ARKIB APRIL 2004

 


Siapa yang bakal membebaskan Anwar Ibrahim? Eksklusif khas bersama Ghazali Mat Dom kolumis umno-reform.com. Tulisan beliau akan di pamerkan di laman ini tidak lama lagi.

Benarkah ada "grand design" yang akan menyaksikan pembebasan Anwar Ibrahim? Benarkah senjata kedua - dua kepimpinan besar UMNO adalah pembebasan Anwar Ibrahim. Apakah hanya Ezam dan gerakan reformasi yang akan dapat membebaskan Anwar atau apakah "dealing" menjadi harapan untuk membebaskan Anwar? Nantikan..  

Menghalalkan PEKIDA - perjumpaan PEKIDA dengan Pak Lah di Pahang?
wartawan umno-reform.com
22-04-2004

Menurut sumber tertentu, Pak Lah akan bertemu dengan wakil - wakil PEKIDA di salah sebuah perkampungan Felda Pahang bagi membincangkan perkara - perkara untuk menghalalkan PEKIDA sebagai satu pertubuhan sah Melayu.


Datuk Pirdaus terus membisu, di mana letaknya kepimpinan beliau?
Jaafar Malek
016-6343370


Dan kalau ada dalam Al~Quran, membenarkan keputusan yang di buatkan oleh Augustine Paul dan Arifin Jaka maka terangkan ia kepada saya. Namun hari ini saya hampir pasti bahawa isu fitnah ini tidak besar buat Datuk Pirdaus. Isu besarnya adalah politik dan ini melangkau pegangan beliau.


Penjelasan Pengerusi SPR mengenai kekalutan pilihan raya ke 11, mengkagumkan
Ghazali Mat Dom
14-04-2004

Langkah drastik Pak Lah kini di nanti bagi menunjukkan komitmen kepada apa yang di cakapkan oleh beliau. Kalau tidak maka setiap hari akan hanya menyaksikan pembangunan janji tanpa perlaksanaan. 


 

Tamat sudah perayaan Black 14, berakhir kah sudah reformasi?
Wartawan umno-reform.com 
14-04-2004


Jelas nampak bahawa Pemuda Keadilan Nasional yang suatu masa dahulu nampak garang kini kehilangan taring. Menurut mereka Pemuda yang ada sekarang ini lebih selesa berpolitik - memegang jawatan dan tidak langsung mengerti erti sebenar reformasi jalanan.



PLKN; DAKWA DI MAHKAMAH TINDAKAN MELAMPAU 
bbmn@hotmail.com
Amin Idris
14-04-2004

Adalah tidak adil sekiranya kerajaan bersikap berat sebelah dan seakan-akan hilang pertimbangan tatkala negara dilanda krisis moral di kalangan generasi muda yang begitu kritikal. Tiba-tiba para pelajar yang terpilih terpaksa berhadapan dengan kesukaran hanya kerana tidak hadir ke PLKN sedangkan terdapat 1001 sebab di sebaliknya samada di pihak pelajar itu sendiri, dan effisien pengurusan penganjur PLKN.


Pembangkang, jangan menjerit di gelanggang sendiri
Mohd Daud
11-04-2004

Hari ini pembangkang terus sayu bagai buih sabun yang terbang ke awan. Sayup dan terus ghaib tanpa kesan. Pembangkang terus di pimpin oleh politikus yang senang dan tidak mahu memburu waktu - akhirnya kerugian rakyat Malaysia.


2.8 juta pengundi hantu diakui wujud oleh TKT Mahathir.
Inderaloka
10-04-2004

Kalaulah alasan kedua-dua manusia `cerdik` itu dapat diterima oleh semua pihak masakan Majlis Peguam sendiri mendesak agar satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai dakwaan penyelewengan yang berlaku pada PRU kesebelas lepas.


MP Kuala Selangor Mula Tunjuk Tembelang
Cikgu Pencen
10-04-2004

Encik Mohd Zakir selaku orang kuat Daud juga merupakan salah seorang pegawai penguatkuasa MDKS tanpa sebarang kelengahan telah menyempurnakan arahan MP yang gila kuasa itu.


