation and purpose' dalam hidupnya.
Awak
siapa , saya siapa (mengulas mengenai Datuk Nazri)
Osman Jailani
12-12-2003
Selain Mohamed Nazri, seorang lagi menteri Kabinet iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid turut meluahkan rasa tidak puas hatinya atas kelewatan BPR menjalankan siasatan terhadap aduannya yang dibuat dua tahun lepas
Syabas
Datuk Nazri "lawan tetap lawan"
Mat Saman Kati
12-12-2003
Mengapa Datuk Nazri tak mahu sebut saja siapa yang meluluskan permit teksi tersebut? Ini yang saya katakan beliau seorang yang berprinsip! Dia tidak akan menikam kawan untuk naik. Bukan macam Muhyidin, Mat Taib ataupun Zahid Hamidi.
Antara
Datuk Bandar Alor Star, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Datuk Syed
Razak siapa tertipu dan siapa menipu
wartawan
umno-reform.com
10-12-2003
Sungguhpun begitu, apa yang jelas nampak adalah antara mereka ada yang berbohong. Jelas nampak adalah antara mereka ada krisis dalam mentadbir negeri. Jelas nampak kemungkinan MB Kedah hilang kawalan terhadap pentadbiran negeri Kedah.
Kerajaan
Negeri Selangor - tangani kebuasan PUAS - atau hilang tempat di hati
rakyat
Rais Yassin
09-12-2003
lihat juga artikel dari malaysiakini mengenai sikap PUAS klik
sini
Apakah kita harus bersikap
toleransi dengan PUAS dan apakah Kerajaan Negeri Selangor akan terus
menyokong kebuasan PUAS ini. Apakah tidak harus kita katakan kepada
kerajaan Negeri Selangor - tangani kebuasan PUAS - atau hilang tempat di
hati rakyat.
Isu - isu kepentingan rakyat dan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim di jadikan galah untuk lonjakan politik sesetengah kepimpinan Keadilan.
Eksklusif - Temubual Ghazali Mat Dom dengan pengendali laman web Pro Reformasi Komentar
09-12-2003
Hari ini yang menjadi kesedihan kepada kami adalah isu - isu kepentingan rakyat dan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim di jadikan galah untuk lonjakan politik sesetengah kepimpinan
Keadilan. Perjuangan politik adalah untuk diri - untuk nama - untuk mencari tempat lalu tidak ada langsung perbezaan antara UMNO dan Keadilan dari segi perjalanan
politik.
![]()
Bila
Parti keadilan Nasional merampas agenda reformasi dari reformis
Mat Saman Kati
09-12-2003
Tetapi kini lihatlah sendiri, Keadilan yang merampas reformasi daripada reformis, kini sudah tidak bertenaga.Kehadiran tidak sampai 20 orang dalam dailog bersama Ezam dulu memperlihatkan segalanya.Kami sedar kami dijadikan bahan gadaian untuk kepentingan pemimpin-pemimpin Keadilan sendiri dan kami sedar terdapat banyak penyangak daripada pemimpin dalam Keadilan.
Kemelut
Parti Keadilan Nasional - pemimpin menari mengikut rentak kerajaan
memerintah.
Ghazali Mat Dom - pertemuan
dengan Datuk
Sanusi Abdullah
EXCO Pemuda Keadilan Pusat
08-12-2003
Kesinambungan perjuangan Ezam
seperti yang di harapkan gagal di perolehi. Malah Azmin Ali yang di
jangka akan menerajui gerakan reformasi terus terbenam dan tersekat
dalam mainan politik dan hanya berpolitik. Ini bagi saya mengikuti
alunan tarian yang di kehendaki oleh Barisan Nasional khususnya UMNO.
