www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


GHAZALI MAT DOM
Jangan ada campur tangan politik dalam keputusan rayuan bagi ikat jamin Anwar Ibrahim
24-04-2004

Insyallah, Anwar Ibrahim akan bebas melalui jaminan. 

Terlampau jelas bahawa keputusan mahkamah yang tidak membenarkan Anwar Ibrahim di ikat jamin sebelum ini adalah keputusan yang buat atas dasar politik yang menghalang ketentuan dan prinsip demokrasi. 

Meninggalkan seketika topi politik - akan hanya menunjukkan dari sudut apa sekali pun perundangan itu di interpretasi dan di baca maka Anwar Ibrahim sepatutnya di benarkan bebas melalui ikat jamin. 

Hanya kerana kegusaran politik maka Anwar Ibrahim di nafikan ikat jamin. Maka itu telah menjadi satu kesalahan yang perlu kita dalam UMNO sedari yang di lakukan pada zaman pemerintahan Dr Mahathir. 

Hari ini pemerintahan Dr Mahathir adalah satu sejarah dalam Malaysia. Pak Lah kini di pertanggungjawabkan meneliti semula kes perbicaraan Anwar Ibrahim dan meneliti semula perjalanan kes yang membawa Malaysia ke satu era - kegawatan politik. Kes inilah yang menyebabkan UMNO tercabar dan kes inilah - selagi tidak di selesaikan akan mencabar UMNO dan pemerintah negara ini - baik dari dalam mahupun luar negara. 

Alasan yang mengatakan pembebasan Anwar Ibrahim akan mengundang huru - hara dalam negara ini adalah satu alasan bikinan - dan tidak seharusnya menafikan hak beliau. Itu adalah satu kesalahan lain - sekiranya di lakukan, dan tidak seharusnya keraguan di pakej dalam tuduhan liwat lalu menafikan hak beliau sebagai warga negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi biarpun terpimpin atau tertakluk. 

Sekali lagi kerajaan memerintah di beri peluang untuk tidak mencampuri urusan mahkamah dalam mengendalikan rayuan Anwar Ibrahim. Mahkamah juga tidak seharusnya menilai andaian politik dalam keputusan mereka dan seharusnya bertindak dengan integriti. Andai mahkamah juga melihat dari sudut politik maka demokrasi yang ada tidak lagi mengandungi institusi kehakiman yang bebas dan adil. Oleh kerana itu semua banduan di Malaysia harus terus di kurung kerana takut akan melakukan kesalahan berulang kali. 

Pak Lah juga akan di nilai orang penyokong reformasi dari sudut ini. Mereka akan terus mengatakan bahawa Pak Lah terbabit dengan keputusan mengurung Anwar Ibrahim sekiranya keputusan tidak membenarkan Anwar bebas tercapai. Apa pun keputusan tersebut - secara prinsipal ianya di buat oleh hakim pada hari rayuan tersebut. Tanggungjawab tersebut terletak pada hakim bertugas. 

Sungguhpun banyak komen yang tidak memberi kepercayaan kepada badan kehakiman kita namun saya yakin, Anwar Ibrahim akan di beri ikat jamin dan saya yakin Pak Lah tidak akan terlibat mempengaruhi badan kehakiman dalam isu ini. Keyakinan kuat saya adalah kerana - hak ikat jamin memang di punyai oleh Anwar Ibrahim dan tidak ada satu sebab konkrit Anwar tidak di benarkan ikat jamin. 

Sungguhpun keraguan pelayar ada terhadap badan kehakiman, namun zaman ini adalah zaman Pak Lah dan saya percaya ianya berbeza dari zaman Dr Mahathir.

Insyallah - bagi penyokong Anwar Ibrahim - beliau akan bebas dengan ikat jamin.

 

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.