PEKIDA menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Siapa mereka? Benarkah pertubuhan Melayu tidak berdaftar itu di terajui oleh Pak Lah
wartawan umno-reform.com
07-04-2004

Apakah penyakit MAFIA sudah ada dalam arus masyarakat Melayu. Siapa yang membiaknya : Apakah Pak Lah yang menerajui pertubuhan haram tersebut. Pak Lah di saran mengasingkan diri dari pertubuhan tersebut.


Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
nbalqis@hotmail.com
Natasha Balqis
06-04-2004

Kehinaan umat Islam pada masa kini adalah berpunca daripada sikap mereka sendiri yang was-was dengan sistem Islam apatah lagi menentangnya. Marilah kita sama-sama hijrahkan sikap ke arah menjadi umat Islam yang semakin patuh kepada Allah dan sentiasa istiqamah dalam menjulang sistem Islam untuk dilaksanakan dalam negara agar kita diredhai oleh Allah di dunia dan akhirat.


Pas banyak mencipta kekarutan untuk merebut kuasa dan kemudian, gagal menggunakan kuasa itu, 
nakhaieyadim@hotmail.com 
nakhaie yadim
06-04-2004

Politik Pas caca-marba. Dengan mengakidahkan isu politik dan mempolitikkan isu akidah, Pas menyeret pengikutnya ke dalam kesesatan dan tindakan yang tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.


Apa lagi yang UMNO buat untuk memperkasakan Melayu?
Amir Hamzah bin Amha
Ketua Penerangan Pemuda Keadilan Gombak
04-04-2004

UMNO sudah berada dalam keadaan BEYOND REPAIR. Segala keistimewaan Melayu, Tanah Melayu (Singapura), Bahasa Melayu (Khir Johari), Bank Melayu (Mahathir), ITM dan MRSM yang dibenarkan kepada kaum Cina dan membenarkan universiti Cina (Ingat Universiti Merdeka?) Peratus undi Melayu (Badawi), Tanah Rizab Melayu (Mahathir) semuanya, SEGALANYA, sudah hancur di bawah UMNO.


Janji kami - cabaran getir buat Pak Lah baru bermula
Azwanddin Hamzah 
Exco Pemuda Keadilan Pusat
012-3087088
04-04-2004

Menurut Exco Pemuda itu lagi, BN pada pilihan raya tahun ini menang dengan penipuan dan kemenangan mereka secara menipu itu telah menjadi kejayaan kepada parti kami secara moralnya. Kali ini Keadilan akan bertindak untuk memperjuangkan isu Anwar Ibrahim dan kepupusan demokrasi negara ini dengan mengajak sebanyak mungkin rakyat untuk tampil ke hadapan tanpa rasa takut akan ugutan kerajaan memerintah.


Permatang Pauh - pengesahan Pirdaus, Anwar Ibrahim seorang peliwat
01-04-2004
Razali Isnin

Sebenarnya tulisan Jaafar Malek bagi saya adalah untuk mempersoalkan sama ada kemasukan Ustaz dalam UMNO - sebuah parti yang memerintah - memberi pengesahan bahawa beliau yakni Ustaz Pirdaus juga percaya bahawa Anwar Ibrahim itu adalah insan yang paling terkutuk yang melakukan seks luar tabii atau liwat.


Datuk Pirdaus, atas nama ALLAH SWT, saya merayu agar Datuk menghubungi saya kerana saya selama ini sesat dalam perjuangan REFORMASI membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Mohd Jaafar Malek
Talian 016-6343370

Saya keliru dengan perjuangan saya kerana seorang ulamak seperti Datuk Pirdaus, malah beberapa ulamak lain seperti mufti - mufti negeri, unggul dan tetap dengan pendirian mempertahankan kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO dan menghalang kami dari terus memperjuangkan apa yang kami sangka fitnah ke atas Anwar Ibrahim.