KEMELUT
UMNO TERENGGANU BAGAI API DALAM SEKAM (II)
muhaiminiskandar_03@yahoo.com
06-12-2003
dalam satu majlis mengumumkan Deris Jusoh adalah bakal menteri besar Terengganu dan tiada orang lain lagi yang akan menjadi pilihan pak lah melainkan deris jusoh kerana beliau seorang yang kuat beragama dan kepimpinan yang diterima rakyat Terengganu
KEMELUT
UMNO TERENGGANU BAGAI API DALAM SEKAM
muhaiminiskandar_03@yahoo.com
06-12-2003
Dr Yusof telah memutuskan untuk menyerahkan jawatan itu kepada Deris
Jusoh dan menumpukan kepada jawatan MT yang disandangnya.sehari
berikutnya Pak lah mengumumka n Deris Jusoh sebagai timbalannya serta
mengekalkan Exco kanan perhubungan yang sebenarnya adalah mereka yang
didalam perancangan Dr Yusof sekiranya beliau memegang jawatan berkenaan
.
Penyokong reformasi terus tertipu
m.abdullah
06-12-2003
Jelas yang membunuh keadilan adalah keadilan sendiri sungguhpun di percayai sokongan terhadap reformasi masih belum berubah. Namun sokongan terhadap keadilan semakin hari semakin menipis sehingga menyebabkan mereka yang benar - benar mahu melihat perubahan - melihat Anwar Ibrahim di bebaskan - melihat rasuah di hapuskan terkecewa.
Aziz
Sheikh Fadzir - mencabar jawatan Ketua Pemuda bukan bererti mencabar
Hisham
wartawan umno-reform
06-12-2003
Hishammuddin sama ada sedar atau
tidak harus menerima hakikat bahawa saingan nya baik Aziz mahupun Khir
adalah saingan hebat yang memungkinkan beliau mengambil keputusan untuk
mengosongkan tempat. Sekiranya tidak Hishammuddin harus berdepan dengan
pencabar - pencabar hebat dalam Pemuda atau seperti yang pernah di
katakan oleh umno-reform.com di gesa untuk mengosongkan tempat tersebut.
![]()
Bila Pak Lah menolak sentimen kebencian dan kemarahan - sanggupkah pembangkang melakukan yang serupa?
Rais Yassin
05-12-2003
Itu bagi saya politik sihat dan politik sihat ini mampu di laksanakan. Saya sarankan kepada mereka - apakah mereka tidak menanam harapan agar kita tidak lagi hadir dengan semangat marah dan benci kepada kepada UMNO dan UMNO tidak hadir dengan semangat marah dan benci kepada Keadilan dan Pas.
Apakah ini bukan punca sebenarnya kenapa Melayu masih berkeris
sedang bangsa lain sudah berkomputer?
Ghazali Mat Dom
05-12-2003
Pepatah Melayu ada menyebut - kusut di hujung kembali ke asal. Menghayati pepatah inilah maka Melayu harus melihat kembali pada diri masing - masing, apakah selama ini sengketa khususnya dalam politik Melayu mampu membawa kebaikan kepada bangsa kita sendiri. Apakah dengan marah - benci kerana perbezaan pegangan - perbezaan manifesto - perbezaan arah politik - perbezaan pemikiran mampu menjana kebaikan kepada Melayu?
Keadilan:
Sertai UMNO, atau Berkubur tanpa Nesan
kucalana71@yahoo.com
Azizi Aziz
Ramai yang melihat kegagalan Keadilan disebabkan factor dan peranan kuat PAS yang membayangi setiap inci pergerakan Keadilan. Mereka menyifatkan pengumuman Dokumen Negara Islam PAS di ambang percantuman Keadilan dan PRM sebagai amaran PAS bahawa Keadilan jangan menjadi parti besar.
Datuk
Hisham - di gesa mengosongkan kerusi Ketua Pemuda
Meneliti Pemuda UMNO oleh wartawan
umnoreform.com
04-12-2003
Dalam berbual bersama - sama
beberapa EXCO Pemuda Bahagian Selangor - sesuatu yang jelas ialah mereka
mahukan Dato Seri Khir Toyo untuk mengambil alih jawatan Ketua Pemuda.
Hasrat ini telah di nyatakan secara terbuka oleh Pemuda UMNO Selangor.