 

 

Komen mengenai Anwar Ibrahim bebas di terima lagi
27-04-2004

Lagi komen yang kami terima mengenai pembebasan Anwar Ibrahim pada perbicaraan akan datang. Ramai yang tidak mempercayai bahawa Anwar Ibrahim akan bebas menuruti proses kehakiman.


GHAZALI MAT DOM
Jangan ada campur tangan politik dalam keputusan rayuan bagi ikat jamin Anwar Ibrahim
24-04-2004

Ghazali Mat Dom menulis " tidak ada sebab Anwar Ibrahim tidak di benarkan ikat jamin" Insyallah jaminan terhadap Anwar Ibrahim akan di beri tidak lama lagi.


Komen tambahan mengenai isu minggu ini " Bebaskah anwar Ibrahim pada rayuan terakhir beliau untuk ikat jamin"
24-04-2004

Salah satu komen yang di terima hanya mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah tahanan politik kerana kegusaran kerajaan memerintah akan kuasa yang akan hilang sekiranya beliau di bebaskan.


Mengenai isu mingu ini "Bebaskah Anwar pada 05-05-2004"
23-04-2004  

Komen-komen yang diterima mengenai sama ada Anwar Ibrahim akan di bebaskan melalui ikat jamin dalam masa pemerintahan Pak Lah - Cemerlang - Gemilang dan Terbilang

komen yang di terima sebelum ini - 22-04-2004

 


Kalau takut berdemonstrasi usah bicara tentang reformasi !
Inderaloka
23-04-2004

Al marhum Khomeini,Asyahid Ahmad Yassin,As syahid Abd Aziz al Rantisi, Suu Kyi,Nelson Mandela dan lain-lain pejuang rakyat tidak pernah menegah pengikut mereka berdemonstrasi malah menggalakkannya. Harus diingat penubuhan parti haprak Umno itu sendiri didahului dengan demonstrasi menentang Malayan Union.


Datuk Dr Mashitah perlu berhati - hati
Putra Baling
22-04-2004

Dr.Mashitah pula atas sebab keahlian, tidak dapat bertanding apa juga jawatan dalam UB tetapi sebagai AP Baling beliau perlu mempunyai suara dan pengaruh dalam UB dan ini hanya boleh dilakukan melalui kroni.Beliau dengan apa cara pun terpaksa memasukan kroni nya dalam kepimpinan UB dan ini boleh dilakukan dengan bekerjasama dengan team yang ingin bertanding.


Kiriman komen mengenai pembebasan Anwar 22-04-3004

Hampir kesemua email hari ini menyatakan ketidakyakinan mereka terhadap sistem mahkamah Malaysia dan percaya bahawa Anwar tidak akan di bebaskan kerana beliau adalah tahanan politik. 


PLKN ( Program Lagho Kelentungan Najib ) ?
Inderaloka
22-04-2004

Jelas apa yang digesa dan disanggah oleh wakil BA ketika membahaskan rang undang-undang PLKN di Parlimen dulu adalah betul.


Kiriman Email Ringkas

zulkifli mohd. nizam 21-04-2004
Pesanan: Saya setuju. Abdullah Badawi (AB) masih dibawah telunjuk  Mahathir (MM). MM telah siapkan segala strategy untuk masih memegang  kuasa dan kawal AB sebelum dia turun. Itu sebab dia masih bolih dilantik Penasihat Petronas & Proton. AB tidak bolih berkata apa. Mereka berdua  sahaja yang tahu apa disebalik rahsia MM turun dan diganti AB. 


a_hanif71@yahoo.com 21-04-2004
Pesanan: Di mana Sdr ezam,sejak lepas pilihan raya tidak nampak kelibat  beliau di perhimpunan maupun didlm siri-siri ceramah.

sayyaf_kcdang 21-04-2004
Pesanan: Apa dah jadi dengan Felda Sendayan? Sungguh sedih mendengar berita nasib yang menimpa para peneroka Felda  Sendayan N.S,namun ia adalah salah satu takdir yang perlu ditempuhi  dengan penuh kesabaran.... namun ia juga perlu diteliti dimana silapnya  keputusan dan juga pengurusan yang diamanahkan.Mengikut kaedahnya isu  ini adalah di zaman pemerintahan Tan Sri Isa Samad? Namun MB baru  terpaksa menyelesaikannya!! Apakah isu ini tidak cukup menyedarkan dan  menginsafi warga peneroka Felda yang tersayang. 
Syukran...


Terkini UMNO Baling - siapa lawan siapa?
Putra Baling
21-04-2004

Perlu diketahui bahawa hadir nya ADUN Bayu YB Hj.Salleh dalam kepimpinan UB (Ketua Penerangan)dan calon Adun Bayu bukanlah atas saranan atau kehendak UB tetapi diatas kehendak dan pemilihan dari Putrajaya dan kerana itu banyak yang berjasa pada UB terluka.


Menyiasat Yahya Hussin dan Rahim Ismail
Zambri Sarip
20-04-2004

Rakyat masih menanti siasatan yang dibuat oleh BPR. Seorang wakil rakyat yang mempunyai kekayaan di luar pendapatannya adalah sesuatu yang mendatangkan kecurigaan.


Kenapa perlu perhimpunan rakyat 17 April ditangguhkan?
yusoff puteh <sk_etch@yahoo.com>
17-04-2004

Sudah banyak pandangan-pandangan rakyat disiarkan di Harakahdaily dan lain lain laman web pro-reformasi menyatakan bahawa perhimpunan rakyat sememangnya perlu dan paling sesuai untuk meluahkan bantahan kita pada masa ini. Tetapi, semua pandangan rakyat adalah sia-sia dan tidak kan kemana selagi pemimpin seperti Abdul Rahman Othman masih kekal di situ.


SMS (12.59am) 13-04-2004 Jual rumah kos rendah kepada yang kaya? Pada MB Selangor kalau itu cara penyelesaian yang mampu di buat maka UMNO sekali lagi menunjukkan betapa bertuahnya rakyat mengundi mereka. 

Tahniah Khir Toyo dan UMNO Selangor
umno selangor
12-04-2004

Menteri Besar tersebut sudah puas berfikir dengan semasak - masak mungkin untuk menyelesaikan masalah rumah kos rendah yang tidak terjual. Bagi mengatasi perkara ini - MB Selangor mencadangkan kepada mereka yang mampu dan kaya untuk membeli rumah kos tersebut. Mungkin penyelesaian ini adalah jalan yang terbaik untuk menjual lebihan rumah tersebut.


Imej Pak Lah kian tercalar: Najib ingin lepaskan peluang keemasan?
umno lama
09-04-2004


".....yang pasti Najib perlu bijak merencana percaturan politik UMNO di belakang tabir dan inilah masa terbaik untuk beliau 'mencuri' hati mereka yang tidak mendapat tempat di dalam empayar Pak Lah. Kepada Najib, teruklah beliau nanti sekiranya dipersia-siakan peluang keemasan ini!.."


Terma kerajaan luar nikah benar - benar memukau saya
Ghazali Mat Dom
04-04-2004


Sekiranya keraguan ini tidak dapat di jelaskan maka keputusan pengundian pilihan raya ke 11 wajar tolak dengan mengadakan pengundian semula yang menepati ciri - ciri peruntukan demokrasi. Namun sekiranya tidak maka kehadiran kabinet hari ini adalah haram dan wajar di katakan sebagai kerajaan Luar Nikah. 


email ringkas ( 04-04-2004 jam 11.48am)
yusuff ismaili

  Ust.Pirdaus & Dr.Mahsitah,Sahutlah cabaran Srd Jaafar Malek. Jangan lah jadi bacul dan pondan, Ini adalah kerana kamu sendiri yang menempa bala,aku tak heran kamu berdua jadi "anak ayam"UMCINO tapi yang aku kesalkan dengan ilmu agama yang tinggi dimiliki kamu berdua telah kamu persetankan demi fulus dan kesenangan dunia yang sementara ini...amat malang sekali !