Ini berketepatan dengan kenyataan Dato Khir Toyo yang mengatakan bahawa
berhasrat menjawat jawatan tersebut sekiranya ianya di kosongkan oleh
Dato Hisham.
![]()
Kata-kata
hikmat Pak Lah
Osman Jailani
03-12-2003
Ini yang menariknya bila ada orang cakap pasal perpecahan kaum...dia seolah-olah takut dan cemas... sebab apa? Sebab orang itu tidak mahu kebenaran muncul dan timbul... yang akan membuka minda dan hati-hati manusia yang sedang diselimuti kegelapan zulumat...angkara musuh Allah... yang ada dalam negara lebih lagi yang ada dalam hati-hati orang umno...
Di
sana di sini - hidup Umno Tok Pah, mampus Umno rakyat
Osman Jailani
03-12-2003
"Hidup Umno Stopa, Mampus Umno Rakyat". "Umno Zalim Sebab Pecat Pemimpin Yang Dipilih Rakyat". "Berdiri Teguh Di belakang Dato' Ibrahim". Lihatlah sebahagian lagi manifestasi kekacauan yang ada dalam Umno.
SESAMA
UMAT USAH BERPOLITIK DAN BERPOLITIKING
RAMPA
02-12-2003
Justeru, seluruh umat Islam di bumi Allah SWT ini mestilah mengreformasikan minda dan pelaksanaannya, iaitu kembali kepada SIASAH, jangan gunakan istilah POLITIK; kembali mendirikan SHOLAT, jangan gunakan istilah SEMBAHYANG (bagi umat Melayu); dan kembali kepada berILMU, jangan berPENGETAHUAN, jika umat Islam ingin kembali dapat menjadi KHALIFAH di muka bumi ini.
MENILAI
PEMBANGUNAN MAPAN DI MALAYSIA
Dr. Kamarul Rashdan
Salleh
02-12-2003
Apa yang pasti, pembangunan mapan adalah merujuk kepada perangkaan langkah-langkah yang perlu diambil perhatian dan tindakan hari ini demi memastikan supaya isu alam sekitar yang bersifat global seperti tukaran cuaca, kesan rumah hijau, tekanan sosial dan sebagainya yang dideritai hari ini tidak sesekali menjejas dan mengancam kehidupan masa hadapan.
Malaysia
- bila kemajuan akhlak merundum
bebiri94
02-12-2003
Apabila negara kita maju, tapi adakah kemajuannya selari dengan kemajuan akhlaknya. Tidak sama sekali. Kemajuan akhlak merudum macam saham ASN juga. Dulu mana ada kes bunuh dalam kawasan sekolah tapi sekarang dah biasa.
Siasatan
BPR tentang Claim Ahli Parlimen - Apa cerita?
Osman Jailani
02-12-2003
Sehingga sekarang semua kes - kes tersebut senyap begitu sahaja. BPR tidak langsung mengulas apa yang sebenarnya terjadi pada kes tersebut. Apa pula yang harus dikatakan mengenai Noh Omar yang mula - mula membawa isu ini?
BEZANYA
ANTARA ILMU DENGAN PENGETAHUAN
by RAMPA
01-12-2003
Anda dapat menulis dan membaca dan faham ma’na ayat Basmallah. Adakah ayat Basmalah itu merupakan ILMU atau PENGETAHUAN kepada anda? Bagaimanakah caranya anda mengamalkan ayat Basmallah?
Mulalah
kita melatah - bila terantuk baru tengadah
Ghazali Mat Dom
01-12-2003
Pada isu sebelum ini saya telah
mengutarakan kelemahan Majlis Perbandaran Ampang Jaya menangani masalah
tanah runtuh Bukit Antara Bangsa Ampang Sehingga ke hari ini sungguh pun
saya telah mengutus surat secara formal untuk mengetahui langkah -
langkah yang telah di ambil namun tidak ada satu jawapan yang terbit
dari MPAJ. Mereka hanya mahu menanti keruntuhan kedua untuk terus
melatah dalam beberapa minggu.