Demonstrasi jalanan bermula, jalan raya pilihan kita - Azmin Ali
wartawan umno-reform.com
04-04-2004

Azmin Ali telah menggesa agar semua yang cintakan negara ini, yang mahu melihat orang yang di zalimi - Anwar Ibrahim bebas untuk turut ke jalan raya tanpa rasa gusar. Kita mahu rakyat bangkit dan menunjukkan secara aman bahawa kita mahukan reformasi kerana kita sayangkan negara kita ini.


email ringkas ( 03-04-2004 jam 12.48am)
Saya tertarik dengan artikel Jaafar malek dan Razali Inin. Meneliti secara mendalam, hakikatnya penyertaan ustaz Firdaus al-Hafiz  dalam UMNO dan seterusnya mencali calon dalam PRU ke-11 lalu bukanlah  sesuatu yang pelik. Usah ditanyakan tnetang peranannya dalam kes Anwar Ibrahim...pasti lebih baik diam daripada menzahirkan kenyataan yang boleh melingkupkan periuk nasinya...mungkin itu pendekatan ustaz Firdaus. Saya melihat ustaz Firdaus tidak lebih daripada Astora Jabat dan Ustaz Nakhaie yang menjadi balaci UMNO mempertahankan  hujah-hujah dangkal yang meletakkan akal fikiran mereka yang tinggi di taraf terendah. Penyertaan orang-orang seperti ustaz firdaus dan ulama-ulaman lain dalam UMNO termasuk Dr. Mashitah yang pakar dalam ilmu hadis tidak lebih daripada mementingkan habuan dan kesenangan dunia daripada akhirat kelak. Lihatlah nasib mereka. Belajarlah daripada kesilapan sdra Anwar yang terjun ke dalam UMNO dengan niat untuk membaikinya dari dalam dan  akhirnya dia sendiri yang tenggelam

asshafie

email ringkas ( 02-04-2004 jam 12.48am) Assalamualikum Ustad, kalau Ustad membaca umno-reform.com - maka saya sarankan Ustaz jadilah setidak - tidak pemimpin yang berhemah dan menyahut kehendak Abdul Jaafar Malek.

makluman umno-reform.com ( 01-04-2004 9.08 am) : Kami telah di maklumkan melalui SMS bahawa tulisan Mohd Jaafar Malek telah di sampaikan kepada Datuk Pirdaus. Namun dari makluman tidak rasmi beliau enggan untuk menjawab atau menghubungi Mohd Jaafar Malek. 

Selepas episod Anwar, rakyat menyaksikan pula silap mata pilihanraya
ANAK MUDA REFORMASI
01-04-2004

Perlakuan Dollah terhadap Anwar jelas menggambarkan tindakan balas dendam kesumat yang terpendam sekian lama, apatah lagi mentor Dollah, Hindon yang awal-awal lagi sudah membebel mengungkit cerita lama pasal Anwar. Kenyataan Ezam sebelum ini bahawa Dollah berdolak dalik tentang kes Anwar membayangkan tokoh reformasi Asia ini bakal bermaustatin di Sg Buloh selagi Dollah berkuasa!


MEREALISASIKAN HUDUD DI TERENGGANU
Pak Ali 
01-04-2004

Rakyat mesti memainkan peranan sebagai perancang, pendesak dan pemikir bagi halatuju masa depan mereka. Kita melantik mereka untuk melaksanakan apa yang kita mahukan bukan melaksanakan apa yang mereka mahukan.


Nota : zeeps@hotmail.com (01-04-2004 jam 8.55) Saya amat sedih diatas apa yang berlaku pada pilihanraya baru-baru ini.Saya ahli Umno kawasa pj utara dan telah menyokong umno sejak kecil lagi malah seluruh keluarga saya juga ahli umno. Keputusan yang dikeluarkan betul- betul susah diterima akal.kepincangan pihak SPR terang-terangan dan memalukan malaysia. Diharap pihak SPR dapat memperbetulkan kesilapan yang dilakukan dan bebas sebebas bebasnya.